Wednesday, January 22, 2014

MASIHKAH ADA ALIA - Part 2, Chapter 16

Hai!, Alia, been waiting long?,” aku menyapa Alia sebaik saja aku tiba di meja dia sedang berada.

Hey!, As, not at all, baru jer duduk ni.”

So how are you, how was the holiday. We miss you at the office you tau!.”

My holiday tu okey jer, nothing much, As. I duduk rumah most of the time…” nada Alia tiba-tiba bertukar ke nada yang agak lemah, berbeza dengan nada ketika dia mula-mula membalas sapaan aku tadi. Ada yang tak kena ke ni?

Aku mengambil tempatku di kerusi berhadapan dengannya dan terus melemparkan senyuman gembira. Macam pergi dating rasanya!

Alia hanya menundukkan mukanya.

Eh?! Kenapa ni?

Selalunya Alia tidak pernah atau jarang tunduk bila berbual denganku. Aku kebingungan. Senyuman aku hilang kerana aku memang merasakan ada sesuatu yang tak kena, cuma aku tidak dapat memastikan apa yang tak kena tu.

Lets order something! Are you hungry? The food here is superb and highly rated, you should try the pasta,” aku ubah tektik dengan memulakan bual kosong untuk memancing mood Alia sebelum berbincang hal-hal yang lebih berat dan lebih penting, terutamanya sebab-sebab utama dia minta untuk bertemu aku malam ini.

Alia masih diam. Hanya menatap menu.

Aku dah mula rasa tak selesa. Kesunyian di antara kami membangkitkan suasana yang amat janggal. Macam pasangan kekasih yang sedang bergaduh. Nasib jugalah tempat ni agak terpencil, jauh dari pelanggan-pelanggan lain yang berada di situ. Kalau tidak, malulah juga.

“Wah!, ni gaya baru ni ya! Selendang and all, nak jadi isteri mithali ke ni?, baguslah, alhamdullilah, bertambah sayanglah your husband pada you,” aku tak putus asa, aku cuba berjenaka pula untuk menceriakan suasana yang agak yang suram tu.

Namun, jenaka yang aku harap menceriakan suasana telah membuatkan keadaan bertambah merundum. Aku jadi serba salah dan tak tentu arah apabila aku lihat Alia menangis.

Apa dah jadi ni? Teruk sangat ke jenaka aku tadi? Jelas kelihatan titisan airmata Alia mengalir di pipinya di sebalik kacamata hitam yang dipakai.

“Alia, what’s wrong?,” aku cuba mendalami punca kesedihan yang melanda Alia dengan tiba-tiba tu. Aku pun mula sayu.

Do u see these?” Alia dengan nada sedih membuka kacamata hitam dan tudung yang membalut rambutnya.

Berderau darah aku bila melihat wajah Alia.

Terdapat bekas lebam di mata kiri Alia. Birat dan kebiru-biruan. Ada juga bekas jahitan di dahi Alia yang amat ketara. Padanlah Alia pakai scarf dan kacamata hitam. Lakhanat mana pula yang berani sentuh Alia aku ni!! Ouuhhh, lupa seketika, Alia bukan milik aku.

“Ya Allah!, Alia, what happened? You kena samun ke atau ada orang cuba ragut handbag you sehingga you tercedera macam ni!!??”

Angin panas membara diseluruh badan aku. Kalaulah kes ragut atau kes samun, aku cuma perlukan lokasi kejadian sahaja dari Alia. Aku tahulah siapa aku nak cari yang boleh menolong aku untuk menyelesaikannya. Pencuri-pencuri dan peragut-peragut seperti ni ada kawasan mereka masing-masing dan tidak akan keluar ke kawasan lain yang mungkin dikuasai oleh penyamun-penyamun lain. Bila dah tahu lokasi, senanglah tahu siapa punya angkara.

“Tidak, As, tidak…ini semua angkara…suami I sendiri…,” perlahan Alia berkata-kata diselang esakkan dukanya.

WHAT!! Aku menjerit dalam hati. Husband you??!!

Pantang nenek moyang aku mendengar suami memukul isteri. Jantan dayus pukul bini. Terbakar semangat aku. Aku rasa masa tu juga aku ingin pergi ke rumah Alia mencari suami dia, cabar dia turun dan tengok kejantanan dia.

Dengan perempuan mungkin dia berani. Ini ha! Cuba Asmara! Nak rasa darah kepahlawanan yang mengalir dalam badan ni, jom cuba, menang kalah belakang kira, yang tentu berpantang undur.

What do you mean angkara husband you sendiri, Alia?! Husband you ni kaki pukul ke? Gagah sangat ke dia? Dah berapa lama you macam ni?!!” Panas! Panas! Darah aku mula menghampiri tahap didih.

Alia hanya mendiamkan diri pada soalan-soalan yang aku tanya. Lagilah buat aku bertambah angin.

Muka aku dah berubah. Aku menyedari perubahan ni kerana selalunya aku berasa panas ditelingaku dan kemudian mukaku akan menjadi merah. Macam udang kena bakar – itulah gambaran keadaan muka aku ketika tengah marah seperti yang pernah diceritakan oleh Yusuf padaku.

Aku pasti inilah yang dapat diperhatikan oleh Alia sekarang ni. Dia tahu kemarahan aku boleh meletup ketika itu juga, sebagaimana peristiwa aku membelasah seorang pelajar Indon yang belajar di kampus dulu kerana teramat kurang ajar dengan aku. Separuh nyawa budak tu, mentang-mentang dia anak orang kaya, dia ingat aku ni sampah. Aku tak bakar kereta Corvette yang dia pandu tu pun dah kira baik. Eeiishmendidih darah  aku!

Nafas aku mula kencang. Jantung aku mula berdegup laju. Aku tak nafikan yang aku memang panas baran tapi pada tempatnya, pada waktunya. Pada keadaan begini, jika aku hilang pertimbangan dan tidak berfikir dengan waras, maka, waktunya adalah sekarang dan tempatnya, di perkarangan rumah Alia

Alia pegang tangan aku. Perlahan jemari Alia mengusap tangan aku.

“As, please, jangan terburu-buru. I tahu you tengah marah tapi dengar dulu penjelasan dari I, okey, dengar dan fahamkan apa yang I nak katakan ni,” susunan kata-kata Alia berjaya menghentikan api kemarahan aku dari menjadi semakin marak.

Sentuhan Alia menenangkan aku. Seperti dulu juga.

Arus sejuk dari sentuhan jari Alia mengalir dari titik sentuhan tu ke seluruh anggota, hingga ke sanubariku. Sejuk. Nyaman. Damai.

Suhu darahku beransur turun. Aku berjaya mengawal semula perasaanku. Fikiran waras kembali mengemudi diriku dan aku faham, tiada gunanya bertindak terburu-buru. Aku perlu dengar dulu penjelasan dari Alia.

Aku genggam tangan Alia pula. Nafas aku mula teratur.

I need you to relax, As! Please, biar I ceritakan segala-galanya seperti mana yang you mahukan. Rasanya I owe it to you dan percayalah, I perlukan you sekarang ini sepertimana I memerlukan you semasa kita berpisah dulu.”

Alia memerlukan aku sekarang? Seperti dia memerlukan aku dahulu? Adakah ini teka-teki atau madah yang tersisip makna tersembunyi? Aku menarik nafas panjang.

Apa sebenarnya yang terjadi 5 tahun lalu ketika aku ditinggalkan begitu sahaja? Apakah aku seorang sahaja yang menderita atau mungkinkah Alia juga turut sengsara? Aku Istighfar untuk mencari ketenangan dan kekuatan.

Rahsia yang tersimpan dan tersemadi selama 5 tahun akan aku ketahui akhirnya.

Alia mula bercerita.

Terperinci.

Bermula dengan saat perpisahan aku dengan dia, di mana dia hanya sempat mencoret warkah terakhir kepada aku yang ringkas, kabur dan tanpa penjelasan sebenar.

Alia menerangan dia tidak dapat datang sendiri berjumpa aku ataupun menulis lebih panjang kerana ibu, ayah dan abangnya telah tiba ke apartment tempat tinggalnya dan tidak memberikan kesempatan untuknya berbuat apa-apa selain dari mengemaskan barang-barang serba ringkas.

Petang itu juga Alia di bawa keluar dari kampus dan memulakan perjalanan pulang ke tanah air. Alia tahu aku kecewa, dia pun sendiri luka parah. Namun, dia tidak dapat berbuat apa-apa. A marriage of convenience was arranged  dan Alia terpaksa pergi. Terpaksa berkahwin dengan jejaka pilihan orangtuanya. Segalanya telah diatur dan telah dipercepatkan kerana pihak lelaki berkehendakkan sedemikian. Tepat sekali bacaan Yusof. Orang lama, pengalaman banyak. Aku makin respect padanya.

“Keliru, As! Betapa keliru hati I waktu itu. I mati-mati ingat my family datang nak melawat I kerana cuti musim panas dah bermula. Tak sangka lain pula yang jadi.”

Aku hanya diam. Menahan genangan air mata yang dah bertakung di kelopak mata. Aku tahankan juga walau amat sukar dan amat berat.

I hilang punca As, I mati akal, I dont know what to do! I felt so lost, I tak pernah berenggang dengan you sejak kita berjumpa dan untuk kehilangan you tanpa kerelaan, tanpa persediaan dengan tiba-tiba begitu, I almost went crazy, As!”

Thats my Alia, aku tersenyum mengenangkan layanan aku pada Alia, memang aku tatang dirinya bagai menatang minyak yang penuh. Sneakers yang dia pakai pun aku yang ikatkan talinya selalu.

Betapa aku terasa aku ni hanya mementingkan diri sendiri selama lima tahun yang sudah ini. Kata-kata kesat yang aku tujukan padanya, kesangsian aku kepada cintanya dan juga kemarahan yang aku janakan kerananya. Alangkah kecilnya aku merasakan diriku sekarang.

Aku langsung tak terfikir yang Alia sedang menempuhi saat-saat getir dalam hidupnya. Menderita sebegitu. Terpaksa berkahwin dengan seorang lelaki yang begitu asing baginya. Menjadi isteri pada suami yang tak dikenali. Argrhh…!

Mengalir juga titisan air mata aku akhirnya.

I tak bermaksud dan tak berniat langsung untuk melukakan hati you, As. Tiap-tiap hari, tiap-tiap malam I hanya menangis dan menangis. Sampai tiada lagi airmata ni. I berdoa dan berdoa supaya you muncul di muka pintu bilik I dan membawa I pergi jauh. I cuba pertahankan cinta kita As, tapi I gagal…maafkan I, As, I gagal…I tak mampu menghadapi rintangan…I was not strong enough…” suara Alia semakin sayu.

Youlah kekuatan I, As”

You are my weakness, Alia.

Aku hanya mampu mendengar sambil air mataku berlinang. Aku ingin mendengar kesemuanya. Biar Alia melepaskan apa yang terpendam di dalam hatinya selama 5 tahun ni.

“Seminggu selepas I kembali di sini, perkahwinan I telah dilangsungkan dan seminggu kemudiannya I dah berada di UK dengan suami baru I tu. Setiap hari selepas itu, ingatan I pada you tak pernah hilang…hingga sekarang.”

Alia...ohh...betapa dirimu menderita. Maafkan diri ini Alia, daku juga tidak sekuat dirimu.

Aku memegang tangan Alia erat di tangan aku. Alia membalas gengaman aku. Bahunya turun naik seirama tangisannya.

I tak pernah kenal erti bahagia sepanjang perkahwinan. I tak menyalahkah my parents, mereka hanya inginkan yang terbaik untuk I. Segalanya I tempuhi demi menjaga nama dan maruah keluarga I juga. Kosong, As...I rasa kosong. Memang betul kaya raya dan berharta, tapi hati I kosong.”

“Kenapa you tak berjaya mencapai kebahagian?,” aku mula bersuara.

My hubby drinks! Pemabuk! Puas dah I nasihatkan dan minta dia berhenti. Padahnya I  juga yang dipukul. I hidup dalam sangkar emas selama ni…kemewahan tanpa kebahagian. Pernah I mengadu pada mak dan bapa mertua I, tapi mereka buat tak endah jer, anak mereka tu jugalah yang betul, yang baik, kalah malaikat!”

You never told me who your husband is, even until now,”  terpacul soalan dariku.

Sesuatu yang aku ingin sangat untuk mengetahuinya dan pada masa yang sama benci untuk mengetahuinya. Ingin - kerana aku perlu mengetahui siapa jantan dayus yang memukul isterinya itu. Benci – kerana dia telah memiliki Alia.

Namun aku harus menerima, aku perlu tahu!

You pasti kenal, namanya, Harith Hashim,” perlahan Alia memberitahu.

Mak datuk!. Menyirap darah aku. Alia, kau menantu Encik Hashim rupanya.

No wonderlah! Bapak borek, anak rintik. Encik Hashim tu pun kaki minum. Pastilah dia akan kata anak dia baik. Dia sendiri tak betul, beranikah dia nak marah anaknya dan menyuruh anaknya berhenti minum, sedangkan diri sendiri pun tunggang langgang! Dua kali lima je bapak dan anak ni!

Imbasan memori aku serta-merta tertumpu kepada potret keluarga Encik Hashim yang terpampang di dinding pejabatnya. Ya! Aku kenal Harith, walau tidak secara langsung, tapi aku kenal dia melalui bapanya, Encik Hashim. Muka mereka mirip. Ciri-ciri muka Encik Hashim sebiji-sebiji telah disalin ke muka Harith. Anak bapaklah katakan.

Banyak persoalan telah terjawab dengan kenyataan Alia itu. Padanlah di pejabat Alia lain macam saja mendapat layanan. Macam tuan puteri, minta apa, dapat. Pejabat yang besar, kereta besar, gaji jangan cakaplah, 2 kali ganda gaji aku. Oh, my God!

Alia terus membongkarkan segalanya dan aku mendengar dengan penuh setia!

Keluarganya dan keluarga Encik Hashim adalah dua keluarga yang rapat. Bapa Alia memang merupakan tokoh koprat dan bekas ahli politik yang ternama. Tak sangka. Hingga hari ini aku hanya ingat bahawa Alia berbinti nama tokoh tu adalah satu kebetulan. Ialah, nama yang biasa digunakan dikalangan orang Melayu. Betul aku tak menyangka, ingatkan nama saja sama, tapi rupanya orangnya pun sama.

Kerjaya Encik Hashim di bidang perniagaan pun banyak dibantu oleh bapa Alia. Sehingga Encik Hashim kini telah berjaya dan bapa Alia pun telah meninggalkan bidang politik dan koprat.

Perkahwinan Alia dan Harith merupakan jambatan yang memang dirancang oleh kedua-dua keluarga untuk merapatkan lagi pertalian kekeluargaan tersebut.

Tak sangka zaman sekarang ni pun ada perkahwinan yang dirancang. Masih ada juga keluarga yang masih mengekalkan amalan kolot ni…but then…entahlah, jodoh dan pertemuan semua ditentukan Allah, siapa aku nak menyoalkan ketentuan ini.

Aku memahaminya sekarang. Sukar juga aku meneka Alia dari keluarga yang berada masa aku mula-mula kenal dengannya. Alia masa ketika di luar negeri dengan aku, tidaklah hidung tinggi macam anak-anak orang kaya yang lain yang enggan bergaul bersama mereka yang dianggap tidak setaraf. Mereka sama mereka jer kalau berkumpul tu, orang lain, mereka buat tak nampak dan kalau bertegur sapa pun, macam nak tak nak saja.

Tapi, Alia amat berlainan, bergaul dengan semua orang, bersemangat tinggi, bijak, baik hati dan suka menolong orang. Alia boleh berinteraksi dengan sesiapa pun, pandai bawa diri dan selalunya ceria. Senyumannya boleh membuatkan orang lain tersenyum juga dan merasakan tempias keceriaan yang ada dalam dirinya.

Argghhhh! It makes sense now.

Barulah aku nampak dan aku faham apa yang berlaku. Baru aku mengerti apa yang dialami oleh Alia.

Lama aku berbual dengan Alia. Kami bangkitkan kisah-kisah lama dan juga kisah-kisah baru. Tertawa kecil Alia sekali-sekala, melupakan tangisannya sebentar tadi. Senang hatiku melihat Alia tersenyum kembali. Aku maafkan Alia. Hatiku damai kini. Penjelasan Alia aku terima.

I have buried the ghost of the past dan aku sudah dapat menerima Alia bukan Alia milik aku lagi. Alia adalah rakan sejawatan ku kini. Aku gembira, aku lepas dari beban kenangan. Aku bebas.

Aku memujuk Alia supaya melaporkan perbuatan suaminya ke pihak polis dan buat aduan ke Jabatan Agama. Alia kata dia akan fikirkan, keluarga dia dan Encik Hashim memang terkenal dan perkara macam ni boleh menjejaskan nama baik kedua-dua keluarga tu. Aku suruh Alia banyak bersabar, nanti, itu semua akan Allah adili, seadil-adilnya.

I know that, but, that's not the reason for me calling you here. I need your help. I want out of this hell and you are the only one I trust and the only one who would be able to pull this thing off!,” Alia berbicara, untuk pertama kalinya pada malam ini, dengan nada serious. Nada yang selalu aku dengar apabila Alia mahukan perhatian penuh terhadap apa yang dicakapnya.

Wooahh!. Lain macam jer bunyinya tu. Perhatian ku telah dikait. Rasa ingin tahu lebih lanjut dalam diriku telah terjerut. Aku tak boleh pusing belakang lagi!

Shoot” aku kata “I’m all ears.”

Alia punya pasal, kalau dia suruh aku alih KLCC ke depan rumah dia pun, aku sanggup.



Hampir jam 9.00 malam baru aku dan Alia habis berbual, berbincang  dan mencapai kata persetujuan. Seolah-olah mesyuarat nak memulakan perniagaan pula aku rasakan. Actually, memang pun, aku dan Alia bersetuju menubuhkan pakatan. Ada projek besar yang kami cuba jayakan.

2 teko besar black coffee dan 2 dozen finger sandwiches habis dibedal. Aku bayar apabila pelayan datang memberikan bil. Taklah mahal sangat berbanding dengan betapa berharganya masa yang aku dapat luangkan bersama Alia.

Sebelum beredar, Alia ucapkan terimakasih padaku dan mendoakan pakatan yang baru ditubuhkan bersamaku tu mencapai kejayaan. Aku tunggu dia beredar dahulu hingga hilang dari pandangan.

Sambil memandu pulang tu, aku ulangi semula perbincangan aku dan Alia. Setiap kata-katanya, setiap langkah yang dianjurkan, setiap buah fikiran yang diketengahkan, aku kaji. Aku dapati bahawa rancangan yang dirangka oleh Alia amat hebat.

Rancangannya mirip strategi permainan catur. Aku tidak dapat mengesan kelemahannya. Hanya memerlukan nadi penggerak, iaitu aku, yang boleh melaksanakan rancangan itu dengan terperinci.

Aku semak satu-persatu memori aku untuk mencari contact-contact aku yang boleh membantu. Dua tahun bukan masa yang panjang, pasti mereka masih ingat pada aku dan beberapa hutang mereka kepada aku yang perlu dilangsaikan. Bukan dengan tunai tapi dengan cara lain.

Nama yang pertama muncul dibenak aku, adalah nama si Dzul, playboy, casanova dan bapak ayam. Aku nak “pinjam” 2 orang rakan wanitanya yang istimewa, untuk fasa pertama rancangan Alia.

Mengikut perancangan, fasa pertama akan bermula 3 malam dari malam ini, iaitu pada hari Jumaat malam Sabtu. Ini akan memberikan aku masa sedikit untuk membuat persediaan yang patut. Kemudiannya, aku akan berjumpa Alia sekali lagi pada hari Ahad malam Isnin yang menyusul, untuk melapurkan kejayaan atau kegagalan fasa pertama supaya fasa kedua dapat berjalan atau diubahsuai.


All systems go!

No comments: