Tak sangka, sungguh tidakku
sangka, aku dan Alia akan bertemu semula. Maksud aku, memanglah aku mengharap
berjumpa kembali dengannya, tapi tidak dalam senario sebegini. Di SGE pula tu.
Aduhai, tak dapatku bayangkan nilai kebarangkalian yang perkara ini terjadi,
mungkin terlalu kecil untuk diberi nilai, agaknya!
Pelbagai bentuk perasaan
berhimpun, bertindan dan bertindih di dalam diriku pada waktu yang sama. Aku
merasa cemas, kekok, seronok, gembira, teruja dan pelbagai perasaan lagi yang
tak dapat aku kenalpasti dan baru aku tahu aku ada perasaan tersebut. Aku takut
kotak perasaanku overload. Boleh short circuit segala wiring dalam otak dan badan aku, tak ke
malu kalau aku pengsan kerana terlalu gembira!
Di sebalik apa yang aku rasa
di dalam hati, pada zahirnya, aku terpaksa mempamerkan airmuka yang tenang.
Berkecamuk juga hatiku kerana airmuka Alia begitu bersahaja apabila
diperkenalkan kepada aku tadi. Tidakkah dia merasai apa yang aku rasa? Tak
seronok ke atau terkejut bertemu aku kembali setelah sekian lama terpisah? Hmm...tak boleh jadi ni, aku juga perlu
berlaku tenang seperti Alia, aku juga perlu menyembunyikan perasaan aku supaya
tidak terlalu ketara yang aku teramat excited
bertemunya kembali.
Atas arahan Encik Hashim, aku
pun menjunjung perintah membawa Alia untuk diperkenalkan kepada warga kerja
SGE. Aku menunggu di ambang pintu untuk
membimbing Alia menemui warga kerja SGE dan aku rasa inilah peluang pertama aku
untuk bersama Alia setelah 5 tahun berpisah. Time to catch up on things.
Aku membawa Alia keluar dari
bilik Encik Hashim. Aku berjalan rapat dengan Alia, bersebelahan, menuju terus
ke deretan kubikel.
“Five
years, Alia, its been a very long time,” aku mula
berbicara secara perlahan ke telinga Alia sambil aku memperkenalkannya kepada
warga kerja SGE – “Kenalkan, Alia Abadi, pegawai baru kita, Alia, ini Johan”.
“Hi Johan, apa
kabar?”
“Hello Cik Alia. Khabar baik,
terima kasih. Selamat datang ke SGE, Cik Alia,” balas Johan dengan penuh hormat
dan kejujuran menyambut mesra Alia menjadi ahli baru warga kerja SGE.
“Terima kasih,” Alia senyum
pada Johan dan terus memaling padaku – “Yes,
As, I tau, 5 tahun memang lama dan banyak yang telah berubah dalam masa 5 tahun”.
“Well, you definitely dah berubah, langsung takde reaksi masa kita
diperkenalkan oleh Encik Hashim tadi. Am I that easy to forget?” Bisikku pada Alia dan aku berpaling memperkenalkannya pada warga
kerja yang berikutnya - “Alia, ni
Suzi...Suzi, ni Alia”
“Hi Cik Alia” Suzi menyapa
sambil tersenyum lebar menampakkan lesung pipit dipipinya yang gebu tu.
“Hi Suzi, comelnya awak ni...pleasure to meet you and I am looking forward to work with you,”
balas Alia pada Suzi sambil bersalaman.
Alia berhenti seketika dan
memandang tepat pada ku – “Don’t jump
into conclusion, As,” bisik Alia
dengan agak keras padaku. Alia meneruskan langkah ke meja selanjutnya.
“What’s
that suppose to mean?!” Aku meminta penerangan kerana aku tak paham maksud kata-kata
tersebut sambil mengekorinya dari belakang.
Alia
berhenti dan menoleh pada ku, “Its suppose to mean what its supposed to mean!”
Alia menyentap, separuh berbisik, separuh menjerit tepat ke muka ku.
Aku terus terkedu dengan jawapan itu. Hatiku yang agak riang
sebentar tadi telah kembali tawar. Aku tak pasti samada terdapat makna yang
terselindung di sebalik bicara itu atau sebaliknya. Adakah maksudnya terang dan
jelas, cuma aku sahaja yang masih menggapai untuk mencari pengertiannya? Tapi,
sekurang-kurangnya, bagi aku hari ini masih merupakan titik keramat dalam
sejarah hidupku kerana Alia telah hadir kembali dalam hidup aku. Aku tetap
bersyukur pasal tu.
“Alia, kenalkan, ini Ina dan
Rizman…” dan aku terus membawa Alia ke seluruh pelusuk SGE untuk menemui warga
kerja yang lain tanpa perbicaraan lanjut dengannya kerana aku rasa elok juga
aku berdiam diri sementara waktu.
Dari nada suara Alia tadi,
perbualan kami telah hampir menjadi pertengkaran. Baik aku elakkan, yer la, mana tau, kalau diteruskan,
salah seorang dari kami naik angin dan terkeluar kata-kata yang sepatutnya
tidak disebutkan! Kan ke haru nanti. Apa pula kata warga kerja yang
lain. Takkan baru first day masuk,
aku dan Alia dah bertekak! Not good for staff
morale.
Mahu aku kena warning dengan Encik
Hashim. Lebih baik aku bertenang pada waktu ni.
Habis aku bawa Alia round satu SGE. Aku kenalkan pada
kesemua yang anda. Dari General Manager ke kakak tea lady. Ada
yang telah bertemu Alia pun aku perkenalkan sekali lagi. Saja aku panjangkan
masa bersama Alia walau terasa penat. Tapi, aku tak hiraukan rasa penat tu
sebab aku rasa macam terawang-awang, macam tak percaya yang Alia telah kembali
dalam episod hidup ku.
Aku tetap mengharap, cuma kali
ini, setelah 5 tahun melalui hidup dan merasa pahit manis asam garam kehidupan,
aku rasa aku lebih matang untuk menangani kehadiran semula Alia. Ya, dia
kembali, tapi aku tak boleh mengharap yang dia akan kembali kepada ku.
Entah-entah dia sudah mempunyai
lelaki lain yang disayangi dan sanjungi. Aku tak dapat menyangkal fakta ini,
walau pahit untuk aku menerima, ianya bukan sesuatu yang mustahil.
Aku tahu yang Alia adalah seorang
wanita yang pintar, mengkagumkan, desirable,
mempunyai daya penarik serta personality
yang cukup mempersonakan. Pasti menjadi idaman ramai lelaki yang hebat-hebat,
yang berada dan berkedudukkan. Dan, tak mustahil Alia telah berjaya dimiliki
oleh salah seorang dari mereka ni. Dan, tak
mustahil juga Alia masih single dan masih boleh aku miliki.
Hatiku masih berdegil untuk
mengharap walau aku tahu peluang bagi impian aku menjadi kenyataan adalah
tipis. Lebih tipis dari halus dari rambut
yang dibelah tujuh. Aku sengaja mengabaikan kenyataan bahawa dalam masa lima tahun sememangnya a lot had happened kerana aku takut
menghadapinya. Aku takut kehilangan Alia buat selama-lamanya.
Sekarang ni, yang penting adalah
aku perlu bertenang. Aku perlu cari masa lain, masa yang lebih sesuai untuk
mendapatkan kepastian. Pertamanya, aku perlu mengetahui apa yang terjadi pada
perhubungan aku dan Alia. Apa yang menjadi penghalang dan kenapa aku
ditinggalkan begitu sahaja. Aku perlu tahu dan aku rasa, aku ada hak untuk tahu
dan Alia terhutang dengan ku untuk memberitahu apa yang sebenarnya terjadi. She owed me that much!
Senyuman aku sampai ke telinga!
No comments:
Post a Comment