Aku kembali ke bilikku dan
meletakkan fail-fail dan presentation materials atas meja.
Waktu baru pukul 10.45 pagi.
Pembentangan kepada deligasi MODESA tu bermula jam 9.00 pagi dan berakhir 10.30
pagi. Nasib tiada soalan-soalan yang aku tak dapat jawab.
Tapi aku tidak berserah
sepenuhnya pada nasib, aku memang telah membuat persedian dengan terperinci.
Setiap sudut yang boleh
mendatangkan kekaburan telah aku kenalpasti terlebih dahulu dan aku sediakan
jawapannya. Tak hairanlah segala kemusykilan mereka dapat aku huraikan dan aku
jelaskan. Ahhh...tere juga aku yer…aku
tertawa sendirian di dalam hati.
Aku terasa lapar betul, tak
sempat sarapan tadi.
Aku keluar dari bilik dan
berjalan laju menuju ke lif. Melepasi
ruang tetamu SGE. Ayu yang sedang sibuk melayan panggilan, sempat mengangkat
tangan kepada ku.
Lawa juga Ayu ni, bertudung,
putih orangnya dan mempunyai complexion
muka yang licin. Redup juga mata memandang dan senyumannya pun manis, infectious, boleh membuat aku tersenyum sama
kadang-kala.
Aku hanya mengangguk dan
melemparkan senyuman padanya sebagai tanda penerimaan lambaiannya. Jauh di
hati, terasa seakan Ayu ada menyimpan rasa terhadap aku. Atau mungkin aku yang perasan. Entahlah. Aku malas nak membuat
spekulasi.
“Yo,
As!! Y0 !! Tunggulah
kejap!”
Aku menoleh ke arah suara
yang memanggil aku. Yusuf melambai menyuruh aku menunggunya.
“How was the presentation?” Ayat pertama dari Yusuf ketika dia tiba
hampir padaku.
Aku leretkan kad kerja di
alat pengesan dan terus membuka pintu bila isyarat berbunyi. Yusuf turut keluar
mengekori aku.
Yusuf Fadli, kawan pejabat yang paling rapat
dengan aku. Sampai peringkat aku dah menganggap dia macam abang
aku sendiri. Yusuflah yang membawa aku masuk ke SGE ni. Nasihat dan kata-kata
perangsang dari Yusuf berjaya menjinakkan jiwa aku yang liar, menyalurkan
semangat dan kreativiti aku ke arah yang lebih membina.
Aku
mengenali Yusuf di meja snooker.
Yusuf merupakan kawan kepada salah seorang ahli kumpulan tarik kereta yang aku
sertai. Kami
bertarung one by one. Main biasa-biasa
saja pada mulanya, tapi hampir bergaduh dan hampir bertumbuk juga lama kelamaan
tu. Mana boleh tahan asyik aku jer kena sau
kiu.
Selepas kali pertama tu, aku
dan Yusuf terus menjadi sahabat. Aku pun dah lupa kenapa aku boleh jadi rapat
dengannya. Mungkin aku menghormati kehebatannya bermain snooker dan aku nak berguru dengan dia. Dari situ, aku dan Yusuf
bertemu di meja snooker hampir setiap
minggu. Dari pertemuan kami hampir setiap minggu tu, aku tidak menyedari yang dia
membuat analisa terhadap diri. Sedikit demi sedikit dia membaca perwatakkan
aku.
Yusuf seorang sahaja yang
nampak kewibawaan aku dan berjaya membuat kesimpulan bahawa aku ni graduan luar
negara. Dia nampak diri aku yang sebenar disebalik topeng garang yang aku
pakai. Di sebalik imej macho dan samseng yang aku tampilkan, Yusuf nampak
cahaya kecerdasan aku walau tidak pernah sekali pun aku sebut tahap
pelajaranku.
Rebellious youth – gelaran yang Yusuf bagi pada aku.
Tepat sekali gelaran itu. Memang
aku rebel, memang aku sedang
memberontak. Bukan dengan orang lain tapi dengan diriku sendiri.
Ketika aku mula berguru
dengan Yusuf dalam permainan snooker,
aku telahpun mula sedar bahawa pelbagai kerja jahat serta remeh yang aku
lakukan tidak menjamin masa depan.
Aku telah tiba di
persimpangan jalan dan perlu memilih kerjaya yang lebih baik. Aku mula merasai
yang aku harus menamatkan era karier aku sebagai tukang tarik kereta dan bouncer. Aku tidak dapat apa-apa yang
bermakna kerana apa yang aku dapat hanya adalah keseronokkan sementara. Sampai
bila aku nak pukul orang dan, yang pasti, satu hari nanti, aku akan bertemu
dengan orang yang lebih hebat, lebih tinggi ilmunya dari aku dan pastinya, aku
pulak yang kena belasah. Ish....taklah nak aku!
Secara perlahan Yusuf memujuk
aku. Banyak kali juga aku dan Yusuf berdebat hebat, hingga tak bertegur sapa.
Iyalah, bukan senang nak buang tabiat yang tak elok. Aku masih ada rasa sangsi,
rasa rugi dan rasa sayang nak tinggalkan kerja jahat tu. Kuat betul setan yang
bergayut pada aku, menghasut dan membisikkan kata-kata dan perkara-perkara yang
membawa ke arah kesesatan. Namun Yusuf tak pernah putus asa dan akhirnya, aku
sedar dengan sendiri kebenaran hujah-hujah Yusuf.
Selalunya bila selesai
bertikam lidah, aku akan angkat kaki macam tu jer. Aku buntu kerana perasaan
aku bercelaru. Hati aku akan berperang dengan pilihan.
Di satu pihak kerja-kerja
jahat yang aku dah tak suka manakala di pihak yang lain, untuk memulakan kerja
baru, aku tak yakin, aku takut gagal.
Ketika saat begini, Yusuf
akan membiarkan aku sendirian. Dia tak akan call
atau hubungi aku dengan apa cara
pun kerana selalunya aku yang akan mencari dia untuk mendapatkan nasihat dan
panduan. Meja snooker menjadi tempat
pertemuan dan perbincangan.
Yusuf memang pandai membuat
aku rasa bersalah. Semuanya untuk membuat aku berfirkir dan memilih jalan yang
betul. Dia selalu ingatkan aku kepada emak aku di kampung. Secara perlahan dia
cucuk aku dengan mengimbaskan gambaran betapa hancurnya hati emak aku nanti
kalau dia tahu aku buat kerja yang tak senonoh ni.
Macam dah tiada kerja lain
kat KL ini. Dengan kelulusan aku yang tinggi, takkanlah aku tak boleh cari
kerja yang elok! Buat malu nama baik keluarga aku saja nanti! Betapa beratnya
beban yang akan aku letakkan pada emak dan keluarga aku jika apa-apa terjadi
pada aku. Kalau aku seorang jer yang susah takpe,
ini adik beradik aku, mak aku pun akan terbabit dan nama arwah bapak aku pun
akan tercemar sama!
Tapi yang paling buat aku
tersedar adalah bila Yusuf mengatakan aku sedang menjadi contoh yang buruk
kepada anak buah-anak buah aku yang ramai tu dan kemungkinan besar, anak-anak
aku sendiri pada satu masa nanti. Sanggupkah aku melihat salah seorang dari
mereka mengikut jejak aku. Cair jugak aku!
Hampir setiap minggu bila ada
saja sesi snooker dengan aku, Yusuf
akan mula menjalankan kempennya. Hujah-hujahnya makin lama makin aku fahami dan
aku terima. Hatiku makin tawar untuk memberontak, tidak seperti dulu.
Akhirnya, aku betul-betul
sedar dan insaf.
Aku menghantar resume aku kepada Yusuf untuk
dipertimbangkan oleh SGE. Yusuf sendiri yang mengolah dan menokok tambah resume aku supaya nampak cantik dan
mantap. Aku rasa dia juga yang menyakinkan Pengurus Sumber Manusia SGE untuk
memberikan peluang kepada aku. Setelah 2 kali temuduga di SGE, aku memulakan
hidup baru tidak lama selepas itu. Aku sendiri tidak menyangka yang aku akan
dapat menyesuaikan diri dalam bidang koprat dengan begitu mudah.
Macam itik dicampak ke air.
Setelah lebih setahun
berkhidmat dengan SGE barulah Yusuf memberitahu bahawa dia beriya-iya menolong
aku keluar dari kerjaya gelap aku tu adalah disebabkan dia pernah kehilangan
adik kandungnya yang telah menceburi bidang yang aku tinggalkan tu. Yusuf
melihat sendiri betapa hancur hati ibu bapanya dan dia rasa bersalah jika tidak
menolong aku. Baginya, kejayaan membawa aku keluar dari kerja-kerja gila tu
sedikit sebanyak telah mengubat luka kehilangan adik kandungnya.
“As usual la Suf, aku cuma buat yang terbaik, kalau berjaya, maka
rezeki SGElah, rezeki kita juga kan ?”
Jawabku ringkas pada Yusuf.
“Sudahlah kau, As!, merendah
diri pula, ha-ha-ha, aku dah tau, budak-budak
Project Team dah cakap dengan aku, mat-saleh tu very impressed dengan kertas kerja kau tu.”
Aku menekan butang lif untuk
ke bawah, sambil tersenyum.
Memang Yusuf pandai baca
kerektor aku. Susah nak sorok apa-apa dari
dia. Ya lah, umur dia pun dah lebih 40 tahun, dah matang tapi masih lagi ligat
dan masih sifu snooker aku.
“Suf, kita minum dulu kat
kantin, aku belanja!”
“Next time, okey? Aku ada hal sikit kat Finance.”
“Okey!”
Pantas Yusuf berlalu apabila
pintu lif terbuka. Aku melangkah masuk. Tingkat bawah
menjadi destinasi aku. Okestra perutku dah pun bermula.
"Abang!,
nescafe tarik macam biasa, ya!" Aku menunjuk isyarat tangan kepada
pelayan kantin bila aku tiba di gerai biasa tempat aku minum pagi.
Aku
terus duduk di sebelah Ina dan Rizman, antara kawan sepejabat yang agak rapat
dengan aku dan secara kebetulan sedang sarapan juga. Aku ambil nasi lemak yang
berbungkus kertas akhbar dan daun pisang di dalamnya. Sejuk. Aku balun
juga, lapar punya pasal
"Asmara,
kau dah jumpa pegawai baru kita?” tanya Rizman.
Rizman
Rahman adalah seorang yang suka berjenaka. Muda lagi, baru 24 tahun. Orangnya
sederhana saja, kulit kuning langsat, rambut lurus dan pakai spek. Aku senang
bergaul dengan Rizman dan selalu juga aku dapatkan pertolongan darinya untuk
kerja-kerja aku, terutama berkaitan dengan research
dan juga data retrieval. Cuma satu
saja perangai dia yang aku kurang gemar, iaitu, kalau berjanji, kena tambah 30
minit lagi dari masa yang ditetapkan. Hampeh
mamat sorang ni! Tapi kualiti kerja amat memuaskan, itu pasal orang tutup
mata sebelah saja bab dia selalu lewat.
"Belum.
Pukul 11.30 pagi kejap lagi. Boss dan
juga Kak Rozi dah beberapa kali remind
aku.” ringkas jawapan aku sambil aku menyuapkan nasi ke mulut.
“Laa!....Ketua
Jabatan yang lain-lain dah jumpa dah pegawai baru ni, kau sorang saja yang
belum jumpa. Kenapa ya?” Rizman menempelak aku. Ish! mamat ni, ada gak kena sekeh dengan aku ni!
“Dorang tu ketua jabatan, semua pangkat GM-GM
belaka, aku ni siapa!...dol!...Mestilah
dorang dulu. Lagi pun aku ada presentation tadi.”
“Cantik
tau!” Ina mencelah, “Ada can kau!”
Ina pula kerani di
SGE. Roslina Deris. Anak Pak Deris kami selalu mengajuknya. Dah berumur 33
tahun dan mempunyai 2 orang anak. Suaminya seorang pegawai polis yang banyak
menolong aku, Rizman dan Yusuf jika kami ada saman yang perlu dibayar. Aku
menganggap Ina sebagai kakak. Kadang-kadang aku ada juga minta nasihat dan
pandangannya sebagai seorang wanita.
“Ish…!, merepeklah
kau ni, Ina! Kau jangan nak buat perangai cam makcik-makcik stampede yang lenlain
tu. Keypoh tul la”.
“Eh, tolong skit yer, aku bukan stampede,
tak penah aku berkejar-kejar kalau ada sale
kat mana-mana shopping complex yer!” Ina
membalas, marah betul dia kalau aku gelar dia makcik stampede.
“Ouh, tau pun marah, dah tu yang kau
kecoh sangat kenapa?!”
“Ala…Buat-buat malu pulak, anak teruna
ni…!” sampuk si Rizman pula, sambil menjuihkan bibir kepadaku. Macamlah dia tu
bukan teruna dan macamlah dia tu tua dari aku! Anak dia panggil aku. Macam dia pangkat bapak-bapak pula.
Aku
diamkan saja gurauan mereka. Aku hanya senyum.
Begitulah
gelagat aku, Ina dan Rizman dan kadang-kala Yusuf, setiap kali berjumpa. Kami
bagai satu “clique” di SGE. Walau
kami ada bergaul dan berkawan dengan warga kerja yang lain, kami berempat amat
rapat dan selesa sesama sendiri. Macam
adik-beradik.
Namun,
hanya Yusuf saja yang betul-betul mengenali aku dan Yusuf juga tahu serba
sedikit tentang kisah aku dan Alia. Pernah aku ceritakan padanya apabila aku
tak dapat membendung perasaan.
“Korang ni boleh diam sekejap tak, aku
nak makan ni, kang bila aku dah jumpa
pegawai baru tu, aku buat laporan lengkap pada korang, lawa ke, cantik ke, ayu ke, jelita ke…okey?!,” aku dah
geram, nak makan pun susah, sibuk sangat Ina dan Rizman pasal pegawai yang baru nak masuk nanti.
“As,
aku dengar dia masih single tau….”
Ina masih menyakat aku sambil melepaskan hilai ketawa yang menggelikan tekak
aku. “Kalau kau nak merisik ke, apa ke, jangan segan-segan bagi tahu aku tau!
Kalau nak meminang nanti, aku boleh tolong gubah barang-barang hantaran.…”
Tambah Ina disertai dengan hilai ketawanya. Bingit telinga aku!
Mentang-mentanglah dia ahli persatuan isteri-isteri polis, ada ke nak test skill mengubah yang dia pelajari
pada aku. Cheh!
“Tadi
kau merepek, sekarang kau dah melalut, kejap lagi ke laut agaknya.…amender ler….lagipun, apa kena-mengena
dengan aku samada dia single ke, double ke, triple ke?” Suara aku dah mula tinggi.
“Alahai.…janganlah
marah cik abang oi!” Ina mencebek.
Nyesal pula aku tinggikan
suara.
“Entahlah
kau ni As!, kita orang gurau jer.…tapi....kalau jadi, best juga, lama tak makan nasi minyak ni.…ha-ha-ha….” gelak Rizman di sahut oleh Ina dan riuh rendahlah
tempat duduk kami tu.
Lahabau si Rizman ni, sempat kenakan aku.
Tapi
mereka ni tak tahu bahawa pintu hatiku ini masih tertutup rapat dan belum
bersedia untuk menerima sesiapa pun. Kecuali Alia.
“Aku
tak marahlah! Aku geram jer. Lagi pun korang
tak ingat pada kisah yang telah terjadi sebelum ni, pasal eksekutif pompuan yang Encik Hashim lantik sebelum
ni? Aku rasa orang tua tu dah booking awal-awal kut! Ha-ha-ha!”
Giliran
aku pula ketawa.
Tapi
hati aku tetap muram.
No comments:
Post a Comment