Tuesday, January 28, 2014

MASIHKAH ADA ALIA - Part 2, Chapter 18

Dua minggu sudah berlalu sejak kes penculikkan Alia dilaporkan.

Alia masih tidak kelihatan, masih hilang dan yang memeningkan pihak polis, kalau kes kidnap, pasti ada ransom note. Orang yang mencolek menantu jutawan sudah pasti akan meminta wang tebusan ratusan ribu jika tidak berjuta. Ini tidak, senyap sahaja.

Polis mula membuat anggapan ianya adalah kes lari rumah. Disebabkan Alia dah dewasa, polis tak boleh berbuat apa-apa kecuali menasihatkan supaya kes ini dirujuk ke Pejabat Agama kerana dah menjadi kes rumahtangga.

Beberapa hari selepas peristiwa pertelingkahan aku dengan Harith di Bukit Aman, sekeping sampul tiba di apartment aku dihantar oleh Federal Express. Ianya dari Alia.

Aku menghembus nafas kelegaan setelah membaca kandungan surat di dalam sampul tu. Sangkaan aku yang fasa kedua telah gagal adalah meleset sama sekali. Ketiadaan Alia menyebabkan aku buntu namun dengan kehadiran surat tersebut aku kini mendapat jawapan yang aku perlukan.

Ringkas surat Alia mengatakan dia selamat dan terpaksa mengubahsuai fasa kedua untuk mendapatkan reaksi aku yang spontan. Alia tidak mahu aku tersilap langkah dan menjadi orang yang disyaki. Dia terpaksa menghilangkan diri kerana risau akan keselamatannya dan juga kerana dah betul-betul tak tahan dengan suaminya.


Terasa diri aku dibuat sebagai pawn oleh Alia dalam percaturan yang penuh bahaya ini.

No comments: