Pagi Isnin menjelang. Monday blues.
Selalunya, ramai yang malas
dan berat nak buat kerja pada pagi Isnin. Aku pun kerap kali rasa begitu juga,
tapi tidak pada pagi ini. Aku seperti biasa sampai awal. Aku duduk dalam pejabatku
menyiapkan laporan dan ulasan yang aku perlu bentangkan pada Alia.
Hari ini aku merasa
tenang. Langkah aku terasa ringan, macam berjalan atas udara. Ketika membuat
kerja tu pun, aku bersiul-siulan. Sarah, setiausaha aku, pun agak hairan dan
menjengukkan kepalanya untuk meninjau keadaan aku.
“Are you okey, Encik As? Lain macam saja bunyi pagi pagi ni”
“More than okey!” jawab aku sambil melemparkan senyuman padanya. Aku
taklah gemar sangat dengan Sarah ni, yang agak blur dan lembab dalam buat kerja. Asyik sibuk dengan rambut dia jer
24 jam. Macam lawa sangat rambut berketak-ketak dia tu, keras cam berus sabut
jer pada pandangan aku.
Tapi aku dapat tahu, dia ada
kena mengena dengan Encik Hashim, anak
buah sepupu sepapat kaum kerabat dia gak la. Jadi, aku tak dapat cakap apa,
tahan sajalah kerenah minah sengal ni. Kalau tak kerana hubung kait tersebut,
memang lama dah aku bagi notis berhenti kerja.
Pada hari Jumaat sebelumnya, Alia
telah memberi tahu pejabatnya yang dia akan masuk ke ofis hari ni. Setiausaha
aku dah mengesahkan appointment aku
dengan Alia sebaik sahaja mendapat panggilan dari setiausaha Alia.
Fasa kedua kini di
dalam status aktif.
Fasa pertama telah
berjalan dengan lancar. Tiada masalah langsung. Pertemuan aku dengan Alia pada
malam tadi di Eastin Hotel juga berjalan seperti dirancangkan. Aku telah
memberikan status report pada Alia
tentang kelicinan perlaksanaan fasa pertama. Macam buat report untuk Lembaga Pengarah pulak rasanya.
Waktu sudah hampir
jam sepuluh pagi, namun Alia masih tak masuk. Tersekat di jalanraya lagi
agaknya. Lalulintas di KL ni bukan boleh harap sangat. Bila disangka jam, ianya lancar dan bila disangka
lancar, akan sesaklah untuk 2 atau 3 jam.
Aku berjalan menuju
pejabat Encik Hashim untuk bertanya tentang financial
forecast yang aku dah submit minggu
lepas, dah approve ke belum kerana projek dah hampir nak mula. Encik Hashim pun
tak sampai lagi. Kak Rozi pun tak tahu kemana dia pergi, masih tiada panggilan.
Aku kembali ke
pejabat aku.
Tak sempat nak berbuat
apa-apa, dengan tiba-tiba, aku terdengar seperti ada kekecohan berlaku di luar
pejabat aku. Setiausaha aku pun macam gelabah, aku tanya dia, kenapa? Dia tak
kata apa, tapi sugul sangat. Aku menuju meja Ina, dan kebetulan aku nampak
setiausaha Alia menangis beria-ia. Apa
hal pula ni? Aku terus mendapatkan Ina di mejanya.
“Ina,
apa hal ni?”
“As,
kau tak dengar lagi ke? Puan Alia hilang, kemungkinan besar dicolek!”
Gelap
pemandangan aku.
Fasa
2 bukan seperti ini!
Aku
cuak, aku berpeluh. Apa sudah jadi!!!
Alia sepatutnya masuk ke pejabat kerana ianya adalah sebahagian dari rancangan.
Bukan hilang! Aku kebingungan.
Aku
terus melutut depan meja Ina. Lenyap segala kekuatan aku, nak bernafas pun
susah. Aku diam. Kepedihan yang aku rasa, kesedihan yang datang, kehibaan yang
melanda dalam hati, tak dapat aku tampung. Otak aku terus blank. Dekat hampir seminit aku berlutut, Rizman, Yusuf dan rakan
pejabat yang lain berhempas pulas untuk menenangkan aku. Aku cuma mampu diam.
Lama
baru aku boleh bangun dengan semangat mendapatkan Alia semula, at all cost. Aku sudah kehilangannya
sekali, tidak buat kali kedua. Aku tak tahu macam mana atau apa yang aku nak
buat, tapi aku mesti usahakan sesuatu.
Aku
masuk kembali ke pejabat aku untuk mengemas apa apa yang patut dan selang
beberapa detik, 3 orang anggota polis Special
Branch dari Bukit Aman muncul. Aku diminta hadir untuk soal siasat. Tiada
tuduhan atau penahanan, cuma soal siasat untuk membantu penyiasatan. Aku ikut
mereka dengan tanpa banyak soal. Aku tak buat salah. Tiada apa perlu aku
takutkan.
Dua
jam aku kat Bukit Aman. Dua jam aku kena soal siasat sebab aku orang terakhir
yang berjumpa dengan Alia pada malam sebelum Alia dilaporkan hilang.
Ada
saksi yang nampak aku bertemu Alia pada hari Ahad malam Isnin tersebut dan
juga, nombor terakhir yang dipanggil oleh telefon bimbit Alia adalah adalah
nombor aku.
Aku
tak gusar menghadapi segala soalan yang diajukan. Pertemuan dengan Alia tu pun
adalah sebahagian dari rancangan dan aku telah susun beberapa saksi di pihak
aku pula untuk mengesahkan di mana aku berada setelah selesai berjumpa Alia
hingga ke pagi esoknya. Fasa pertama memang berjalan seperti dirancang.
Tapi,
kehilangan Alia, langsung tiada dalam perancangan.
Pihak
polis tiada ada sebab untuk menahan aku lebih lama. Mereka siap berterimakasih
pada aku lagi kerana memberikan kerjasama. Beberapa pegawai yang aku kenal di
situ pun angkat tangan padaku semasa aku berjalan keluar untuk meninggalkan
pejabat tersebut.
Aku
perlu kaji balik rancangan yang dirumuskan oleh Alia, mungkin ada kelemahannya
atau mungkin ada perkara terperinci yang terlepas dari pengamatan aku.
Baru
aku nak keluar menuju ke lif, satu tangan kasar memegang bahuku. Aku toleh dan
memusingkan badanku. Harith berada di depan mata aku.
Pertama
kali aku lihat dirinya secara berdepan. Memang sebiji muka dia dengan Encik
Hashim. Selalunya aku hanya mendengar kabar dan cerita dari Encik Hashim,
tentang anaknya seorang ni, graduan dari United Kingdom, cemerlang dan bekerja
dengan syarikat multinational. Kerja
jer bagus tapi perangai macam setan nak buat apa, habiskan boreh jer! Sekarang, Harith dah didepan mataku.
“Siapa
kau ni haah?!!” Harith bersuara dengan penuh kurang sopan. “KURANG AJAR betul kau ni!, jumpa Alia
kat hotel, Alia tu isteri aku tau, kau buat apa dengan Alia, BARUAH KAU!!” muka Harith ganas, tunjuk
kejantanan.
Kurang Ajar? Berani dia
maki aku seperti itu. Berani dia panggil aku kurang ajar! Aku yang kurang ajar
atau dia yang kurang diajar oleh mak bapaknya. Jantan apa pukul bini! Pantang
aku orang cakap kat aku macam tu.
Mak
bapak aku cukup bagi aku pengajaran dan pelajaran. Tak puas hati dengan aku tak
payahlah babitkan mak bapak aku. Panas telinga aku. Sebahagian dari diriku
menyuruh aku hayun mangkuk tu kat kat situ juga manakala sebahagian lagi
meminta aku bersabar. Aku kawal pernafasan aku. Bukan masa dan tempatnya untuk
Harith untuk menerima habuan dari aku.
Aku
tenung muka Harith, aku pandang tepat ke matanya. Dia pun renung mata aku.
Empat mata bertemu. Tak berkelip. Dia ingat aku takut dengan renungan dia!
“Aku
kawan Alia, kawan sejati, kawan abadi, bukan macam kau, setan bertopeng manusia...”
Aku jawab perlahan.
Aku saja
mengapikan perasaannya. Orang yang kurang ajar sebegini tak boleh dilayan
sangat dengan bercakap keras seperti mereka. Kita berlembut saja.
Air muka
Harith berubah bila aku menggunakan nada berseleroh begitu, seolah-olah aku
memperlinya. Biarkan, kalau dia pandai, dia tahulah apa maksud aku. Tak perlu
aku nak terjerit-jerit macam orang gila kerana nak memberitahu sesuatu yang
jelas!
Harith
menggerakkan bahunya kebelakang. Dari pergerakkan itu aku tahu apa yang akan
mendatang. Dia menghayun tangannya untuk cuba melempang aku. Aku nampak hayunan
tangan dia, seakan melihat pergerakkan slow
motion. Sorrylah kawan, kail
panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.
Dalam
senafas, gerak aku pantas, tangan kiri aku tepis tamparan Harith, penumbuk tangan kanan aku bertemu muka
Harith, dalam ketika muka Harith beranjal semula kehadapan, siku aku pulak
singgah.
Dua
pukulan dalam satu gerakkan. Harith jatuh tersungkur. Hidung Harith berdarah
akibat penumbuk aku dan aku rasa hentakkan siku aku pasti membuat dia nampak
bintang-bintang berkelipan di depan matanya.
“Ini
baru balasan aku, balasan Tuhan lebih dasyat!!”
Ptuiihhhh!!, aku ludah ke
arah si bangsat tu.
Harith
bangun nak terkam aku, namun dia ditahan oleh pegawai-pegawai polis ada di
situ. Pergerakkannya terhalang. Dia tak tahu betapa untung nasibnya.
Aku
memang dah bersedia. Langkah dan kuda-kuda pendekar dah aku pasang. Penumbuk
aku dah aku pasak dengan semangat kursani, memang aku tak akan lupa ayat
pemasangnya yang di ajar oleh Pakcik Lamin. Kalau hinggap yang satu ni kat muka
dia, memang terus pengsan, kalau tak jangan panggil aku Asmara!
Harith
mula tenang tapi masih memandang aku macam singa lapar. Dia mengeluakan sapu
tangan dari poket seluarnya dan membersihkan bekas ludahan aku di bajunya dan
kemudian darah di hidungnya.
Siul!, aku nak ludah muka dia! Tersasar pula!
Aku berharap sangat
dia terkam aku. Aku minta sangat dia terlepas dari rangkulan pegawai
pegawai polis yang memegangnya.
Namun
dia hanya memperkemaskan dirinya dan terus masuk ke dalam salah satu pejabat di
situ. Jelingannya yang sinis aku balas dengan tenungan tepat. Jeling-jeling nak
buat apa brader, bukan boleh
tumbangkan orang dengan jelingan. Sini mari
la kalau berani, kalau betul anak jantan!
Aku tercegat di tempat aku berdiri tu. Menunggu dan
merenung ke arah Harith sehingga dia hilang dari pandangan. Aku pun berlalu
pergi.
Dia nak buat police report atau nak saman aku, lantaklah,
itu kes kecik. Kalau dia tak puas
hati, nak 1 by 1 pun aku setuju, tu
padang kriket di Dataran Merdeka tu besar. Name
the date and time saja.
Kita tengok siapa yang kena smackdown!
No comments:
Post a Comment