Saturday, January 11, 2014

MASIHKAH ADA ALIA - Part 2, Chapter 10

Tiga minggu telah pun berlalu dari tarikh Alia menjadi warga kerja di SGE. Bukan hanya Alia lagi. Puan Alia sekarang.

Alia bertugas di bahagian Audit Dalaman. Dari apa yang aku dengar, dia sendiri yang membuat permintaan begitu dengan alasan untuk mengetahui sistem dalaman SGE dahulu sebelum memikul tugas-tugas lain yang lebih berat. Hairan juga aku kerana Encik Hashim pernah menyebut untuk mengisi kekosongan jawatan Pengurus Besar Perniagaan Antarabangsa. Aku sangka Alia akan ditugaskan ke sana untuk memangku jawatan tu.

Lantaklah, bagus juga Alia di Audit Dalaman berbanding dengan Perniagaan Antarabangsa. Jauh dari Jabatan Business Development aku ni. Sekurang-kurangnya interaksi antara aku dan dia amatlah jarang. Itulah yang seelok-eloknya. Lagi jarang aku berjumpanya, lagi senang aku mencari ketenangan dengan caraku sendiri. Aku tak perlu kehadirannya mengganggu jiwaku dan membuat fikiranku kacau.

Aku telah membuat keputusan bahawa kerjaya aku di SGE ni amat penting. Walau pernah terlintas di hati dan sudah aku pertimbangkan untuk mencari kerja di tempat lain, tapi apa yang dapat aku capai dengan melarikan diri. Tidak, selama ini aku tidak pernah melarikan diri dari sebarang masalah. Membujur lalu melintah patah. Ini Asmara. A true professional.

Teringat aku kata-kata Yusuf, mentor dan juga merangkap kaunselor yang tak bertauliah  tu – “...dia dah tinggalkan kau, 5 tahun dah berpisah, dia dah kawin dengan orang lain, simple as that, terimalah kenyataan itu, for your own good, As.”

Ya! Aku dah menerima kenyataan. Aku dah berdepan dengan perkara yang amat aku takuti dan aku berjaya menghadapinya. Aku masih selamat, aku masih bernafas dan aku masih berdiri teguh. Aku masih waras dan boleh berfikir secara lojik, tiada kecederaan yang aku alami.

Alia bukan lagi milikku dan tidak mungkin akan menjadi milikku. Kenapalah aku tak terfikir sebegini 5 tahun yang lalu? Kenapa perlu aku tunggu kehadiran Alia untuk membebaskan diriku dari pasung yang aku bina untuk diri sendiri?

Namun, ada satu persolan yang masih lekat di hati aku ini – cincin yang masih tersarung kemas di jari manis Alia dan kata-kata Alia - “Cincin ini tak pernah I tanggalkan dari jari I walau sesaat pun sejak ianya disarungkan.”

Apakah makna semua itu. Sudahkah aku benar-benar dilupai? Kalau betul aku telah dilempar jauh, kenapa cincin itu masih ada di jari Alia?  Adakah Alia masih menyimpan perasaan terhadapku? Masihkah dia sayang padaku? Tidak mungkin! Sukar untuk aku percaya kerana dia sudah bersuami.

Habis tu, kenapa tidak dicampakkan juga cincin yang hanya berharga US$4.00 tu ke dalam longkang? Apalah sangat nilainya kalau dibandingkan cincin emas bertatahkan berlian yang dipakai di jemari tangan kanannya.

Sandiwara apa pula yang sedang aku tempuh sekarang ni. Aku merasakan seperti episod kehidupan aku makin melalui plot yang amat rumit. Baru saja aku dapat menangani beban yang Alia bukan milikku dan tak mungkin menjadi milikku, kini datang lagi satu masalah. Bab cincin tu pula. Kalau dah kawin dengan orang lain tu, sudahlah, kenapa cincin murah aku tu masih disimpan dan dipakainya?

Pening juga aku nak memikirkan persoalan ni. Tak dapat aku tolak ke tepi begitu sahaja kerana ia berkaitan dengan aku. Perkara yang aku ingat dah habis tapi belum habis lagi. Ishh!!!

Rangkap-rangkap puisi dari internet yang menghantui diriku beberapa minggu lalu telah lenyap dan sebagai penganti, yang membuat perasaan aku lebih parah lagi, tayangan ulangan babak percintaan aku dan Alia pula bermain di kepala aku. Setiap detik makin dapat ku ingat dengan jelas kini. Memori yang dulunya samar-samar telah menjadi terang-benderang.

Semua kenangan mendatang kepada ku, dari saat pertama kali kami bertegur sapa, bertanya nama dan bertukar-tukar maklumat peribadi...arhh... poyo betul kami ketika itu.

Pada mulanya aku sangsi juga dengan Alia ni. Taklah cinta pandang pertama. Gedik juga dia kalau nak diingat. Aku fikir nak buat kawan jer sebab bukan ramai sangat orang Melayu kat kampus tu, apa lagi perempuan Melayu. (Aku mengakulah, sebenarnya, Alia memang cute pada masa tu, itu yang membuat aku tegur dia).

Melayu-melayu beberapa kerat yang ada pun perangai dah tak macam Melayu, kalah mat saleh. Dengan perangai sombong mereka, dengan pandang orang sebelah mata, memanglah tak kena regu dengan aku. Aku mula terpikat bila aku dapati Alia ni lain dari gadis-gadis yang pernah aku kenali. Ada pendirian sendiri, ada prinsip hidup dan matang dalam pemikirannya. Pengetahuannya juga luas, mendalam dan merangkumi pelbagai subjek.

Peristiwa yang membuat aku jatuh hati adalah apabila kami bertengkar mengenai satu topik marketing. Itulah kali pertama aku terpaksa mengaku kalah dalam satu perdebatan ditangan seorang perempuan. Ketika itulah kali pertama mata hatiku terbuka dan mula melihat betapa bernasnya gadis ini mengeluarkan apa yang difikirannya dengan bernas dan jelas. Mulai hari itu, aku sentiasa ingin berada dekat dengannya, aku mula rasa rindu bila dia tiada. Bukan kerana apa tapi kerana aku rindukan bicara dengannya, aku sentiasa nantikan saat untuk berbual, untuk bertukar pendapat dan bertelagah. Biasalah, sekali-sekala kena gaduhlah, nak-nak aku pula memang suka menyakat.

Aku masih ingat kali pertama kami went out for a real date. Kalau bertembung dan bertemu di kampus, dalam lecture hall dan makan lunch bersama tu, memang dah biasa, tapi tidak lagi keluar on a real date.

Detik temujanji yang pertama, ketika sama-sama masih malu-malu kucing. Kejutan pertama bila tangan bersentuhan secara tak sengaja, masing-masing meminta maaf; dan kemudiannya disengajakan dan akhirnya berpaut erat bagai tak mahu dileraikan.

Kemudiannya, sama-sama menyambut Hari Kekasih untuk pertama kalinya sebagai pasangan kekasih, candlelight dinner di sebuah restoran kecil yang amat selesa (dan yang lagi penting, murah!).

Aku rasa bagai menonton klip muzik video pula. Imej dan imbasan saat-saat perpaduan dua hati yang sama-sama menempuh kehidupan serta merasai suka dan duka duduk jauh diperantauan demi menimba ilmu -

“As…hello...Asmara!!”

Suara Kak Rozi menarik aku keluar dari teater peribadiku. Terganggu sebentar tayangan kisah silam aku dan Alia. Diriku kembali ke alam nyata sepantas kilat. Kacau daun betullah Kak Rozi nihmm…tapi ada baiknya juga, aku dah terlalu lama berkhayal, tak siaplah sebarang kerja macam ni.

“Apa termenung jauh sangat tu, As?” Sambung Kak Rozi.

Aku terkebil-kebil buat seketika. Aku juga pelik, entah bila dia masuk dalam bilik aku. Ada ilmu ghaib kut Kak Rozi ni, tiba-tiba dah terpacul di depan mejaku.

Takde apalah Kak, ini ha!, I tengah fikir cara terbaik untuk melaksanakan strategi pemasaran untuk bakal client kita nanti, banyak kajian nak kena buat ni, Kak!, belum termasuk penilaian kadar penerimaan pasaran, tariff antarabangsa, cukai ekspot, cukai impot, itulah, inilah … ”

Aku cuba berselindung menggunakan tektik mengelirukan Kak Rozi dengan beberapa perkataan teknikal yang selalu aku gunakan ketika membuat pembentangan. Aku kena cover line dengan mantap sebab sememangnya ketika Kak Rozi masuk tu aku tengah berangan.

Tak sedap la kalau aku kantoi dengan Kak Rozi sebegitu. Aku tahu Kak Rozi tak kisah, tapi aku kenalah jaga airmuka.

Yer la tu, baguslah!,” Kak Rozi membalas bersahaja, macam perli jer. Ha-ha-ha…dia tahu aku cuba jual temberangku padanya

Boss tanya bila boleh siap, dia suruh you get everything ready lebih awal sebab sumber kewangan untuk membiayai projek client kita dah diperolehi. Kemungkinan besar, mereka akan memulakan projek tu lebih awal dari tarikh yang telah dipersetujui. You have to work harder and faster, As.”

Aku angguk saja. Aku pun tahu, ini juga salah satu temberang Encik Hashim untuk memerah tenaga dari pekerjanya. Halus tapi berkesan. Aku dah masak dengan tektik dia ni.

 “….dan lagi satu…” Kak Rozi menambah, “…boss suruh you discuss dengan Alia untuk develop new approach, dia tak nak kita guna lagi conventional approach, dia nak lain dari yang lain untuk marketing strategy kali ni, something innovative, creative and effective. Tak ada masalahkan, As?”

Huh?! Apa kena mengena dengan Alia? Bukan ke dia di Internal Audit? Ini marketing dan business development…kenapa Encik Hashim tak discuss dengan I dulu?”

Aku menyoal Kak Rozi, di kala perut aku dengan tiba-tiba rasa senak mendengar kemungkinan bahawa aku akan berkerja dan berinteraksi secara langsung dengan Alia.

Setakat strategi pemasaran yang innovative, creative dan effective tu, tak menjadi masalah padaku. Berkerja directly dengan Alia, yang tu ada sikit masalah. Bukan sikit, banyak!

“Kenapa Encik Hashim tak discuss dengan you terlebih dahulu, tu you kena tanya dia sendiri, mungkin sebab company ni dia yang punya. Anyway, urusan penukaran Alia ke department you dah confirmed with effect from next week. Semuanya dah diaturkan, so, have fun, okey?” Kak Rozi berlalu pergi setelah melemparkan senyuman tak berapa manis, senyuman perli kepada aku. Aku rasa macam nak cekik-cekik jer Kak Rozi ni!

Have fun!? Fun kejadahnya! Bloody hell!!

Apa yang terjadi ni!!??

Kenapa Alia melompat-lompat jabatan sebegini. Adakah Alia akan menggantikan tempat aku? Agaknya Alia dah cucuk Encik Hashim supaya dia dapat mengeluarkan aku dari jabatan ini atau…oh my God!…mungkin keluar terus dari SGE!

Kecut perut aku mengenangkannya!

No comments: