Pada suatu petang
ketika aku tengah berehat di taman setelah penat membelek dan meneliti alatan
keselamatan, Alia pun pulang setelah seharian keluar bersama Rodrigo. Aku tidak
membenarkan dia drive sendirian kalau
kemana-mana sekarang ni, samada dengan aku atau Rodrigo.
“As, nak makan roti
jala dengan kuah durian tak?”
Tetiba jer Alia
menyoal aku sebegitu di satu petang apabila pulang setelah hampir satu hari
suntuk dia menghilang diri dengan Rodrigo. Mana
ada kedai yang jual roti jala di sini.
Terkedu aku.
Mungkin sebab dah masuk bulan ke lapan kami di sini, Alia mula merindui makanan
tempatan di Malaysia sana.
“Huh? Mana kita nak cari kat sini.
Lainlah kalau you nak kita masak
sendiri atau kita kena balik ke KL kejap.”
Alia tidak
menjawab. Dia hanya tersenyum dan terus menerus tersenyum. Apa hal pulak ni
yang buat Alia amat happy ni?! Aku lari mendapatkan Alia. Dia menyuruh aku
duduk dahulu dan tenangkan diri.
Alia mengatakan
bahawa tarikh perbicaraan kes penceraian dia dan Harith di Mahkamah Syariah
Kuala Lumpur telah ditetapkan. Harith telah bersetuju untuk membincangkan
tuntutan perceraian dahulu dan kemudiannya baru dibentangkan tuntutannya yang
lain-lain.
Yeehaa...!
Nasib baik Alia
menyuruhku duduk, kalau tidak, mahu tumbang aku mendengar berita yang cukup
gembira tu. Dengan tak semena-mena, aku terus merasakan debarannya, hari yang
dinanti-nantikan akan kunjung tiba. Selama ini, tak pernah aku rasakan debaran
sebegini kerana tarikh perbicaraan selalunya akan ditangguhkan. Tapi, bila dah
ditetapkan begini, aku pula jadi nervous!
Selangkah lagi aku berganjak kehadapan untuk mendapatkan Alia semula.
Malam tu aku dan Alia
makan malam bersama Rodrigo dan tiga pembantu rumah di dewan makan utama rumah
tu. Malam tu jugak aku ajar dia orang buat teh tarik. He-he-he, terkejut mereka melihat aku tarik teh, yang banyak
melimpah atas lantai dari masuk ke mug.
Lantaklah!, nanti dia orang tu juga yang akan kemas.
KL here we come!
No comments:
Post a Comment