Thursday, February 20, 2014

MASIHKAH ADA ALIA - Part 3, Chapter 25

Lepas makan, Alia kata dia ada surprise untuk aku sebelum membawa aku pergi membeli-belah. Dia yakin aku akan suka apa yang aku akan dapat lihat nanti.

Ahh! Surprise, aku memang suka surprise ni, macam hari jadi juga, dapat hadiah, dapat surprise!

Dia bawa aku melalui koridor menuju ke arah taman di belakang rumah tu, rumah kebenda!, istana ni beb!. Aku rasa mahu sebulan aku tinggal kat rumah ni baru aku dapat jelajah keseluruhan ceruk dan ruang di dalamnya. Untuk seminggu dua ni, aku kenalah bersedia untuk sesat.

Bila aku melangkah keluar saja, aduhai!, pemandangan yang menerpa penglihatanku amat mengkagumkan. Macam tak percaya yang ujudnya tempat secantik ini di dalam dunia. Nampaklah sangat aku jarang travel ke luar negeri. Katak bawah tempurung juga aku ni!

Kediaman yang Alia sewa ni terletak pada aras yang paling tinggi di atas bukit dan membelakangkan laut. Dan di depan mataku, seluas-luasnya lautan terbentang. Alia membawa aku berjalan melalui denai yang di bina khas yang mengikuti tebing bukit. Tembok batunya yang mengelilingi sempadan di tebing tu hanya separas pinggang dan keadaannya memang usang dan lusuh, mengingatkan aku kepada Kota Melaka, mungkin sama umur agaknya ni!

Ketika berdiri di tembok, aku perhatikan di kaki bukit tu, jelas kelihatan satu teluk yang terletak ke daratan sedikit, terlindung dari lautan luas. Pasirnya putih dan dikelilingi pokok-pokok dan tumbuhan renek. Airnya pula amat jernih sehingga ikan-ikan, kehidupan laut dan batu batu karang yang berada di dalam air boleh dilihat dengan jelas Memang hebat, macam dalam iklan Mild Seven di televisyen tu.

Terdapat payung-payung besar yang meneduhkan pengunjung teluk tersebut. Aku dapat melihat kelibat hanya beberapa orang sahaja yang berjalan dan bersantai di situ, mungkin pantai persendirian, agaknya! Kalau pantai awam, sudah pasti tempat sebegitu cantik akan penuh sesak.

Syahdu!

Alia kemudiannya memimpin aku ke arah sebuah gazebo yang dibina khas, betul-betul bertenggek di tebing yang menjunam lebih 2,000 kaki terus ke teluk di bawah tu.

Aku berdiri di situ dan merenung jauh ke ufuk. Memang gazebo itu dibina di tempat yang memberikan pandangan yang paling indah. Perfect observation point!

Aku terbayang diriku seakan berada di zaman dahulu kala, zaman ketika lanun-lanun bermaharaja lela dan aku seorang pengawal yang sedang memerhatikan pergerakkan kapal di lautan luas. Setiap pergerakkan dapat aku perhatikan dan aku yakin, kalau tengok anak bulan untuk start raya atau puasa dari sini, gerenti kelihatan!

Dari situ juga aku boleh melihat Port Lois. Dermaga yang aku lihat malam semalam tu pun amat jelas dan dipenuhi kapal-kapal dan yatch yang terapung-apung. Aku tersepuk atas sebuah kerusi malas di gazebo tu.

Kesegaran udaranya pun boleh rasa. Aku tarik nafas panjang-panjang, menikmati udara yang bersih tanpa pencemaran tu. Enak, tak pernah sangka udara pun boleh rasa sedap, tapi memang sedap dan menyegarkan. Setiap ruang di dalam dadaku terasa bagai dipenuhi, paru-paru aku pun terasa lapang. Memang sesuailah kalau aku berhenti menghisap rokok dengan keadaan udara sebegini nyaman.

Aku rasa kalau sebulan dua aku hidup macam ni, lepas makan sahaja aku mengular sebegini, mau badan aku naik jadi seperti Rodrigo. Payah juga kalau macam tu, lari juga Alia nanti kalau badan aku dah besar pintu!

So, how do u like it?” Tanya Alia.

No words can describe this la Alia.”

Aku terpaksa akui yang memang tiada perkataan yang dapat disusun untuk menggambarkan keindahan panorama yang terbentang di depan mata aku sekarang.

Yeah, I know, that’s why I took this place, you should see the sunset from here,” Alia terus mengapikan semangat aku.


Aku dapat bayangkan. Permandangan ketika matahari terbenam dari gazebo tu pasti memukau. Tak sabar rasanya aku menanti siang bertukar menjadi malam.

No comments: