Thursday, May 7, 2015

MASIHKAH ADA ALIA - Part 3, Chapter 30

Hari Isnin tu Alia cuba melarang aku dari menemaninya ke Mahkamah Syariah.

Tapi, aku berdegil kerana aku risaukan keselamatannya dan tak sanggup kehilangan dirinya sekali lagi kalau apa apa terjadi. Akhirnya, Alia mengalah, terpaksa membenarkan aku berada di situ. Tapi aku berjanji, Harith dan keluarganya serta keluarga Alia tidak akan sedar kehadiran aku.

Aku cuma dapat berbicara dengan Alia melalui telefon sahaja kerana Alia telah bermalam sepanjang hujung minggu itu bersama keluarganya. Aku tak berapa risau kerana kawasan rumah ibubapa Alia tu ada pengawal dan aku telah berpesan kepada Alia supaya jangan  keluar dari rumah tanpa sebab dan tanpa berteman. Biarlah dia melepaskan rindu pada ibubapa dan adik-beradiknya.

Aku tiba dengan teksi yang berhenti diseberang jalan berdepan dengan pintu masuk ke mahkamah. Aku turun agak berjauhan untuk memberikan aku sedikit masa untuk membuat rancangan. Aku tahu Alia telah tiba lebih awal bersama kaum keluarga dan sanak-saudara yang datang untuk memberi sokongan moral. Aku perhatikan keadaan di sekitar mahkamah tu sebelum memulakan langkah.

Bangunan yang terseragam itu nampak menakutkan. Dekat dengan Muzium Negara dan juga Tasik Perdana. Lokasi strategic tu, kalau ada pasangan kena tangkap basah, boleh dibawa terus saja ke mahkamah tu.

Aku memakai serban dengan baju ala-ala baju Pakistan yang agak lusuh dan seluar jeans. Terpaksa menyamar untuk hari ni. Pasti orang tak sangka aku pakai serban. Mujurlah di KL ni banyak kedai-kedai yang menjual barangan terpakai dan kedai baju bundle. Senang nak cari costume sebegini.

Aku sediri pun tertawa dengan penyamaran aku. Cermin mata gelap yang aku pakai pun yang jenis frame bulat, so wajah aku yang kelihatan poyo saja. Aku lengkapkan penyamaran aku dengan mengepit fail yang berisi suratkabar lama. 2 batang pen aku sisip di poket. Saling tak tumpah aku macam budak kerja despatch.

Seperti yang dijangka, memang ramai orang. Tapi tidaklah seramai yang ada ni, siap reporter sekali. Aku hairan, apahal ni? Wartawan terhidu kes ni ke? Bagi aku, keluarga Alia dan Harith tak la terkenal sangat, selalu berita mengenai mereka keluar paper untuk kes cerai ni menjadi tarikkan kepada akhbar-akhbar tabloid.

Jalan masuk ke kamar mahkamah tu sesak. Aku berhenti seketika sebentar di tepi tangga untuk mengambil nafas dan memerhatikan keadaan. Aku perlu bergerak dengan teliti dan menggunakan orang ramai yang berpusu-pusu itu untuk kebaikkan aku. Lagi ramai orang, lagi bagus bagiku, lagi aku jadi tak ketara, hampir halimunan, namun aku tahu, Harith; dan mungkin, orang-orang dia pasti sedang memerhatikan kehadiran aku.

Aku berhati-hati. Jantung aku gedabak gedebuk. Aku tinjau sekeliling, aku cuba mencari muka-muka yang aku kenal. Aku lihat Alia dan mak dan ayah dia dan saudara mara lain di satu sudut di luar kamar mahkamah sedang berbicara.  Ada dua tiga peguam syariah yang mewakili Alia sedang sibuk berbincang dan sekali sekala memanggil Alia untuk merancang sesuatu.

Aku terselindung dibelakang orang yang bersesak sesak tu. Masing masing menunggu pintu kamar mahkamah itu terbuka.

Harith belum tiba. Aku masih tak nampak batang hidung dia lagi.

Pintuk kamar mahkamah dibuka, orang ramai yang berkerumun di situ mula berpusu-pusu masuk.

Aku membiarkan orang di depan ku berasak-asak. Biarlah mereka nak berebut masuk, tak kuasa aku nak berhimpit begitu dan aku tahu pasti ada ruang untuk aku nanti. Lagipun aku tak perlu terburu-buru.

Sekali lagi aku pelik. Kenapa orang ramai dan wartawan sibuk pasal kes Alia ni. Apakah keistimewaan kes ini. Mungkinkah ada orang yang mengaitkan kehilangan wang dari syarikat Encik Hashim dengan kes ini. Tak mungkin! Aku berdiri tidak berganjak di luar memerhatikan Alia masuk diikuti rombongan keluarganya.
Aku mula melangkah untuk turut masuk ke kamar mahkamah apabila kesemua ahli keluarga Alia terkap masuk dan mengambil tempat masing -masing. Belum pun sampai 5 langkah aku ambil, tu dia!, Harith dan rombongan pun tiba. Fuh! Macam gangster Harith jalan, mendada dan dengan muka bengis. Aku berundur sedikit untuk memerhati.

Orangramai yang menyelindungi aku makin berkurangan jadi aku terpaksa membongkokkan diri untuk berselindung dengan cermat. Aku nampak Encik Hashim juga ada dan isterinya. Mereka diiringi oleh beberapa orang lain yang pastinya ahli keluarga terdekat.

Perlahan aku mengensot menghampiri pintu mahkamah tu sambil mata aku liar memerhati. Aku baca notis kat papan kenyataan, saja buat buat sibuk dan macam ada kerja, kejap-kejap aku berdrama semak fail kosong aku tu.

He-he-he!, terpacul gelak kecil di bibir aku bila aku lihat senarai kes yang akan didengar pagi tu. Ada nama artis! Padanlah ramai orang dan reporter! Semuanya kaki kaypoh, nak melihat aib orang. Lantaklah korang, asal korang bahagia.

Aku mencelah masuk dengan pantas bila ada orang membuka pintu dan terus aku jatuhkan pen dan buat-buat cari pen tu. Aku jalan itik menuju ke bangku paling belakang dalam kamar tu dan bila aku rasa line clear, aku angkat muka dan mula memerhatikan umat yang hadir di situ.

Tidak berapa lama setelah kes pertama didengar, giliran kes Alia pula tiba. Aku menumpukan perhatian. Peguam dari kedua-dua memulakan hujah masing-masing.

No comments: