Sehingga ke petang aku termanggu di
dalam pejabat aku, tertanya dan terkenangkan cincin yang masih di jari Alia.
Aku tidak pasti apakah significance
kehadiran cincin itu di jari Alia sehingga hari ini, setelah sekian lama aku
ditinggalkan.
Kata-kata Yusof berlegar diruang
mindaku. Memang benar, aku tidak kenal Alia dalam ertikata yang sebenarnya. Ada
perkara yang aku tidak tahu, yang aku tak sempat nak tahu. Banyak faktor-faktor
lain yang mempengaruhi keputusan Alia untuk meninggalkan aku. Selama ini, aku
hanya menyeksa diri aku.
Aku bergelumang di dalam self pity. Aku terjerumus di dalam
perangkap low self esteem...sentiasa
berfikir aku yang lemah, aku yang kurang, aku yang tidak cukup sifat, tiada
harta, tiada rupa...arrghh...drama queen
betul aku selama ni.
Baru aku sedar. Selama ini, yang
aku duk membelasah orang, bergaduh
sana-sini hanya untuk membuktikan aku kuat, aku tidak lemah, aku perkasa. Aku
silap. Rupanya semua itu tidak membuktikan apa-apa. Hatiku, perasaanku masih
lemah, masih goyah. Aku mementingkan diri sendiri dan gagal memikirkan
permasalahan yang aku hadapi dari sudut lain.
Aku melihat jam lambang
penghijrahan aku. Hampir pukul 6.00 petang. Waktu balik. Terdetik inspirasi di
mindaku. Aku perlu melakukan sesuatu untuk memujuk Alia. Aku sedar kelakuan aku
pagi tadi ketika di kantin memang kasar dan tidak gentleman, aku terlalu mementingkan diriku sendiri. Ish!...twice in a row dah aku bersikap begitu pada Alia.
Betul kata Alia yang dia masih baru
dan perlu menjaga kedudukkannya di mata warga kerja SGE yang lain. Aku yang tak
sensitif membawanya dan membangkitkan persoalan peribadi di kantin. Memang tak
kena tempat dan masa. Apalah bengap sangat
aku ni!
Tapi aku nak
buat macam mana. Aku perlukan jawapan. Aku rasa sesiapa juga yang telah
mengalami seperti apa yang aku alami akan memerlukan jawapan. Terlalu lama
diriku menyimpan persoalan yang hanya Alia sahaja yang dapat menjelaskan dan
memberikan jawapan yang aku mahu. Aku tak sanggup lagi membuat andaian dan
tekaan. Aku perlu mendapatkan penjelasan. Aku perlu meneruskan hidup aku,
dengan atau tanpa Alia.
Aku dah sedar
sekarang, aku perlu berdepan dan menempuh ketakutan yang aku rasai. Tiada apa
yang perlu aku takutkan lagi, bukannya mati kalau Alia telah berpunya atau
betul-betul telah melupakan aku. Yang penting sekarang adalah untuk aku keluar
dari belenggu menyimpan perasaan, memendam rindu kepada seseorang yang tidak
memberikan aku kepastian. Cukuplah 5 tahun aku menderita, biar aku sakit
sesakitnya untuk satu hari dari aku terus menanggung kesakitan untuk 5 tahun
lagi.
Aku bergegas mengemaskan meja dan
tempat kerja aku. Aku perlu mengejar jawapan yang aku cari. Harap-harapnya aku
akan mendapat menguraikan kekusutan dihatiku yang telah 5 tahun bersimpul mati
dan jika nasib menyebelahi aku, mungkin kebahagian yang dapat aku capai. Nothing to lose but everything to gain!
Sekelipan mata aku di tingkat
bawah lobi lift Wisma SGE, di pintu utama untuk keluar masuk.
Aku menunggu di sudut yang agak
terpencil. Memerhatikan beberapa orang yang lalu lalang disitu. Ayu juga dah
tiba di lobi. Aku perhatikan dia keluar dari bangunan menuju ke jalan besar.
Menanti seseorang agaknya, dari gaya dia berdiri bersendirian begitu. Aku
mendoakan kebahagiannya, semoga Ayu tidak melalui apa yang aku lalui. Sahlah
aku yang perasan. Macam manalah aku boleh terasa seolah-olah Ayu ada memendam
rasa padaku. He-he-he…hensem sangat ke aku ni!
Arus warga kerja yang ingin pulang
bermula. Sekejap sahaja kesemua lif berkerja keras mengangkut warga kerja-warga
kerja syarikat-syarikat yang bermaustautin di Wisma SGE. Lobi itu mula diisi
dengan dengungan dan gema tapak kaki warga SGE. Bagai ada satu irama yang
rawak. Aku tetap menunggu. Penantian yang aku rasa bagai seribu tahun walhal
tak sampai 10 minit aku di situ. Aku pasrah dengan apa jua jawapan yang bakal
aku terima nanti.
Tidak lama penantian aku. Di
sebalik beberapa warga kerja yang bertali arus keluar dari bangunan milik SGE
tu, aku perhatikan Alia berjalan perlahan menuju pintu utama. Langkahnya
seperti dulu, sebagaimana yang aku masih ingat. Dari gayanya berjalan, lurus,
kemas, badan tegak dan penuh keyakinan, memang memberikannya ketrampilan yang
menarik. Pakaian pants suit berwarna
kelabu dipakainya amat anggun dan pada masa yang sama mempamerkan dirinya
sebagai wanita berkerjaya yang serious
dalam tugasnya.
“Alia…!” aku memanggil namanya. Alia
menoleh dan berhenti. Aku berlari anak menuju kepadanya yang menanti
kehadiranku.
Aku berjalan bersama Alia keluar dari pintu utama menuju ke arah jalan besar di hadapan Wisma SGE.
“Alia, I’m glad I caught u before u leave. Look, its about this morning. I would like to apologise for my behaviour. I’m totally out of line, I
tak sepatutnya buat you macam tu,
maafkan I.” Aku memulakan kata ketika
berjalan seiringan dengan Alia.
“Its okey As, I dah
maafkan you dan I pun rasa bersalah dalam soal ni. I tau dan I sendiri
rasakan apa yang you lalui sepanjang
5 tahun yang lepas. I know that
I owe you an explanation but not now, okey?.”
“Okey, Alia, whenever you are ready. Look,
let me make it up to you for acting like a complete jerk this morning, let me buy you a drink, okey? Err, you
drive ke?”
“Tak, As.”
“Okey, good, excellent, in that case, bolehlah I hantar
you balik after
that, okey?”
“I am sorry As. I terpaksa menolak. I am so sorry,”
nada Alia tiba-tiba berubah.
Aku terasa ada bad news coming…“Kenapa
pula?”
“Husband I jemput, As...” Statement
yang ringkas dari Alia. Dingin dan mendatar.
Aku terpaku sekali lagi. Husband!? Hatiku menyoal. Bodohnya aku ni! I should’ve known! Rasa nak hentak je kepala aku kat dinding. So bloody stupid of me!
Alia hanya memandang mataku
tepat. Seolah-olah meminta aku merelakan pemergiannya. Aku dah tak dapat nak
cakap apa-apa. Alia menundukkan mukanya dan terus meninggalkan aku.
Aku membiarkan Alia berjalan
bersorangan melintas jalan besar. Aku hanya memerhati dari jauh. Tanpa
bergerak, tanpa berganjak seinci pun di tempat aku berdiri itu.
Sebuah Mercedez Benz S series bercermin gelap tiba dan
berhenti. Alia membuka pintu kereta itu. Alia masuk dan kereta itu meluncur
pergi dengan laju. Hatiku juga turut meluncur laju. Menjunam ke dalam gaung
kehampaan yang gelap dan tiada dasar.
terlerai
sulaman tirai impian
dari persada hati
tiadakan bertaut kembali
walau diulit seribu bidadari
Puisi itu kembali menghantui
diriku.
No comments:
Post a Comment