Saturday, January 11, 2014

MASIHKAH ADA ALIA - Part 2, Chapter 12

Aku perhatikan memo yang baru sampai di mejaku. Menerangkan untuk makluman semua warga kerja SGE tentang carta organisasi SGE yang terkini yang membabitkan penukaran Alia ke Jabatan Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan.

Cantik susunan carta tu, berkotak-kotak dan bertingkat-tingkat. Cepat budak-budak HR buat kerja kerana baru sahaja dua hari lepas aku mendapat berita tergempar yang Alia akan ditukarkan ke department aku dan hari ni terus keluar carta organisasi yang baru.

Aku perhatikan aturan dan susunan jabatan aku dan mendapati nama aku dan Alia diletakkan bersebelahan. Eh!? Alia bukan ketua aku? Jelas dari struktur baru ni, kami sama level dan kami berdua akan report terus ke Encik Hashim.

Menghairankan!

Aku menyangka pasti aku bekerja di bawah Alia. Meleset apa yang aku jangka atau mungkin ini hanya tempuh latihan bagi Alia, lagi 5 atau 6 bulan, pasti dinaikkan sebagai Head of Department!

Hati aku masih sangsi samada aku dapat berfungsi secara professional, tapi otak aku seratus peratus yakin yang aku boleh melakukan kerja dengan baik dan tidak akan membiarkan perasaan aku mempengaruhi tahap professionalisma aku. Hendaknyalah.

Ring….!

Deringan telefon atas meja aku. Waktu dah hampir waktu makan tengahari. Aku baru saja mengesahkan kehadiran aku untuk lunch bersama Ina dan Rizman.

Siapa pula yang call ni?

“Hello…”

“Hello, As, Alia ni, boleh you datang ke pejabat I before lunch ni?”

“Okey, Puan Alia, lima minit saya datang.”

Great!... and oh ya!... bawa sekali proposal marketing yang you dah develop untuk client kita yang dari Jepun tu yer! Thanks.

“Baik Puan Alia,” aku jawab ringkas.

Ya! Akhirnya aku dah membuat keputusan untuk memanggil Alia - Puan Alia.

Hampeh! There goes my lunch.

Aku terus mendail sambungan Ina, untuk memberitahu yang aku tak dapat bersamanya dan Rizman untuk makan tengahari. Aku dipanggil untuk menghadap Puan Alia.

Aku kemaskan tali leher aku serta baju Polo Ralph Lauren serba sedikit agar tidak kelihatan selekeh. Nak jumpa rakan sejawatan yang baru, kenalah nampak segak dan bergaya, kena tampilkan imej keyakinan. Bangga aku dengan baju yang penat aku seterika sendiri, licin, siap side di lengan yang tajam.

Boleh potong timun, ejekkan Rizman.

Tak mengapalah, aku anggap sebenarnya dia jeles, tu yang dia kutuk begitu. Janji aku puas hati boleh berdikari. Maklumlah, orang bujang, lainlah kalau aku dah beristeri dan isteri aku tu, Alia!

Cis!!...melalut pula aku ni.

Aku melangkah ke bilik Alia dengan hati yang berdebar.



Perlahan aku ketuk pintu pejabat Alia bila aku tiba di situ selang dua minit setelah mendapat panggilannya. Oopss!, silap, bukan Alia lagi, Puan Alia sekarang. Aku mesti pastikan aku tidak lupa pada fakta itu.

Yesss!, come in. Is that you, As?!”

“Ya, Puan Alia,” perlahan aku menjawab sambil melangkah masuk.

As, have a seat dulu. I nak habiskan memo ni, sikit saja lagi!”

Aku duduk di kerusi berdepan dengan Alia dan merenung tepat ke wajahnya, memerhatikan raut di mukanya yang begitu serious dan tekun menghadap komputer dan tidak mengendahkan aku.

Alia masih ayu. Masih jelita. Setelah lima tahun, aku rasa tak sehari pun wajahnya dimamah oleh masa yang berlalu itu. Namun wajah ayu Alia bukanlah faktor utama yang membuat aku terpikat padanya.

Aku tertarik dengan budi pekertinya. Dengan sifat rendah dirinya. Dengan kecerdasan dan kematangan pemikirannya. Tertewas jiwaku dengan sifat-sifat tersebut. Namun, sekarang ini, aku kena ketepikan dulu perasaan aku. Aku perlu bersikap professional.

Aku perhatikan fail fail yang bersepah atas meja. Belum sampai sebulan di SGE, dari keadaan fail-fail yang berselerak tu, macam dah 3 tahun kerja.

“Okey, As, first thing first!” Alia mula bersuara ambil mengambil memo yang baru keluar dari printer.

Nada yang serious. Matanya merenung tepat ke aku. Tiada pun sinar kemesraan dari mata dia seperti dulu. Mata tu tajam merenung aku. Aku telan air liur. Aku rasa kelam dalam hati, macam nak hujan, mendung jiwa aku, kilat petir sambar menyambar.

Aku perhatikan Alia mengemas beberapa dokumen di atas mejanya. Aku menunggu sahaja kata-katanya yang selanjutnya.

Don’t call me Puan Alia-lah!, boleh tak? I rasa tua lah kalau you panggil I macam tu,” tetiba jer nada Alia berubah. Dia melemparkan senyuman yang manis padaku.

Ceria sungguh, aku rasa macam matahari timbul semula lepas hujan lebat dalam jiwa ku. Aku hanya mampu tersengih.

Pandai Alia menenangkan keadaan. Mungkin dia nampak berapa tension-nya muka aku masa aku masuk tadi dan jenaka kecilnya  mula membuat aku tenang. Art of negotiations! Aku tak ingat pun subjek ni masa kat universiti dulu atau memang tak pernah diajar atau mungkin Alia cedok dari buku-buku teknik pengurusan.

“Okey…okey…silap I. Jadi, you nak I panggil you apa? Big Boss? Chief? The Big Kahuna?” Aku balas balik.

“Hmm…. The Big Kahuna, huh? That would be nice!”Alia tertawa kecil, “… but seriously As, as a friend and now colleague, I would be more comfortable kalau you panggil I, Alia saja, okey?”

Aku angguk. As a friendhmm...friend ajer!

“…lagipun I bukan boss you tau, kita sama rank dan I rasa I patutnya panggil you boss sebab you lebih senior dari I di SGE ni.”

Yerlah tu, sama rank, tapi kenapa bilik aku kecil dan Alia dalam bilik lagi besar. Siapa boleh jawab persoalan itu. Ingin sahaja aku timbulkan tapi aku masih sayang pada karier aku di SGE ni, takut percuma saja aku kena notis berhenti 24 jam kalau Alia melapurkan kepada Encik Hashim.

Whatever you say, Puan Alia, err, I mean, Alia.” aku pun senyum.

“Baiklah, lets get down to business, I rasa this wont take long,” Alia bernada serious kembali, “let me see your ideas on the marketing approach for the new client, I pun ada beberapa idea.”

Matahari yang terbit di dalam hati aku tadi kembali dilindung awan, suasana menjadi mendung semula. 

No comments: