Wednesday, January 15, 2014

MASIHKAH ADA ALIA - Part 2, Chapter 14

“SGE Sdn. Bhd. tandatangani perjanjian pengurusan pelaburan Jepun bernilai RM150 juta” terpampang sebagai tajuk utama di ruangan perniagaan suratkhabar harian ternama di tanah air.

Gambar Encik Hashim dengan Encik Takeshi sedang bersalaman sambil disaksikan oleh Menteri Perdangangan Antarabangsa dan Industri tersiar.

Aku senyum kepuasan. Bangga juga sebab aku ada ambil bahagian dalam kejayaan tu. Ada juga hasil titik peluh aku dalam dokumen yang ditandatangani. Aku membaca ulasan akhbar yang menyentuh pasal kontrak itu. Sudah masuk kali ketiga aku baca artikel yang sama. Macam tak puas saja.

Artikel tersebut menyebut serba ringkas tentang kontrak yang ditandatangani. Nampak senang saja, tapi pasti pembaca tidak akan tahu betapa bertungkus-lumusnya wargakerja SGE yang terbabit, seperti aku dan Alia serta beberapa orang lagi, sejak 3 bulan lalu. 3 bulan yang mendatangkan berbagai kenangan pahit dan manis.

Aku rasa macam baru jer sehari dua yang lepas aku mendapat assignment tersebut yang memaksa aku berurusan terus dengan Alia. Masih terngiang-ngiang kata-kata “have fun” yang diucapkan oleh Kak Rozi pada aku semasa assignment tu dicampak ke atas mejaku. Apa yang aku jangka sebagai tugas yang amat berat dan membebankan telah menjadi tugas yang amat mudah dan menyeronokkan. Tak pernah aku curahkan sebegitu banyak tenaga dan usaha pada sebarang projek sebelum ini.

Aku dan Alia memang pasangan yang sesuai. Beberapa pihak pengurusan atasan berkata begitu. Encik Hashim pun pernah bagi komen mengatakan aku dan Alia - fit like a glove. Aku yakin bahawa perhubungan silam aku dan Alia sedikit sebanyak telah membuatkan kami dapat menjangka tindakan lanjut dan keperluan masing-masing.

Anticipation – ayat yang paling sesuai menggambarkan cara kami bekerjasama. Aku tahu apa yang Alia perlukan sebelum dia memintanya dan dia akan menyediakan kemudahan yang aku perlu sebelum aku mengutarakan keperluan tersebut.

Senyuman aku berterusan ketika terkenang majlis makan malam yang dianjurkan untuk meraikan kejayaan SGE mendapatkan kontrak tersebut. Kesemua warga kerja SGE telah hadir dan semasa semua orang sedang menjamah makan malam yang dihidangkan apabila Encik Hashim bangun dan memulakan ucapannya di rostrum yang disediakan di bahagian depan dewan makan. Dia terus memanggil Alia kehadapan bersamanya.

Semua yang hadir mengalihkan perhatian kepada Encik Hashim dan Alia. Terhenti seketika acara melahap untuk mendengar Alia dipuji oleh Encik Hashim. Tinggi menggunung. Merah muka Alia, terkebil-kebil dirinya semasa Encik Hashim mengulang kembali usaha Alia sebagai ketua projek. Aku sorang je yang terus menikmati hidangan.

Aku buat donno jer la seperti biasa bila bab-bab ucapan dari Encik Hashim. Aku dah masak sangat dengan perangai Encik Hashim tu, memang bab-bab begini, dia pakar yang tiada tandingnya. Aku mengunyah hidangan yang telah tersedia dengan penuh selamba. Tapi, bagi aku, Alia sememangnya amat berhak terhadap segala pujian yang diberikan.

Sambil melahap dengan penuh khusyuk tu, aku hanya mendengar Encik Hashim menceritakan kontrak tersebut dari mula hingga akhir. Secara terperinci dia mencanangkan kesemua idea-idea Alia sampailah ke pembentangan kertas kerja yang berjaya meyakinkan usahawan Jepun untuk memilih SGE sebagai pengurus pelaburan mereka di Malaysia.

Sekali-sekala aku mengalihkan pandangan ke hadapan untuk meninjau keadaan. Alia kelihatan anggun malam itu. Simple one piece suit warna hitam. Kemas dan elegan, sopan dan menawan. Rambutnya tersisir rapi, terurai dibahunya dan beralun mengikut ayunan tubuhnya. Walau jelas dirinya amat malu berdiri di hadapan menerima pujian dan sanjungan dari Encik Hashim, Alia control ayu dan hanya mampu senyum.

Saat yang amat membuatkan aku paling terharu adalah apabila Alia diminta memberi sepatah dua kata oleh Encik Hashim.

Aku masih ingat lagi apa yang Alia ucapkan pada malam itu – “I would like to share this succes with someone very special to me. A colleague, a friend and a mentor. Without him, I don’t think I could have completed this project sucessfully…”

Aku tak ambil endah dengan kata-kata yand diucapkan oleh Alia tu sebab aku yakin Alia akan menyebut nama Encik Hashim atau suaminya atau ketua-ketua bahagian yang lain.

“…. will u share this achievement with me, Encik Asmara?”

Hampir menyembur air yang sedang aku minum ketika itu bila Alia menyebut nama aku.

Aku tersedak. Terkejut. Terharu dan termalu juga.

Aduhaiiiiii! Warga kerja yang lain yang lain bertepuk tangan dan bersorak riuh. Aku disuruh bangun.

A toast. Encik Hashim proposed a toast, untuk Alia dan aku. Mak ai…! aku rasa besar betul masa tu, macam Menteri, eh, tak, macam Sultan.

Oh Alia!, mulia sungguh hatimu, murni sungguh budimu. Aku rasa kalau project head yang lain, pasti akan makan sendiri dan tidak akan berkongsi kejayaan ini seperti yang Alia lakukan.

Tapi Alia sekarang ni, walau aku rasa dah semakin jauh, tetap seperti Alia yang pernah aku kenali, tetap Alia yang baik hati, yang berpendirian, yang tahu menyanjung susah penat orang lain. Macam manalah aku tak jatuh cinta dengan dia masa di overseas dulu.

Bertuahlah suami Alia, bertuah sungguh!.

Aku tutup akhbar yang aku baca. Aku cuba mulakan kerja kembali. Namun aku hanya memandang skrin komputer sahaja. Tak berkelip mata aku kerana otak aku dah menyambung pelayaran di samudera kenangan bersama Alia.

Aku tersenyum sendirian lagi.



“Hmm….!, hari tu macam tak suka, sekarang nampak gembira sangat!”

Aku tersedar.

Kak Rozi dah berada di ambang pintu pejabat aku. Memang sah dia ada bela jin ni, entah bila masa tercongok depan pintu bilik aku!

“Kak Rozi, masuklah, I tengah rilek ni, take 5 sekejap!,” aku berkata-kata dengan nada yang penuh ceria untuk melindungi kemarahan dalam hatiku. Tak ada privacy langsung!

You dah baca paper hari ni…ada berita tentang projek Jepun kita tu…” Kak Rozi mengambil tempat di depanku, berdiri sahaja, tak pernah dia duduk kalau bertandang ke bilik aku, malah, dari apa yang aku tahu, memang dia tak pernah duduk kalau pergi ke bilik pengurus-pengurus yang lain di SGE. Mungkin cara dia begitu.

Yeap, baru saja tadi. Kemain lagi Encik Hashim kita tu gambar keluar paper, glamour tu, bukan senang muka nak masuk paper!”

“Lupakan Encik Hashim, you tu, how are u doing, boleh cope ke dengan beban tambahan dalam kerja u sekarang ni?”

“Beban tambahan apa, Kak Rozi?”

I tahu, tak mudah bekerja dengan kekasih lama yang kini bergelar isteri orang, tapi I think your are coping with it very well!”

“Huh?! Apa maksud Kak Rozi ni?!”

“As, fail peribadi Alia dan you, ada pada I, sama university masa di overseas dulu, sama batch pulak tu, jurusan sama dan juga, cara you pandang Alia. I can tell, As, believe me, I can tell. Am I right?”

“Itu cerita lama, Kak Rozi. Sekarang keadaan dah berubah, I sedar Alia siapa dan I ni siapa, so akak tak perlu risau,” aku mengiyakan apa yang Ka Rozi katakan, dia dah tahu, jadi tak perlu dan tak bermakna untuk aku menyangkal cerita silam aku tu. Benda dah lepas, biarlah ia berlalu.

Glad to hear that, As, karier you kat SGE dah bertambah maju, I harap you jangan terlalu ikutkan perasaan, always be professional dan soal perasaan tolak tepi, okey?”
“Okey! I faham, thanks Kak Rozi.”

Don’t mention it, As, just keep up the good work, peranan you dalam mendapatkan projek dari firma Jepun tu amat membanggakan. Tapi, thats not the reason for me coming here. Nah – ambil ni!!”

Bammm!!!

Dengan selamba Kak Rozi melambakkan beberapa fail dan dosier di atas meja aku. Memang aku duk perhatikan fail-fail yang dipegangnya dari tadi lagi.

“Apa ni Kak Rozi?”


“Projek baru you dan Alia! Enjoy yourself.”

No comments: