terbina
mercu keagunggan cinta
di saat jiwa bersua
indahnya yang tiada terungkap
walau puisi ilham pujangga
Mercu apa pulak yang
dimaksudkan oleh penulis puisi ni. Dan kenapa pulak puisi ni tak mahu lenyap
dari ingatan aku. Dari pejabat ke pusat snooker
balik ke pejabat, puisi ni masih melekap dengan kemas dalam benak aku. Ish!…Mau
jer aku pergi cari siapa penulisnya dan aku cekik-cekik sampai pengsan!
Susah aku nak tumpukan perhatian pada kerja aku. Untunglah tidak berapa banyak
kerja pagi ini.
Mercu yang aku ingat ketika
bersama Alia di kampus dahulu adalah merupakan sebuah tugu peringatan di bandar
kecil yang berhampiran dengan universiti kami belajar. Kecil sahaja bandar tu,
tak layak dipanggil bandar pun, macam pekan di sini juga. Ianya berada di daerah
pendalaman Amerika Syarikat dan merupakan tempat bersejarah kesan dari Perang
Saudara dahulu. Aku dan Alia kerap juga berkunjung ke situ bila ada kelapangan
kerana keadaannya tenang, sungai mengalir lesu dan cuaca tak terlalu panas atau
sejuk.
Di suatu kawasan lapang di
sebuah ladang usang yang terletak kira-kira 3 kilometer dari pekan tersebut
telah terbina sebuah mercu tanda. Sebuah tugu sebenarnya. Binaan ringkas yang
dibuat dari batu marmar dan juga patung-patung yang diperbuat dari keluli yang menggambarkan
beberapa orang perajurit sedang mempertahankan kubu tersebut.
Aku dan Alia selalu camping di situ. Selalu yang aku
maksudkan di sini adalah apabila Alia termakan pujuk rayuku atau dia dah tak
tahan mendengar renggekan aku yang tak putus-putus kalau dia tak nak pergi. Mau
tak mau, dia ikut juga walau aku tahu dia ni jenis yang tak berapa suka outdoor adventure sangat. Aku yang gila camping, jungle trekking ni, budak
kampunglah katakan, membesar dengan hutan belantara, sungai dan outdoor life. So, nak lepas gian, aku akan ajak (paksa sebenarnya) Alia untuk
bersamaku.
Aku masih ingat lagi lawatan
terakhir aku dan Alia ke situ pada satu hujung minggu sebelum Alia
menghilangkan diri. Malam itu aku berjanji padanya, ketika kami duduk di bawah tugu
tersebut hingga lewat malam.
Memerhatikan bulan dan bintang
berarak perlahan di langit, bahawa aku hanya cinta dirinya, Alia Abadi, untuk
selamanya. Di situ juga, Alia berjanji padaku bahawa selagi ada bintang di
cakerawala, selagi itu diriku dicintai dan abadi dalam dirinya.
Dimanakah semua janji-janji itu, Alia?
Di bawah mercu yang menjadi
saksi, di bawah tugu yang diam memerhati dan menyimpan rahsia, sesungguhnya
pada malam itu, dua hati menjadi satu dan dua cinta bersemadi di dalam satu
jiwa.
Alia, aku
masih cinta padamu…percayalah, janji ku pada malam itu tetap utuh, tetap ku pertahankan...cinta ku hanya padamu…
Tapi aku dah salah
langkah. Hari pertama lagi aku dah buat Alia marah padaku. Mungkin dia dah meluat
agaknya dengan perlakuan aku. Tak cool
langsung! Haih! Aku harus
melakukan sesuatu untuk berbaik dengan Alia kembali. Aku harus mencari ikhtiar.
Sepanjang malam
tadi aku memikirkan kata-kata Yusuf. Memang ada kebenarannya cakap otai tu. Aku perlu bertenang kerana Alia
juga mungkin tengah bercelaru dan keliru bertemu dengan aku setelah sekian lama.
Dia mungkin menyembunyikan perasaannya dan mencari waktu dan ketika yang sesuai
untuk bersemuka dan meluahkan apa yang dia rasa. Aku patut memberinya peluang
dan juga ruang. Aku tak sepatutnya menyangka yang bukan-bukan terhadap Alia. Ahhh!, selfishnya aku ini!. Aku perlu meminta maaf.
Aku melihat jam, awal lagi, baru pukul sembilan
lebih. Bawa Alia pergi breakfirst pun
bagus.
Aku terus mendail nombor sambungan
Alia.
Hingar-bingar
di kantin dapat didengar sebaik sahaja sesiapa yang turun di tingkat tersebut
keluar dari lif. Biasalah, time pagi-pagi
begini, orang masih ramai membeli juadah, tak kurang juga yang di meja sedang
menanti dan menikmati hidangan.
Aku
perasaan kelibat Ina, Rizman dan Yusuf sedang menikmati juadah sarapan masing
masing ketika aku melangkah masuk ke kantin. Bersama Alia. Berjaya aku pujuk Alia
untuk bersarapan dengan aku.
“Tu,
tu, kau orang tengok si bujang teruna kita tu, hari tu kemain malu malu
kucing, sekarang dah bawak breakfirst kau
orang tengok tu.” kata Ina sambil memuncungkan bibirnya ke arah aku dan dan Alia
yang sedang mengambil tempat yang agak berjauhan dari mereka.
“Ulat bulu dah naik daunlah tu…ha-ha-ha-ha!”
Rizman mula berjenaka.
“Itu
bukan ulat bulu daa..., itu ulat
gonggok...ha-ha-ha!!...” Yusuf
pula menambah secukup rasa. Letusan gelak ketawa mereka agak kuat dan bergema
di serata kantin.
Aku
dengar mereka tertawa, aku buat tak peduli saja. Memang kegemaran kawan-kawan
aku tu menyakat. Biarlah. Aku terus membawa dua gelas teh tarik dan beberapa
keping kuih ke meja di mana Alia menunggu aku. Aku duduk berhadapan Alia.
“…which,
technically, is the reason for SGE bringing in the expertise from
outside,” aku menyambung penghuraian aku kepada Alia terhadap kontrak
MODESA yang sedang aku uruskan ketika aku mengambil tempat duduk. Ianya hanya
bualan kosong yang telah aku mulakan dari dalam lif lagi sebagai mukadimah
sebelum aku timbulkan persoalan yang lebih berat.
“I
see and that’s the reason you bawa I sarapan, to
explain the complications of the MODESA contract?” cepat Alia bertanyakan sebab yang sebenar aku mempelawa
dirinya untuk bersarapan. Macam dia dah dapat rasa apa yang ada di dalam hatiku
atau mungkin aku yang tak pandai nak sorok apa yang aku rasa.
“No! I have to admit, that is not the reason. The real reason is about me
and you.”
“What
about you and I?” Alia bersuara dengan
nada yang tenang.
Terlalu tenang bagi aku kerana aku
tak dapat mengesan apa-apa perasaan pun dari nada suaranya. Tiada kemarahan
atau kekesalan atau kegembiraan, in fact,
tiada apa-apa reaksi langsung. Seolah-olah aku berbual seorang diri. Sukar
untuk aku mengatur bicara selanjutnya.
“Come
on Alia!”
Suara aku mula tinggi tanpa aku sengajakan, mungkin kerana aku frust sebab aku rasa macam berbual
dengan tiang atau dinding! Tak sempat otak aku nak kawal volume suara aku ditengah-tengah kesibukkan diriku menilai reaksi
dari Alia.
Aku menyedari yang nada aku tu
telah mengubah reaksi Alia kerana airmukanya menampakkan rasa kurang selesanya.
Reaksi yang negative, tak mengapa,
janji ada reaksi, taklah seakan aku bercakap seorang diri.
Aku sambung bicaraku dengan
lembut, “I rasa I berhak untuk tahu. 5 tahun I
menunggu. Apa yang terjadi, Alia? Itu jer yang I nak tahu.”
“Banyak perkara As…”
“Antaranya? Suddenly, you sedar yang I am not good enough for you dan you buat keputusan untuk menghumban I macam sampah? Just like that?” Aku potong cakap Alia sebelum sempat
dia meneruskan kata-katanya.
“Don’t
jump to conclusion As…please!” Sayu jawapan dari Alia.
Aku
termanggu. Aku bertambah geram. Aku tak tahu kenapa aku tak dapat kawal
kemarahan aku ni. Terasa seakan aku mahu membalas dendam pula. Macam aku nak Alia
rasa kesakitan yang aku rasai.
“Itu lagi yang you sebut! Conclusion apa yang you nak
I capai selain dari tu kalau I
tak tahu cerita sebenarnya!” Bicara yang agak kasar aku lemparkan. Aku
menyesal sebaik sahaja kata-kata itu terkeluar. Tidak, ini Alia yang aku sayang
dan sanjung. Aku tidak sepatutnya menyakitinya, walau separah mana luka dan
kesakitan yang aku telah alami.
“Look, I tak selesa untuk
kita berbicara soal ni sekarang dan di sini, apa pulak kata staf lain,” ucap Alia
yang sempat mengerling ke arah meja di mana Ina, Rizman dan Yusuf sedang duduk.
Aku mengarahkan
pandangan ke tempat yang sama. Jelas Yusuf memberikan isyarat thumbs up dengan kedua-dua ibu jarinya,
Ina tertawa sambil mengangkat gelas minuman ke arah aku. Rizman pula melutut
seolah olah sedang merayu seorang kekasih.
Aku tepuk dahi!. Aduh!!! Kenapalah aku dapat
kawan-kawan macam ni!
“I ni orang baru, so, if you
dont mind, I would like to leave now.”
Alia mula bangun dari tempat duduk. Reaksinya mukanya betul-betul menunjukkan
rasa tidak selesa pada keadaan sekeliling.
“Yes,
Alia, leave, you are good at that!” Terpacul
kata-kata tu dari mulutku. Entah apa hantu dah rasuk diriku sehingga aku
mengeluarkan kata-kata tu. Baru sahaja aku menyesal sebentar tadi...tapi...aku
seakan tidak dapat mengawal diri aku.
Alia tersentap.
Kata-kata tu amat kesat, aku sendiri menyedarinya.
“Do you see this?!” Kata
Alia sambil menyuakan tangan kirinya tepat ke
muka aku.
“What?!” Aku tak
mengerti apa yang perlu aku lihat.
“Cincin ini tak pernah I tanggalkan dari jari I walau sesaat pun sejak ianya
disarungkan.”
Cincin??!! Ya Allah!!
Macam
mana aku boleh lupa pada cincin tu. Cincin yang aku sendiri hadiahkan kepada Alia
sebagai tandahati untuk hari lahirnya semasa kami masih merupakan sepasang
kekasih ketika di universiti. Cincin perak yang ringkas dan ada berukir initial “AA” dan cincin itu masih
tersarung kemas di jari manis Alia.
Aku dilanda kenangan. Detik
ketika aku menyarungkan cincin itu di jari Alia, sambil air mata Alia mengalir
di pipi, jelas diulang tayang di depan mata aku. Aku tak mengerti. Aku keliru. Mengapa
Alia masih memakai cincin itu kalau diri aku telah dilupakan dan ditinggalkan
begitu.
“I-I-eerr-er-I dont know what to say, Alia,” kelu lidah aku. Kelam hati aku. Samar ilham aku. Tiada apa yang
dapat aku ucapkan ketika itu.
“Like
I said, As, don’t jump to conclusion,” dan Alia berlalu pergi. Tinggal aku keseorangan di
meja itu.
Dan, untuk sekian kalinya, I’ve let myself down, yet again!
kini
hanya tinggal memori
irama
lagu kita
yang
ku nyanyikan dengan iringan airmata
kini
hanya tinggal debu harapan
yang
ku abadikan
sebagai
teman jiwa yang hiba
No comments:
Post a Comment