Thursday, May 7, 2015

MASIHKAH ADA ALIA - Part 3, Chapter 32

Aku bersidai di atas kerusi malas di tepian kolam renang di hotel sambil menunggu Alia kembali. Kenyang perut aku melahap rojak mamak dan cendol pulut setelah kes Alia di Mahkamah Syariah selesai. Lama tak kena rojak bawah pokok.

Waktu baru jam 3.30 petang. Alia sempat menalipon aku selepas lepas keluar mahkamah dan mengatakan dia akan meluangkan sedikit masa dengan ahli keluarganya.

Aku relakan dengan berat hati juga namun aku suruh Alia usah tergesa-gesa dan menghubungi aku setiap 1 jam. Perjalan pulang melalui Singapura dah diatur keesokannya, jadi masa terluang agak banyak. Aku bersantai secukupnya.

Bila lagi nak lepak kat KL ni tanpa gangguan.



Dalam pukul lima petang aku dah selesai mandi dan dan bersiap-siap dalam bilik aku. Alia baru sahaja menalipon mengatakan dia akan mula bertolak untuk kembali ke hotel kami dalam setengah jam lagi.

Aku bergerak ke KLCC. Aku nak shopping sikit. Terutama, nak beli cincin lamaran aku untuk Alia. Aku nak surprise dia. Nanti bila balik Mauritius dah susah aku nak cari sebab aku dah survey kedai kat sana, stock tak sebanyak macam kat KL ni.

Lama juga aku merewang di KLCC, ronda-ronda tengok orang, tengok barang. Akhirnya, aku pilih cincin di Tiffany. Ringkas saja rekaannya, platinum dengan sebiji berlian. Harga jangan tanyalah.

Aku tengok jam dah dekat pukul enam petang. Alia pasti dah sampai ke bilik dia. Aku call Alia dan line dia engaged. Mungkin dia tengah call kawan-kawannya dia kat KL ni kut.
Aku dah penat round satu KLCC dan dah berjumpa apa yang aku cari. Aku masukkan cincin tu dalam wallet. Kotak dia aku buang, pecah la surprise aku kalu Alia nampak kotak biru tu.

Aku melangkah keluar dari KLCC dan phone aku bunyi, number Alia, tepat seperti dijanjikan. Belom sempat kata hello dah putus. Siut! Tak berubah network kat KL ni. Aku yakin Alia dah sampai ke bilik dia. Aku try call Alia, masih tak dapat. Network problem la ni. Cilakak!

Aku jalan balik, sampai ke hotel aku terus ketuk pintu Alia. Tiada jawapan. Mandi ker? Aku masuk bilik aku bersebelahan bilik Alia. Aku releks memerhati pemandangan, tengok air pancut beralun-alun.

Dalam lima minit, aku keluar dan ketuk lagi pintu Alia. Siut! Masih tak berjawab. Apahal nih!!

Aku hubungi reception dari bilik aku.

Mereka memberitahu yang kunci bilik Alia masih di bawah.

Ah…! Sudah! Aku dah tak sedap hati.

Mana pula dia pergi. Merayap lagi ker? Tapi kenapa tak call aku. Jam dah dekat enam setengah petang. Last call aku terima dari Alia pukul enam tadi. Otak aku dah fikir yang bukan-bukan. Tapi aku masih dapat bersabar kerana dia dengan keluarga dia, pasti tiada perkara yang tak diingini terjadi.

Aku nekad call rumah mak Alia. Berderau darah aku bila mereka memberitahu yang Alia dan pakciknya dah bertolak ke hotel sejak pukul 5 petang tadi lagi. Aku merasakan ada sesuatu yang tak kena. Debaran hatiku makin menjadi-jadi.

Aku kawal perasaanku agar tidak ketara dalam tutur bicara kerana tidak perlulah keluarga Alia pula risau tak menentu. Ini hanya gerak hatiku, bukan 100% betul lagi.

Mereka tahu esok kami akan bertolak ke luar negeri dan tak dapat dihubungi untuk seminggu dua sehingga kami menghubungi mereka kembali. Soal keselamatan Alia amat penting dan perancangan sebegini memang perlu diaturkan.

           Ketika itu, pintu bilik aku di ketuk. Aku lega, ni pasti Alia. Aku buka pintu dengan sengih dan senyuman panjang sejengkal. 

No comments: