Tergamak ke Alia melakukan
sebegitu? Sampai nak jejaskan karier aku di SGE ni? Aku rasa
tidak, tapi kemungkinan untuk dia melalukan begitu memang ada. Dia ada apa-apa
kut dengan Encik Hashim, hubungan sulit atau hubungan intim? Mungkin dia betul-betul
dah membenci aku dan cuma buat muka manis depan aku…tapi kalau dah benci
sangat, apa cerita pula tentang cincin tu?
Bagaimana aku hendak berdepan
dengan Alia? Bagaimana aku hendak berinteraksi dengan Alia? Apakah cara yang
sesuai untuk berbincang secara serious
dan penuh dedikasi dengan bekas buah hati pengarang jantung yang dah jadi ketua
aku dan juga isteri orang.
Mampos aku!
Apa
agaknya panggilan yang sesuai untuk Alia. Hmm…Puan
Alia pun okey kut, ringkas dan menunjukkan hormat aku kepadanya. Atau mungkin ada
panggilan lain?
Dulu
masa cintan-cintun, bolehlah panggil ayang, darling, sweetheart, tapi
sekarang, wuih! mungkin kena penampar
kalau aku panggil Alia dengan panggilan ayang
atau babe atau luv.
Hmm…luv!, nama manja untuk Alia
yang aku berikan satu ketika dahulu. Best
juga kalau boleh panggil boss camtu!
Apalah
agaknya strategi atau motif Encik Hashim merubah carta organisasi hingga jadi
begini. Suka-suka hati dia saja nak campak Alia ke sana-sini. Aku
tahulah company ni dia punya, tapi
struktur yang berubah-ubah boleh mengganggu kelicinan perjalanan syarikat.
Itu belum cerita bab morale dan team work atau line of
reporting. Sekarang aku nak report
kepada siapa, Alia atau Encik Hashim. Selama ni aku terus report ke Encik Hashim, sekarang pada siapa pula? Takkanlah pada Alia
yang masih baru. Tercabar juga ego
aku dapat boss perempuan! Bukan
perempuan sebarangan pula tu, bekas kekasih aku pulak tu!
Encik Hashim tak sedar ke yang
dia akan menyeksa aku dengan menukarkan Alia ke department aku. Sekarang, tak pasal-pasal aku terpaksa berdepan
dengan Alia sedangkan aku memang nak elakkan dari bertemunya buat sementara ni.
Kalau setakat masa mesyuarat pengurusan atau bertembung di lif atau corridor, aku tak kisah sangat.
Pandailah aku handle tapi ni dah kes
hari-hari aku kena mengadap Alia. Boleh naik migrain otak aku!
Aku perlu masa untuk mencari
keseimbangan dalam diriku dulu. Sehingga aku betul-betul dapat mengawal
perasaan dan sanubariku supaya tidak mudah digugat oleh Alia. Sehingga aku
yakin tiada lagi nostalgia akan
melanda setiap kali aku menatap wajahnya.
Aku rasa macam ada komplot yang
bersubahat untuk membawa pertelagahan perasaan dalam diriku.
Apalah malang aku
hari ini.
Damn!
Seperti biasa,
setelah selesai sesi snooker aku
dengan Yusuf, setelah aku kalah lagi untuk sekian kalinya, sesi kaunseling pun
berlangsung. Jam dah menunjukkan hampir dua pagi. Aku masih tak puas hati. Yusuf
pun dah macam malas nak layan aku, tapi terpaksa juga menemani aku di situ.
Masih banyak lagi yang aku ingin luahkan dari dalam benakku ni. Yusuflah mangsa
aku!
“Macam mana ni Suf,
kau cuba explain kat aku ni. Pernah
ke terjadi di mana-mana tempat, orang boleh lompat-lompat jabatan sesuka hati
jer macam Alia tu.” Aku meluahkan rasa tak puas hati.
“Aku pun tak tahu
nak bagaimana terangkan pada kau, As, aku sendiri bukannya faham sangat dan tak
ambil pusing tentang benda-benda macam ni. Kita makan gaji je As, so, relek la, kita buat kerja kita sudah!”
Yusuf cuba sedaya-upaya meringkaskan permasalahan yang aku anggap amat rumit.
“Itu aku tahulah,
Suf tapi Encik Hashim tak bolehlah main tukar-tukar saja tanpa berbincang
dengan mereka-mereka yang terlibat.”
“Alah!...company dia punya, kau nak buat macam
mana. Tapi dari apa yang aku dengar, Alia sendiri yang mintak ditukarkan bukan Encik Hashim yang sesaja nak tukarkan dia!”
Alia yang minta ditukarkan? Dan
Encik Hashim memberikan persetujuan? Besar betul pengaruh Alia ke atas Encik
Hashim. Siapa sebenarnya Alia sekarang ni?
Aku
makin tak kenal siapa Alia yang kembali dalam hidupku ini. Aku makin tak kenal
keperibadiannya. Selama ini aku hanya mengingati Alia yang ku kenal 5 tahun
yang lalu. Alia yang sayang padaku pada waktu itu. Alia yang aku kenal isi
hatinya, gerak-gerinya dan aku paham cara pemikirannya. Tapi, tidak Alia yang
sekarang ni. Aku sangsi dengan hubungan Alia dan Encik Hashim, sejauh mana,
setakat mana dan sejujur mana. Lebih-lebih lagi dengan reputasi Encik Hashim
sebagai buaya besar! Tapi Alia dah
bersuami, takkanlah dia ada hubungan dengan Encik Hashim, tak mungkin!
A lot had happened and 5 years is not a short period. Tapi kenapa aku
rasa sekejap jer?
“Aku rasakan, Suf, Alia
sedang cuba
nak ambil alih tempat akulah. Mungkin lepas ni mungkin aku kena tukar ke
jabatan lain atau mungkin juga aku kena buang kerja…” ujarku dengan lemah dan
semangat yang lesu.
“Merepeklah
kau ni, As. Takkanlah sampai macam tu.”
“Mana
ke tau, kalau-kalau Alia merasakan
aku boleh menggugat kedudukkan dia di SGE sebab kami pernah menjalinkan
hubungan sebelum ini. Orang yang bercita-cita tinggi boleh buat apa saja, Suf,
untuk memastikan apa yang dia kejar dapat dicapai!”
“Tak
elok menyangka buruk terhadap sesorang, As! Lebih-lebih lagi, kau bukan tak
kenal Alia. Jangan ikut sangat perasaan kau tu. Aku tahu kau kecewa, hati kau
sakit, kau marah…tapi…releklah brader!”
“Dulu
aku pernah kenal dia, Suf. Aku tahu hati budi dia…tapi…sekarang ni, aku dah tak
kenal Alia yang ada depan mata aku! Kau sendiri yang cakapkan, banyak perkara
boleh terjadi dalam masa lima tahun. Mungkin apa yang telah terjadi telah
mengubah Alia sehingga dia tergamak untuk melakukan apa yang aku sangka!”
“Suka
hati kaulah nak fikir macam mana!” Yusuf menyentak. Aku dapat rasakan nada
kemarahan dalam percakapannya. Mungkin dia dah penat nak layan aku malam ni.
“Okeylah!
Jom balik, kau pun dah menang dengan aku malam ni dan dah banyak mendengar
rungutan demi rungutan dari aku. Terima kasih bebanyak Suf!” Ikhlas aku
bersyukur dengan pertolongan Yusuf selama ni.
“Small matter jer tu As, kau ni
kawan aku dan aku dah anggap macam adik aku sendiri…err…tapi, jangan la nak
tukar topic pulak…silakanlah bayar yer,
jangan sengih-sengih jer...dah kalah
buat cara kalah he-he-he…”
Cheh! Bila aku nak rasa makan duit Yusuf ni
pulak!
No comments:
Post a Comment