akan ku kalung kenangan kita
berdua
lalu ku coret kata cinta
dan ku pahat madah asmara
ku sulam rindu
membalutnya
ku semat kalung itu di
dada
walau segunung emas di depan
mata
intan permata dan harta seisi
dunia
namun kalung itu ku julang
jua
menjadi ikatan di antara
kita
Terngiang-ngiang senikata puisi
yang aku baca di Internet. Di dalam sebuah laman web yang menghimpunan koleksi
penulisan dan karya yang dikirimkan oleh
para penggemar puisi dan cerpen. Aku pun tak tahu entah apa link yang
aku click untuk sampai ke laman web tu. Syahdu dan sayu bunyinya.
Perkara yang lebih pelik ialah aku melayan pula penulisan karya tersebut dari
beribu-ribu hasil tulisan yang lain.
Tidaklah special sangat puisi tu, tapi ianya telah berjaya menambat
tumpuanku dan terpahat dalam ingatanku. Aku boleh hafal line by line!
Sudah tiga hari
berlalu sejak aku membacanya namun ia terus menghantui diriku. Membuat aku
sayu, ditambah kedinginan pagi ini bersama hujan begitu lebat di luar dan cahaya
langit yang kelam dan kelabu. Limpahan tempias memenuhi ruang di jendela
pejabat aku ini. Setiap titisan hujan itu aku rasakan seolah-olah tepat
mengetuk pintu kalbu dan menginjak kenangan lampau.
Kenangan aku dan Alia.
Ya! Puisi tu mencetus segala memori yang aku cuba padamkan, yang aku cuba sorok
jauh-jauh.
Namaku, Asmara Adriani Muhammad Alwi. Aku tak
tahulah apa dalam fikiran bapak aku masa dia nak bagi nama aku tu. Mungkin
kerana aku yang bungsu dan dia inginkan kelainan. Segan juga masa aku membesar
nama aku jadi bahan ajukkan. Pernah aku bertanya, tapi bapak aku buat derk,
dia hanya senyum mengenepikan soalan aku. Tapi bila aku semakin dewasa, aku
mula menghargai keunikkan nama aku ni.
Member-member rapat memanggil aku, As, sahaja. Umurku,
27 tahun ketika ini. Gadis dalam anganku itu, Alia Abadi. Gadis yang pernah
bertakhta di hatiku, gadis yang pernah menjadi permaisuri dan bidadari dalam
hidupku. Sehingga dia pergi meninggalkan aku secara tiba-tiba.
Alia...di mana diri mu sekarang?
Aku berdiri
merenung jauh ke luar jendela. Hujan pagi yang membuat suasana agak syahdu,
mengingatkan aku tentang kenangan lama sewaktu aku menuntut di luar negeri,
sama universiti dengan Alia.
akan ku susun warna pelangi
dan ku lakar dada langit
serta ku semai gugusan
bintang
menjadi satu karya
menobatkan namamu
di cakerawala
Nostalgia datang bertalu-talu.
Segandingan butir-butir hujan yang menimpa bumi di luar. Menyesal juga
aku baca puisi tu. Sekarang dah susah pula hendak dikeluarkan dari memori.
"Kemana kau menghilang, Alia...?"
Lima
tahun telah berlalu selepas warkah terakhir yang aku terima darinya. Terus
dirinya menghilang selepas itu, tanpa ucapan selamat tinggal. Tanpa pesan,
tanpa belas dan ehsan. Bak embun yang lenyap tika fajar menjelang.
Lima
tahun. Bukan waktu yang singkat. Namun tak sehari pun dalam lima tahun yang
telah berlalu aku tidak teringatkannya.
Apa salahku?
Kenapa
dia sanggup mematahkan ranting cinta yang telah berbunga. Tergamak dirimu Alia!
Cinta
pertamaku, cinta agung yang tiada bandingannya. Memang sukar
diri ini untuk melupakannya dan selepas Alia, tiada gadis, tiada jelita yang
berjaya menakluk hati ku ini. Mungkin belum lagi.
Walau
aku pernah cuba menjalinkan hubungan bersama beberapa orang gadis yang aku
kenali namun tiada seorang pun yang dapat menandingi kehebatan Alia. Bukan pada
paras rupa atau harta, tapi dari segi kecerdasan, perwatakkan, sopan-santun dan
yang paling penting, Alia pandai berbicara dan mengeluarkan pendapatnya.
Itu
yang membuat aku kagum padanya. Maaf cakaplah, kekadang tu, ramai gadis yang aku jumpa, rupa dah elok, dressing memang cun, tapi IQ - zero! Aku bukanlah nak cari gadis
yang tahap genius tapi, at least, boleh layan aku borak, ada
pendapat sendiri dan aku boleh duduk depan dia for an intelligent conversation. Ini tidak, bila aku buka topik
agak serius atau mendalam, mulalah buat muka blank! Tesyen beb! Takkan nak cerita pasal shopping atau gosip artis-artis je
memanjang!
Ramai
juga rakan-rakan yang mengatakan aku ni terlalu memilih, cerewet sangat! Aku
buat tak endah sahaja tentang apa yang mereka katakan. Ini soal peribadi, soal
hidup aku, oleh itu aku ada hak untuk menentukan siapa yang layak untuk
menerima cinta dari aku.
Komunikasi
amat penting bagi aku dan aku letakkan intelligence
sebagai ciri utama yang perlu ada pada seseorang gadis yang ingin aku kenali
dengan lebih rapat. Kecerdasan minda penting untuk menjamin kehadiran buah
fikiran yang bernas dan memberangsankan. Ini membawa kepada perhubungan dan
pertukaran maklumat yang efektif atau dalam ertikata lain, komunikasi. Tiada
komunikasi, macam mana nak ada perhubungan, tiada perhubungan, macam mana nak
ada kemesraan, so, macam mana nak
jalinkan hubungan cinta? Betul tak?!
Satu
perkara yang aku telah pelajari ialah : hubungkaitnya adalah begitu mudah – communication brings understanding, understanding
brings respect, respect brings trust, trust brings comfort and comfort brings
love (takyah aku translatelah, korang pasti faham).
Bagiku,
Alia adalah lambang kesempurnaan, keindahan ciptaan Illahi dan menjadi benchmark yang perlu dicapai oleh wanita-wanita
lain jika mereka ingin mendekati dan mengenali diriku.
Setakat
ini, kesemuanya tidak berjaya memenuhi kriteria yang aku tetapkan. Hmm…mungkinkah aku tersilap kerana
menetapkan syarat dan terma yang terlalu ketat?
Entahlah…kadang-kadang
aku bosan juga hidup bersendirian. Aku perlu teman penghibur hati, tempat
bermanja dan tempat mengadu tapi pada masa yang sama, aku tidak mahu tersalah
pilih dan aku takut hati aku dilukai lagi.
Susah
aku nak mengimbangi di antara kehendak aku untuk mendapatkan teman hati dan
rasa gerun untuk menghadapi kelukaan. Ahh…pening…pening!
Agaknya
inilah yang menyebabkan aku melibatkan diri dalam kerja-kerja gila sebaik saja
aku pulang ke tanah air. Aku cuba menghilangkan rinduku pada Alia; dan
menyangkal kenyataan bahawa hati dan perasaan aku terhiris luka.
Bukan
menyangkal atau menafikan tapi aku cuba untuk tidak memikirkan tentang soal
tersebut. Aku masih rasakan sakitnya bila teringatkan apa yang aku lalui.
Bodohkah
aku ni? Lemahkah aku sebagai lelaki? Masih menunggu dan mengharap sesuatu yang
tiada ketentuannya?
Banyak
kali aku kena sembur dengan kata-kata dan persoalan tersebut. Sakit hati juga bila
digelar “bodoh” dan “lemah”. Bunga bukan sekuntum kata mereka. Cakap senang la beb. Memanglah bunga bukan sekuntum,
tapi kuntuman bunga yang lain-lain tu aku tak suka, tak memenuhi citarasa aku,
nak buat camna?!!
Aku
mengakui bahawa perasaan rindu dan rasa sakit tu boleh dihilangkan, dilenyapkan
dan dibuang jauh, namun ianya sia-sia kerana kesemua perasaan itu akan kembali
menjengah, menunjukkan diri semula dan bermaustautin di hatiku apabila aku
bersendirian.
Aku cuma dapat temporary relief! Begitulah yang aku
rasakan kalau aku cuba
merapatkan diri dan menjalinkan perhubungan dengan gadis-gadis lain, aku hanya
mendapat ketenangan yang sementara sahaja. Aku tak nak benda yang sementara,
aku nak yang berkekalan!
Hissh!...Get a hold of yourself Asmara !
Aku perlu memaksa diriku
untuk kembali ke alam realiti bila detik-detik syahdu seperti ni datang.
Waktu-waktu beginilah yang selalunya mengundang kehadiran emosi-emosi yang aku
tidak inginkan. Emosi-emosi yang membuat aku resah, gundah dan tak tentu arah!
Argh…!!!
Aku
tarik nafas panjang. Aku mengerling jam tanganku. 8.30 pagi. Aku sebenarnya
tiada masa untuk bernostalgia tapi kenapa hari ni lamunan aku amat kuat sekali.
Aku kehairanan. Mungkin disebabkan hujan pagi ni, menambah kesyahduan di hati
yang memang telah dihantui puisi yang aku baca di internet tu.
Aku
menekan intercom, “Ayu, bagi tahu saya sebaik saja
delegasi MODESA tu tiba, okey?”
“Baik Encik As.” Pendek jawab Ayu,
gadis penyambut tetamu dan merangkap telefonis SGE Sdn. Bhd.
Pejam celik, pejam celik, sedar tak
sedar, sudah 3 tahun aku bertugas di SGE. Syarikat bumiputra milik penuh Encik
Hashim, salah seorang dari usahawan Melayu yang boleh dikatakan berjaya.
Ingatan aku kembali lagi ke saat aku pulang
ke tanah air setelah menghabiskan pengajian. Aku hidup dalam keadaan terumbang
ambing. Selama dua tahun aku menghabiskan masa dan tenaga melakukan kerja-kerja
gila sebelum aku insaf, kembali ke pangkal jalan dan mengambil keputusan untuk
menerima tawaran kerja dari SGE.
Kerja gila pertama yang aku ceburi
adalah dalam bidang tarik kereta. Ramai
orang yang boleh serta mampu membeli kereta tapi tak mampu nak maintain. Hutang dan ansuran bulanan tak
berbayar dan adalah menjadi tugas dan mata pencarian aku untuk mendapatkan
kereta itu semula bagi pihak bank.
Kerjanya bukan mudah. Nak mencari
kereta sudah satu hal, kemudian nak menghadapi kerenah pemilik yang tak bayar
ansuran kereta tu, lagi satu hal. Ada yang sedih, menangis, menjerit dan ada
yang garang, ganas dan berkasar.
Cara aku menangani kerenah mereka adalah
mengikut tindakbalas yang aku terima, kalau mereka berlembut, aku lembut dan pada
yang berkasar, aku terpaksa berkasar. Selama aku menjalankan kerja, tak pernah
aku berkasar dahulu. Selalunya aku akan bermula dengan lembut. Aku akan
terangkan kepada mereka tujuan aku datang serta apa yang akan aku lakukan
dengan tenang dan jelas. Terpulang bagaimana mereka menerimanya.
Aku terjerumus ke dalam bidang ini pun
dengan cara tak sengaja. Setelah menghadiri lebih ratusan temuduga yang
berkesudahan dengan dukacita, dukacita dan dukacita, aku dah naik malas untuk
pergi temuduga. Namun, entah macam mana, aku pergi juga temuduga di sebuah
firma kewangan.
Seperti biasa, aku berjanji, inilah
temuduga yang terakhir yang akan aku hadiri…sehingga yang berikutnya!
Keluar sahaja dari bilik temuduga tu,
aku dah tahu, jawapannya nanti pasti dukacita, gerenti! Bukannya aku tergagap-gagap ketika temuduga atau tidak
dapat menjawab soalan yang diajukan, tetapi, entahlah…jauh di dalam hatiku,
memang aku menjangka bahawa aku tidak akan terpilih.
Tak mengapalah, aku melangkah keluar
dari pejabat tu. Dah selalu sangat kecewa hingga aku dah tak rasa lagi
kekecewaan dalam diriku. Dah kebas agaknya urat saraf tu!
Di luar, terdapat sedikit kekecohan. Aku pun buat-buat sibuk. Menjengah
untuk mengetahui apa yang berlaku dah apa yang ku lihat membuat darahku
menyirap. Seorang kakitangan firma kewangan tu sedang dibelasah oleh 3 orang
lelaki. Aku tahu yang kena belasah tu adalah kakitangan kerana kad kerjanya
terpampang.
Aku bukannya kaki gaduh atau suka
cari pasal. Tidak juga aku suka nak tunjuk jaguh.
Tapi 3 lawan 1 beb. Memang tak adil, kerbau pun boleh tumbang. Dengan dua kali
lompat aku dah sampai di tempat kejadian untuk cuba meleraikan pertelingkahan.
Kesian aku lihat kakitangan yang kena pukul tu.
Niat aku baik tapi aku pula yang
hampir kena belasah. Cipan betul! Nasib aku ada asas mempertahankan
diri. Bukan asaslah tapi boleh kira advance
jugalah. Mereka yang cuba membelasah aku pula yang kena belasah dengan aku. Alahai…letih la! Aku bukan suka sangat pukul orang. Aku bukan nak tunjuk
ilmu tomoi yang aku ada. Tapi dalam
keadaan tertentu, bila aku rasa yang aku dalam bahaya, maka terpaksalah aku
mempertahankan diri. Keluarlah juga bunga-bunga dan skill yang aku ada.
Lelaki yang aku tolong tu mengucapkan
terima kasih tak terhingga pada aku. Rupanya dia pegawai di situ dan dia terus
membuat tawaran kepadaku sebagai penarik kereta bagi pihak firma tersebut.
Mungkin syarat utama untuk layak menjadi penarik kereta adalah kehandalan pukul
orang atau paling tidak boleh mempertahankan diri.
Aku tak tahu dan tak nak selidik
perkara tu sebab aku malas nak fikir panjang masa tu. Darah tengah muda, tengah
menggelegak, habuan pun boleh tahan dan aku tengah tak ada kerja. Mulai hari
tu, dengan rasmi, aku jadi budak tarik kereta.
Kerja tarik kereta ni bukannya
senang, banyak cabaran dan banyak saingan. Aku pun bukanlah seorang saja yang
dilantik oleh firma kewangan tu sebagai kontraktor tarik kereta ni, ada
beberapa orang lagi. Aku mula kenal dengan mereka secara perlahan-lahan dan
selalunya kami akan bergerak dalam dalam beberapa kumpulan berasingan.
Dari mereka mereka inilah aku
terlibat dalam kerja gila aku yang kedua – jadi bouncer atau penjaga “keamanan” di kelab malam dan disko!
Pada mulanya aku hanya tolong
cover jer untuk member-member yang perlu bercuti atau memang nak ponteng.
Dari tolong punya pasal, sampai aku pun terbabit secara langsung. Selalunya
kalau ada port atau club baru nak buka, maka dari recommendation
member yang lebih senior dan otai, nama aku akan naik. Ramailah
juga tokeh-tokeh club atau orang-orang suruhan mereka yang datang cari
aku. Bermula dari situ, aku mengambil keputusan alang-alang tolong, biarlah aku
dapat bayaran, berbaloi juga tak tidur malam.
Kalau difikirkan dan dikenang,
kadang-kadang tu aku terasa bodoh kerana terlibat dalam kerja gila sebegitu.
Bergaduh hampir setiap minggu dan penat jangan ceritalah. Siang duk ronda mencari kereta yang bayaran
ansuran tak dijelaskan dan malam pula jadi penjaga “keamanan”. Jika tak
meronda, aku akan bantai tidur sampai ke petang. Memang amalan hidup yang tak
berkat dan juga tak sehat langsung. Lesu segala sendi, lemah segala urat kalau
tidur lama-lama, especially kalau tidur sampai ke petang. Rezeki pun macam
segan nak datang dan kalau datang, dia singgah sekejap jer.
Aku pun kadang-kadang kehairanan. Aku
rasa aku dapat duit banyak. Berkepul-kepul dalam poket, aku sepah-sepah saja
atas dresser kat bilik aku. Belum lagi yang aku selit sana, selit sini.
Tapi, kadang-kadang, bukan kadang-kadang, selalunya, aku macam tak cukup duit
saja. Sempit rasanya.
Agak lama juga baru aku tersedar
kerja bouncer ni tiada berbeza dengan
jadi seorang security guard cuma bouncer ni glamour sedikitlah. Itu pun sebab jaga tempat hiburan. Bergelumang
dengan arak pula. Mana nak berkat, mana rezeki nak singgah!
Namun apa yang aku amat hargai adalah
kenalan-kenalan yang berjaya aku kumpul melalui kerjaya gelap aku tu. Mereka
yang aku pilih untuk menjadi kawan rapat adalah yang telah aku perhatikan dan
pastikan mempunyai hati baik, boleh dipercayai dan suka menolong orang.
Mungkin muka mereka tu saja bengis
dan ganas tapi hati mereka baik. Pada yang memang jahat dan perangai tak
senonoh, aku jauhkan diri dari mereka.
Aku dah berjanji dengan diri aku
bahawa kerjaya gelap aku ni hanya untuk sementara sehingga sesuatu peluang yang
lebih baik datang. Akhirnya, setelah 2 tahun, datang juga peluang untuk aku
cuci tangan dan mengubah karier aku. SGE banyak membawa kebaikkan padaku.
“Ehem….!”
Tersedar
diriku dari lamunan apabila mendengar lontaran suara dari belakangku itu. Aku
menoleh. Kak Rozi dah tercegat di muka pintu pejabatku.
“Kak Rozi, hai!, good morning...” aku membuka bicara kepadanya. Pagi-pagi buta dah cari aku ni. Kenapalah agaknya.
Aku
bahasakan setiausaha peribadi Encik Hashim sebagai Kak Rozi saja. Dia pun
selesa dengan panggilan begitu. Dengan umurnya yang hampir mencecah empat-puluhan,
Kak Rozi mengingatkan aku kepada cikgu aku di sekolah dulu. Garang, tegas tapi
amat peramah pada waktunya.
Aku
rasa panggilan “kakak” amat sesuai dengan kematangan dan sifat
professionalismanya dalam melaksanakan tugas. Kalau aku panggil makcik atau aunty, macam tak kena rasanya. Kak Rozi
ni anggun dan bergaya, silap pandang macam muda remaja lagi.
“Morning
As, nervous atau mengelamun?” Lembut
bicara Kak Rozi. Berbunga-bunga suaranya dan bagai ada satu irama beralunan yang
unik miliknya sahaja.
Aku rasakan soalan dari Kak Rozi tu seolah-olah
satu teguran kepada aku. Pasti dia perasan pagi-pagi lagi aku dah berangan.
Risau agaknya konsentrasi aku untuk mesyuarat yang akan berlangsung sebentar
lagi akan terganggu. Kalah Pengarah Urusan perangai Kak Rozi ni. Nampak saja
sedikit kesilapan orang.
“Takde apa-apalah Kak, cuma memerhati keadaan
saja. Yes!, anything? Dah sampai ke delegasi tu? Masuklah
sekejap,” aku mempelawanya secara ajak-ajak ayam, tak larat aku nak layan dia
ni lama-lama.
“Its okey, kejap jer ni. No!,
not yet, delegasi tu belum tiba, I
cuma nak remind you tentang appointment selepas presentation nanti,” nada suara Kak Rozi mula bertukar menjadi
mendatar dan tegas. Dia masih berdiri diambang pintu sambil berpeluk tubuh.
Aku hanya memandang ke arahnya dengan muka blank seketika dan baru aku teringat,“…oh!, okey, the new guy, I will be there, don’t worry,
I pun tak sabar juga nak jumpa
pegawai baru tu.”
“As!, get it right, its a girl-lah!, 11.30 sharp. See you then!” Perintah Kak Rozi sebelum membuat pusingan dengan badannya bagai aksi
seorang penari dan melangkah pergi meninggalkan pejabat aku.
Aku memerhatikan Kak
Rozi berlalu.
Intercom aku berbunyi.
“Yes, Ayu..”
“Delegasi MODESA dah tiba, Encik As. Saya bawa terus ke bilik mesyuarat?”
“Okey, Ayu, thanks and get them
some coffee first, saya dalam perjalanan kesana , call
the Project Team, inform dorang kita
akan mulakan presentation dalam 5
minit lagi.”
“They all dah ada pun berada
dalam bilik mesyuarat awal-awal lagi, Encik As.”
“Okey!,
good!”
Showtime!
No comments:
Post a Comment