Tuesday, January 21, 2014

MASIHKAH ADA ALIA - Part 2, Chapter 15

Alia masih cuti.

Dah 10 hari dan sepatutnya balik pejabat 2 hari lepas. Tapi sambung lagi. Aku suruh setiausaha aku membuat appointment dengan setiausaha Alia, ada perkara yang mustahak yang perlu perhatian dan penyelesaian sebelum minggu hadapan.

Yep! Aku dah ada setiausaha. Aku dah dinaikkan pangkat. Selang beberapa minggu selepas kontrak dengan usahawan Jepun itu ditandatangani dan duit pun mula masuk, aku dan Alia sama-sama dinaikkan pangkat. Pejabat aku pun dah besar. Tapi, somehow, pejabat Alia masih lebih besar dari pejabat aku.

Encik Hashim menghargai jasa kami dan dia pun tahu, beberapa syarikat lain pun dah jeling-jeling ke arah aku dan Alia untuk melamar. Dengan cepat dia mengikat aku dengan promotion, naik gaji dan benefits yang agak lumayan. Aku terima saja, dah rezeki, alhamdullillah, penat jerih aku selama ini mendatangkan hasil.

Namun aku tahu, sebenarnya, Encik Hashim belum puas memerah isi otak aku, banyak lagi duit yang dia nak aku kejar. Encik Hashim pula baru saja membeli Executive Yatch berharga RM12 juta.

Fuuh! Masuk lebat, keluar pun lebat. Tak habis-habis dia bercerita pada aku tentang kehebatan, kemewahan dan keunikkan kapal mewah dia tu. Dari apa dan cara Encik Hashim bercerita, macamlah kapal tu dah ada belakang rumahnya. Padahal, kapal tu masih dalam pembinaan, lagi 4 bulan baru siap. Aku hanya mampu mendengar sajalah, sambil menunggu jemputan untuk dapat naik kapal tu nanti. Sementara tu, aku bersyukur dapat Perdana V6 yang SGE bagi. Dah cukup baik.

Tambahan pula, sejak kebelakangan ini, Encik Hashim pun dah layan aku dengan lebih baik dan ada kalanya, terlampau baik hingga nama aku selalu dia jual pada isterinya, mengatakan ada mesyuarat dengan client bersama aku, tapi sebenarnya ke karaoke lounge menjamah tubuh gebu gadis-gadis yang sentiasa bersedia untuk dijamah.

Mahu tidak mahu, aku terpaksa juga melayan Encik Hashim. Sekali-sekala aku akan bawa dia ke tempat yang dia tak pernah pergi berbekalkan pengetahuan masa aku jahat dulu. Tempat-tempat yang memang tidak diiklankan serta tiada papan tanda. Menyesal jugak aku kerana Encik Hashim dah naik kemaruk dan selalu memaksa aku membawanya. Pelbagai alasan aku gunakan untuk mengelak dan menolak permintaan dan pelawaannya. Once in a while tu bolehlah aku layan tapi kalau dah memanjang nak pergi, aku pun naik bosan, aku pun ada my own life.

Tidaklah aku menolak sepanjang masa. Aku kenalah jaga juga periuk nasi sebab after all Encik Hashim is still the boss! Aku hanya memberi persetujuan sekali-sekala agar tak ketara sangat yang aku asyik menolak saja dan ada jarak diantara satu sessi ke sessi yang lain. Selain tu, aku tak nak Encik Hashim kenal dengan pengusaha dan pengurusan termpat-tempat sebegitu, panjang ceritanya nanti kalau dia dah kenal dan pandai pergi sendiri. Orang macam Encik Hashim pasti mempunyai musuh dan pesaing dalam perniagaan, mau hancur SGE kalau ada sensasi skandal yang melibatkan Encik Hashim. Payah pula aku nak cari tempat kerja lain.

Sebenarnya, aku pun hairan kenapa aku membiarkan Encik Hashim menggunakan aku sebegini. Mungkin aku termakan budi juga dengan kenaikkan pangkat dan gaji aku itu, ditambah dengan kereta lagi. Hmm…tak menjadi masalah rasanya kerana taklah selalu sangat, hanya sekali-sekala. Encik Hashim pun pandai, kalau selalu sangat guna nama aku nanti kantoi pula dengan isterinya.



Ketika aku hendak melangkah keluar dari bilikku untuk menghadiri mesyuarat, telefon bimbit aku berbunyi dan private number berkelip-kelip di screen telefon aku. Pasti si Amran! Dia ni seorang saja dari kawan aku di luar pejabat yang mengada-ngada pakai private number.

Haah mangkuk!!, aperhal?!!” aku maki seperti biasa kalau mangkuk tu call, lebih-lebih lagi pada masa begini, aku nak cepat untuk pergi meeting. Mamat ni kalau call bukan hal penting pun. Selalunya nak ajak lepak Starbucks kacau barista-barista di situ.

“As, its me, can we talk?!” Suara Alia pulak yang menjawab.

Ulp, Alia, sorry, I ingat kawan I tadi, yes, of course, I am free right now,” malunya aku tak terkata.

Aku berhenti melangkah untuk memberikan perhatian pada perbualan dengan Alia dan aku rela tangguhkan mesyuarat aku tu kalau perlu.

No!, not on the phone, meet me, please, I have no one else to turn to except you. This evening, jumpa I di coffee house, Eastin Hotel, 7.00 p.m. okey, bye!”

Alia terus mengakhiri perbualan.

Tak sempat aku nak cakap apa. Tersekat kata-kata aku di kerongkong.

Kenapa dengan Alia, kedengaran macam cemas dan ketakutan. Rungsing melanda aku. Terpaksa aku ketepikan perasaan rungsing ni sebentar, aku kena hadiri mesyuarat terlebih dahulu.



Sepanjang mesyuarat berlangsung, aku tidak dapat memberikan perhatian penuh. Otak aku terus memikirkan tentang perbualan aku dan Alia. Apa agaknya perkara yang teramat penting yang ingin Alia sampaikan kepadaku hingga tidak boleh diberitahu melalui telefon.

Habis sahaja menyuarat, aku meluru ke bilikku dan mula memerhatikan jam setiap 5 minit. Punyalah lambat nak pukul 6 petang. Beberapa kali juga aku terfikir untuk menelefon Alia dan bertanyakan kabarnya dan juga sebab dia ingin berjumpa dengan aku.

Dari nada suaranya, aku dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena, tapi aku terpaksa mengawal keinginan itu dan menyedarkan diriku yang Alia sudah bersuami, biarlah suaminya menjaganya, aku sebagai seorang kawan sahaja. Banyak batas-batas yang aku perlu patuh bila berkawan dengan Alia, dengan statusnya sebagai isteri orang.

Berdetik saja tepat jam 6 petang, aku terus meluru keluar. Bagai pelari pecut 100 meter yang baru dilepaskan. Go, go, Asmara!

Setiausaha aku pun pelik, tak pernah aku keluar pejabat tepat jam enam. Selalunya, akulah yang last keluar, umm…second last actually kerana pakcik jaga yang paling last sebab kena kunci pejabat.

Aku drive macam orang kena rasuk. Cilok maut kalah mat despatch atau budak hantar pizza. Agaknya kesemua peraturan lalulintas yang ada aku dah langgar. Kalau berlumba dengan Lewis Hamilton pun masa tu mau Hamilton tinggal makan asap aku. Namun, sesia jer la bawa laju dalam kawasan KL ni, sampai Jalan Damansara, sangkut, tapi aku masih ada banyak masa, lambat lagi ke pukul 7 malam. Aku mula menyedari bahawa tiada guna terburu-buru, kalau terjadi apa-apa, aku juga yang rugi.

Aku mula memandu pelahan sepanjang Jalan Damansara tu. Aku tak berbalas makian dan one finger salute dengan pemandu-pemandu lain seperti hari-hari biasa. Biasalah sebahagian pemandu-pemandu di KL ni, macam ada kod tak bertulis, yang mewajibkan pemanduan kasar, tak berhemah dan kurang ajar bila sahaja berada di jalanraya.

Sebenarnya kebanyakkan pemandu-pemandu sebegini, kalau keluar dari kereta dan tidak memandu adalah manusia yang sopan-santun dan berhemah, cuma bila memandu saja, mereka seakan bertukar menjadi orang lain, termasuk aku juga kadang-kalanya. Fenomena yang seangkatan dengan kesesakkan jalanraya bila saja hujun turun dan jika terdapat kemalangan kecil, walau ianya terjadi di seberang jalan.

Misteri Mimpi Syakila” berkumandang dari CD player.

Lagu nostalgia. Aku masih simpan CD koleksi The Best of Wings ni, satu-satunya CD lagu Melayu yang aku ada. Bukannya aku tak sokong industri muzik tempatan ni, tapi, pada pandangan aku, tak banyak bakat-bakat yang ada kat sini layak untuk digelarkan sebagai berbakat! Seorang-dua tu adalah.

Bila tiba di Eastin Hotel, aku tinggalkan saja kereta aku pada Azrickey. Dah pandu Perdana V6 ni, beranilah aku beri Azrickey untuk parking dan para Azrickey pun tidaklah senyum menjeling sepertimana masa aku pandu kereta buruk aku dulu.

Aku duduk di sofa tetamu di lobby lounge. Belum pukul 7.00 malam lagi. Ada mamat bermain piano kat situ. Entah apa lagu yang sedang dimainkan pun, aku tak tahu dan tak mahu ambil tahu. Otak aku duk runsing mengenangkan kata-kata Alia.

Aku order fresh orange dari waitress.



Tepat pukul 7.00 malam, sebuah BMW meluncur. Model 3 series yang baru, aku kenal nombor pendaftarannya. Kereta Alia yang SGE belikan.

Kenapa aku dapat Perdana tapi Alia dapat BMW?

Malas aku nak buat spekulasi dan menyangka yang bukan-bukan sekarang ni. Buang masa dan buang karan sahaja memikirkan perkara-perkara begini. Pangkat dan harta, kedudukkan dan macam-macam lagi soal dunia yang boleh memporak-perandakan perhubungan sesama insan.

Kesemua itu rezeki Alia, dari hasil kerja dan titikpeluhnya. Allah yang telah menentukan. Aku dah sedar yang aku tak perlu membuat andaian sendiri dan mendengar tomahan yang tidak tentu kebenarannya. Aku dah selesa dengan perhubunganku dengan Alia sekarang ni, sebagai rakan sejawatan, tak lebih dari itu dan aku mahu perhubungan kami berterusan begini. Rakan sejawat dan merangkap bekas pasangan kekasih.

Aduhai! Susahnya nak lari dari masa lampau!

Aku perhatikan Alia turun dari keretanya dan jockey bertugas pun terus memandu kereta itu pergi. Alia memakai scarf menutup kepalanya.

Pakai skarf?!

Alia juga berkacamata gelap malam-malam begini. Fesyen baru agaknya ni! Aku bukannya mengikuti sangat perkembangan fesyen terkini dan termoden. Terutama fesyen wanita-wanita berkerjaya dan berjaya, seperti Alia. Lagilah aku blur.

Mata aku ni hanya dapat menilai samada cara pemakaian, koordinasi warna pakaian bersama dengan assessories yang digunakan dan kasut serta beg adalah sesuai dan berpadanan. Itu dah cukup bagus bagiku untuk menilai ketramprilan seseorang wanita. Lebih dari itu, aku tak tahu apa sangat pasal fesyen ni.

Dari sudut di mana aku sedang duduk, dapat aku perhatikan Alia berjalan ke Coffee House. Langkahnya teratur dan penuh keyakinan. Aku rasa cukup gembira begini, memerhatikan Alia dari jauh, gerak-gerinya, keayuannya. Peluang aku nak rapat memang dah tiada, so, dapat aku admire dari jauh sudahlah, dah mencukupi.

Sengaja aku tidak bergerak dari lokasi aku tu buat sementara waktu, biar Alia mengambil tempat yang sesuai dan selesa baginya. Aku perhatikan Pengurus Restoran membawanya masuk merentasi deretan kerusi meja yang terhias rapi dan terus menunjukkan tempat untuk Alia, agak terpencil di sebelah tepi dan tersorok dari laluan. It must be something very important. Kalau tidak, Alia tak memilih tempat sebegitu.

Berbagai teori muncul di dalam diriku. Semuanya tekaan-tekaan yang kekurangan asas dan juga yang langsung tidak berasas. Tekaan paling baik dan paling lojik yang dapat aku perah dari otakku adalah - Alia sudah mendapat tawaran kerja baru yang lebih baik dan dia akan meninggalkan SGE untuk menerima tawaran tersebut lalu ingin mengajak aku menyertai dia.

Aku rasa itulah andaian yang paling tepat dan berasas kerana tiada sebab lain bagi Alia memanggil aku pada waktu begini dan di tempat begini. Kalau perkara mustahak dan sulit tentang projek-projek SGE, di pejabat pun boleh berbincang, lebih selesa dan selamat! Tak mungkin soal peribadi, soal mak ayahnya atau adik-beradiknya.

Tak pun Alia nak pinjam duit dari aku...ishk…mustahil!

Kerja baru, di tempat baru, bersama Alia. Hmm…satu cadangan yang kalau diutarakan akanku pertimbangkan dengan sewajarnya jika tawaran yang diberikan boleh mengoyahkan kesetian aku kepada SGE.

Tapi, yang sebenarnyalah, kalau ianya bermakna dapat bekerja dengan Alia, ke mana saja dan dengan syarikat apa saja pun aku sanggup, gaji dan kemudahan boleh dibincang kemudian! Ahaks!...bilakah aku nak sedar ni! Alia tidak akan menjadi milikku

Aku rasa agak lega dengan alasanku yang paling berasas tu. Memang tidak ada sebab lain Alia mengaturkan pertemuan ini. Aku boleh gerenti. Aku menghentikan segala anganku dan segala spekulasi lain yang tak tentu arah dalam benakku dan mula melangkah untuk mendapatkan Alia.


Its not good to keep a lady waiting.

No comments: