Perkara pertama yang membuat
aku agak selesa berada di Mauritius
ni adalah tentang makan dan juga bahan-bahan mentah untuk memasak. Memang amat
senang di dapati. Terdapat banyak kedai-kedai yang diusahakan oleh
peniaga-peniaga keturunan India
yang menjual rempah ratus lebih kurang sama di tempat kita juga. Kari di sini
pun seakan-akan kari yang kita biasa jumpa di restoran-restoran kari kepala
ikan di Malaysia ,
cuma ada sedikit tambahan ramuan tempatan.
Sesiapa yang gila makanan
laut, memang di sinilah syurganya. Ikan, sotong dan ketam boleh dipilih terus
dari nelayan pesisir pantai yang pulang dari laut. Punyalah segar, kalau nak
lagi segar, kenalah pinjam bot dorang dan pergi tangkap sendiri.
Aku pula gemar pergi di kala
senja untuk menjenguk kalau ada bot-bot besar yang menangkap ikan di laut lepas
kembali dengan tangkapan mereka. Sebelum tu, aku dah minta Rodrigo sediakan
bara api. Kalau ada bot yang berlabuh, aku akan memilih dengan teliti, siang
dan sediakan ikan, udang atau sotong bakar untuk makan malam. Lazatnya kalau
dapat yang baru keluar dari perut laut. Terasa manisnya.
Gerai pun banyak di
sini terutamanya di sepanjang pantai dan juga di kawasan bandar. Sama saja keadaanya
seperti kita sedang berjalan bersiar-siar di tempat-tempat tertentu di
tengah-tengah Bandar Melaka. Dunia lama bertemu dunia baru. Yang bestnya di sini, kawasan bandar tak
pernah sesak. Rentak perjalanan hidup amat perlahan. Tidak terburu-buru. Semua
orang seolah-olah sedang bercuti.
Setelah lima bulan
aku berada di sini, sudah hampir 70% dari keseluruhan pulau ni aku jelajah,
dari Port Lois ker Baie du Cap, Bel Ombre, Souillac, Pavillion du Grand Port.
Kebanyakannya tempat peranginan tepi pantai. Hanya ke Rodrigues Isle sahaja aku
belum pergi lagi, tapi aku rasa sama saja dengan Langkawi agaknya.
Selalunya destinasi
yang dipilih adalah tempat atau kawasan pelancungan yang ada tarikan berlainan
dari tempat lain, samada dari segi tinggalan sejarah, alam semulajadi atau
sumber keseronokkan.
Aku dan Alia
bersependapat bahawa kalau kami pergi ke tempat-tempat yang menyediakan tarikan
yang sama pasti bosan. Berapa kerap sangat kita boleh bersantai di tepi pantai.
Pasti jemu. Jadi, aku dan Alia mempelbagaikan tujuan lawatan kami dari satu
tempat ke tempat yang lain. Mencari sesuatu yang lain dan yang tidak ada di
tempat yang kami telah lawati. Barulah ada variety
dan tidak menjemukan.
Ada masanya Rodrigo
akan menjadi pemandu pelancung kami. Tidak, bukan dengan kereta antiknya tu. Ada 2
buah lagi kereta yang Alia sudah beli dengan harga yang agak berpatutan. Kereta
baru, senang nak jaga dan pasti tidak banyak mendatangkan masaalah untuk 2 atau
3 tahun. Sesekali, hanya aku dan Alia,
berbekalkan peta panduan dan juga semangat untuk mengembara, akan memulakan
perjalanan. Aku pula sentiasa dengan pandangan bahawa Mauritius ni kecil,
pusing arah mana pun akhirnya akan ke tempat yang sama juga. Pi mai pi mai tang tu jugak!
Kami
akan redah sahaja tempat-tempat yang kami fikirkan seronok dan mempunyai
kelainan. Maklumat in kami dapati dari risalah-risalah yang kami baca dan juga
cerita-cerita dari mulut Rodrigo dan pembantu-pembantu rumah.
Adakalanya,
aku rasa macam tengah honeymoon
dengan Alia pula. Tapi aku masih menghormati statusnya yang masih bergelar
isteri orang. Perkara ni aku titikberatkan. Walau kami rapat namun masih ada
lagi rintangan yang memisahkan kami berdua. Aku masih bersabar. Begitu juga Alia.
Namun
tidaklah sepanjang masa aku berkepit dengan Alia. Adakalanya aku membiarkan Alia
bersendirian dan aku layan si Rodrigo ke sana ke mari. Aku mula memupuk ramai
kenalan orang tempatan, terutama di kampung halaman Rodrigo yang terletak di
kaki bukit berdekatan rumah Alia.
Kebanyakkannya
otai-otai kerana tak berapa ramai
pemuda-pemuda baya aku. Golongan muda pula sudah meratau dan berkerja di
hotel-hotel dan tempat peranginan utama di serata pulau ini.
Masalah
perhubungan juga yang menjadi rintangan untuk aku selalu lepak dengan mereka ni,
tapi ada juga seorang dua yang memahami bahasa Inggeris. Mereka ni yang
selalunya jadi penterjemah.
Untuk
mengatasi perasaan jemu yang kadang-kadang datang, aku ada juga mengajar orang
gaji Alia cara-cara menyediakan masakan Melayu, terutama sambal tumis dan
gulai-gulai yang mudah. Bahan-bahannya senang di dapati dan kalau tiada, aku
buat sedikit pembaharuan terhadap resipinya. Lebih kurang jer rasanya. Hantam sajalah labu! Janji aku dapat
rasa makan sambal tumis sekali-sekala, cukuplah bagiku.
Ada
masa masa tertentu yang Alia akan sibuk menguruskan hal dia dengan Harith.
Proses penceraian jarak jauh memang mengambil masa yang lama. Sedangkan
sekampung pun lama kes nak selesai, inikan dah lain benua.
Bila
dia tension semacam saja, aku
berikannya ruang untuk bersendirian dan berfikir. Aku tahu pasti Harith buat
hal dan membuat tuntutan yang tak masuk akal. Mungkin sengaja hendak
menyakitkan hati Alia lagi. Sukar aku nak tolong dalam perkara ni. Apa yang aku
boleh lakukan adalah mendengar luahan perasaannya dan menjadi tempat dia
mengadu.
No comments:
Post a Comment