Tuesday, February 11, 2014

MASIHKAH ADA ALIA - Part 3, Chapter 24

Jam dinding di bilik aku tu berbunyi. Aku sedar dari lamunan kisah malam tadi. Jam menunjukkan pukul dua petang tapi disebabkan bilik aku ni gelap juga lagi, maka, memang sedaplah aku membadak. Aku ambil jam tangan aku dan aku set ikut waktu Mauritius. Kali ni jam tu tak rosak, aku pastikan ianya berdetik.

Aku bangun untuk mencari bilik air. Aku buka pintu keluar dari bilik aku dan aku jalan di koridor luar, tapi tiap pintu yang aku buka sepanjang koridor tu, semuanya adalah pintu bilik tidur (setelah aku berada lama di situ baru Alia beritahu yang rumah tu ada 20 bilik semuanya).

Hampeh!, perut aku dah memulas ni. Mana toilet?!!

Aku lari masuk ke bilik aku semula dan aku selak langsir yang tebal tu, aku buka segala pintu yang ada. Tiap satu menuju ke closet, ke private balcony, ke reading room dan akhir sekali, baru toilet. Lega!



Lepas bersiap aku turun dan bertemu Alia yang memang sedang menunggu aku di bawah dan terus membawa aku ke arah belakang. Sempat aku jeling dewan makan utama dan di situ aku terlihat meja yang paling panjang pernah aku nampak.

Hampir 30 kerusi berbaris di sebelah kiri kanan dan head chair seperti kerusi raja-raja di atas singgahsana.

Kami terus menghala ke arah belakang lagi, terus ke satu lagi tempat makan yang agak kecil sedikit dan bersambung dengan kawasan dapur.

Di situ makanan dah sedia dihidangkan. Aku lapar, aku terus duduk dan aku bedal saja apa ada depan aku, walau nampak pelik dan ganjil. Alia gelak tengok aku makan.

Lepas seketika, baru aku sedar, di dapur ada 3 orang lagi pembantu. Seorang yang membuka pintu mempelawa aku masuk dan 2 orang lagi yang aku belum kenal. Salah seorang dah tua dan seorang lagi agak muda, dalam 30an.

Alia memperkenalkan mereka kepada aku, yang aku dah jumpa tu Maria, yang tua tu Sarah dan yang muda sedikit tu, Hanita.

Kesemua pembantu rumah Alia ambil bekerja untuk menjaga rumah dan Rodrigo sebagai driver, garderner dan apa semua lagi kerja berat.

Aku tanya Rodrigo mana? Alia kata sedang menyiapkan kereta kerana sebentar lagi kena pergi  shopping untuk aku.

Ulemak! baru aku ingat, aku bawa beg sandang aku tu saja dengan 2 pakaian lain.

Ada shopping complex ke di sini?” Aku memancing Alia.

You ingat Mauritius ni ulu sangat ke!!?” Balas Alia.

Aku rasa Alia macam dah suka tinggal di sini, sensitif pula aku kutuk pulau ni. Aku kenalah bertanya juga, mana tau, kena shopping di kedai mamak atau kedai daif saja. Mana aku nak cari jeans, t-shirt dan kemeja yang ranggi! Kalau susah sangat, aku bercadang nak pakai short bermuda dengan singlet jer di sini, baru nampak macam pelancong.

“Ulu tu taklah, tapi I macam tak confident ada shopping mall yang canggih macam di KL.”

You wait and see, okey!”


Okeylah!, biarlah aku isi perut aku ni dulu. Lapar tahap dewa dah ni!

No comments: