tercipta
sulaman tirai impian
dari keikhlasan hati
indahnya yang tiada terlukis
walau disusun warna pelangi
Puisi itu kembali
lagi. Dalam kebisingan dan kebingitan pusat snooker,
teriakan muzik dari saluran MTV ASTRO yang berkumandang di empat unit TV LCD 56
inci yang berada di keempat-empat penjuru dan ditambah hilai tawa sorakan para
pengunjung, puisi itu pula boleh terpancar di dalam otak aku dengan jelas dan
terang.
Aku sangka puisi tu
hanya menghantui aku ketika aku dipejabat saja tapi sampai luar pejabat hingga
ke pusat snooker ni pun ia mengekori
aku! Apa punya jin yang si penulis tu
pakai untuk merasuk puisinya sampai boleh buat aku sebegini. Siut betulah! Kalau Yusuf tahu, teruk
aku kena gelak ni!
Aku dan Yusuf ada
malam khas untuk sesi snooker kami.
Sentiasa pada malam yang sama di setiap minggu dan di tempat yang sama. Kami
tak perlu risau samada boleh dapat meja atau tidak kerana pada malam yang
ditetapkan, meja untuk kami memang dah dikhaskan. Taukeh tempat tu memang kamceng dengan kami.
Acara mingguan ni
jarang gagal dianjurkan. Yusuf mengambil serius sesi ni sebab inilah
satu-satunya riadah bagi dirinya. Aku suruh dia ikut aku jogging tapi dia memberi alasan urat dan tulangnya dah rapuh. Bila
aku ajak ke gym, dia kata badan
kering macam dia tu, kalau ke gym,
buat orang gelak saja nanti. Mahu tak mahu, aku layankan saja setiap minggu
bermain snooker dengannya.
Sesi yang pada
mulanya kerana hormat padanya dan juga kerana perguruan aku dengan dia dalam
bidang snooker belum tamat, lama-kelamaan,
aku mula menghargainya kerana sambil-sambil bermain, aku dapat tempat berbicara
dan meminta nasihat dari orang yang lebih berpengalaman. Kami hanya kensel jika
salah seorang ada sebab-sebab peribadi yang betul-betul mustahak.
“Arrghh!!! Suwey betul lah ini malam, Suf!” Aku
mula berteriak bila sekali lagi pukulan aku tidak tepat. Hancur corak permainan
aku malam ni. Yusuf yang tersengih makin membuat aku geram!
“Apa pasal la teruk sangat game kau malam ni, As? Releks la brader, ni aku tunjuk, slow and steady.”
Bedebah! Bertambah tension aku
bila pukulan Yusuf tepat mengenai sasaran dan cue ball menghantuk bola merah masuk ke lubang, “See that! fuh! macam professional he-he-he!,” lagi si Yusuf
berseloroh mengapikan aku.
Aku berdiri sambil bersandar
pada dinding, memerhatikan gerak Yusuf. Perasaan geram, marah dan tension semuanya aku rasa dalam diri
aku. Tapi yang paling aku rasai adalah marah!
Aku marah pada Alia kerana
memunculkan diri setelah hilang begitu lama! Aku marah pasal dia tinggalkan aku
dulu! Aku marah pada diriku kerana masih tak berdaya melenyapkan perasaan
padanya walau perpisahan dah terjadi bertahun lamanya! Aku marah pada Yusuf
kerana lebih bagus bermain snooker dari aku dan selalu mengalahkan aku!
Namun, lebih dalam dari
perasaan marah itu, sebenarnya, aku takut, dan aku bertambah marah pada diriku
kerana merasai ketakutan ni.
Takut!
Dulu, dua atau tiga tahun
lepas, aku tak kenal perkataan ini. Besar manalah orang yang muncul, seganas
manalah yang datang, aku tak takut. Aku tunggu. Aku hadapi, aku layan permainan
dia, rentak dia, bunga dia dan aku tunggu kesilapan dia. Aku belasah. Siku atau
penumbuk di mukanya untuk membuat dia mamai,
tendangan di tempurung lutut untuk membuat dia rebah dan tindakan penghabisan
bila dia dah rebah! Senang, as simple as
1- 2 - 3!
Tapi sekarang dah lain. Aku dah
kenal dengan perasaan takut. Ketakutan timbul dalam diriku dengan kehadiran Alia.
Walau aku rasa gembira dan lega dengan kehadiran ini tapi jauh di hatiku, aku
merasakan adalah lebih elok dia jauh kerana ketika dia tiada, aku masih boleh
berharap, aku masih boleh bermimpi untuk kembali bersamanya. Kini, Alia muncul
kembali dan aku takut.
Aku gerun terhadap kemungkinan
yang aku akan mendapat kata putus dan jawapan dari Alia bahawa harapan dan
impian aku tidak mungkin lagi tercapai. Itu yang membuat aku takut! Arghh….!!!
Yusuf menyiku aku, “Ha!, jalan
cepat! Kenapa kau malam ni As?!”
“Takda apa-apa lah Suf, form tak datanglah malam ni,” aku cuba
memberikan alasan sebelum membuat pukulan.
Yusuf duduk di kerusi yang
disediakan. Tenang saja dia menunggu aku membuat pukulan. Sekali lihat,
seolah-olah dia mengkaji tektik aku, walhal main kosong jer, tiada pertaruhan,
saja nak kasi release tension dan
sekadar borak-borak kosong.
“So, kau dah jumpakan? Apa pendapat kau? Lawa kan pegawai baru kita,
si Alia tu,” tetiba terpacul kata-kata dari Yusuf.
ALIA!
Terlintas nama tu di dalam otak
aku. Konsentrasi terus aku hilang. Pukulan aku tersasar pada ketika nama Alia
terpacul dari bibir Yusuf. Cue ball
pula yang masuk lubang. Damn!
“Ha-ha-ha! itu rupanya yang mengganggu fikiran kau!,” Yusuf ketawa
besar melihat pukulan yang aku buat.
Aku
tak larat lagi menanggung. Siut punya
Yusuf boleh ketawakan aku pulak! Menambah sakit hati aku lagi.
Dengan
tensyen kepala otak aku, dengan Yusuf mengapikan aku, dengan permainan aku yang
teruk, aku give up! “Dah la Suf, kita
tutuplah meja ni untuk malam ni…aku takde mood
nak main, Jom kita pergi makan.” Aku buat keputusan drastik. Kalau layankan,
lagi bertambah panas hati dan boleh mendatangkan marah. Aku kena cari tempat
untuk cool down.
Aku
campak saja kayu snooker atas meja
dan terus berlalu pergi. Yusuf bergegas membuat bayaran yang patut.
“Okey, out with it, apa hal kau ni. Apa kena mengena kau dengan Alia?
Sampai teruk sangat kau ni dengan kehadiran Alia. She’s just another employee! Man!
What’s the problem?!” Yusuf memulakan
perbualan ketika kami sedang duduk menikmati makanan di salah satu gerai di
Jalan Doraisamy.
“Alia Abadi is the problem, Suf! My
problem! Masalah besar bagi
aku sekarang ni. Kau masih tak dapat tangkap?”
Berkerut dahi Yusuf seketika dan
dengan tiba-tiba, air mukanya menyala. Yusuf berjaya memahami dilema aku.
“Woah!!, maksud kau,
Alia ni lah awek yang kau
jatuh cinta bagai nak rak kat overseas
dulu? The One you have been talking
about all this while? Ya
Rabbi, kecilnya dunia ni!”
“Haa…!...baru kau tahu. Kalau
tak, aku tak bercelaru macam ni Suf, bayangkan, selepas lima tahun dia tinggalkan aku begitu
saja...,” aku mendesah, “…tiba-tiba dia muncul macam ni. Mahunya tak gugur
jantung aku!”
“Apa kau rasa masa first time
jumpa dalam bilik Encik Hashim?”
“Berkecai aku masa Boss introduce dia kat aku, berhenti jantung aku, tapi Alia, selamba derk jer, sebak aku, Suf, sedih
kau tahu! Aku ni apa?! Tunggul?? Batu?? Tempurung?? Sesenang itu ke aku dilupakan?!”
Yusuf mendiamkan diri. Mungkin
dia belum mahu memberikan pandangan, pasti menunggu aku meluahkan segalanya
dulu.
“What we had was something special, she was everything to me dan aku
sangka I was everything to her...tapi…”
tak daya aku menghabiskan ayat aku.
“Aku rasa kau tak betul-betul
kenal dia. Ya, nama dia, perwatakkan dia, perangai dia, memanglah kau kenal,
tapi diri dia yang sebenar, asal usul dia, background
dia, mak ayah dia, keluarga dia, kau belum betul-betul kenal lagi.”
“Tak kisahlah asal usul dia, whatever, whoever, siapa pun dia Suf, aku tak kisah, yang aku pasti, isi hati
dia, aku tahu dan aku kenal!”
“Kalau camtu, jangan cepat menyangka buruk, As, tak elok. Bawa bertenang,
dia baru berjumpa kau selepas 5 tahun, mungkin dia juga tengah bercelaru macam
kau. Kau tak tahu tu kan ?”
Yusuf menyoal, “atau mungkin, cinta kau dengan dia di kolej tu cinta monyet, college fling, yang selalunya tak
kekal.”
“No way, no bloody
way, Suf! Aku tahu perasaan aku pada dia masa tu dan aku pasti perasaan dia
pada aku, cuma, aku masih tak tau kenapa dia tinggalkan aku macam tu! Aku perlu
kepastian. Itu saja yang aku mahu. Kepastian!”
“Aku bukan nak cakap
apalah, dari pengalaman aku, pengaruh mak bapak, cara didikkan dan juga environment di mana dia membesar, pasti
ada kena-mengena dengan apa yang terjadi antara kau dan dia. Kau perlu ingat,
masa kau bercinta ngan dia, umur korang
tu baru setahun jagung, masih kena dengar cakap mak bapak, tau!”
“Aku faham apa yang
kau cuba
sampaikan…tapi…”
“Terimalah hakikat,
As, Dah ditakdirkan, kau dengan Alia tiada jodoh. Mungkin mak ayah dia dah
aturkan sesuatu yang lebih baik untuk dia…”
“Aturkan? Takkanlah Alia
tiada hak untuk menentukan masa depan dia sendiri, kegembiraan dia
sendiri…takkan Alia tidak diberikan peluang untuk menentukan jalan hidup dia
sendiri…”
“Itu cakap kau, As. Ni
soal mak bapak. Soal derhaka, Alia pasti tak nak derhaka pada mak ayah dia, straight to hell, bai orang derhaka
ni…kau ada fikir dari sudut tu, dari sudut Alia, yang berbelah bahagi antara
kau, yang tiada ikatan dengan dia dan mak ayah dia, yang tentu-tentu lebih
berhak terhadap dia. Kau ada fikir camtu??!!”
“Okey…okey…I got your point, tapi, betul ke apa
yang kau cakap tu adalah apa yang telah terjadi. Kepastian, Suf, kepastian, itu
saja yang aku nak!”
“Well, my friend, camnilah, aku pun main agak-agak dan hanya boleh
buat kesimpulan berdasarkan pengalaman aku…dan kau, dia dah ada depan mata kau
sekarang, tiada masa yang lebih sesuai untuk kau mendapatkan kepastian yang kau
cari tu”
“Tapi...”
“Ada tapi pulak?!”
“Hati aku masih mengharap, Suf.
Terus terang, sebenarnya, aku masih mencintai dirinya.”
“As, aku kenal kau lama, dari kau
liar dan jahat, samseng, pukul orang sana
sini, sampai la kau kat SGE ini. Aku tak pernah tengok kau buntu macam ni, just because of a woman!”
“Aku liar atau aku jahat dulu
tiada kena mengena dalam soal ni Suf. Memang aku akui, masa zaman jahat aku,
kau nampak aku keras dan kasar, tapi Suf…bagi aku Alia is not JUST a woman,
Suf...dia lebih dari tu!”
“So, tepuk dada tanya selera…apa yang kau nak sekarang?”
Aku nak Alia
kembali!
Tak
terkeluar ayat itu dari mulut aku.
Aku
takut untuk menyatakannya kerana aku takut untuk mengetahui jawapannya.
No comments:
Post a Comment