dewi
seri bayu
gundah
gelana mengenangkanmu
suram kelam dada kelabu
ilham bicara kian syahdu
adakah daku seorang merindu
mengail kasih di lubuk pilu
mendamba sayang di gurun jemu
Puisi
itu terus mengisi ruang benak aku secara automatic
apabila aku memasuki pejabat dan duduk menghadap komputer sekembalinya dari
bersarapan dengan Ina dan Rizman tadi. Dewi
Seri Bayu, hmm, siapalah agaknya yang dipuja-puja oleh penulis puisi ini.
Aku
tak kisah sangat tentang identiti Dewi Seri Bayu ni. Perkara yang lebih penting
dan yang mendatangan kesan adalah rangkap-rangkap dalam puisi tu. Seperti
dicipta khas untuk aku. Kebetulan atau karma?
Atau Qada’ dan Qadar agaknya. Arrgghh! Kenapa
hati aku tak ketentuan begini?
Aku
terasa bagai ada tangan yang tak kelihatan yang sedang mengemudikan perjalan
diri aku. Sudah dua hari aku berperasaan begini. Sejak semalam, ketika aku
melayari internet untuk tujuan penyelidikan, jejari aku terasa bergerak
sendiri, bagai dikawal oleh sesuatu untuk terus melawat laman web di mana
terdapatnya puisi itu.
Selalunya
aku tidak membazir masa untuk membaca puisi-puisi jiwang sebegitu tetapi lain pula yang berlaku semalam, aku hayati
setiap baris, setiap perkataan. Siap hafal lagi. Aku pun hairan dengan tindakan
aku tu.
It’s probably the rain.
Aku cuba
menenangkan diriku. Memberikan alasan pada diri sendiri kenapa aku
berperasaan seperti ini. Walaupun hujan awal pagi tadi dah lama berhenti.
Jam dinding di
bilik pejabatku menunjukkan waktu sudah hampir 11.27 pagi.
Jam berbentuk kapal
layar yang aku beli kira kira tiga tahun lalu, sewaktu aku mula mula bertugas
di SGE. Kapal Layar. Aku tergelak mengenangkan justifikasi aku memilih bentuk
kapal layar. Berhijrah kononnya. Macam orang dulu-dulu pergi Haji, naik kapal.
Tapi ada betulnya.
Aku berhijrah dari kehidupan yang terumbang-ambing kepada sebuah kehidupan yang
teratur dengan kerjaya yang stabil. Secara fizikal aku stabil tapi dari segi emotional, masih tak stabil lagi. Masih
hebat ingatan dan kenangan pada Alia. Itulah sebab aku menjerumuskan diri dalam
kerjaya aku sebanyak 110%. Aku tidak mahu ada sedikit ruang pun di benak untuk
perkara lain selain dari kerja. Kerja, kerja dan kerja!
Siapakah agaknya pegawai yang baru ni. Cantik sangat ke sebagaimana yang digembar-gemburkan
oleh Ina dan Rizman?
Otak aku dah mula
bekerja lebih masa. Lebih dari apa yang sepatutnya ia lakukan. Sebahagian dari
diriku yang rasional berhujah bahawa aku tak sepatutnya berangan-angan atau
membuat spekulasi tak tentu hala kerana ini adalah pembaziran masa dan
tenaga…tapi…seperti manusia lain, sebahagian dari diriku ada perasaan ingin
tahu.
Akhirnya, aku
mengambil keputusan untuk pergi sahaja ke pejabat Encik Hashim dan bertemu
dengan pegawai baru itu. Apa yang akan terjadi selepas itu, aku terima sajalah.
Let’s get this over and done with!
Aku bangun sambil membetulkan
tali leher dan terus menuju ke pejabat Encik Hashim, yang terletak selang
tiga bilik dari pejabatku.
“Selamat pagi Encik Asmara,”
Apai, pekerja penghantar cepat yang baru pulang dari pejabat pos, menegur aku
apabila kami berselisih di antara bari san
meja-meja warga kerja di pejabat tu.
“Hey! Apai. Pagi! Wah!,
banyak surat
ni, Pai….kalau awak jumpa surat
hutang untuk saya, awak buang jer, okey?”
“No problem, Encik Asmara,” balas Apai
disertai dengan tawa kecilnya.
Aku
meneruskan langkah ke bilik Encik Hashim, melepasi ruang pejabat, terbentang deretan
kubikel para kerani dan eksekutif bertugas. Aku atur langkah dengan segaknya
agar nampak kemas dan presentable
nanti dan aku mencuba beberapa mimik muka untuk mempamerkan ketenangan walau
hatiku ada sedikit berdebar, entah kenapa.
Aku
melangkah masuk ke pejabat Encik Hashim dan disambut dengan isyarat tangan
sahaja oleh Kak Rozi, yang
sedang berbicara di telefon. Dia menyuruh aku masuk terus kerana kedatangan aku
memang ditunggu.
Aku
terus mengetuk daun pintu bilik Encik Hashim yang sentiasa terbuka sepanjang
waktu pejabat. Open door concept, kata Encik Hashim.
“Selamat pagi Encik Hashim….”
seperti biasa aku memulakan bicara apabila melangkah masuk ke biliknya
“Asmara , masuk, come, come, silakan duduk di sofa tu, lebih selesa kita meneruskan
perbualan di situ,” pelawa Encik Hashim sambil menunding jarinya ke arah sofa
tamu yang berhadapan mejanya.
Sofa kegemarannya. Sudah
kebiasaan Encik Hashim berbincang dengan rakan niaga atau pelanggan di sofa
tersebut.
Sudah tak terbilang berapa
banyak transaksi perniagaan, persetujuan dasar dan juga perjanjian-perjanjian
usahasama yang telah dipersetujui di situ. “Ada ong!” Kata Encik Hashim bila ditanya kenapa tak ditukar sahaja sofa
yang agak out of date tu kepada model
sofa yang lebih moden.
Aku berjalan ke sofa tersebut
sambil memerhatikan seorang wanita yang sedang duduk berhadapan Encik Hashim
dan membelakangkan aku. Dari sudut pandangan aku, gaya dan penampilannya tampak menarik.
“Umm, vogue juga minah ni. Mungkin betul apa yang di kata Ina dan Rizman
tadi, lawa pegawai baru ni.”
bisik hatiku.
“Okey, mari I kenalkan you dengan Encik Asmara, orang penting dalam syarikat ini dan bakal
menjadi rakan sekerja awak,”
Encik Hashim mengajukan bicara ke arah wanita yang duduk tu dan menjemputnya ke
sofa tempat aku berada.
Wanita itu pun segera
mengambil beg tangannya, yang diletakkan di atas lantai di tepi kerusi dan
terus mengepit beg itu di lengannya. Sambil berdiri, dia pun terus berpaling ke
arahku.
Aku terus tergamam.
Hatiku terus berdebar.
Jantungku terlepas beberapa
degupan dan lutut aku mejadi lembik.
“Oh my God!”
No comments:
Post a Comment