Aku
sampai kat Changi Airport dalam pukul 8.00 malam. Semasa aku keluar dari balai
ketibaan, liar mata aku memerhati sekeliling, Aku survey himpunan manusia yang berkerumun di pintu luar tu. Satu-persatu
aku perhatikan sehingga mata aku tertumpu pada namaku yang terpampang atas
papan nama yang dibuat dari manila card.
Aku
terus mendapatkan orang yang memegang papan nama tu. Dia memberikan sampul yang
agak besar dan tebal padaku dan berlalu pergi.
Aku
buka sampul. Isi sampul tu aku keluarkan. Tiket
kapalterbang ke Mauritius dan sebuah telefon bimbit.
Aku
mengambil tempat duduk di salah satu kerusi yang beribu-ribu bilangannya di Changi Airport tu sambil menunggu
penerbangan aku ke Mauritius. Aku switch on handphone baru tu, aku belek-belek skit cam jakun tak penah dapat handphone.
Aku
terkilan juga kerana pergi tergesa-gesa dan yang paling buat aku terasa adalah
kerana aku tak dapat nak berterus terang pada Yusuf. Maafkan aku Suf!. Tapi, aku yakin Yusuf akan memahami apa yang
sebenarnya terjadi dan ianya tak akan menjadi kejutan baginya. Yusuf kenal
siapa aku.
Famili
aku pula tak menjadi masalah sangat. Orang yang paling penting dalam hidup aku
telah aku hubungi di kampung dan aku mengatakan bahawa aku ada tugas di luar
negara untuk beberapa bulan. Emak cuma kata - jaga diri bebaik dan solat jangan lupa!.
Handphone
baru aku berbunyi.
“Hello
Alia” aku menjawab dengan senyuman. Gerenti Alia yang call aku. Siapa lagi yang tau nombor fon ni selain pemberinya.
“How was the flight, As?”
“Oh!, flight was all right...cuma the anticipation to meet you..tu yang tak tertanggung."
“You are such a sweet talker la, As. Bila agaknya As
akan kembali ke hati Alia ini?”
Aku tengok jam,
baru kul 8.15 malam flight pukul 9.00 malam.
Hmm…aku mendesah seketika, mencuri sedikit masa untuk
merangka jawapan kepada soalan yang diajukan oleh Alia.
“Alia, pernahkah diri ini disingkir
dari hatimu itu?,” aku mengajukan soalan sebagai jawapan kepada soalan yang
diberi padaku.
“Tak pernah As, ni Alia
yang As kenal dulu, Alia Abadi, seabadi dirimu dalam hati ini.”
No comments:
Post a Comment