Tuesday, January 28, 2014

MASIHKAH ADA ALIA - Part 2, Chapter 19

Aku dah bersedia dengan surat perletakkan jawatan aku.

Memang aku tahu aku akan dipanggil oleh Encik Hashim sebab membelasah anak dia tempuh hari tu. Aku dah dengar desas-desus mengatakan keluarga Encik Harith menjadi kecoh dengan kehilangan Alia dan juga tentang Harith yang dibelasah oleh aku. Sebelum aku kena buang, lebih baik aku cabut.

Hampir dua minggu aku menunggu dengan penuh sabar saat dan ketika aku akan dipanggil oleh Encik Hashim. Barulah hari ni aku mendapat pesanan yang Encik Hashim ingin berjumpa aku. Aku pun tak pasti entah kenapa dia tunggu begitu lama. Seperti biasa, Kak Rozi yang membawa pesanan tu personally, dengan riak muka yang serious dan muram kali ni, tidak ceria seperi selalu. Aku dapat mengagak, inilah hari aku akan menerima padah kerana membelasah anak boss aku.

Appointment aku dengan Encik Hashim telah dibuat pada pukul 3.00 petang nanti. Pasti dia terkejut atau mungkin dia menjangka aku akan meletakkan jawatan secara sukarela. Apapun, aku akan beri notis 24 jam dan aku akan bayar tempuh notis 3 bulan yang sepatutnya aku berikan, berapa sangatlah jumlahnya, yang penting hatiku puas.

Awal pagi tu SGE kecoh lagi. Kali ni aku tak bimbang. Aku relek. Kali ini aku telah menjangka yang kekecohan ini akan terjadi. Rizman datang ke bilikku. Muka dia risau sangat.

“Habis la kita As, habis, kena cari kerja tempat lain la, tak ada gaji la kita bulan ni.”

“Hah??! Kenapa pula?!!” Aku buat-buat terkejut.

“Kau belum tahu lagi ke? Duit SGE dalam bank sebanyak 12 juta dah hilang, ada orang bawa keluar duit tu tanpa pengetahuan pihak Lembaga Pengarah. Encik Hashim sedang sibuk panggil internal audit dan Board meeting tergempar. 12 juta, As, bukan kecik anak”

“Alaah, what is there 12 juta, kapal Encik Hashim tu pun 12 juta, jual saja kapal tu dapat la balik duitnya, apa susah.”

Ek-eleh…senangnya kau cakap!”

Rizman bengang dengan penjelasan aku, dia pun pelik, tak sikit pun aku risau. Laju saja dia pergi dengan muka masam dia.

Aku memegang tiket kapalterbang, one way ke Singapura, yang tiba bersama envelope yang Alia kirim, dalam tangan aku. Destinasi selanjutnya selepas Singpura tidak aku ketahui lagi.

Alia punya pandailah ini, tak mahu jejak aku dikesan. Yang aku tahu di Singapura nanti, ada orang yang tunggu aku dan akan memberikan satu lagi envelope untuk destinasi aku seterusnya.



Menjelang tengahari, Board meeting pun selesai, aku lihat Head Internal Audit lalu depan pejabat aku dengan menggeleng kepala tak berhenti. Masaalah besarlah tu.

Aku call GM Legal tanya dia, apa jadi, betul ke duit hilang 12 juta. Kes besar ni, mesti lapor ke pihak polis. Mati-mati dia nafikan ada duit hilang jadi tidak perlu melaporkan apa-apa. Seperti yang aku jangka…opps…bukan jangka tapi rancangkan, Lembaga Pengarah akan membuat keputusan sebegini.

GM Legal tu mengatakan ianya cuma kabar angin sahaja, yang bermula dari Finance Department yang telah silap menterjemah kandungan laporan 2 minggu sekali yang dikirimkan oleh bank SGE di luar negeri. Kes dah tutup, nanti ada memo kepada semua warga kerja untuk menerangkan keadaan sebenar supaya semua orang tidak risau akan kedudukkan kewangan SGE. Encik Hashim sendiri yang akan sign memo tu. Aku gelak kecil sambil meletakkan kembali ganggang telefon

Silap terjemah? Aku pasti, ketika mesyuarat tadi, setiap satu Head of Department dah kena tiau oleh Encik Hashim dan yang paling teruk adalah Financial Controller. Aku kena mintak maaf dengan dia masa Hari Raya nanti.

Report tu berbahasa Inggeris, bukan bahasa Urdu, Jerman, Russia atau Perancis untuk budak-budak di Finance Department salah tafsir. Financial Controller tu pun graduan dari UK, mana boleh silap terjemah!

Sebelum jam 1.00 tengahari, Apai dah hampir selesai mengedarkan memo khas untuk semua warga kerja SGE. Salinan aku tiba. Ringkas saja isi kandungannya, padat dan tepat.

SGE tidak kehilangan duit, cuma terdapat satu kesilapan teknik, duit SGE tetap ada dan warga kerja diminta jangan risau dan jangan hebohkan perkara ini kepada sesiapa. Ini rahsia SGE dan barang siapa yang ingkar, boleh diambil tindakan buang kerja.

He-he-he,! aku gelak bila membaca amaran tu, staff SGE ini aku cukup kenal, selang 2 hari perkara ni akan luput dari ingatan mereka.

Aku pun pergi makan tengahari bersama Ina, Rizman dan Yusuf, untuk kali terakhir. Aku tak memberitahu tahu pun rancangan aku untuk terbang jauh dan mungkin tidak kembali. Nanti pandailah mereka membuat andaian sendiri and by that time, aku sudah tiada di sini. Aku berjanji dengan diriku untuk sentiasa berutus surat dengan mereka, paling kurang pun, kad rayalah, setahun sekali.

Aku belanja mereka bertiga makan besar hari ni, makan hidangan mat saleh di Victoria Station. Perkara kecil tu setakat seratus, dua ratus ringgit.

Semasa dalam perjalan pulang ke pejabat setelah selesai makan tengahari, Yusof sempat bertanya, “As, kau ada tahu apa apa ke tentang perkara yang terjadi ni?”

“Perkara apa, Suf?”

“Alia hilang, duit SGE hilang tapi tak hilang.”

“Kenapa kau cakap macam tu?” Aku merasakan inilah salah satu soalah perangkap yang Yusuf suka gunakan, susah nak selindung apa apa dari Yusuf, namun aku tetap mempamirkan airmuka yang tenang.

Umm, nothing, saja aku bertanya”

Relek la Suf, kau bukan tak kenal aku.”

“Sebab aku kenal kau la aku tanya!”

Aku hanya mendiamkan diri selepas kenyataan Yusuf tu. Yusuf sengih. Aku pun senyum saja.



Tepat jam tiga petang aku masuk bilik Encik Hashim. Muka dia rungsing betul. Mana tak rungsing, duit 12 juta hilang. Siapa yang nak jawab! Tapi disebabkan SGE ni dia yang punya, tak jadi masalah baginya untuk memutar belitkan fakta untuk melepaskan dirinya.

Ha-ha-ha, aku gelak dalam hati.

Tanpa tak banyak bicara dan sebelum dia dapat berkata apa-apa, aku letak surat perletakkan jawatan aku di atas mejanya. Aku kepilkan sekali cek senilai dengan bayaran ganti notis.

“Apa ni?,” tanya Encik Hashim.

My resignation. 24 hours notice. Encik Hashim tak perlulah bersusah-payah memecat saya. Bayaran ganti notis pun saya dah berikan. Terima kasih yang tak terhingga kerana membimbing dan memberikan tunjuk ajar kepada saya selama saya bertugas di sini.”

Encik Hashim mengambil surat yang aku letakkan tu dan terus memandang aku. Renungang dia macam singa memandang mangsa bila memahami isi kandungannya. Aku tahu dia syak aku punya kerja duit tu hilang. Tapi apa bukti dia? Apa dia boleh buat?

Bagaimana nak buktikan aku curi duit tu? Duit tu beribu batu jauhnya dan aku dalam bilik karaoke dengannya dan beberapa orang lagi. Bila masa aku terbang sebegitu jauh dan kembali dalam masa yang singkat. Lagi satu, tandatangan Encik Hashim adalah asli dan bukan tiruan atau palsu. Dia tak boleh tuduh aku memalsukan tandatangan.

Tambahannya, aku ada fall back plan yang amat mantap. Aku ada saksi, yang sengaja aku bawa malam tu, yang boleh memberikan keterangan tentang perlakuan Encik Hashim dengan dua budak bawah umur. Beranikah dia buat report polis dengan keadaan tidak memihak padanya?

Aku rasa tidak sama sekali. Dia pasti ingat kepada fakta-fakta yang dia sedang hadapi – hubungan jenis dengan budak bawah umur, enam sebatan mandatori dan penjara 20 tahun. Orang berada macam Encik Hashim tidak akan berani mengambil risiko tersebut. Biarlah duitnya hilang dari dapat malu dan masuk penjara.

Tak mungkin dia akan memberikan keterangan pada polis bahawa ketika dia berbuat sumbang dengan dua gadis bawah umur, aku curi duit itu! Aku rasa dia boleh berfikir dengan waras lagi. Kehilangan 12 juta berbanding kehilangan kehidupannya. Pasti dia akan membuat keputusan sepertimana yang aku rancangkan.

Aku mendapat akal bagaimana untuk melaksanakan tugas yang Alia telah amanahkan padaku kerana aku dah kenal perangai Encik Hashim kalau pergi ke karaoke centre. Memang enjoy sakan tak ingat dunia orang tua ni.

Bukan susah nak dapatkan tandatangan orang yang tengah tenggelam dalam keasyikkan.

Surat fund transfer authorization tu aku lipat dan kepil betul-betul bawah bil-bil yang tiba setiap kali pesanan minuman dibawa, Encik Hashim tandatangan saja menyangkakan dia menandatangan salinan salinan-salinan bil kerana nak cepat meneruskan aksi-aksinya membaham budak dua orang yang aku bawa tu, dan pada masa yang sama, dia sedang terawang-awang kesan dari minuman keras yang ditogoknya tanpa henti.

Aku gunakan fax machine di pejabat kelab karaoke tu untuk menghantar fax ke bank SGE di luarnegeri tu. Aku kembali ke bilik karaoke dengan tenang untuk menunggu panggilan pengesahan. Tak sampai lima minit, panggilan tiba untuk Encik Hashim sebagai personal confirmation dari bank tersebut. Aku juga yang menjawab handphone yang terletak di atas meja. Bila Encik Hashim menanyakan panggilan dari siapa, aku katakan urusan luar negeri tentang satu projek yang memang menunggu kelulusan mengenai perkara yang agak remeh darinya. Aku pegang telefon dan merapatkan kemulutnya (tangannya sibuk memegang benda-benda lain) dan aku suruh Encik Hashim kata, “yes!, proceed”. Dia pun ikut jer cakap aku!

Yes sir, right away!” Jawab mat saleh dalam telefon bila voice recognition system di hujung talian mengesahkan suara Encik Hashim. US$4.0 million done deal!. Tak sia-sia Alia bertugas di Internal Audit untuk mengetahui sistem dalaman SGE dan mencari kelemahannya.

Encik Hashim pandang aku tanpa berkelip. Macam dia nak makan aku. Aku melangkah keluar dari biliknya dengan tenang. Aku tutup pintu dan aku dengar macam benda dihempas dalam bilik. Kemudian bunyi berdentum yang agak kuat di pintu di belakang aku.

Tak tahulah apa benda yang Encik Hashim baling.

Tensyen giler dia agaknya, duit hilang, menantu hilang, anak dia aku belasah.

No comments: