Monday, March 3, 2014

MASIHKAH ADA ALIA - Part 3, Chapter 28

Pada suatu petang ketika aku tengah berehat di taman setelah penat membelek dan meneliti alatan keselamatan, Alia pun pulang setelah seharian keluar bersama Rodrigo. Aku tidak membenarkan dia drive sendirian kalau kemana-mana sekarang ni, samada dengan aku atau Rodrigo.

“As, nak makan roti jala dengan kuah durian tak?”

Tetiba jer Alia menyoal aku sebegitu di satu petang apabila pulang setelah hampir satu hari suntuk dia menghilang diri dengan Rodrigo. Mana ada kedai yang jual roti jala di sini.

Terkedu aku. Mungkin sebab dah masuk bulan ke lapan kami di sini, Alia mula merindui makanan tempatan di Malaysia sana.

Huh? Mana kita nak cari kat sini. Lainlah kalau you nak kita masak sendiri atau kita kena balik ke KL kejap.”

Alia tidak menjawab. Dia hanya tersenyum dan terus menerus tersenyum. Apa hal pulak ni yang buat Alia amat happy ni?! Aku lari mendapatkan Alia. Dia menyuruh aku duduk dahulu dan tenangkan diri.

Alia mengatakan bahawa tarikh perbicaraan kes penceraian dia dan Harith di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur telah ditetapkan. Harith telah bersetuju untuk membincangkan tuntutan perceraian dahulu dan kemudiannya baru dibentangkan tuntutannya yang lain-lain.

Yeehaa...!

Nasib baik Alia menyuruhku duduk, kalau tidak, mahu tumbang aku mendengar berita yang cukup gembira tu. Dengan tak semena-mena, aku terus merasakan debarannya, hari yang dinanti-nantikan akan kunjung tiba. Selama ini, tak pernah aku rasakan debaran sebegini kerana tarikh perbicaraan selalunya akan ditangguhkan. Tapi, bila dah ditetapkan begini, aku pula jadi nervous! Selangkah lagi aku berganjak kehadapan untuk mendapatkan Alia semula.

Malam tu aku dan Alia makan malam bersama Rodrigo dan tiga pembantu rumah di dewan makan utama rumah tu. Malam tu jugak aku ajar dia orang buat teh tarik. He-he-he, terkejut mereka melihat aku tarik teh, yang banyak melimpah atas lantai dari masuk ke mug. Lantaklah!, nanti dia orang tu juga yang akan kemas.

KL here we come!

Monday, February 24, 2014

MASIHKAH ADA ALIA - Part 3, Chapter 27

Alia hanya memulakan proses penuntutan cerai dari Harith setelah aku berada di Mauritius. Proses tuntutan ini amat rumit sekali kerana tiada hubungan secara lansung dengan peguam Harith di Malaysia. Kami tidak mahu lokasi kami diketahui.

Kesemuanya, ada tiga firma guaman yang kami pakai. Dari Mauritius, kami akan terbang ke Afrika Selatan bagi menemui firma guaman yang pertama. Kemudian semua hal surat-menyurat akan dihantar ke firma guaman di London. Firma ini akan berhubung langsung dengan firma guaman di Malaysia yang mengendalikan kes cerai Alia. Fuh! Jauh belitnya.

Bagiku, tiada jalan lain untuk memastikan keselamatan aku dan Alia. Terpaksa aku lencong sana, kona sini supaya Harith tidak dapat mengesan di mana kami berada.

Kesemua kesan dan jejak perjalanan aku dan Alia telah ditutup rapi. Tidak siapa yang tahu di mana lokasi kami. Apa yang diketahui adalah kami di luar negeri. Itu sahaja. Keluarga terdekat Alia pun tidak diberitahu lokasi sebenar kami.

Aku tak risau sangat pasal duit. Biar belanja mahal sedikit kerana memang berbaloi. Keselamatan Alia dan aku adalah perkara yang paling utama. Walaupun kebarangkalian bagi Harith untuk menjejak kami adalah kecil tapi aku tidak mahu ambil mudah perkara ni.

Jika ada usaha untuk mengesan Alia melalui urusan surat-menyurat yang dibuat, jejaknya akan berakhir di London, sebab dari situ, semua urusan mula menggunakan forwarding company yang menawarkan khidmat urusan secara sulit dan peribadi. Tiada rekod atau catatan apa pun yang dapat dijejak.

Janji ada duit

Beberapa kali juga kami terpaksa berulang-alik ke Afrika Selatan untuk urusan penceraian Alia dalam tempuh beberapa bulan kebelakangan ini.

Frust juga kadang-kali terutamanya bila sahaja hampir untuk mendapatkan persetujuan dan tarikh mahkamah, ada saja permintaan atau permohonan dari Harith yang menyebabkan penangguhan tarikh perbicaraan kes.

Sekali tu biasalah, dua kali dah melebihi batas dan kali ketiga adalah cubaan memperlambatkan perjalanan perbicaraan.

Aku mula merasakan sesuatu kerana setiap kali Harith membuat tuntutan, ianya pasti dengan permintaan untuk bertemu Alia bagi membincangkan perihal tuntutan itu. Kenapa perlu bertemu?

Aku yakin Encik Hashim, takpun Harith, memang menyimpan dendam terhadap aku dan Alia dan berdasarkan jumlah wang yang terlibat. Tidak mustahil mereka ada merancang sesuatu untuk membalas dendam. Apa yang aku dan Alia telah lakukan merupakan satu tamparan hebat, baik pada perniagaan dan juga pada ego mereka.

Aku mencadangkan kepada Alia supaya meminta Harith bersetuju terhadap tuntutan perceraian dahulu. Kemudian baru cerita tentang segala tuntutannya yang lain, lagipun segala perkara dapat dibincang di dalam Mahkamah Syariah dan dibangkitkan ketika bicara cerai itu berlangsung nanti. Tak perlu untuk berjumpa sebelum itu.

Bila aku fikirkan, ianya pasti satu muslihat untuk menarik Alia keluar dari persembunyian.

Licik juga si Harith ni!

Mungkin dia merasa tergugat. Merasa kelakian dan egonya tercabar dan dicalarkan oleh perbuatan Alia terhadap bapanya. Mungkin juga dia telah dimarahi oleh bapanya kerana keceluparan mulutnya telah menyebabkan segala rahsia terbongkar.

Pasti dia tidak akan berdiam diri. Gerenti dia nak kembali duit tu atau yang paling tidak, untuk membalas dendam! Aku rasa kalau perasaan benci dan marahnya pada Alia sedang meluap-luap, macam manalah agaknya perasaan marah dia kat aku. Mahu dia nak bunuh aku kalau dia dapat. Dahlah dia kena belasah dengan aku, kini mengetahui aku juga telah menghilang seperti Alia.

Dalam fikirannya, pasti aku sudah bersama Alia dan duit 12 juta! Tengah enjoy sakan kat memana.

Aku rasa tak ramai lelaki boleh sabar dengan gambaran tersebut. Apa lagi lelaki seperti Harith yang sombong, bongkak dan mempunyai ego sebesar gunung.

Aku pula semenjak kebelakangan ni mula obses dengan soal-soal keselamatan sehingga seluruh rumah, kawasan luar, halaman, tiang dan tembok telah aku pasang dengan kamera litar tertutup. Aku menjadikan salah sebuah bilik sebagai pusat kawalan.

Dari situ, aku memerhatikan dan memantau keadaan, terutama pada malam hari. Tak cukup dengan itu, aku pasang juga motion sensor di tempat-tempat tertentu. Siren dan alat penggera jangan cakaplah, sentiasa aku pastikan kesemuanya berfungsi dengan baik. Asyik-asyik sistem check jer setiap minggu. Better safe than sorry – itulah kata-kata yang aku pegang.


Duit boleh cari, Alia mana aku nak cari ganti lagi!

Thursday, February 20, 2014

MASIHKAH ADA ALIA - Part 3, Chapter 26

Perkara pertama yang membuat aku agak selesa berada di Mauritius ni adalah tentang makan dan juga bahan-bahan mentah untuk memasak. Memang amat senang di dapati. Terdapat banyak kedai-kedai yang diusahakan oleh peniaga-peniaga keturunan India yang menjual rempah ratus lebih kurang sama di tempat kita juga. Kari di sini pun seakan-akan kari yang kita biasa jumpa di restoran-restoran kari kepala ikan di Malaysia, cuma ada sedikit tambahan ramuan tempatan.

Sesiapa yang gila makanan laut, memang di sinilah syurganya. Ikan, sotong dan ketam boleh dipilih terus dari nelayan pesisir pantai yang pulang dari laut. Punyalah segar, kalau nak lagi segar, kenalah pinjam bot dorang dan pergi tangkap sendiri.

Aku pula gemar pergi di kala senja untuk menjenguk kalau ada bot-bot besar yang menangkap ikan di laut lepas kembali dengan tangkapan mereka. Sebelum tu, aku dah minta Rodrigo sediakan bara api. Kalau ada bot yang berlabuh, aku akan memilih dengan teliti, siang dan sediakan ikan, udang atau sotong bakar untuk makan malam. Lazatnya kalau dapat yang baru keluar dari perut laut. Terasa manisnya.

Gerai pun banyak di sini terutamanya di sepanjang pantai dan juga di kawasan bandar. Sama saja keadaanya seperti kita sedang berjalan bersiar-siar di tempat-tempat tertentu di tengah-tengah Bandar Melaka. Dunia lama bertemu dunia baru. Yang bestnya di sini, kawasan bandar tak pernah sesak. Rentak perjalanan hidup amat perlahan. Tidak terburu-buru. Semua orang seolah-olah sedang bercuti.





Setelah lima bulan aku berada di sini, sudah hampir 70% dari keseluruhan pulau ni aku jelajah, dari Port Lois ker Baie du Cap, Bel Ombre, Souillac, Pavillion du Grand Port. Kebanyakannya tempat peranginan tepi pantai. Hanya ke Rodrigues Isle sahaja aku belum pergi lagi, tapi aku rasa sama saja dengan Langkawi agaknya.

Selalunya destinasi yang dipilih adalah tempat atau kawasan pelancungan yang ada tarikan berlainan dari tempat lain, samada dari segi tinggalan sejarah, alam semulajadi atau sumber keseronokkan.

Aku dan Alia bersependapat bahawa kalau kami pergi ke tempat-tempat yang menyediakan tarikan yang sama pasti bosan. Berapa kerap sangat kita boleh bersantai di tepi pantai. Pasti jemu. Jadi, aku dan Alia mempelbagaikan tujuan lawatan kami dari satu tempat ke tempat yang lain. Mencari sesuatu yang lain dan yang tidak ada di tempat yang kami telah lawati. Barulah ada variety dan tidak menjemukan.

Ada masanya Rodrigo akan menjadi pemandu pelancung kami. Tidak, bukan dengan kereta antiknya tu. Ada 2 buah lagi kereta yang Alia sudah beli dengan harga yang agak berpatutan. Kereta baru, senang nak jaga dan pasti tidak banyak mendatangkan masaalah untuk 2 atau 3 tahun. Sesekali, hanya aku dan Alia, berbekalkan peta panduan dan juga semangat untuk mengembara, akan memulakan perjalanan. Aku pula sentiasa dengan pandangan bahawa Mauritius ni kecil, pusing arah mana pun akhirnya akan ke tempat yang sama juga. Pi mai pi mai tang tu jugak!

Kami akan redah sahaja tempat-tempat yang kami fikirkan seronok dan mempunyai kelainan. Maklumat in kami dapati dari risalah-risalah yang kami baca dan juga cerita-cerita dari mulut Rodrigo dan pembantu-pembantu rumah.

Adakalanya, aku rasa macam tengah honeymoon dengan Alia pula. Tapi aku masih menghormati statusnya yang masih bergelar isteri orang. Perkara ni aku titikberatkan. Walau kami rapat namun masih ada lagi rintangan yang memisahkan kami berdua. Aku masih bersabar. Begitu juga Alia.

Namun tidaklah sepanjang masa aku berkepit dengan Alia. Adakalanya aku membiarkan Alia bersendirian dan aku layan si Rodrigo ke sana ke mari. Aku mula memupuk ramai kenalan orang tempatan, terutama di kampung halaman Rodrigo yang terletak di kaki bukit berdekatan rumah Alia.

Kebanyakkannya otai-otai kerana tak berapa ramai pemuda-pemuda baya aku. Golongan muda pula sudah meratau dan berkerja di hotel-hotel dan tempat peranginan utama di serata pulau ini.

Masalah perhubungan juga yang menjadi rintangan untuk aku selalu lepak dengan mereka ni, tapi ada juga seorang dua yang memahami bahasa Inggeris. Mereka ni yang selalunya jadi penterjemah.

Untuk mengatasi perasaan jemu yang kadang-kadang datang, aku ada juga mengajar orang gaji Alia cara-cara menyediakan masakan Melayu, terutama sambal tumis dan gulai-gulai yang mudah. Bahan-bahannya senang di dapati dan kalau tiada, aku buat sedikit pembaharuan terhadap resipinya. Lebih kurang jer rasanya. Hantam sajalah labu! Janji aku dapat rasa makan sambal tumis sekali-sekala, cukuplah bagiku.

Ada masa masa tertentu yang Alia akan sibuk menguruskan hal dia dengan Harith. Proses penceraian jarak jauh memang mengambil masa yang lama. Sedangkan sekampung pun lama kes nak selesai, inikan dah lain benua.


Bila dia tension semacam saja, aku berikannya ruang untuk bersendirian dan berfikir. Aku tahu pasti Harith buat hal dan membuat tuntutan yang tak masuk akal. Mungkin sengaja hendak menyakitkan hati Alia lagi. Sukar aku nak tolong dalam perkara ni. Apa yang aku boleh lakukan adalah mendengar luahan perasaannya dan menjadi tempat dia mengadu.

MASIHKAH ADA ALIA - Part 3, Chapter 25

Lepas makan, Alia kata dia ada surprise untuk aku sebelum membawa aku pergi membeli-belah. Dia yakin aku akan suka apa yang aku akan dapat lihat nanti.

Ahh! Surprise, aku memang suka surprise ni, macam hari jadi juga, dapat hadiah, dapat surprise!

Dia bawa aku melalui koridor menuju ke arah taman di belakang rumah tu, rumah kebenda!, istana ni beb!. Aku rasa mahu sebulan aku tinggal kat rumah ni baru aku dapat jelajah keseluruhan ceruk dan ruang di dalamnya. Untuk seminggu dua ni, aku kenalah bersedia untuk sesat.

Bila aku melangkah keluar saja, aduhai!, pemandangan yang menerpa penglihatanku amat mengkagumkan. Macam tak percaya yang ujudnya tempat secantik ini di dalam dunia. Nampaklah sangat aku jarang travel ke luar negeri. Katak bawah tempurung juga aku ni!

Kediaman yang Alia sewa ni terletak pada aras yang paling tinggi di atas bukit dan membelakangkan laut. Dan di depan mataku, seluas-luasnya lautan terbentang. Alia membawa aku berjalan melalui denai yang di bina khas yang mengikuti tebing bukit. Tembok batunya yang mengelilingi sempadan di tebing tu hanya separas pinggang dan keadaannya memang usang dan lusuh, mengingatkan aku kepada Kota Melaka, mungkin sama umur agaknya ni!

Ketika berdiri di tembok, aku perhatikan di kaki bukit tu, jelas kelihatan satu teluk yang terletak ke daratan sedikit, terlindung dari lautan luas. Pasirnya putih dan dikelilingi pokok-pokok dan tumbuhan renek. Airnya pula amat jernih sehingga ikan-ikan, kehidupan laut dan batu batu karang yang berada di dalam air boleh dilihat dengan jelas Memang hebat, macam dalam iklan Mild Seven di televisyen tu.

Terdapat payung-payung besar yang meneduhkan pengunjung teluk tersebut. Aku dapat melihat kelibat hanya beberapa orang sahaja yang berjalan dan bersantai di situ, mungkin pantai persendirian, agaknya! Kalau pantai awam, sudah pasti tempat sebegitu cantik akan penuh sesak.

Syahdu!

Alia kemudiannya memimpin aku ke arah sebuah gazebo yang dibina khas, betul-betul bertenggek di tebing yang menjunam lebih 2,000 kaki terus ke teluk di bawah tu.

Aku berdiri di situ dan merenung jauh ke ufuk. Memang gazebo itu dibina di tempat yang memberikan pandangan yang paling indah. Perfect observation point!

Aku terbayang diriku seakan berada di zaman dahulu kala, zaman ketika lanun-lanun bermaharaja lela dan aku seorang pengawal yang sedang memerhatikan pergerakkan kapal di lautan luas. Setiap pergerakkan dapat aku perhatikan dan aku yakin, kalau tengok anak bulan untuk start raya atau puasa dari sini, gerenti kelihatan!

Dari situ juga aku boleh melihat Port Lois. Dermaga yang aku lihat malam semalam tu pun amat jelas dan dipenuhi kapal-kapal dan yatch yang terapung-apung. Aku tersepuk atas sebuah kerusi malas di gazebo tu.

Kesegaran udaranya pun boleh rasa. Aku tarik nafas panjang-panjang, menikmati udara yang bersih tanpa pencemaran tu. Enak, tak pernah sangka udara pun boleh rasa sedap, tapi memang sedap dan menyegarkan. Setiap ruang di dalam dadaku terasa bagai dipenuhi, paru-paru aku pun terasa lapang. Memang sesuailah kalau aku berhenti menghisap rokok dengan keadaan udara sebegini nyaman.

Aku rasa kalau sebulan dua aku hidup macam ni, lepas makan sahaja aku mengular sebegini, mau badan aku naik jadi seperti Rodrigo. Payah juga kalau macam tu, lari juga Alia nanti kalau badan aku dah besar pintu!

So, how do u like it?” Tanya Alia.

No words can describe this la Alia.”

Aku terpaksa akui yang memang tiada perkataan yang dapat disusun untuk menggambarkan keindahan panorama yang terbentang di depan mata aku sekarang.

Yeah, I know, that’s why I took this place, you should see the sunset from here,” Alia terus mengapikan semangat aku.


Aku dapat bayangkan. Permandangan ketika matahari terbenam dari gazebo tu pasti memukau. Tak sabar rasanya aku menanti siang bertukar menjadi malam.

Tuesday, February 11, 2014

MASIHKAH ADA ALIA - Part 3, Chapter 24

Jam dinding di bilik aku tu berbunyi. Aku sedar dari lamunan kisah malam tadi. Jam menunjukkan pukul dua petang tapi disebabkan bilik aku ni gelap juga lagi, maka, memang sedaplah aku membadak. Aku ambil jam tangan aku dan aku set ikut waktu Mauritius. Kali ni jam tu tak rosak, aku pastikan ianya berdetik.

Aku bangun untuk mencari bilik air. Aku buka pintu keluar dari bilik aku dan aku jalan di koridor luar, tapi tiap pintu yang aku buka sepanjang koridor tu, semuanya adalah pintu bilik tidur (setelah aku berada lama di situ baru Alia beritahu yang rumah tu ada 20 bilik semuanya).

Hampeh!, perut aku dah memulas ni. Mana toilet?!!

Aku lari masuk ke bilik aku semula dan aku selak langsir yang tebal tu, aku buka segala pintu yang ada. Tiap satu menuju ke closet, ke private balcony, ke reading room dan akhir sekali, baru toilet. Lega!



Lepas bersiap aku turun dan bertemu Alia yang memang sedang menunggu aku di bawah dan terus membawa aku ke arah belakang. Sempat aku jeling dewan makan utama dan di situ aku terlihat meja yang paling panjang pernah aku nampak.

Hampir 30 kerusi berbaris di sebelah kiri kanan dan head chair seperti kerusi raja-raja di atas singgahsana.

Kami terus menghala ke arah belakang lagi, terus ke satu lagi tempat makan yang agak kecil sedikit dan bersambung dengan kawasan dapur.

Di situ makanan dah sedia dihidangkan. Aku lapar, aku terus duduk dan aku bedal saja apa ada depan aku, walau nampak pelik dan ganjil. Alia gelak tengok aku makan.

Lepas seketika, baru aku sedar, di dapur ada 3 orang lagi pembantu. Seorang yang membuka pintu mempelawa aku masuk dan 2 orang lagi yang aku belum kenal. Salah seorang dah tua dan seorang lagi agak muda, dalam 30an.

Alia memperkenalkan mereka kepada aku, yang aku dah jumpa tu Maria, yang tua tu Sarah dan yang muda sedikit tu, Hanita.

Kesemua pembantu rumah Alia ambil bekerja untuk menjaga rumah dan Rodrigo sebagai driver, garderner dan apa semua lagi kerja berat.

Aku tanya Rodrigo mana? Alia kata sedang menyiapkan kereta kerana sebentar lagi kena pergi  shopping untuk aku.

Ulemak! baru aku ingat, aku bawa beg sandang aku tu saja dengan 2 pakaian lain.

Ada shopping complex ke di sini?” Aku memancing Alia.

You ingat Mauritius ni ulu sangat ke!!?” Balas Alia.

Aku rasa Alia macam dah suka tinggal di sini, sensitif pula aku kutuk pulau ni. Aku kenalah bertanya juga, mana tau, kena shopping di kedai mamak atau kedai daif saja. Mana aku nak cari jeans, t-shirt dan kemeja yang ranggi! Kalau susah sangat, aku bercadang nak pakai short bermuda dengan singlet jer di sini, baru nampak macam pelancong.

“Ulu tu taklah, tapi I macam tak confident ada shopping mall yang canggih macam di KL.”

You wait and see, okey!”


Okeylah!, biarlah aku isi perut aku ni dulu. Lapar tahap dewa dah ni!

Monday, February 10, 2014

MASIHKAH ADA ALIA -Part 3, Chapter 23

Aku tersedar apabila kereta bergegar dengan lebih kuat dari biasa kerana terlanggar lubang.

Aku lihat jam di kereta tu masih pukul 11.56, tak bergerak. Aku tepuk dahi, jam rosak daaa!

Aku jengok ke luar dan mendapati kami sudah berada di kawasan bandar. Jalanraya diterangi lampu dan terdapatnya bangunan-bangunan agak moden serta  barisan rumah dan kondominium. Aku merasa lega, kalau kereta nak rosak di sini, aku tak kisah sangat, kawasan bertamadun, pasti ada kedai baiki kereta atau stesyen minyak atau hotel.

Aku terlihat signboard – Port Lois. Ah! Dah sampai.

Agaknya macam Port Klang kut ibu negeri Mauritius ni.

Aroma air laut memenuhi ruang dalam kereta tu dan ketika aku menyangka akan melihat kapal  kontena dan kren pengangkut, mulut aku ternganga apabila Rodrigo mengambil selekoh dan kereta tersebut berdepan dengan sebuah dermaga yang dilimpahi cahaya. Jelas di hadapanku sekarang ni sebuah permandangan yang berbeza dengan apa yang aku bayangkan.

Dermaga di situ dipenuhi beratus-ratus yatch dan kapal mewah yang berbagai rupa, dari sekecil kecilnya sampai yang lebih besar dari rumah. Trimaran, catamaran, yatch, super yatch, mega yatch, single hull, double hull dan berbagai rekabentuk lagi yang aku tak tahu namanya, semuanya ada. Itu yang aku nampak di kawasan yang diterangi lampu. Di sebalik kegelapan malam dan berada jauh sedikit, memang terdapat bayang-bayang ratusan lagi kapal layar, yatch dan kapal mewah sedang berlabuh. Memang syurga dunia bagi mereka yang gemar belayar.

Ianya bagaikan kesemua pemilik kapal-kapal mewah di dalam dunia sedang berkumpul di Mauritius dan masing-masing cuba memperagakan kehebatan, keunikkan dan juga kecanggihan kapal milik masing-masing. Aku teringat kepada kapal mewah Encik Hashim yang berharga 12 juta ringgit tu. Kalau berada di dermaga ini sekarang, layak duduk di kelas tiga atau kelas empat sahaja, tak perlulah dia nak berlagak.

Rodrigo memandu keluar dari pesisir pantai menuju ke pendalaman arah kawasan yang agak berbukit bukau. Aku dah risau, ni Alia sewa rumah setinggan ke apa di sini? Tapi Rodrigo telah memberitahu bahawa rumah Alia besar, jadi takkanlah rumah setinggan pula.

Tapi mungkin Rodrigo bergurau dengan aku, tengok sajalah kereta yang dipandunya, mungkin Alia menumpang di rumah setinggan Rodrigo. Bercelaru juga fikiran aku!

Perlahan Rodrigo memandu di jalanan yang mendaki dan mendaki itu. Aku nampak beberapa bunglow yang menghadap laut bertenggek di lereng lereng bukit. Sayup-sayup lampu berkelip-kelip dari jauh. Di kiri kanan jalan aku memerhatikan dan mengesahkan tiada kelompok rumah setinggan.

Perkara yang paling ketara adalah pintu gerbang-pintu gerbang laluan masuk ke kawasan rumah persendirian yang tersorok jauh dari pintu masuk. Kalau pintu gerbangnya sahaja dah dekat 20 kaki tinggi, bayangkanlah berapa besar rumahnya pula.

Memang betullah apa yang Rodrigo kata, dia tak memperdaya aku.

Kereta tetap mendaki lagi, seperti hendak naik Genting Highlands pula dan setelah hampir 20 minit juga melalui jalan yang berliku liku, Rodrigo secara tiba-tiba menghentikan kereta. Kami dah sampai di penghujung jalan. Sudah sampai ke puncak bukit yang di daki tadi.

Di hadapan kereta kami, berdiri sebuah pintu gerbang yang besar. Macam pintu nak masuk istana. Pagar dari besi keluli yang berkerawang dan berukir-ukir yang hampir 20 kaki tinggi dan diapit oleh tembok naked bricks yang seakan rupa bangunan Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur.

Rodrigo menekan butang kawalan di tangannya dan pintu pagar di gerbang tu terbuka luas. Kami melalui bawah gerbang tu dan terus masuk satu halaman yang besar dan dengan tiba tiba halaman itu dilimpahi lampu. Terang benderang keadaan sekitar.

Aduhai…, keseluruhan halaman itu bermandikan lampu dan dapat aku saksikan reka bentuk French Renaissance Garden, punyalah besar, aku rasa halaman tu saja dah 1 ekar luasnya. Berhadapan halaman tersebut tersergam sebuah rumah. Warna putih, yep!, macam White House  kediaman rasmi Presiden Amerika tu.

Woah…! Alia got good taste.

Rumah reka bentuk colonial lama dengan barisan tiang-tiang Roman pillars sebesar 1 pemeluk dan 15 kaki tinggi beratur depan rumah tu.

Aku berdebar. Debaran yang biasa aku alami bila merasai kehadiran Alia.

Rodrigo memandu kereta terus ke hadapan pintu utaman rumah tu. Pintu tu pun besar ya amat. Bapak pintu ni! Aku meneka ianya dibuat dari kayu mahogany atau mungkin meranti atau kayu jati…entahlah, aku main sebut jer sebab ianya begitu berkilat memancar kemerah-merahan.

Pliz kamhkamh een, monziur.” pelawa Rodrigo sambil membuka pintu kereta untuk aku melangkah keluar.

Merci…”

Cewahh, aku pun cakap French la konon, padahal ucapan terima kasih tu saja yang aku tahu.

Ada anak tangga untuk ke pintu utama, tak ubah seperti tangga melaka, cuma di sini warnanya putih, diperbuat dari marmar dan amatlah besar dan panjang. Ada empat anak tangga naik ke atas.

Aku naik tangga dan tercegat depan pintu tu. Aku berpaling ke arah Rodrigo untuk bertanyakan di mana Alia, namun dia dengan pantas telah kembali ke kereta dan memandu keluar dari halaman itu menuju ke arah belakang. Kereta itu hilang dari pandangan aku.

Aku tercegat seorang diri depan pintu yang amat besar tu.

Mana Alia?

Tiba-tiba aku teringat yang mungkin Rodrigo tersalah jemput orang di airport agaknya. Mungkin aku sudah silap dengar apa yang dikatakan di sebalik loghatnya yang pekat tu. Mungkin dia sepatutnya mengambil atau menjemput orang lain, tapi terjemput aku. Alamak! Betul ke aku sepatutnya berada di sini atau Agaknya Alia tengah tunggu aku di airport? Rumah siapa pula yang aku tengah nak masuk ni?

Aku berpeluh.

Nak bagi salam ke ni…?

Dalam aku berdilema tu, pintu terbuka dengan perlahan dan seorang wanita separuh umur menonjolkan diri.

Bonjour monziur Ash, welkahm, pliz, kamh in” dia ushar aku, sama saja loghat percakapannya seperti Rodrigo.



Aku melangkah masuk dengan perlahan. Masih ada rasa sangsi dan malu dalam diriku untuk memasuki rumah yang agak asing ni. Cuak pun ada juga kerana aku tak tahu lagi aku berada di tempat yang betul atau tidak. Hatiku masih tertanya-tanya.

Benda pertama yang aku terperasan adalah chandelier diperbuat dari kristal yang bertingkat-tingkat dan berlapis-lapis seperti di dalam sebuah ballroom di hotel bertaraf 5 bintang. Siling di ruang tamu itu juga amat tinggi. Manakala lantainya adalah dari kayu yang telah digilap berkilat!

Kemudian baru aku perasan keseluruhan ruang tamu itu. 

Warna asas adalah putih, seputih-putihnya. Dari dinding hingga ke siling. Aku rasa mau kena sapu cat 3 kali setahun untuk memastikan warna putih tu tak pudar dan dibersihkan selalu agar tidak kelam diliputi oleh habuk. Susah nak maintain rumah macam ni, mau kena ada 5 hingga 10 orang pekerja untuk menjaga kebersihan sahaja, belum lagi kerja-kerja menggilap, mengecat, lap habuk dan kotoran.

Secara keseluruhan, ruang itu bertemakan Neo-Classical, lengkap dengan lukisan potrait cat minyak yang besar-besar, wall carpets, tapestries, cermin besar serta brass and silver finishings.

Ada tangga disebelah kanan. Aku yakin bahawa ruang yang aku sedang berdiri sekarang ni hanya tempat menyambut tetamu atau kawasan tempat tetamu bersantai dahulu sambil berbual-bual kosong sebelum dibawa ke dewan makan. Mungkin juga, berdasarkan keluasannya, lantai kayunya dan siling yang tinggi, ruang ini pernah menjadi dewan tarian pada satu ketika dahulu.

Pandangan pertama aku adalah macam masuk lobi hotel dan bukan masuk sebuah kediaman. Mungkin ini hanya getaran yang aku rasai kerana kali pertama menjejak kaki ke sini. Agaknya, bila dah lama nanti, aku pasti merasakan getaran yang berbeza, getaran yang lebih ceria yang boleh membuat aku merasa diterima di sini.

Aku pandang persekitaran sekeliling dan cuba mencari wanita yang mempelawa aku masuk tadi. Sudah tidak kelihatan kelibatnya, cepat betul dia bergerak dan menghilangkan diri.

Manalah dia pergi, kalau iapun bawalah kopi atau air untuk aku minum dulu, lepas tu barulah pergi, kenapalah dia biarkan aku sendiri begini!

Tanda-tanda jet lag sudah muncul. Aku mula merasa serba tak kena dan cepat marah. Kalau aku tahu mana dapur, memang aku dah pergi ambil sendiri!

Aku ingin bertanyakan tentang Alia juga, mana Alia, di mana boleh aku berjumpa Alia!!? Aku mula naik geram. Dahlah tadi aku tak sempat nak bertanya dengan Rodrigo, kini wanita tadi tu pun menghilang diri juga!

Aku kekeliruan sekarang ni, tak dapat nak memikirkan apa lagi yang akan mendatang dan menyediakan diriku untuk menghadapinya. Aku macam dah give up, aku seakan putus asa dan tak larat lagi untuk bergerak, rasa macam nak tidur kat situ juga, lantai pun lantailah. Aku dah tak peduli kerana semenjak aku tiba hinggalah sekarang ini tak habis-habis dengan kejutan demi kejutan yang membuat aku tidak keruan. Penat kepala otak aku!

Tiba-tiba, ada suara menjerit,“Asmara…!!!”

Suara Alia! Ahh…, lega aku. Melonjak hati dengar penuh keriangan bila mendengar something familiar in this foreign land. Sekarang, sah yang aku tidak tersalah tempat dan Rodrigo tidak tersalah orang. Memang aku patut berada di sini.

Aku menoleh ke arah Alia yang berada di lantai atas. Anggun dan ayu. Sejuk hati melihatnya di situ. Perjalanan jauhku semakin aku rasakan berbaloi sekali.

Tak ubah macam babak dalam filem hindustan pula bila Alia berlari turun tangga untuk mendapatkan aku. Aku pun jatuhkan beg yang aku sandang dan terus mendapatkan Alia.

Lama aku peluk Alia, Alia peluk aku, macam tak jumpa 8 tahun.

Banyak perkara nak aku cerita dan banyak perkara yang aku inginkan Alia bercerita padaku. Tak tidor lagilah aku jawabnya.



Aku bangun pagi esoknya tu dalam keadaan mamai. Masih disorientated lagi. Hampir beberapa minit baru otak aku berfungsi 100% dan baru aku ingat aku berada di mana dan apa jadi malam sebelumnya.

Aku termenung seketika atas katil. Otak aku memainkan ulang tayang babak pertemuan aku dan Alia malam tadi.

Lama aku berborak dengan Alia, gelak sakan dia bila aku cerita tentang air muka bapak mertua dia semasa aku tender resignation. Tapi, bila aku cerita pasal aku belasah si Harith, dia macam tersentuh jer, berubah juga airmuka dia. Namun setelah aku membuat lawak bodoh dua tiga kali, Alia kembali ceria dan kami meneruskan bicara dalam keadaan riang, walau mata dah berat dan masing-masing dah menguap hampir beratus kali.

Aku tanya Alia istana siapa dia dah beli ni. Punyalah besar.

Alia gelak, dia kata dia belum beli lagi, dia hanya menyewanya. Dulu kediaman Bristish Commissioner dan sebelum tu French Ambassador. Kediaman ini telah dibina sejak abad 18 lagi dan masih bertahan sehingga sekarang.

Kebanyakkan perabut, peralatan dan perhiasannya pun dah berumur lebih dari satu abad. Siul!, mengermang bulu roma aku, rumah lama macam ni sahih ada hantu!.

Alia mengucapkan terima kasih padaku kerana menjayakan operasi penipuan ke atas Encik Hashim. Aku tidaklah berbangga sangat sebab mak aku ajar, tak elok kita menipu dan mencuri. Berdosa beb!. Namun, aku pendam perasaan tu dan hanya mampu melemparkan senyuman tawar. Aku lakukan semuanya kerana aku sanggup berkorban apa saja untuk Alia.

Memang kelemahan aku adalah Alia, aku tak tahu kenapa tapi memang dari dulu lagi, her wish is my command! Alia perlu sebut jer sesuatu yang dia mahu dan selagi mampu, apa yang disebutnya akan aku dapatkan untuknya. Nasib baiklah Alia bukan jenis yang suka mengambil kesempatan, kalau tidak, masak aku!

Alia terlihat senyumanku yang tawar tu, dia tahu aku menyelindungi perasaan sebenarku dan dia juga tahu, aku memang tak gemar mengambil sesuatu yang bukan milikku. Aku takkan lupa hujah-hujah yang dibentangkan oleh Alia berkenaan duit RM12 juta tu. Memang mantap hujahnya, memang pintar kata-katanya dan penerangan yang diberikan telah membolehkan aku menarik nafas lega.

Alia menerangkan, sebenarnya, duit RM12 juta yang kita orang sebat tu, secara teknikal bukan duit SGE dan bukan duit Encik Hashim, duit itu adalah duit bapa Alia. Jadi, secara tak langsung, Alia juga berhak terhadap duit itu.

You can’t be stealing something that is rightfully yours!? Betul tak?” Kata Alia, hujahnya itu membuat aku teruja mendengar.

Ada kebenarannya kata-kata Alia tu.

Jika sesuatu itu adalah hak kita pada awalnya dan telah diambil secara penipuan atau paksaan, tak salah kalau kita berjuang dan berusaha mendapatkannya kembali. Kenapalah Alia tak buat kursus undang-undang dahulu masa di kampus, memang ada tokoh dan berbakat jadi peguam!

Semasa menjadi menantu Encik Hashim, Alia mula menghidu penipuan yang dilakukan oleh Encik Hashim terhadap bapanya. Si Harith yang buka tembelang. Bila dia mabuk dan Alia tegur dengan lembut, dia akan naik angin dan mula cakap merapu, menengking dan mengherdik Alia.

Harith begitu sombong dengan status keluarganya yang kaya raya, tapi terlupa keluarganya jadi begitu hasil ehsan dan pertolongan ikhlas bapa Alia. Sedap mulut saja dia mencaci keluarga Alia dan berkata betapa bodohnya bapa Alia dan betapa pandainya bapanya sendiri. Pandai membelit adalah!

Kata-kata kesat Harith  pada mulanya tidak diendahkan oleh Alia yang hanya mampu memendam rasa, namun secara perlahan cacian dan kata-kata perli serta cebis-cebis umpatan dari Harith bagai memberikan pembayang dan petunjuk terhadap penipuan yang dilakukan oleh Encik Hashim kepada bapa Alia.

Rasa curiga Alia mula menebal bila dia mengingati perbualan dengan bapanya mengenai SGE. Pada mulanya, perbualan adalah sembang kecil di meja makan dan tidaklah serious, namun apabila kata-kata Harith mula menyakitkan hati, Alia mula membincangkan perihal SGE dengan lebih mendalam dengan bapanya. Dari situ Alia akan membandingkan kata-kata bapanya dengan apa yang Harith sampaikan. Apa yang didapati adalah fakta-fakta dari Harith dan bapanya amat jauh berbeza. Ada sesuatu yang tak kena.

Ianya seperti menyelesaikan jigsaw puzzle. Cebisan maklumat yang Harith berikan kepadanya secara tidak sedar itu dikumpul dan dikaji oleh Alia. Kemudian, maklumat dari bapanya pula dikaji dan perbandingan dibuat secara teliti. Dari situ Alia berjaya mendapatkan gambaran. Namun gambaran itu masih samar dan untuk mendapatkan maklumat serta butiran yang boleh menjelaskan gambaran tersebut, Alia perlu bekerja dengan SGE. Di situ semua maklumat boleh didapati. Otaknya pantas dan cekap merangka strategi.

Secara perlahan dan halus perancangan Alia untuk bekerja di SGE berhasil. Dia berjaya masuk ke SGE dan ini membuka ruang baginya untuk menyiasat dan mencari bukti terhadap kata-kata si Harith. Siapa nak marah menantu Chairman, kan? Geliga otak Alia. Lebih-lebih lagi kalau berada dalam Jabatan Audit Dalaman, memang kerja mereka memeriksa segala rekod, maklumat serta sistem yang ada.

Hasil siasatan Alia, memang terdapat banyak bukti dari rekod-rekod syarikat yang Encik Hashim selalu dan kerap kali memutarbelitkan fakta dan penyata-penyata kewangan sesuatu projek di dalam laporan yang diserahkan kepada bapa Alia. Adakalanya, langsung tiada laporan diberikan.

Jika sesuatu urusniaga itu membawa keuntungan 10 juta, hanya 3 juta sahaja akan diberitahu kepada bapa Alia dan 3 juta ini pula yang akan dibahagi dua setelah ditolak cukai koperat, kos dan perbelanjaan pengurusan.

Jadi berapa yang tinggal untuk bapa Alia walhal selebihnya Encik Hashim dah bedal. Partner makan partner.

Bapa Alia, yang amat lurus orangnya serta senang mempercayai insan yang lain, tidak pernah bertanya atau sangsi terhadap laporan-laporan yang diterima dari Encik Hashim. Kalau projek dikatakan rugi, maka dianggap rugilah projek itu tanpa usul periksa. Geram juga Alia dengan perangai bapanya tapi nak buat macam mana, dah begitu pula pegangannya. Kenalah turutkan.

Tapi Alia degil. Degil dan juga ingin membalas dendam pada Harith. Mulut Harith yang cabul tu perlu diajar dengan apa cara pun. Itulah motivasi sebenar Alia. Memang dia marah sungguh dan dia amat berkecil hati dengan Harith kerana mempersendakan nama keluarganya sebegitu.


Mana boleh jadi! Jantan dayus yang berani pukul bini mana boleh dibiarkan berkelakuan sesuka hatinya, lagilah dia naik kepala. Lagilah dia ingat dia berkuasa, dia kuat dan tiada apa yang boleh menggugat keutuhannya. Kalau beradu tenaga memanglah Alia tidak dapat menandingi kudrat Harith, tapi Alia yakin, kalau beradu akal fikiran, dia ada peluang untuk membalas perbuatan Harith.

Tuesday, February 4, 2014

MASIHKAH ADA ALIA - Part 3, Chapter 22

Pesawat yang aku naiki mendarat di Sir Seewoosagur Ramgoolam Airport, Mauritius ketika hari dah malam juga, sama macam masa aku berangkat dari Singapura. Lapangan terbang dia ni tidaklah secanggih airport kita di Sepang tu, lebih kurang seperti airport lama di Subang.

Selepas melalui pemeriksaan imigresen, aku berjalan keluar dari arrival hall dengan langkah yang laju sambil terjengah-jengah mencari Alia. Lupa pula nak tanya samada dia datang jemput aku sendiri atau akan menghantar orang lain. Aku berjalan keluar ke anjung utama di situ dan aku perhatikan tidak berapa ramai orang. Mungkin sebab hari dah hampir larut malam dan sekarang ni off-season, maka tak ramai tourists.

Aku cuba menghubungi nombor yang Alia gunakan semasa dia call aku di Singapura. Chiss!!, not in service.

Mana punya roaming system pula si Alia ni gunakan. Aku rasa kesal sedikit sebab bahagian perjalanan ni aku tak rancang dengan teliti.

Aku mundar-mandir di kawasan lapangan terbang tu. Dah macam kucing hilang anak. Kereta ada juga lalu-lalang tapi sebiji-sebiji. Aku ingat nak panggil teksi. Tapi aku nak naik teksi kemana? Bukan aku tahu di mana Alia berada di Mauritius ni. Lagi satu, macam mana rupa teksi di sini pun aku tak tahu. Kalau aku tersalah tahan, aku mungkin tertahan kereta persendirian pula dan kalau mereka menyangka aku nak merompak atau menyamun, tak pasal-pasal aku boleh dipenjarakan di sini!

Aku perhatikan ada beberapa orang pelancong yang menaiki pesawat sama dengan aku pun sedang menunggu di situ. Muka masing-masing menampakkan keletihan akibat perjalanan yang jauh dan panjang. Aku yakin mereka juga sedang menunggu orang untuk mengambil mereka ke hotel. Susah-susah aku ikut mereka saja nanti atau dapatkan panduan bagaimana nak ke hotel atau tempat penginapan yang mereka tuju.

Okey, hati aku rasa sedap sedikit sebab aku dah ada alternatif. Andaikata Alia tidak menjemput aku malam ni. Mungkin ada kesilapan teknik di mana-mana yang tak disengajakan atau jadual penerbangan yang telah ditukar oleh syarikat penerbangan. Banyaklah sebab yang aku boleh fikirkan. Aku yakin, takkanlah Alia akan membiarkan aku tiba di negara ni dan terkontang-konteng sendirian. Mesti ada sebab dia belum muncul. Tak guna aku pening kepala memikirkan. Lebih baik aku releks.

Aku nyalakan dunhill sebatang dan dah memang tinggal sebatang. Alamak!, ada ker jual Dunhill kat sini!? Tak mengapalah, aku rasa dah sampai masa aku berhenti hisap rokok pun, demi kesihatan dan demi Alia juga. Dari dulu lagi aku nak berhenti namun tak pernah berjaya. Kali ini pasti berjaya kerana aku yakin dorongan dari Alia akan menjadi sumber motivasi yang kuat untuk aku berhenti merokok.

Aku mengambil keputusan untuk menunggu seketika. Habis saja rokok yang aku hisap ni, aku akan pergi ke kumpulan pelancong dan bertanya kepada mereka bagaimana untuk pergi ke hotel yang berdekatan. Aku harap mereka tu boleh la cakap Inggeris.

Alia pasti akan menghubungi aku, malam ini juga atau mungkin esok pagi. Sementara tu, aku tak mahu jadi kutu rayau pula di negeri orang. Aku nak tidur atas tilam yang empuk dan bukan di atas bangku lapangan terbang. Jalan jauh-jauh takkanlah nak tidur atas bangku saja!

Ish…! Mana Alia ni!

Penat aku ke hulu ke hilir. Naik haus tapak kasut.

Rokok aku pun dah habis dan aku berjalan menuju tong sampah yang terletak di tepi sebatang tiang untuk membuang putung yang tinggal. Rokok aku yang terakhir. Sedih rasanya tapi mengenangkan masa depan, aku buang juga sambil berniat ianya sebagai rokok aku yang terakhir, semoga tiada lagi selepas ini.

Aku toleh ke arah pelancong tadi untuk mendapatkan maklumat yang aku perlukan, tetapi mereka dah tiada di situ. Aikss! Pelik! Bila mereka beredar? Ah! Sudah!, macam mana aku nak dapatkan maklumat ni!

Tiada cara lain lagi bagi aku selain menahan teksi walaupun aku terpaksa menahan semua kereta yang lalu disitu. Lapangan terbang tu pun dah semakin lengang dan sunyi.

Tak semena-mena, setelah aku membuang putung rokok ke dalam tong, bahuku ditepuk dari belakang. Aku toleh. Aku terkejut memerhatikan orang yang menepuk bahuku tadi, mak aii!!, punya besar orang!

Sekali pandang macam ahli gusti sumo. Aku rasa paling kurang pun dekat 200 kilogram juga berat mamat ni, tinggi pun hampir 6 kaki, aku hanya tinggi sedikit sahaja dari dia. Kepala dia bulat, betul bulat macam bola dan dengan badan dia yang bulat juga, bentuk potongan badannya sebijik macam snowman. Terkedu aku memerhatikan mamat tu.

Baju lengan pendek bercorak-corak yang dia pakai tu mengingatkan aku akan kain balut buah nangka. Pakai seluar bermuda pula tu, saling tak tumpah seperti macam beruang berbaju. Ha-ha-ha, jahat aku ni mengutuk sebegitu, tapi nak buat macam mana, aku bukan kutuk, aku menggambarkan kenyataan.

Dia senyum, pergghh!, langsung tak manis, gigi berkeladak, aku pun sengih juga menahan kegelian aku melihat tahap kebersihan giginya. Orang dah senyum kat kita, takkan kita nak buat muka bengis, nanti orang kata kita sombong.

Arrr ju monziur Ash?”

Mamat gergasi tu bertanya, pekat betul loghat bahasa dia. Nak kata French tak juga, ini mesti loghat Creole, salah satu loghat tempatan di sini dan digunakan dengan agak meluas.

Yes! And you are?” Aku tanya balik.

Ahhh! veeri guud, ai ahm Rodrigo, kamh kamh, forlo me, madamuzel haliah we goh si, shee waits ferr ju

Aku kelegaan bila dia menyebut haliah – susahnya dia nak menyebut Alia. Okey, aku dah faham situasi sekarang ni. Alia tidak datang atas sebab-sebab tertentu dan telah menghantar ahli gusti sumo untuk menjemput aku. Fuh, lega aku…! Taklah aku tidur di bangku airport malam ni.

Rodrigo terus membawa aku ke arah tempat letak kereta. Aku ikut dari belakang hingga Rodrigo berhenti bersebelahan sebuah kereta yang agak usang. Bukan usang lagi, tapi dah taraf antik, taraf parking kat tepi reban jer.

Boleh bergerak lagi ke kereta ni?

Aku menaiki kereta berkenaan bersama Rodrigo dengan rasa sangsi yang amat sangat. Kereta tu jenis Datsun (nama sekarang Nissan) model tahun 70an. Keadaannya amat menyedihkan, seakan nak roboh rupanya, berlubang sana dan sini serta keadaan cat yang telah tanggal di seluruh bahagian kereta tu. Jelas kelihatan keseksaan yang ditanggung kereta tu untuk membawa Rodrigo kerana apabila dia masuk, kereta tu mendap dengan mendadak. Kalau ianya seekor kuda, pasti dah patah tulang belakang.

Aku tak berapa kisah sangat akan jenis kenderaan, yang penting ianya boleh bergerak. Janji sampai jumpa Alia! Rodrigo menghidupkan enjin. Gegaran kuat melanda seluruh kereta dan aku tidak akan terkejut sedikit pun jika enjinnya tercabut. Namun, entah macam mana, kereta tu dapat meluncur keluar dari kawasan letak kereta.

Tidaklah meluncur, tersedak-sedak dan berhenjut-henjut dengan gegaran macam orang demam kepialu. Banyaknya dugaan aku di rantauan!

Aku sempat memerhatikan jam dalam kereta tu yang menunjukkan pukul 11.56 malam waktu Mauritius dan aku set jam tangan aku mengikut waktu tersebut.

Aku cuba berbual dengan Rodrigo sepanjang perjalanan tersebut tapi sia-sia sahaja. Aku tak faham sangat apa yang dia cakap dan dia pun menjawab lain dari apa yang aku tanya. Tingkap pula tak boleh tutup dan bunyi bising dari enjin tu juga menghalang pendengaran. Jadi perbualan aku dan Rodrigo amat terbatas, namun dari apa yang boleh aku faham, Rodrigo mengatakan rumah Alia atas bukit dan amat besar.

Untuk menghilangkan bosan, sepanjang perjalanan aku memerhati papan tanda dan iklan-iklan di tepi jalanraya yang sukar aku nak faham kecuali yang disertai perkataan Inggeris. Selang beberapa minit, kami mula menyusuri jalan yang agak sunyi. Tidak kelihatan bangunan atau rumah di kiri kanan jalan, lampu jalan pun tiada. Apatah lagi stesyen minyak atau bengkel baiki kereta, lansung tiada!

Bagaimana kalau kereta ni rosak dipertengahan jalan atau kehabisan minyak. Risau juga aku dan bila aku mengatakan kepada Rodrigo, dia hanya ketawa dan meminta supaya aku jangan risau.

Mana boleh aku tak risau, bertambah cuak lagi bila Rodrigo memandu ke arah yang makin ke pendalaman, aku tak nampak sebuah bukit pun seperti yang disebutkan di mana rumah Alia berada. Gelap gelita sepanjang jalan yang ditempuhi tu. Betul ke ni?! Tapi tak mungkin salah sebab bukan aku yang memandu, pasti Rodrigo tahu mana jalan. Ishk!

Rodrigo menerangkan bahawa perjalanan masih jauh, melalui kawasan pendalaman, merentas pulau hingga ke bahagian utara untuk menuju ibu negeri, Port Lois.

Minyak semua cukup, dia dah isi penuh dan buat anggaran dengan tepat. Hmm…apa jaminan yang tangki minyak tu tak bocor seperti bahagian lain kereta tu! Rodrigo gelak bila aku berkata begitu – “ju vorrie tu much!, monziur Ash,” katanya padaku. Mestilah aku risau!

Perjalanan diteruskan dengan senyap. Aku tidak lagi cuba berbicara dengan Rodrigo dan dia pun aku tengok memandu dengan tenang sahaja. Kepalanya bergoyang-goyang seolah-olah sedang menghayati siaran radio yang berkumandang di dalam kepalanya dan hanya dia sahaja yang dapat dengar.


Aku cuba congak berapa jam aku dalam kapalterbang, aku kira aku berlepas lebih kurang jam 9.00 malam dari Singapura, tolak, kali, campur, bahagi, darab, alih-alih aku lelap. 

Monday, February 3, 2014

MASIHKAH ADA ALIA - Part 3, Chapter 21

Mauritius.

Dalam banyak-banyak tempat dalam dunia ni, dalam banyak-banyak tempat peranginan, Alia pilih Mauritius.

Pulau yang terkenal sebagai pusat peranginan dan mempunyai persisiran-persisiran pantai yang amat menakjubkan. Mungkin kerana Alia memang gemar dengan pantai dan lautan atau mungkin ada sebab lain yang aku tidak ketahui. Tak mengapalah, Mauritius pun okey juga bagiku. Aku juga menyukai pantai dan laut, memancing, naik bot dan segala aktiviti yang berkaitan dengan laut. Nanti di Mauritius aku bertekad nak mencuba scuba diving dan snorkling pula. Bestbest…!

Tapi aku terpaksa mengharungi perjalanan yang panjang untuk ke sana. Mujur pesawat 747 yang dinaiki, lapanglah sedikit dan aku mendapat tempat duduk paling luar, senang untuk aku keluar masuk dan bergerak.

Sepanjang penerbangan aku tak senang duduk. Lama sangat. Letih aku tidur dan bangun dan aku tidur semula dan bangun lagi, tapi tak sesampai juga. Mulalah aku mundar mandir dalam kapalterbang, tapi yang paling jauh aku boleh pergi ialah ke tandas. Jadilah!, dapat juga aku strecth kaki aku yang dah naik kematu. Terasa macam naik bas ekspress ke utara pula!

Dalam penerbangan tu aku cuba membelek beberapa majalah yang ada tapi tiada satu pun yang menceritakan tentang destinasi yang ditujui. Patutnya letaklah beberapa risalah yang boleh dijadikan sebagai sumber rujukan dan panduan untuk penumpang. Ini tidak, yang ada majalah untuk jualan barangan yang tidak ada kena-mengena langsung dengan destinasi. Boring betul!

Bila bosan macam ni, aku mulalah naik rimas. Nak tidur dah tak boleh lelap sebab dari tadi aku asyik tidur saja. Aku mula rasa tak selesa, susah nak tidur dalam keadaan duduk sebegitu. Cabin pun gelap semacam jer dan penumpang-penumpang lain tidur dengan selamba jer. Ish! Jelesnya aku lihat mereka boleh tidur!

Aku cuba lelapkan mata. Daripada aku mundar-mandir dan mengganggu penumpang lain, elok juga kalau aku tidur-tidur ayam sambil membayangkan kawan-kawan dan kenalan yang aku tinggalkan. Ina, Rizman dan Yusuf terutamanya.

Aku tersenyum sendirian mengenangkan detik-detik persahabatan kami. Saat-saat manis apabila ada majlis-majlis keramaian, gathering, hari keluarga, annual dinner dan banyak lagi acara yang dianjurkan sepanjang aku berada di SGE. Rizman dengan lawak jenakanya, Ina dengan control ayu dan blur sotongnya, Yusuf pula, kematangannya dan nasihat serta buah fikirannya, tak lupa juga kejaguhannya bermain snooker!

Belum pun aku sampai, dah terasa kehilangan, terasa rindu pada mereka!

Angan-anganku itu berjaya membuai aku hingga terlena buat seketika dan aku melupai perjalanan yang amat panjang ni untuk sementara waktu.

Sehingga aku dikejutkan dengan pengumuman dari ketua pramugari. Pesawat akan mendarat tidak lama lagi dan penumpang diminta memakai tali pinggang keledar dan tegakkan tempat duduk. At last! Sampai juga akhirnya.

Pesawat mendarat dengan agak kasar juga, mungkin pembantu juruterbang yang melakukan pendaratan, masih belum mahir lagi agaknya. Ianya kemudian bergerak dengan perlahan menuju ke apron untuk menurunkan penumpang. Aku tak sabar-sabar nak keluar dari pesawat. Aku rasa macam nak turun ke bawah dan tolong tolak pesawat ni supaya ianya bergerak laju sedikit. Aku nak cepat bertemu Alia ni, mereka  pula macam nak melambatkan aku.

Akhirnya, pesawat tu berhenti di terminal yang ditentukan dan penumpang pun keluar satu persatu. Nasib ada dua tiga pintu, cepat sikit penumpang dapat turun. Ketibaan pesawat tu di Mauritius lewat dari apa yang diumumkan oleh pilot semasa dalam penebangan. Aku fikir MAS saja yang selalu tak ikut jadual, rupanya SIA pun sama juga. Serumpunlah katakan.

Aku melangkah keluar. Sampai juga aku di Mauritius ni. Macam mana agaknya rupa negeri ni, rakyatnya dan juga kebudayaannya. Apa yang aku tahu hanyalah dari pembacaan am aku, tidak mendalam, hanya maklumat luaran sahaja. Tak mengapa, bila dah tinggal lama, pasti aku akan mengetahui selok-belok kehidupan di sini.


Aku baca doa mententeramkan diri dan juga pendinding bila tiba di tempat orang. Aku mula menyedari yang aku berada jauh dari kampung halaman!

Thursday, January 30, 2014

MASIHKAH ADA ALIA - Part 2, Chapter 20

Aku sampai kat Changi Airport dalam pukul 8.00 malam. Semasa aku keluar dari balai ketibaan, liar mata aku memerhati sekeliling, Aku survey himpunan manusia yang berkerumun di pintu luar tu. Satu-persatu aku perhatikan sehingga mata aku tertumpu pada namaku yang terpampang atas papan nama yang dibuat dari manila card.

Aku terus mendapatkan orang yang memegang papan nama tu. Dia memberikan sampul yang agak besar dan tebal padaku dan berlalu pergi.

Aku buka sampul. Isi sampul tu aku keluarkan. Tiket kapalterbang ke Mauritius dan sebuah telefon bimbit.

Aku mengambil tempat duduk di salah satu kerusi yang beribu-ribu bilangannya di Changi Airport tu sambil menunggu penerbangan aku ke Mauritius. Aku switch on handphone baru tu, aku belek-belek skit cam jakun tak penah dapat handphone.

Aku terkilan juga kerana pergi tergesa-gesa dan yang paling buat aku terasa adalah kerana aku tak dapat nak berterus terang pada Yusuf. Maafkan aku Suf!. Tapi, aku yakin Yusuf akan memahami apa yang sebenarnya terjadi dan ianya tak akan menjadi kejutan baginya. Yusuf kenal siapa aku.

Famili aku pula tak menjadi masalah sangat. Orang yang paling penting dalam hidup aku telah aku hubungi di kampung dan aku mengatakan bahawa aku ada tugas di luar negara untuk beberapa bulan. Emak cuma kata - jaga diri bebaik dan solat jangan lupa!.

Handphone baru aku berbunyi.

“Hello Alia” aku menjawab dengan senyuman. Gerenti Alia yang call aku. Siapa lagi yang tau nombor fon ni selain pemberinya.

How was the flight, As?”

Oh!, flight was all right...cuma the anticipation to meet you..tu yang tak tertanggung."

You are such a sweet talker la, As. Bila agaknya As akan kembali ke hati Alia ini?”

Aku tengok jam, baru kul 8.15 malam flight pukul 9.00 malam.

Hmm…aku mendesah seketika, mencuri sedikit masa untuk merangka jawapan kepada soalan yang diajukan oleh Alia.

“Alia, pernahkah diri ini disingkir dari hatimu itu?,” aku mengajukan soalan sebagai jawapan kepada soalan yang diberi padaku.


“Tak pernah As, ni Alia yang As kenal dulu, Alia Abadi, seabadi dirimu dalam hati ini.”