Thursday, January 30, 2014

MASIHKAH ADA ALIA - Part 2, Chapter 20

Aku sampai kat Changi Airport dalam pukul 8.00 malam. Semasa aku keluar dari balai ketibaan, liar mata aku memerhati sekeliling, Aku survey himpunan manusia yang berkerumun di pintu luar tu. Satu-persatu aku perhatikan sehingga mata aku tertumpu pada namaku yang terpampang atas papan nama yang dibuat dari manila card.

Aku terus mendapatkan orang yang memegang papan nama tu. Dia memberikan sampul yang agak besar dan tebal padaku dan berlalu pergi.

Aku buka sampul. Isi sampul tu aku keluarkan. Tiket kapalterbang ke Mauritius dan sebuah telefon bimbit.

Aku mengambil tempat duduk di salah satu kerusi yang beribu-ribu bilangannya di Changi Airport tu sambil menunggu penerbangan aku ke Mauritius. Aku switch on handphone baru tu, aku belek-belek skit cam jakun tak penah dapat handphone.

Aku terkilan juga kerana pergi tergesa-gesa dan yang paling buat aku terasa adalah kerana aku tak dapat nak berterus terang pada Yusuf. Maafkan aku Suf!. Tapi, aku yakin Yusuf akan memahami apa yang sebenarnya terjadi dan ianya tak akan menjadi kejutan baginya. Yusuf kenal siapa aku.

Famili aku pula tak menjadi masalah sangat. Orang yang paling penting dalam hidup aku telah aku hubungi di kampung dan aku mengatakan bahawa aku ada tugas di luar negara untuk beberapa bulan. Emak cuma kata - jaga diri bebaik dan solat jangan lupa!.

Handphone baru aku berbunyi.

“Hello Alia” aku menjawab dengan senyuman. Gerenti Alia yang call aku. Siapa lagi yang tau nombor fon ni selain pemberinya.

How was the flight, As?”

Oh!, flight was all right...cuma the anticipation to meet you..tu yang tak tertanggung."

You are such a sweet talker la, As. Bila agaknya As akan kembali ke hati Alia ini?”

Aku tengok jam, baru kul 8.15 malam flight pukul 9.00 malam.

Hmm…aku mendesah seketika, mencuri sedikit masa untuk merangka jawapan kepada soalan yang diajukan oleh Alia.

“Alia, pernahkah diri ini disingkir dari hatimu itu?,” aku mengajukan soalan sebagai jawapan kepada soalan yang diberi padaku.


“Tak pernah As, ni Alia yang As kenal dulu, Alia Abadi, seabadi dirimu dalam hati ini.”

Tuesday, January 28, 2014

MASIHKAH ADA ALIA - Part 2, Chapter 19

Aku dah bersedia dengan surat perletakkan jawatan aku.

Memang aku tahu aku akan dipanggil oleh Encik Hashim sebab membelasah anak dia tempuh hari tu. Aku dah dengar desas-desus mengatakan keluarga Encik Harith menjadi kecoh dengan kehilangan Alia dan juga tentang Harith yang dibelasah oleh aku. Sebelum aku kena buang, lebih baik aku cabut.

Hampir dua minggu aku menunggu dengan penuh sabar saat dan ketika aku akan dipanggil oleh Encik Hashim. Barulah hari ni aku mendapat pesanan yang Encik Hashim ingin berjumpa aku. Aku pun tak pasti entah kenapa dia tunggu begitu lama. Seperti biasa, Kak Rozi yang membawa pesanan tu personally, dengan riak muka yang serious dan muram kali ni, tidak ceria seperi selalu. Aku dapat mengagak, inilah hari aku akan menerima padah kerana membelasah anak boss aku.

Appointment aku dengan Encik Hashim telah dibuat pada pukul 3.00 petang nanti. Pasti dia terkejut atau mungkin dia menjangka aku akan meletakkan jawatan secara sukarela. Apapun, aku akan beri notis 24 jam dan aku akan bayar tempuh notis 3 bulan yang sepatutnya aku berikan, berapa sangatlah jumlahnya, yang penting hatiku puas.

Awal pagi tu SGE kecoh lagi. Kali ni aku tak bimbang. Aku relek. Kali ini aku telah menjangka yang kekecohan ini akan terjadi. Rizman datang ke bilikku. Muka dia risau sangat.

“Habis la kita As, habis, kena cari kerja tempat lain la, tak ada gaji la kita bulan ni.”

“Hah??! Kenapa pula?!!” Aku buat-buat terkejut.

“Kau belum tahu lagi ke? Duit SGE dalam bank sebanyak 12 juta dah hilang, ada orang bawa keluar duit tu tanpa pengetahuan pihak Lembaga Pengarah. Encik Hashim sedang sibuk panggil internal audit dan Board meeting tergempar. 12 juta, As, bukan kecik anak”

“Alaah, what is there 12 juta, kapal Encik Hashim tu pun 12 juta, jual saja kapal tu dapat la balik duitnya, apa susah.”

Ek-eleh…senangnya kau cakap!”

Rizman bengang dengan penjelasan aku, dia pun pelik, tak sikit pun aku risau. Laju saja dia pergi dengan muka masam dia.

Aku memegang tiket kapalterbang, one way ke Singapura, yang tiba bersama envelope yang Alia kirim, dalam tangan aku. Destinasi selanjutnya selepas Singpura tidak aku ketahui lagi.

Alia punya pandailah ini, tak mahu jejak aku dikesan. Yang aku tahu di Singapura nanti, ada orang yang tunggu aku dan akan memberikan satu lagi envelope untuk destinasi aku seterusnya.



Menjelang tengahari, Board meeting pun selesai, aku lihat Head Internal Audit lalu depan pejabat aku dengan menggeleng kepala tak berhenti. Masaalah besarlah tu.

Aku call GM Legal tanya dia, apa jadi, betul ke duit hilang 12 juta. Kes besar ni, mesti lapor ke pihak polis. Mati-mati dia nafikan ada duit hilang jadi tidak perlu melaporkan apa-apa. Seperti yang aku jangka…opps…bukan jangka tapi rancangkan, Lembaga Pengarah akan membuat keputusan sebegini.

GM Legal tu mengatakan ianya cuma kabar angin sahaja, yang bermula dari Finance Department yang telah silap menterjemah kandungan laporan 2 minggu sekali yang dikirimkan oleh bank SGE di luar negeri. Kes dah tutup, nanti ada memo kepada semua warga kerja untuk menerangkan keadaan sebenar supaya semua orang tidak risau akan kedudukkan kewangan SGE. Encik Hashim sendiri yang akan sign memo tu. Aku gelak kecil sambil meletakkan kembali ganggang telefon

Silap terjemah? Aku pasti, ketika mesyuarat tadi, setiap satu Head of Department dah kena tiau oleh Encik Hashim dan yang paling teruk adalah Financial Controller. Aku kena mintak maaf dengan dia masa Hari Raya nanti.

Report tu berbahasa Inggeris, bukan bahasa Urdu, Jerman, Russia atau Perancis untuk budak-budak di Finance Department salah tafsir. Financial Controller tu pun graduan dari UK, mana boleh silap terjemah!

Sebelum jam 1.00 tengahari, Apai dah hampir selesai mengedarkan memo khas untuk semua warga kerja SGE. Salinan aku tiba. Ringkas saja isi kandungannya, padat dan tepat.

SGE tidak kehilangan duit, cuma terdapat satu kesilapan teknik, duit SGE tetap ada dan warga kerja diminta jangan risau dan jangan hebohkan perkara ini kepada sesiapa. Ini rahsia SGE dan barang siapa yang ingkar, boleh diambil tindakan buang kerja.

He-he-he,! aku gelak bila membaca amaran tu, staff SGE ini aku cukup kenal, selang 2 hari perkara ni akan luput dari ingatan mereka.

Aku pun pergi makan tengahari bersama Ina, Rizman dan Yusuf, untuk kali terakhir. Aku tak memberitahu tahu pun rancangan aku untuk terbang jauh dan mungkin tidak kembali. Nanti pandailah mereka membuat andaian sendiri and by that time, aku sudah tiada di sini. Aku berjanji dengan diriku untuk sentiasa berutus surat dengan mereka, paling kurang pun, kad rayalah, setahun sekali.

Aku belanja mereka bertiga makan besar hari ni, makan hidangan mat saleh di Victoria Station. Perkara kecil tu setakat seratus, dua ratus ringgit.

Semasa dalam perjalan pulang ke pejabat setelah selesai makan tengahari, Yusof sempat bertanya, “As, kau ada tahu apa apa ke tentang perkara yang terjadi ni?”

“Perkara apa, Suf?”

“Alia hilang, duit SGE hilang tapi tak hilang.”

“Kenapa kau cakap macam tu?” Aku merasakan inilah salah satu soalah perangkap yang Yusuf suka gunakan, susah nak selindung apa apa dari Yusuf, namun aku tetap mempamirkan airmuka yang tenang.

Umm, nothing, saja aku bertanya”

Relek la Suf, kau bukan tak kenal aku.”

“Sebab aku kenal kau la aku tanya!”

Aku hanya mendiamkan diri selepas kenyataan Yusuf tu. Yusuf sengih. Aku pun senyum saja.



Tepat jam tiga petang aku masuk bilik Encik Hashim. Muka dia rungsing betul. Mana tak rungsing, duit 12 juta hilang. Siapa yang nak jawab! Tapi disebabkan SGE ni dia yang punya, tak jadi masalah baginya untuk memutar belitkan fakta untuk melepaskan dirinya.

Ha-ha-ha, aku gelak dalam hati.

Tanpa tak banyak bicara dan sebelum dia dapat berkata apa-apa, aku letak surat perletakkan jawatan aku di atas mejanya. Aku kepilkan sekali cek senilai dengan bayaran ganti notis.

“Apa ni?,” tanya Encik Hashim.

My resignation. 24 hours notice. Encik Hashim tak perlulah bersusah-payah memecat saya. Bayaran ganti notis pun saya dah berikan. Terima kasih yang tak terhingga kerana membimbing dan memberikan tunjuk ajar kepada saya selama saya bertugas di sini.”

Encik Hashim mengambil surat yang aku letakkan tu dan terus memandang aku. Renungang dia macam singa memandang mangsa bila memahami isi kandungannya. Aku tahu dia syak aku punya kerja duit tu hilang. Tapi apa bukti dia? Apa dia boleh buat?

Bagaimana nak buktikan aku curi duit tu? Duit tu beribu batu jauhnya dan aku dalam bilik karaoke dengannya dan beberapa orang lagi. Bila masa aku terbang sebegitu jauh dan kembali dalam masa yang singkat. Lagi satu, tandatangan Encik Hashim adalah asli dan bukan tiruan atau palsu. Dia tak boleh tuduh aku memalsukan tandatangan.

Tambahannya, aku ada fall back plan yang amat mantap. Aku ada saksi, yang sengaja aku bawa malam tu, yang boleh memberikan keterangan tentang perlakuan Encik Hashim dengan dua budak bawah umur. Beranikah dia buat report polis dengan keadaan tidak memihak padanya?

Aku rasa tidak sama sekali. Dia pasti ingat kepada fakta-fakta yang dia sedang hadapi – hubungan jenis dengan budak bawah umur, enam sebatan mandatori dan penjara 20 tahun. Orang berada macam Encik Hashim tidak akan berani mengambil risiko tersebut. Biarlah duitnya hilang dari dapat malu dan masuk penjara.

Tak mungkin dia akan memberikan keterangan pada polis bahawa ketika dia berbuat sumbang dengan dua gadis bawah umur, aku curi duit itu! Aku rasa dia boleh berfikir dengan waras lagi. Kehilangan 12 juta berbanding kehilangan kehidupannya. Pasti dia akan membuat keputusan sepertimana yang aku rancangkan.

Aku mendapat akal bagaimana untuk melaksanakan tugas yang Alia telah amanahkan padaku kerana aku dah kenal perangai Encik Hashim kalau pergi ke karaoke centre. Memang enjoy sakan tak ingat dunia orang tua ni.

Bukan susah nak dapatkan tandatangan orang yang tengah tenggelam dalam keasyikkan.

Surat fund transfer authorization tu aku lipat dan kepil betul-betul bawah bil-bil yang tiba setiap kali pesanan minuman dibawa, Encik Hashim tandatangan saja menyangkakan dia menandatangan salinan salinan-salinan bil kerana nak cepat meneruskan aksi-aksinya membaham budak dua orang yang aku bawa tu, dan pada masa yang sama, dia sedang terawang-awang kesan dari minuman keras yang ditogoknya tanpa henti.

Aku gunakan fax machine di pejabat kelab karaoke tu untuk menghantar fax ke bank SGE di luarnegeri tu. Aku kembali ke bilik karaoke dengan tenang untuk menunggu panggilan pengesahan. Tak sampai lima minit, panggilan tiba untuk Encik Hashim sebagai personal confirmation dari bank tersebut. Aku juga yang menjawab handphone yang terletak di atas meja. Bila Encik Hashim menanyakan panggilan dari siapa, aku katakan urusan luar negeri tentang satu projek yang memang menunggu kelulusan mengenai perkara yang agak remeh darinya. Aku pegang telefon dan merapatkan kemulutnya (tangannya sibuk memegang benda-benda lain) dan aku suruh Encik Hashim kata, “yes!, proceed”. Dia pun ikut jer cakap aku!

Yes sir, right away!” Jawab mat saleh dalam telefon bila voice recognition system di hujung talian mengesahkan suara Encik Hashim. US$4.0 million done deal!. Tak sia-sia Alia bertugas di Internal Audit untuk mengetahui sistem dalaman SGE dan mencari kelemahannya.

Encik Hashim pandang aku tanpa berkelip. Macam dia nak makan aku. Aku melangkah keluar dari biliknya dengan tenang. Aku tutup pintu dan aku dengar macam benda dihempas dalam bilik. Kemudian bunyi berdentum yang agak kuat di pintu di belakang aku.

Tak tahulah apa benda yang Encik Hashim baling.

Tensyen giler dia agaknya, duit hilang, menantu hilang, anak dia aku belasah.

MASIHKAH ADA ALIA - Part 2, Chapter 18

Dua minggu sudah berlalu sejak kes penculikkan Alia dilaporkan.

Alia masih tidak kelihatan, masih hilang dan yang memeningkan pihak polis, kalau kes kidnap, pasti ada ransom note. Orang yang mencolek menantu jutawan sudah pasti akan meminta wang tebusan ratusan ribu jika tidak berjuta. Ini tidak, senyap sahaja.

Polis mula membuat anggapan ianya adalah kes lari rumah. Disebabkan Alia dah dewasa, polis tak boleh berbuat apa-apa kecuali menasihatkan supaya kes ini dirujuk ke Pejabat Agama kerana dah menjadi kes rumahtangga.

Beberapa hari selepas peristiwa pertelingkahan aku dengan Harith di Bukit Aman, sekeping sampul tiba di apartment aku dihantar oleh Federal Express. Ianya dari Alia.

Aku menghembus nafas kelegaan setelah membaca kandungan surat di dalam sampul tu. Sangkaan aku yang fasa kedua telah gagal adalah meleset sama sekali. Ketiadaan Alia menyebabkan aku buntu namun dengan kehadiran surat tersebut aku kini mendapat jawapan yang aku perlukan.

Ringkas surat Alia mengatakan dia selamat dan terpaksa mengubahsuai fasa kedua untuk mendapatkan reaksi aku yang spontan. Alia tidak mahu aku tersilap langkah dan menjadi orang yang disyaki. Dia terpaksa menghilangkan diri kerana risau akan keselamatannya dan juga kerana dah betul-betul tak tahan dengan suaminya.


Terasa diri aku dibuat sebagai pawn oleh Alia dalam percaturan yang penuh bahaya ini.

Thursday, January 23, 2014

MASIHKAH ADA ALIA - Part 2, Chapter 17

Pagi Isnin menjelang. Monday blues.

Selalunya, ramai yang malas dan berat nak buat kerja pada pagi Isnin. Aku pun kerap kali rasa begitu juga, tapi tidak pada pagi ini. Aku seperti biasa sampai awal. Aku duduk dalam pejabatku menyiapkan laporan dan ulasan yang aku perlu bentangkan pada Alia.

Hari ini aku merasa tenang. Langkah aku terasa ringan, macam berjalan atas udara. Ketika membuat kerja tu pun, aku bersiul-siulan. Sarah, setiausaha aku, pun agak hairan dan menjengukkan kepalanya untuk meninjau keadaan aku.

Are you okey, Encik As? Lain macam saja bunyi pagi pagi ni”

More than okey!” jawab aku sambil melemparkan senyuman padanya. Aku taklah gemar sangat dengan Sarah ni, yang agak blur dan lembab dalam buat kerja. Asyik sibuk dengan rambut dia jer 24 jam. Macam lawa sangat rambut berketak-ketak dia tu, keras cam berus sabut jer pada pandangan aku.

Tapi aku dapat tahu, dia ada kena mengena dengan Encik Hashim, anak buah sepupu sepapat kaum kerabat dia gak la. Jadi, aku tak dapat cakap apa, tahan sajalah kerenah minah sengal ni. Kalau tak kerana hubung kait tersebut, memang lama dah aku bagi notis berhenti kerja.

Pada hari Jumaat sebelumnya, Alia telah memberi tahu pejabatnya yang dia akan masuk ke ofis hari ni. Setiausaha aku dah mengesahkan appointment aku dengan Alia sebaik sahaja mendapat panggilan dari setiausaha Alia.

Fasa kedua kini di dalam status aktif.

Fasa pertama telah berjalan dengan lancar. Tiada masalah langsung. Pertemuan aku dengan Alia pada malam tadi di Eastin Hotel juga berjalan seperti dirancangkan. Aku telah memberikan status report pada Alia tentang kelicinan perlaksanaan fasa pertama. Macam buat report untuk Lembaga Pengarah pulak rasanya.

Waktu sudah hampir jam sepuluh pagi, namun Alia masih tak masuk. Tersekat di jalanraya lagi agaknya. Lalulintas di KL ni bukan boleh harap sangat. Bila disangka jam, ianya lancar dan bila disangka lancar, akan sesaklah untuk 2 atau 3 jam.

Aku berjalan menuju pejabat Encik Hashim untuk bertanya tentang financial forecast yang aku dah submit minggu lepas, dah approve ke belum kerana projek dah hampir nak mula. Encik Hashim pun tak sampai lagi. Kak Rozi pun tak tahu kemana dia pergi, masih tiada panggilan.

Aku kembali ke pejabat aku.

Tak sempat nak berbuat apa-apa, dengan tiba-tiba, aku terdengar seperti ada kekecohan berlaku di luar pejabat aku. Setiausaha aku pun macam gelabah, aku tanya dia, kenapa? Dia tak kata apa, tapi sugul sangat. Aku menuju meja Ina, dan kebetulan aku nampak setiausaha Alia menangis beria-ia. Apa hal pula ni? Aku terus mendapatkan Ina di mejanya.

“Ina, apa hal ni?”

“As, kau tak dengar lagi ke? Puan Alia hilang, kemungkinan besar dicolek!”

Gelap pemandangan aku.

Fasa 2 bukan seperti ini!

Aku cuak, aku berpeluh. Apa sudah jadi!!! Alia sepatutnya masuk ke pejabat kerana ianya adalah sebahagian dari rancangan. Bukan hilang! Aku kebingungan.

Aku terus melutut depan meja Ina. Lenyap segala kekuatan aku, nak bernafas pun susah. Aku diam. Kepedihan yang aku rasa, kesedihan yang datang, kehibaan yang melanda dalam hati, tak dapat aku tampung. Otak aku terus blank. Dekat hampir seminit aku berlutut, Rizman, Yusuf dan rakan pejabat yang lain berhempas pulas untuk menenangkan aku. Aku cuma mampu diam.

Lama baru aku boleh bangun dengan semangat mendapatkan Alia semula, at all cost. Aku sudah kehilangannya sekali, tidak buat kali kedua. Aku tak tahu macam mana atau apa yang aku nak buat, tapi aku mesti usahakan sesuatu.

Aku masuk kembali ke pejabat aku untuk mengemas apa apa yang patut dan selang beberapa detik, 3 orang anggota polis Special Branch dari Bukit Aman muncul. Aku diminta hadir untuk soal siasat. Tiada tuduhan atau penahanan, cuma soal siasat untuk membantu penyiasatan. Aku ikut mereka dengan tanpa banyak soal. Aku tak buat salah. Tiada apa perlu aku takutkan.



Dua jam aku kat Bukit Aman. Dua jam aku kena soal siasat sebab aku orang terakhir yang berjumpa dengan Alia pada malam sebelum Alia dilaporkan hilang.

Ada saksi yang nampak aku bertemu Alia pada hari Ahad malam Isnin tersebut dan juga, nombor terakhir yang dipanggil oleh telefon bimbit Alia adalah adalah nombor aku.

Aku tak gusar menghadapi segala soalan yang diajukan. Pertemuan dengan Alia tu pun adalah sebahagian dari rancangan dan aku telah susun beberapa saksi di pihak aku pula untuk mengesahkan di mana aku berada setelah selesai berjumpa Alia hingga ke pagi esoknya. Fasa pertama memang berjalan seperti dirancang.

Tapi, kehilangan Alia, langsung tiada dalam perancangan.

Pihak polis tiada ada sebab untuk menahan aku lebih lama. Mereka siap berterimakasih pada aku lagi kerana memberikan kerjasama. Beberapa pegawai yang aku kenal di situ pun angkat tangan padaku semasa aku berjalan keluar untuk meninggalkan pejabat tersebut.

Aku perlu kaji balik rancangan yang dirumuskan oleh Alia, mungkin ada kelemahannya atau mungkin ada perkara terperinci yang terlepas dari pengamatan aku.

Baru aku nak keluar menuju ke lif, satu tangan kasar memegang bahuku. Aku toleh dan memusingkan badanku. Harith berada di depan mata aku.

Pertama kali aku lihat dirinya secara berdepan. Memang sebiji muka dia dengan Encik Hashim. Selalunya aku hanya mendengar kabar dan cerita dari Encik Hashim, tentang anaknya seorang ni, graduan dari United Kingdom, cemerlang dan bekerja dengan syarikat multinational. Kerja jer bagus tapi perangai macam setan nak buat apa, habiskan boreh jer! Sekarang, Harith dah didepan mataku.

“Siapa kau ni haah?!!” Harith bersuara dengan penuh kurang sopan. “KURANG AJAR betul kau ni!, jumpa Alia kat hotel, Alia tu isteri aku tau, kau buat apa dengan Alia, BARUAH KAU!!” muka Harith ganas, tunjuk kejantanan.

Kurang Ajar? Berani dia maki aku seperti itu. Berani dia panggil aku kurang ajar! Aku yang kurang ajar atau dia yang kurang diajar oleh mak bapaknya. Jantan apa pukul bini! Pantang aku orang cakap kat aku macam tu.

Mak bapak aku cukup bagi aku pengajaran dan pelajaran. Tak puas hati dengan aku tak payahlah babitkan mak bapak aku. Panas telinga aku. Sebahagian dari diriku menyuruh aku hayun mangkuk tu kat kat situ juga manakala sebahagian lagi meminta aku bersabar. Aku kawal pernafasan aku. Bukan masa dan tempatnya untuk Harith untuk menerima habuan dari aku.

Aku tenung muka Harith, aku pandang tepat ke matanya. Dia pun renung mata aku. Empat mata bertemu. Tak berkelip. Dia ingat aku takut dengan renungan dia!

“Aku kawan Alia, kawan sejati, kawan abadi, bukan macam kau, setan bertopeng manusia...” Aku jawab perlahan.

Aku saja mengapikan perasaannya. Orang yang kurang ajar sebegini tak boleh dilayan sangat dengan bercakap keras seperti mereka. Kita berlembut saja.

Air muka Harith berubah bila aku menggunakan nada berseleroh begitu, seolah-olah aku memperlinya. Biarkan, kalau dia pandai, dia tahulah apa maksud aku. Tak perlu aku nak terjerit-jerit macam orang gila kerana nak memberitahu sesuatu yang jelas!

Harith menggerakkan bahunya kebelakang. Dari pergerakkan itu aku tahu apa yang akan mendatang. Dia menghayun tangannya untuk cuba melempang aku. Aku nampak hayunan tangan dia, seakan melihat pergerakkan slow motion. Sorrylah kawan, kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.

Dalam senafas, gerak aku pantas, tangan kiri aku tepis tamparan Harith,  penumbuk tangan kanan aku bertemu muka Harith, dalam ketika muka Harith beranjal semula kehadapan, siku aku pulak singgah.

Dua pukulan dalam satu gerakkan. Harith jatuh tersungkur. Hidung Harith berdarah akibat penumbuk aku dan aku rasa hentakkan siku aku pasti membuat dia nampak bintang-bintang berkelipan di depan matanya.

“Ini baru balasan aku, balasan Tuhan lebih dasyat!!”

Ptuiihhhh!!, aku ludah ke arah si bangsat tu.

Harith bangun nak terkam aku, namun dia ditahan oleh pegawai-pegawai polis ada di situ. Pergerakkannya terhalang. Dia tak tahu betapa untung nasibnya.

Aku memang dah bersedia. Langkah dan kuda-kuda pendekar dah aku pasang. Penumbuk aku dah aku pasak dengan semangat kursani, memang aku tak akan lupa ayat pemasangnya yang di ajar oleh Pakcik Lamin. Kalau hinggap yang satu ni kat muka dia, memang terus pengsan, kalau tak jangan panggil aku Asmara!

Harith mula tenang tapi masih memandang aku macam singa lapar. Dia mengeluakan sapu tangan dari poket seluarnya dan membersihkan bekas ludahan aku di bajunya dan kemudian darah di hidungnya.

Siul!, aku nak ludah muka dia! Tersasar pula!

Aku berharap sangat dia terkam aku. Aku minta sangat dia terlepas dari rangkulan pegawai pegawai polis yang memegangnya.

Namun dia hanya memperkemaskan dirinya dan terus masuk ke dalam salah satu pejabat di situ. Jelingannya yang sinis aku balas dengan tenungan tepat. Jeling-jeling nak buat apa brader, bukan boleh tumbangkan orang dengan jelingan. Sini mari la kalau berani, kalau betul anak jantan!

Aku tercegat di tempat aku berdiri tu. Menunggu dan merenung ke arah Harith sehingga dia hilang dari pandangan. Aku pun berlalu pergi. 

Dia nak buat police report atau nak saman aku, lantaklah, itu kes kecik. Kalau dia tak puas hati, nak 1 by 1 pun aku setuju, tu padang kriket di Dataran Merdeka tu besar. Name the date and time saja. 

Kita tengok siapa yang kena smackdown!

Wednesday, January 22, 2014

MASIHKAH ADA ALIA - Part 2, Chapter 16

Hai!, Alia, been waiting long?,” aku menyapa Alia sebaik saja aku tiba di meja dia sedang berada.

Hey!, As, not at all, baru jer duduk ni.”

So how are you, how was the holiday. We miss you at the office you tau!.”

My holiday tu okey jer, nothing much, As. I duduk rumah most of the time…” nada Alia tiba-tiba bertukar ke nada yang agak lemah, berbeza dengan nada ketika dia mula-mula membalas sapaan aku tadi. Ada yang tak kena ke ni?

Aku mengambil tempatku di kerusi berhadapan dengannya dan terus melemparkan senyuman gembira. Macam pergi dating rasanya!

Alia hanya menundukkan mukanya.

Eh?! Kenapa ni?

Selalunya Alia tidak pernah atau jarang tunduk bila berbual denganku. Aku kebingungan. Senyuman aku hilang kerana aku memang merasakan ada sesuatu yang tak kena, cuma aku tidak dapat memastikan apa yang tak kena tu.

Lets order something! Are you hungry? The food here is superb and highly rated, you should try the pasta,” aku ubah tektik dengan memulakan bual kosong untuk memancing mood Alia sebelum berbincang hal-hal yang lebih berat dan lebih penting, terutamanya sebab-sebab utama dia minta untuk bertemu aku malam ini.

Alia masih diam. Hanya menatap menu.

Aku dah mula rasa tak selesa. Kesunyian di antara kami membangkitkan suasana yang amat janggal. Macam pasangan kekasih yang sedang bergaduh. Nasib jugalah tempat ni agak terpencil, jauh dari pelanggan-pelanggan lain yang berada di situ. Kalau tidak, malulah juga.

“Wah!, ni gaya baru ni ya! Selendang and all, nak jadi isteri mithali ke ni?, baguslah, alhamdullilah, bertambah sayanglah your husband pada you,” aku tak putus asa, aku cuba berjenaka pula untuk menceriakan suasana yang agak yang suram tu.

Namun, jenaka yang aku harap menceriakan suasana telah membuatkan keadaan bertambah merundum. Aku jadi serba salah dan tak tentu arah apabila aku lihat Alia menangis.

Apa dah jadi ni? Teruk sangat ke jenaka aku tadi? Jelas kelihatan titisan airmata Alia mengalir di pipinya di sebalik kacamata hitam yang dipakai.

“Alia, what’s wrong?,” aku cuba mendalami punca kesedihan yang melanda Alia dengan tiba-tiba tu. Aku pun mula sayu.

Do u see these?” Alia dengan nada sedih membuka kacamata hitam dan tudung yang membalut rambutnya.

Berderau darah aku bila melihat wajah Alia.

Terdapat bekas lebam di mata kiri Alia. Birat dan kebiru-biruan. Ada juga bekas jahitan di dahi Alia yang amat ketara. Padanlah Alia pakai scarf dan kacamata hitam. Lakhanat mana pula yang berani sentuh Alia aku ni!! Ouuhhh, lupa seketika, Alia bukan milik aku.

“Ya Allah!, Alia, what happened? You kena samun ke atau ada orang cuba ragut handbag you sehingga you tercedera macam ni!!??”

Angin panas membara diseluruh badan aku. Kalaulah kes ragut atau kes samun, aku cuma perlukan lokasi kejadian sahaja dari Alia. Aku tahulah siapa aku nak cari yang boleh menolong aku untuk menyelesaikannya. Pencuri-pencuri dan peragut-peragut seperti ni ada kawasan mereka masing-masing dan tidak akan keluar ke kawasan lain yang mungkin dikuasai oleh penyamun-penyamun lain. Bila dah tahu lokasi, senanglah tahu siapa punya angkara.

“Tidak, As, tidak…ini semua angkara…suami I sendiri…,” perlahan Alia berkata-kata diselang esakkan dukanya.

WHAT!! Aku menjerit dalam hati. Husband you??!!

Pantang nenek moyang aku mendengar suami memukul isteri. Jantan dayus pukul bini. Terbakar semangat aku. Aku rasa masa tu juga aku ingin pergi ke rumah Alia mencari suami dia, cabar dia turun dan tengok kejantanan dia.

Dengan perempuan mungkin dia berani. Ini ha! Cuba Asmara! Nak rasa darah kepahlawanan yang mengalir dalam badan ni, jom cuba, menang kalah belakang kira, yang tentu berpantang undur.

What do you mean angkara husband you sendiri, Alia?! Husband you ni kaki pukul ke? Gagah sangat ke dia? Dah berapa lama you macam ni?!!” Panas! Panas! Darah aku mula menghampiri tahap didih.

Alia hanya mendiamkan diri pada soalan-soalan yang aku tanya. Lagilah buat aku bertambah angin.

Muka aku dah berubah. Aku menyedari perubahan ni kerana selalunya aku berasa panas ditelingaku dan kemudian mukaku akan menjadi merah. Macam udang kena bakar – itulah gambaran keadaan muka aku ketika tengah marah seperti yang pernah diceritakan oleh Yusuf padaku.

Aku pasti inilah yang dapat diperhatikan oleh Alia sekarang ni. Dia tahu kemarahan aku boleh meletup ketika itu juga, sebagaimana peristiwa aku membelasah seorang pelajar Indon yang belajar di kampus dulu kerana teramat kurang ajar dengan aku. Separuh nyawa budak tu, mentang-mentang dia anak orang kaya, dia ingat aku ni sampah. Aku tak bakar kereta Corvette yang dia pandu tu pun dah kira baik. Eeiishmendidih darah  aku!

Nafas aku mula kencang. Jantung aku mula berdegup laju. Aku tak nafikan yang aku memang panas baran tapi pada tempatnya, pada waktunya. Pada keadaan begini, jika aku hilang pertimbangan dan tidak berfikir dengan waras, maka, waktunya adalah sekarang dan tempatnya, di perkarangan rumah Alia

Alia pegang tangan aku. Perlahan jemari Alia mengusap tangan aku.

“As, please, jangan terburu-buru. I tahu you tengah marah tapi dengar dulu penjelasan dari I, okey, dengar dan fahamkan apa yang I nak katakan ni,” susunan kata-kata Alia berjaya menghentikan api kemarahan aku dari menjadi semakin marak.

Sentuhan Alia menenangkan aku. Seperti dulu juga.

Arus sejuk dari sentuhan jari Alia mengalir dari titik sentuhan tu ke seluruh anggota, hingga ke sanubariku. Sejuk. Nyaman. Damai.

Suhu darahku beransur turun. Aku berjaya mengawal semula perasaanku. Fikiran waras kembali mengemudi diriku dan aku faham, tiada gunanya bertindak terburu-buru. Aku perlu dengar dulu penjelasan dari Alia.

Aku genggam tangan Alia pula. Nafas aku mula teratur.

I need you to relax, As! Please, biar I ceritakan segala-galanya seperti mana yang you mahukan. Rasanya I owe it to you dan percayalah, I perlukan you sekarang ini sepertimana I memerlukan you semasa kita berpisah dulu.”

Alia memerlukan aku sekarang? Seperti dia memerlukan aku dahulu? Adakah ini teka-teki atau madah yang tersisip makna tersembunyi? Aku menarik nafas panjang.

Apa sebenarnya yang terjadi 5 tahun lalu ketika aku ditinggalkan begitu sahaja? Apakah aku seorang sahaja yang menderita atau mungkinkah Alia juga turut sengsara? Aku Istighfar untuk mencari ketenangan dan kekuatan.

Rahsia yang tersimpan dan tersemadi selama 5 tahun akan aku ketahui akhirnya.

Alia mula bercerita.

Terperinci.

Bermula dengan saat perpisahan aku dengan dia, di mana dia hanya sempat mencoret warkah terakhir kepada aku yang ringkas, kabur dan tanpa penjelasan sebenar.

Alia menerangan dia tidak dapat datang sendiri berjumpa aku ataupun menulis lebih panjang kerana ibu, ayah dan abangnya telah tiba ke apartment tempat tinggalnya dan tidak memberikan kesempatan untuknya berbuat apa-apa selain dari mengemaskan barang-barang serba ringkas.

Petang itu juga Alia di bawa keluar dari kampus dan memulakan perjalanan pulang ke tanah air. Alia tahu aku kecewa, dia pun sendiri luka parah. Namun, dia tidak dapat berbuat apa-apa. A marriage of convenience was arranged  dan Alia terpaksa pergi. Terpaksa berkahwin dengan jejaka pilihan orangtuanya. Segalanya telah diatur dan telah dipercepatkan kerana pihak lelaki berkehendakkan sedemikian. Tepat sekali bacaan Yusof. Orang lama, pengalaman banyak. Aku makin respect padanya.

“Keliru, As! Betapa keliru hati I waktu itu. I mati-mati ingat my family datang nak melawat I kerana cuti musim panas dah bermula. Tak sangka lain pula yang jadi.”

Aku hanya diam. Menahan genangan air mata yang dah bertakung di kelopak mata. Aku tahankan juga walau amat sukar dan amat berat.

I hilang punca As, I mati akal, I dont know what to do! I felt so lost, I tak pernah berenggang dengan you sejak kita berjumpa dan untuk kehilangan you tanpa kerelaan, tanpa persediaan dengan tiba-tiba begitu, I almost went crazy, As!”

Thats my Alia, aku tersenyum mengenangkan layanan aku pada Alia, memang aku tatang dirinya bagai menatang minyak yang penuh. Sneakers yang dia pakai pun aku yang ikatkan talinya selalu.

Betapa aku terasa aku ni hanya mementingkan diri sendiri selama lima tahun yang sudah ini. Kata-kata kesat yang aku tujukan padanya, kesangsian aku kepada cintanya dan juga kemarahan yang aku janakan kerananya. Alangkah kecilnya aku merasakan diriku sekarang.

Aku langsung tak terfikir yang Alia sedang menempuhi saat-saat getir dalam hidupnya. Menderita sebegitu. Terpaksa berkahwin dengan seorang lelaki yang begitu asing baginya. Menjadi isteri pada suami yang tak dikenali. Argrhh…!

Mengalir juga titisan air mata aku akhirnya.

I tak bermaksud dan tak berniat langsung untuk melukakan hati you, As. Tiap-tiap hari, tiap-tiap malam I hanya menangis dan menangis. Sampai tiada lagi airmata ni. I berdoa dan berdoa supaya you muncul di muka pintu bilik I dan membawa I pergi jauh. I cuba pertahankan cinta kita As, tapi I gagal…maafkan I, As, I gagal…I tak mampu menghadapi rintangan…I was not strong enough…” suara Alia semakin sayu.

Youlah kekuatan I, As”

You are my weakness, Alia.

Aku hanya mampu mendengar sambil air mataku berlinang. Aku ingin mendengar kesemuanya. Biar Alia melepaskan apa yang terpendam di dalam hatinya selama 5 tahun ni.

“Seminggu selepas I kembali di sini, perkahwinan I telah dilangsungkan dan seminggu kemudiannya I dah berada di UK dengan suami baru I tu. Setiap hari selepas itu, ingatan I pada you tak pernah hilang…hingga sekarang.”

Alia...ohh...betapa dirimu menderita. Maafkan diri ini Alia, daku juga tidak sekuat dirimu.

Aku memegang tangan Alia erat di tangan aku. Alia membalas gengaman aku. Bahunya turun naik seirama tangisannya.

I tak pernah kenal erti bahagia sepanjang perkahwinan. I tak menyalahkah my parents, mereka hanya inginkan yang terbaik untuk I. Segalanya I tempuhi demi menjaga nama dan maruah keluarga I juga. Kosong, As...I rasa kosong. Memang betul kaya raya dan berharta, tapi hati I kosong.”

“Kenapa you tak berjaya mencapai kebahagian?,” aku mula bersuara.

My hubby drinks! Pemabuk! Puas dah I nasihatkan dan minta dia berhenti. Padahnya I  juga yang dipukul. I hidup dalam sangkar emas selama ni…kemewahan tanpa kebahagian. Pernah I mengadu pada mak dan bapa mertua I, tapi mereka buat tak endah jer, anak mereka tu jugalah yang betul, yang baik, kalah malaikat!”

You never told me who your husband is, even until now,”  terpacul soalan dariku.

Sesuatu yang aku ingin sangat untuk mengetahuinya dan pada masa yang sama benci untuk mengetahuinya. Ingin - kerana aku perlu mengetahui siapa jantan dayus yang memukul isterinya itu. Benci – kerana dia telah memiliki Alia.

Namun aku harus menerima, aku perlu tahu!

You pasti kenal, namanya, Harith Hashim,” perlahan Alia memberitahu.

Mak datuk!. Menyirap darah aku. Alia, kau menantu Encik Hashim rupanya.

No wonderlah! Bapak borek, anak rintik. Encik Hashim tu pun kaki minum. Pastilah dia akan kata anak dia baik. Dia sendiri tak betul, beranikah dia nak marah anaknya dan menyuruh anaknya berhenti minum, sedangkan diri sendiri pun tunggang langgang! Dua kali lima je bapak dan anak ni!

Imbasan memori aku serta-merta tertumpu kepada potret keluarga Encik Hashim yang terpampang di dinding pejabatnya. Ya! Aku kenal Harith, walau tidak secara langsung, tapi aku kenal dia melalui bapanya, Encik Hashim. Muka mereka mirip. Ciri-ciri muka Encik Hashim sebiji-sebiji telah disalin ke muka Harith. Anak bapaklah katakan.

Banyak persoalan telah terjawab dengan kenyataan Alia itu. Padanlah di pejabat Alia lain macam saja mendapat layanan. Macam tuan puteri, minta apa, dapat. Pejabat yang besar, kereta besar, gaji jangan cakaplah, 2 kali ganda gaji aku. Oh, my God!

Alia terus membongkarkan segalanya dan aku mendengar dengan penuh setia!

Keluarganya dan keluarga Encik Hashim adalah dua keluarga yang rapat. Bapa Alia memang merupakan tokoh koprat dan bekas ahli politik yang ternama. Tak sangka. Hingga hari ini aku hanya ingat bahawa Alia berbinti nama tokoh tu adalah satu kebetulan. Ialah, nama yang biasa digunakan dikalangan orang Melayu. Betul aku tak menyangka, ingatkan nama saja sama, tapi rupanya orangnya pun sama.

Kerjaya Encik Hashim di bidang perniagaan pun banyak dibantu oleh bapa Alia. Sehingga Encik Hashim kini telah berjaya dan bapa Alia pun telah meninggalkan bidang politik dan koprat.

Perkahwinan Alia dan Harith merupakan jambatan yang memang dirancang oleh kedua-dua keluarga untuk merapatkan lagi pertalian kekeluargaan tersebut.

Tak sangka zaman sekarang ni pun ada perkahwinan yang dirancang. Masih ada juga keluarga yang masih mengekalkan amalan kolot ni…but then…entahlah, jodoh dan pertemuan semua ditentukan Allah, siapa aku nak menyoalkan ketentuan ini.

Aku memahaminya sekarang. Sukar juga aku meneka Alia dari keluarga yang berada masa aku mula-mula kenal dengannya. Alia masa ketika di luar negeri dengan aku, tidaklah hidung tinggi macam anak-anak orang kaya yang lain yang enggan bergaul bersama mereka yang dianggap tidak setaraf. Mereka sama mereka jer kalau berkumpul tu, orang lain, mereka buat tak nampak dan kalau bertegur sapa pun, macam nak tak nak saja.

Tapi, Alia amat berlainan, bergaul dengan semua orang, bersemangat tinggi, bijak, baik hati dan suka menolong orang. Alia boleh berinteraksi dengan sesiapa pun, pandai bawa diri dan selalunya ceria. Senyumannya boleh membuatkan orang lain tersenyum juga dan merasakan tempias keceriaan yang ada dalam dirinya.

Argghhhh! It makes sense now.

Barulah aku nampak dan aku faham apa yang berlaku. Baru aku mengerti apa yang dialami oleh Alia.

Lama aku berbual dengan Alia. Kami bangkitkan kisah-kisah lama dan juga kisah-kisah baru. Tertawa kecil Alia sekali-sekala, melupakan tangisannya sebentar tadi. Senang hatiku melihat Alia tersenyum kembali. Aku maafkan Alia. Hatiku damai kini. Penjelasan Alia aku terima.

I have buried the ghost of the past dan aku sudah dapat menerima Alia bukan Alia milik aku lagi. Alia adalah rakan sejawatan ku kini. Aku gembira, aku lepas dari beban kenangan. Aku bebas.

Aku memujuk Alia supaya melaporkan perbuatan suaminya ke pihak polis dan buat aduan ke Jabatan Agama. Alia kata dia akan fikirkan, keluarga dia dan Encik Hashim memang terkenal dan perkara macam ni boleh menjejaskan nama baik kedua-dua keluarga tu. Aku suruh Alia banyak bersabar, nanti, itu semua akan Allah adili, seadil-adilnya.

I know that, but, that's not the reason for me calling you here. I need your help. I want out of this hell and you are the only one I trust and the only one who would be able to pull this thing off!,” Alia berbicara, untuk pertama kalinya pada malam ini, dengan nada serious. Nada yang selalu aku dengar apabila Alia mahukan perhatian penuh terhadap apa yang dicakapnya.

Wooahh!. Lain macam jer bunyinya tu. Perhatian ku telah dikait. Rasa ingin tahu lebih lanjut dalam diriku telah terjerut. Aku tak boleh pusing belakang lagi!

Shoot” aku kata “I’m all ears.”

Alia punya pasal, kalau dia suruh aku alih KLCC ke depan rumah dia pun, aku sanggup.



Hampir jam 9.00 malam baru aku dan Alia habis berbual, berbincang  dan mencapai kata persetujuan. Seolah-olah mesyuarat nak memulakan perniagaan pula aku rasakan. Actually, memang pun, aku dan Alia bersetuju menubuhkan pakatan. Ada projek besar yang kami cuba jayakan.

2 teko besar black coffee dan 2 dozen finger sandwiches habis dibedal. Aku bayar apabila pelayan datang memberikan bil. Taklah mahal sangat berbanding dengan betapa berharganya masa yang aku dapat luangkan bersama Alia.

Sebelum beredar, Alia ucapkan terimakasih padaku dan mendoakan pakatan yang baru ditubuhkan bersamaku tu mencapai kejayaan. Aku tunggu dia beredar dahulu hingga hilang dari pandangan.

Sambil memandu pulang tu, aku ulangi semula perbincangan aku dan Alia. Setiap kata-katanya, setiap langkah yang dianjurkan, setiap buah fikiran yang diketengahkan, aku kaji. Aku dapati bahawa rancangan yang dirangka oleh Alia amat hebat.

Rancangannya mirip strategi permainan catur. Aku tidak dapat mengesan kelemahannya. Hanya memerlukan nadi penggerak, iaitu aku, yang boleh melaksanakan rancangan itu dengan terperinci.

Aku semak satu-persatu memori aku untuk mencari contact-contact aku yang boleh membantu. Dua tahun bukan masa yang panjang, pasti mereka masih ingat pada aku dan beberapa hutang mereka kepada aku yang perlu dilangsaikan. Bukan dengan tunai tapi dengan cara lain.

Nama yang pertama muncul dibenak aku, adalah nama si Dzul, playboy, casanova dan bapak ayam. Aku nak “pinjam” 2 orang rakan wanitanya yang istimewa, untuk fasa pertama rancangan Alia.

Mengikut perancangan, fasa pertama akan bermula 3 malam dari malam ini, iaitu pada hari Jumaat malam Sabtu. Ini akan memberikan aku masa sedikit untuk membuat persediaan yang patut. Kemudiannya, aku akan berjumpa Alia sekali lagi pada hari Ahad malam Isnin yang menyusul, untuk melapurkan kejayaan atau kegagalan fasa pertama supaya fasa kedua dapat berjalan atau diubahsuai.


All systems go!

Tuesday, January 21, 2014

MASIHKAH ADA ALIA - Part 2, Chapter 15

Alia masih cuti.

Dah 10 hari dan sepatutnya balik pejabat 2 hari lepas. Tapi sambung lagi. Aku suruh setiausaha aku membuat appointment dengan setiausaha Alia, ada perkara yang mustahak yang perlu perhatian dan penyelesaian sebelum minggu hadapan.

Yep! Aku dah ada setiausaha. Aku dah dinaikkan pangkat. Selang beberapa minggu selepas kontrak dengan usahawan Jepun itu ditandatangani dan duit pun mula masuk, aku dan Alia sama-sama dinaikkan pangkat. Pejabat aku pun dah besar. Tapi, somehow, pejabat Alia masih lebih besar dari pejabat aku.

Encik Hashim menghargai jasa kami dan dia pun tahu, beberapa syarikat lain pun dah jeling-jeling ke arah aku dan Alia untuk melamar. Dengan cepat dia mengikat aku dengan promotion, naik gaji dan benefits yang agak lumayan. Aku terima saja, dah rezeki, alhamdullillah, penat jerih aku selama ini mendatangkan hasil.

Namun aku tahu, sebenarnya, Encik Hashim belum puas memerah isi otak aku, banyak lagi duit yang dia nak aku kejar. Encik Hashim pula baru saja membeli Executive Yatch berharga RM12 juta.

Fuuh! Masuk lebat, keluar pun lebat. Tak habis-habis dia bercerita pada aku tentang kehebatan, kemewahan dan keunikkan kapal mewah dia tu. Dari apa dan cara Encik Hashim bercerita, macamlah kapal tu dah ada belakang rumahnya. Padahal, kapal tu masih dalam pembinaan, lagi 4 bulan baru siap. Aku hanya mampu mendengar sajalah, sambil menunggu jemputan untuk dapat naik kapal tu nanti. Sementara tu, aku bersyukur dapat Perdana V6 yang SGE bagi. Dah cukup baik.

Tambahan pula, sejak kebelakangan ini, Encik Hashim pun dah layan aku dengan lebih baik dan ada kalanya, terlampau baik hingga nama aku selalu dia jual pada isterinya, mengatakan ada mesyuarat dengan client bersama aku, tapi sebenarnya ke karaoke lounge menjamah tubuh gebu gadis-gadis yang sentiasa bersedia untuk dijamah.

Mahu tidak mahu, aku terpaksa juga melayan Encik Hashim. Sekali-sekala aku akan bawa dia ke tempat yang dia tak pernah pergi berbekalkan pengetahuan masa aku jahat dulu. Tempat-tempat yang memang tidak diiklankan serta tiada papan tanda. Menyesal jugak aku kerana Encik Hashim dah naik kemaruk dan selalu memaksa aku membawanya. Pelbagai alasan aku gunakan untuk mengelak dan menolak permintaan dan pelawaannya. Once in a while tu bolehlah aku layan tapi kalau dah memanjang nak pergi, aku pun naik bosan, aku pun ada my own life.

Tidaklah aku menolak sepanjang masa. Aku kenalah jaga juga periuk nasi sebab after all Encik Hashim is still the boss! Aku hanya memberi persetujuan sekali-sekala agar tak ketara sangat yang aku asyik menolak saja dan ada jarak diantara satu sessi ke sessi yang lain. Selain tu, aku tak nak Encik Hashim kenal dengan pengusaha dan pengurusan termpat-tempat sebegitu, panjang ceritanya nanti kalau dia dah kenal dan pandai pergi sendiri. Orang macam Encik Hashim pasti mempunyai musuh dan pesaing dalam perniagaan, mau hancur SGE kalau ada sensasi skandal yang melibatkan Encik Hashim. Payah pula aku nak cari tempat kerja lain.

Sebenarnya, aku pun hairan kenapa aku membiarkan Encik Hashim menggunakan aku sebegini. Mungkin aku termakan budi juga dengan kenaikkan pangkat dan gaji aku itu, ditambah dengan kereta lagi. Hmm…tak menjadi masalah rasanya kerana taklah selalu sangat, hanya sekali-sekala. Encik Hashim pun pandai, kalau selalu sangat guna nama aku nanti kantoi pula dengan isterinya.



Ketika aku hendak melangkah keluar dari bilikku untuk menghadiri mesyuarat, telefon bimbit aku berbunyi dan private number berkelip-kelip di screen telefon aku. Pasti si Amran! Dia ni seorang saja dari kawan aku di luar pejabat yang mengada-ngada pakai private number.

Haah mangkuk!!, aperhal?!!” aku maki seperti biasa kalau mangkuk tu call, lebih-lebih lagi pada masa begini, aku nak cepat untuk pergi meeting. Mamat ni kalau call bukan hal penting pun. Selalunya nak ajak lepak Starbucks kacau barista-barista di situ.

“As, its me, can we talk?!” Suara Alia pulak yang menjawab.

Ulp, Alia, sorry, I ingat kawan I tadi, yes, of course, I am free right now,” malunya aku tak terkata.

Aku berhenti melangkah untuk memberikan perhatian pada perbualan dengan Alia dan aku rela tangguhkan mesyuarat aku tu kalau perlu.

No!, not on the phone, meet me, please, I have no one else to turn to except you. This evening, jumpa I di coffee house, Eastin Hotel, 7.00 p.m. okey, bye!”

Alia terus mengakhiri perbualan.

Tak sempat aku nak cakap apa. Tersekat kata-kata aku di kerongkong.

Kenapa dengan Alia, kedengaran macam cemas dan ketakutan. Rungsing melanda aku. Terpaksa aku ketepikan perasaan rungsing ni sebentar, aku kena hadiri mesyuarat terlebih dahulu.



Sepanjang mesyuarat berlangsung, aku tidak dapat memberikan perhatian penuh. Otak aku terus memikirkan tentang perbualan aku dan Alia. Apa agaknya perkara yang teramat penting yang ingin Alia sampaikan kepadaku hingga tidak boleh diberitahu melalui telefon.

Habis sahaja menyuarat, aku meluru ke bilikku dan mula memerhatikan jam setiap 5 minit. Punyalah lambat nak pukul 6 petang. Beberapa kali juga aku terfikir untuk menelefon Alia dan bertanyakan kabarnya dan juga sebab dia ingin berjumpa dengan aku.

Dari nada suaranya, aku dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena, tapi aku terpaksa mengawal keinginan itu dan menyedarkan diriku yang Alia sudah bersuami, biarlah suaminya menjaganya, aku sebagai seorang kawan sahaja. Banyak batas-batas yang aku perlu patuh bila berkawan dengan Alia, dengan statusnya sebagai isteri orang.

Berdetik saja tepat jam 6 petang, aku terus meluru keluar. Bagai pelari pecut 100 meter yang baru dilepaskan. Go, go, Asmara!

Setiausaha aku pun pelik, tak pernah aku keluar pejabat tepat jam enam. Selalunya, akulah yang last keluar, umm…second last actually kerana pakcik jaga yang paling last sebab kena kunci pejabat.

Aku drive macam orang kena rasuk. Cilok maut kalah mat despatch atau budak hantar pizza. Agaknya kesemua peraturan lalulintas yang ada aku dah langgar. Kalau berlumba dengan Lewis Hamilton pun masa tu mau Hamilton tinggal makan asap aku. Namun, sesia jer la bawa laju dalam kawasan KL ni, sampai Jalan Damansara, sangkut, tapi aku masih ada banyak masa, lambat lagi ke pukul 7 malam. Aku mula menyedari bahawa tiada guna terburu-buru, kalau terjadi apa-apa, aku juga yang rugi.

Aku mula memandu pelahan sepanjang Jalan Damansara tu. Aku tak berbalas makian dan one finger salute dengan pemandu-pemandu lain seperti hari-hari biasa. Biasalah sebahagian pemandu-pemandu di KL ni, macam ada kod tak bertulis, yang mewajibkan pemanduan kasar, tak berhemah dan kurang ajar bila sahaja berada di jalanraya.

Sebenarnya kebanyakkan pemandu-pemandu sebegini, kalau keluar dari kereta dan tidak memandu adalah manusia yang sopan-santun dan berhemah, cuma bila memandu saja, mereka seakan bertukar menjadi orang lain, termasuk aku juga kadang-kalanya. Fenomena yang seangkatan dengan kesesakkan jalanraya bila saja hujun turun dan jika terdapat kemalangan kecil, walau ianya terjadi di seberang jalan.

Misteri Mimpi Syakila” berkumandang dari CD player.

Lagu nostalgia. Aku masih simpan CD koleksi The Best of Wings ni, satu-satunya CD lagu Melayu yang aku ada. Bukannya aku tak sokong industri muzik tempatan ni, tapi, pada pandangan aku, tak banyak bakat-bakat yang ada kat sini layak untuk digelarkan sebagai berbakat! Seorang-dua tu adalah.

Bila tiba di Eastin Hotel, aku tinggalkan saja kereta aku pada Azrickey. Dah pandu Perdana V6 ni, beranilah aku beri Azrickey untuk parking dan para Azrickey pun tidaklah senyum menjeling sepertimana masa aku pandu kereta buruk aku dulu.

Aku duduk di sofa tetamu di lobby lounge. Belum pukul 7.00 malam lagi. Ada mamat bermain piano kat situ. Entah apa lagu yang sedang dimainkan pun, aku tak tahu dan tak mahu ambil tahu. Otak aku duk runsing mengenangkan kata-kata Alia.

Aku order fresh orange dari waitress.



Tepat pukul 7.00 malam, sebuah BMW meluncur. Model 3 series yang baru, aku kenal nombor pendaftarannya. Kereta Alia yang SGE belikan.

Kenapa aku dapat Perdana tapi Alia dapat BMW?

Malas aku nak buat spekulasi dan menyangka yang bukan-bukan sekarang ni. Buang masa dan buang karan sahaja memikirkan perkara-perkara begini. Pangkat dan harta, kedudukkan dan macam-macam lagi soal dunia yang boleh memporak-perandakan perhubungan sesama insan.

Kesemua itu rezeki Alia, dari hasil kerja dan titikpeluhnya. Allah yang telah menentukan. Aku dah sedar yang aku tak perlu membuat andaian sendiri dan mendengar tomahan yang tidak tentu kebenarannya. Aku dah selesa dengan perhubunganku dengan Alia sekarang ni, sebagai rakan sejawatan, tak lebih dari itu dan aku mahu perhubungan kami berterusan begini. Rakan sejawat dan merangkap bekas pasangan kekasih.

Aduhai! Susahnya nak lari dari masa lampau!

Aku perhatikan Alia turun dari keretanya dan jockey bertugas pun terus memandu kereta itu pergi. Alia memakai scarf menutup kepalanya.

Pakai skarf?!

Alia juga berkacamata gelap malam-malam begini. Fesyen baru agaknya ni! Aku bukannya mengikuti sangat perkembangan fesyen terkini dan termoden. Terutama fesyen wanita-wanita berkerjaya dan berjaya, seperti Alia. Lagilah aku blur.

Mata aku ni hanya dapat menilai samada cara pemakaian, koordinasi warna pakaian bersama dengan assessories yang digunakan dan kasut serta beg adalah sesuai dan berpadanan. Itu dah cukup bagus bagiku untuk menilai ketramprilan seseorang wanita. Lebih dari itu, aku tak tahu apa sangat pasal fesyen ni.

Dari sudut di mana aku sedang duduk, dapat aku perhatikan Alia berjalan ke Coffee House. Langkahnya teratur dan penuh keyakinan. Aku rasa cukup gembira begini, memerhatikan Alia dari jauh, gerak-gerinya, keayuannya. Peluang aku nak rapat memang dah tiada, so, dapat aku admire dari jauh sudahlah, dah mencukupi.

Sengaja aku tidak bergerak dari lokasi aku tu buat sementara waktu, biar Alia mengambil tempat yang sesuai dan selesa baginya. Aku perhatikan Pengurus Restoran membawanya masuk merentasi deretan kerusi meja yang terhias rapi dan terus menunjukkan tempat untuk Alia, agak terpencil di sebelah tepi dan tersorok dari laluan. It must be something very important. Kalau tidak, Alia tak memilih tempat sebegitu.

Berbagai teori muncul di dalam diriku. Semuanya tekaan-tekaan yang kekurangan asas dan juga yang langsung tidak berasas. Tekaan paling baik dan paling lojik yang dapat aku perah dari otakku adalah - Alia sudah mendapat tawaran kerja baru yang lebih baik dan dia akan meninggalkan SGE untuk menerima tawaran tersebut lalu ingin mengajak aku menyertai dia.

Aku rasa itulah andaian yang paling tepat dan berasas kerana tiada sebab lain bagi Alia memanggil aku pada waktu begini dan di tempat begini. Kalau perkara mustahak dan sulit tentang projek-projek SGE, di pejabat pun boleh berbincang, lebih selesa dan selamat! Tak mungkin soal peribadi, soal mak ayahnya atau adik-beradiknya.

Tak pun Alia nak pinjam duit dari aku...ishk…mustahil!

Kerja baru, di tempat baru, bersama Alia. Hmm…satu cadangan yang kalau diutarakan akanku pertimbangkan dengan sewajarnya jika tawaran yang diberikan boleh mengoyahkan kesetian aku kepada SGE.

Tapi, yang sebenarnyalah, kalau ianya bermakna dapat bekerja dengan Alia, ke mana saja dan dengan syarikat apa saja pun aku sanggup, gaji dan kemudahan boleh dibincang kemudian! Ahaks!...bilakah aku nak sedar ni! Alia tidak akan menjadi milikku

Aku rasa agak lega dengan alasanku yang paling berasas tu. Memang tidak ada sebab lain Alia mengaturkan pertemuan ini. Aku boleh gerenti. Aku menghentikan segala anganku dan segala spekulasi lain yang tak tentu arah dalam benakku dan mula melangkah untuk mendapatkan Alia.


Its not good to keep a lady waiting.