Saturday, January 11, 2014

MASIHKAH ADA ALIA - Part 2, Chapter 13

Hampir tiga jam lamanya diskusi aku dengan Alia. Lega sedikit sakit di pinggangku bila aku melepap semula di atas kerusi dalam pejabat aku setelah selesai perbincangan. 

This won’t take long kejadah. Pirah! Aku menyumpah dalam hati. Penat tau duduk lama-lama begitu. Perlahan aku semak semula catatan dan nota perbincangan.

Secara keseluruhan, aku dan Alia berjaya merangka marketing approach yang agak radikal setebal 40 mukasurat. Itu belum termasuk grafik, rajah, carta, visual dan juga pelan implementasi lengkap serta costing. Anggaran aku, lapuran yang lengkap akan menjangkau hampir 100 mukasurat. Panjang sangat!, rasa gerak hati aku. Ianya akan mengambil masa sekurang-kurangnya 1 jam untuk dibentangkan. Pasti ada client yang akan tertidur dalam meeting room.

Aku mengambil keputusan untuk membiarkannya sahaja dulu. Kemudian nanti akan aku ringkaskan dan aku highlight pada Alia bahagian mana perlu terperinci dan bahagian mana hanya ringkasan sahaja.

Fikiran aku melayang ke perbincangan yang berlansung tadi. Alia oh Alia, memang kau abadi dalam hati ku.

Sepanjang diskusi itu aku dilanda keresahan. Otak aku asyik terkenang sejarah silam aku dan Alia. Otak aku begitu degil, ingin terus berkubang dalam memori.

Segala kudrat yang ada aku gunakan untuk menarik balik otak aku supaya memberikan tumpuan dan fokus terhadap diskusi yang sedang berjalan. Liat betul otak aku ni. Tarik kerbau seberat 1 tan keluar dari kubang pun lagi senang agaknya.

Aku berpeluh dalam dingin bilik yang beraircond tu. Segala idea idea aku ditokok tambah, di-modify, diolah oleh Alia. Tercabar kejantanan aku.

Terpaksa aku mencari kelemahan idea-idea Alia pula. Maka berdebatlah aku dengan Alia, aku korek kembali segala ilmu yang aku pelajari di universiti dan juga pengalaman yang aku ada.

Aku kerahkan otak aku untuk mengingat segala teknik dan taktik dari buku-buku yang aku baca, dari discussion group dalam internet, semuanya aku keluarkan. Hah! Ternganga juga Alia bila aku berjaya menunjukkan dan membuktikan kelemahan beberapa pendekatan yang dia cadangkan. Mantap hujah-hujahku dan aku rasa professor marketing di kampus dulu pun akan tabik pada aku.

Ini Asmara bukan sebarangan. Ini Asmara Melayu Baru, berani, bijak dan aduh…! Alia senyum bila aku membetulkan cadangan darinya. Aku cair. Aku tewas dengan senyuman Alia. Barulah hendak mendabik dada, dada aku rasa seperti nak roboh bila Alia tersenyum.

Memang senyuman Alia membuat aku tidak tentu hala ketika sepanjang perbincangan, tapi, apa yang lebih mengharukan adalah ketika dari mula hingga akhir berbincang, aku langsung tak nampak tanda-tanda yang Alia ingat pada pengalaman percintaan aku dengan dia. Kuat betul semangat Alia, ataupun, memang dia sudah melupai segala-galanya.

Nada Alia amat bersahaja, seperti aku baru saja dia kenal, seperti pertemuan di pejabat Encik Hashim tu adalah pertemuan pertama. Sedih juga aku. Mungkin masa bercinta dengan Alia, aku sorang saja yang terhegeh-hegeh manakala Alia tidak merasai apa yang aku rasa. Semudah itukah aku dilupai? Teruk sangat ke aku ni?

Sukar aku nak membaca apa yang terbuku di hati Alia sekarang. Perpisahan yang agak lama membuatkan beberapa gerak geri, nada suara dan body language Alia amat samar bagi ku, tidak seperti dahulu. Tapi, entahlah, aku rasa macam ada kelainan diakhir perbincangan tadi atau mungkin hanya aku yang nampak sesuatu yang sememangnya tiada. Nevermind.

Deringan telefon aku memecahkan kesunyian.

“Hello..”

“As, pesal lama sangat meeting? Meeting ke dating?” Kedengaran suara Rizman berseloroh.

Panjang umur mamat ni, memang aku nak cari dia pun. Macam dia tahu pula,“Ha-ha-ha, kau hilang akal ke apa cakap aku dating dengan Puan Alia, tapi bagus juga kau call aku ni, datang sini kejap, aku ada assignment untuk kau.”

“Oh!, okey, 5 minit aku sampai.”

Rizman punya 5 minit adalah 30 minit. Aku dah tahu perangai dia. Dia pakai waktu negara mana aku pun tak tahu, tak pun jam dia rosak.

Aku lapar, belum makan tengahari lagi dan aku buat keputusan untuk turun ke kantin. Biarlah Rizman tunggu aku jika betul dia sampai dalam masa 5 minit tapi aku rasa aku dah habis makan apa semua baru nanti dia akan muncul, tak pun aku pasti jumpa dia di kantin…dan seperti dijangkakan, si Rizman ada di kantin bila aku tiba. Itu yang beriya-iya janji nak datang ke pejabat aku dalam masa 5 minit, dia dah sampai situ dulu!.


Bedebah mamat sorang ni!

No comments: