Tuesday, June 29, 2010

Masihkah Ada Alia

the decision was made...
finally, i've found the courage to say feck it..enuf is enuf, lets just release this manuscript and see how it goes!
wait for it...
insyaAllah...

[|]ollie[|]

...dari mata turun ke...

Bermula dengan renungan. Renungan tu memang mendebarkan. Mata. Mata itu menyerlahkan aura tersendiri. Senyuman dilemparkan. Aku menoleh ke belakang. Takde orang. Untuk akukah senyuman yg menggoda ni? Kearah akukah leretan manja itu?

Aku telan air liur bila wajah yang mengukirkan senyuman dan memancarkan renungan tu makin hampir kepada aku. Ishhh…apa aku nak buat ni. relek...relek...

Aku betulkan tudung aku skit. Tak sempat nak keluarkan cermin dari handbag aku supaya aku senang memeriksa takut takut ada tompok-tompok kurang menyenangkan di wajah aku atau sisa-sisa makanan terlekat pada gigi aku...

Semakin hampir betul tubuh sasa tu kepada aku. Beberapa tapak saja lagi. Terasa bagai bergegar lantai yang dipijak dengan setiap langkah yang di ambil. Rambutnya ikal. Mukanya bersih, tiada misai atau janggut. Clean shaven. Hensemmmnyeeee!!!! jerit hati aku yang dah tersenyum. Melonjak-lonjak, sukar aku nak kawal, macam budak kecil dapat cokelat. Segala kederat aku gunakan untuk mententeramkan diri aku supaya tidak melonjak sama.

Bau aftershavenya yang dapat aku hidu terlebih dahulu. Walau dia tidaklah begitu dekat. Tinggi orangnya. Aku tunduk sambil membelek handphone aku. Buat-buat tengok SMS yang seakan-akan baru masuk walhal dah 2 hari lepas dalam inbox. Jantung aku dah tambah tak tentu arah. Dub Dab Dub Dab...

Aku tertoleh kepadanya. Bukan sengaja aku nak toleh, cuma aku nak tahu dia berada di mana. Oh, mata bertentang, aku terpukau, wajahnya menyinar. Dia tersenyum, aku tak mampu bertahan, pipiku serta-merta menjadi merah, blushing yang amat sangat, dan aku lemparkan senyuman yang paling manis yang aku tahu buat.

Dia mengangkat tangan melambai ke arahku.

Ya Tuhan...syukur terhadapmu menemukan aku dengan ciptaanMu yang maha sempurna ini... beginilah agaknya kelak rupa bidadari lelaki yang menjadi peneman wanita di syurga....

Aku menelan air liur. Dia semakin dekat, dan aku tunduk melarikan wajahku sambil menjeling ke arahnya dengan anak mata. Aku tersipu-sipu...bagai anak dara yang duduk mencuri dengar kerenah rombongan yang datang meminang...

“hyeee..” suaranya yang germesik, suara lelaki sejati, sedap lagi dari suara Jamal Abdillah, 1000 kali lebih merdu dari suara Mawi...inilah cinta sejatiku, akhirnya, tak sangka bertemu begini...aku tekadkan hati, aku kuatkan semangat...

“haaaaaiiiiii..”

Aku terkedu, memang aku membuka mulut tapi belum mengeluarkan suara, tapi bagaimana ada suara yang keluar!!? Suara siapa pula ni..suara aku ke dan... dan... dan... kalau suara aku, kenapa agak parau???!!!

Mulutku terlopong....

Sang jejaka tampan, hero dambaan wanita sezaman, terus melintasi aku...dan sang kesuma pujaan hatiku itu mendekati seorang jejaka yang berdiri dibelakangku...lalu berpegangan tangan...dan berlalu pergi....

Oh tidak....!!!!

Cilakak...gay rupanya!!!!Arrgghhh!!!!

Monday, June 28, 2010

zahir tak terduga

ingin ku ketahui
apa rahsia di hati
adakah memendam gelora cinta
atau sekadar halusnya bicara

ingin ku selami
makna senyuman diberi
apakah membayang ikhlasnya janji
atau dicipta keluhuran pribadi

seindah puisi tutur dan kata
pekerti mulia seputih mutiara
lirikan mata menusuk jiwa
tertewas jua aku akhirnya
terpukau keindahan budi bahasa

ku akui
kau teristimewa
hadir mu membawa
makna rindu di dalam jiwa
ku ragui
adakah kau merasai sama
pada zahir ku tak terduga
hanya hati menanggung rasa

mungkin ku sendiri
hanya khayal bertemankan mimpi
mengharap setinggi terbangnya nuri
terlupa diri berpijak di bumi


[|]ollie[|]

Elina Shakila - Part 9

Bayu dari Selat Melaka kini telah bertukar menjadi angin malam yang bertiup syahdu. Mentari telah pun selesai berlabuh di ufuk barat dan meninggalkan hamparan langit untuk dihiasi kerlipan bintang-bintang dan cahaya rang bulan.

Malam terakhir aku dan Lina. Segalanya akan berakhir di sini, di kamar sepi di Port Dickson ini. Aku berjaya juga membawa di ke PD dengan alasan mesyuarat di Cyberjaya. Umpan kerinduan tidak bersamanya telah Lina terima. Dalam perjalan ke sini kami tiada banyak bicara. Tanganku tidak lepas memegang jemari Lina dan semenjak kami check-in tadi, aku dapat merasakan Lina sudah menjangkakan sesuatu.

Aku dan Lina duduk berdua di balkoni menikmati angin malam, memerhati keindahan bintang-bintang. Selesai sahaja gaulan asmara kami, aku dan Lina pergi menjamu selera.

“This is our last night together...” kataku…tiada cara lain melainkan straight to the point… “you can take my car, I want to stay here alone tonite and will go back tomorrow. I will take it from rumah mak later…”

“yes Jimi, somehow I know that, I know you are going to say that even before we arrive…” sahut Lina, tanpa terkejut, terpaku atau terpegun. Lina dah tahu seperti yang aku jangka.

“I wanted to tell you earlier, I wanted to avoid us from making love, but I can’t, forgive me Lina…forgive me for everything…forgive me for making all the false promises…”

“shhhh…” Lina mententeramkan aku, “it’s not your fault alone Jimi, I wanted us to happen too…”

“kita terpaksa berpisah Lina…untuk kebaikkan semua orang…untuk kebaikkan you dan Joie juga…”

“what about you..”

“I’ll be fine…” aku temberang.

Aku tahu Lina merasai kesakitan, keperitan yang sedang aku lalui. Airmataku berlinangan. Tangisan sesalan, tangisan perpisahan.

“what’s next?” tanya Lina.

“make Joie happy…make him proud of you…love him, with all your heart, make him your life, as its supposed to be…”

“what about my heart, Jimi…”

“you are free Lina, your heart has always been free and it should be with Joie…I’ve only borrowed it for a while, selfishly, for my own good and without thinking of the consequences…”

Lina diam. Aku diam dan aku peluk dirinya seerat yang mungkin. Buat kali terakhir.

Orkestra bayu malam itu mendendangkan lagu syahdu menemani tangisan aku.

Lina melangkah pergi bila aku melepaskan pelukkanku… “goodbye Jimi…” ringkas kata-katanya.

Aku tidak menghalang. Pemergian Lina adalah noktah terakhir yang aku perlukan. Baris penamat yang aku inginkan untuk mengharungi hari-hari berikutnya.

“Bye my love…don’t look back…” balasku.

Lina seakan tersentak dengan kata-kata aku itu. Dia berhenti dan kemudian belari mendapatkan aku semula. Lina memelukku, mengambil tanganku dan menciumnya, kemudian mengucup pipiku. Linangan airmatanya membasahi pipiku. Namun dia tahu, perpisahan ini adalah yang terbaik, untuk dia, Joie dan untuk aku.

Lina melangkah keluar dari bilik. Pintu dibiar terbuka. Kekosongan melanda hatiku. Aku terasa bagai lilin yang selami ini menerangi hidup aku telah dipadamkan. Aku keseorangan. Aku kesepian.

treettttttreeetttrreeeet …handphone aku bergegar…Lina membuat panggilan…

“yes sweetie…”

“Jimi…I love you…”

click - trrrrrrr














- end -

Elina Shakila - Part 8

Sahlah wajah yang aku lihat di Langkawi tu sebenarnya memang Joie. Aku dapat rasakan kesahihan fakta itu jauh di dalah hati walau aku cuba untuk berfikir sebaliknya, namun fakta itu tertera dengan terang bagai spotlight yang menyuluh Jalur Gemilang di Dataran Merdeka dan juga spotlight yang memandikan KLCC setiap malam.

Keadaan dan kesihatan Joie bertambah pulih dari hari ke sehari. Bilik Joie penuh dengan kecerian saban hari dan semua orang gembira. Semua orang kecuali aku. Aku tak sanggup tengok Joie. Aku tak sanggup bertentang mata dengan Joie. Tapi aku tak dapat lari.

Sudah berminggu-minggu aku dan Lina tida berbual, tidak bertegur sapa. Tiada lagi sentuhan mesra, yang ada, handa kedinginan dan kehambaran.Hancur hatiku bila terlihat wajah Lina yang ayu. Lebur perasaanku bila Lina selalu sahaja menjauhkan diri dariku bila ku menghampirinya untuk berbual atau bertanya kabar.

Beberapa hari sebelum Joie dibenarkan pulang, dunia yang aku kenali, yang sekarang porak peranda, terus hancur lebur. Malam itu aku tidak dapat lari dari giliran aku menemani Joie. Aku terpaksa juga untuk mengelakkan orang lain terhidu akan sesuatu telah terjadi.

Aku bersendirian bersama Joie. Lampu di bilik tu pun telah disamarkan apabila semua family aku pulang ke rumah masing-masing setelah waktu lawatan tamat.
“I know everything…” Joie mula bicara…perlahan…

Shit! Itu yang first muncul di benakku…perkataan tu dan juga sebuah tendangan invisible di perut aku. Senak. Susah aku bernafas!

“how could you…tergamak kau buat aku camtu Jimi…Lina tu adik kau tau…bini adik kau, bini aku Jim…”

Aku diam…mencari kata-kata… “jo…”

“Lemme finish!!!” Joie menyentap. First time dia tinggi suara dengan aku... “I saw the both of you in Langkawi…kau dah tahu tu, aku tahu Along pun dah berbicara dengan kau, lebam kat mata kau pun ada kesan lagi…dengan tangan kau memeluk Lina, aku nampak Jim…aku nampak keceriaan Lina…dia gembira dengan kau Jim, aku nampak…aku boleh rasa…I know I haven’t been a good husband to her…I can see it in her eyes, each time I came back, she won’t even touch me…do you know that!!?? Aku rela lepaskan Lina, untuk kau Jim…aku tahu, aku tak boleh menggembirakan dia cam kau…”

Aku rasa tangisan mengalir di pipiku. Tak tertahan pilu dan hiba di dalam hati. Adik aku dalam keadaan macam ni pun sanggup untuk berkorban untuk aku. Apa aku ni? Sanggup ke aku menerima pengorbanan Joie...bagaimana aku nak explain situasi pada famili aku, famili Lina, famili Jun, isteri aku? Aku tiada muka, tiada otak?? Barulah aku sedar betapa kecil dan kerdilnya diri aku ini. Aku malu...aku hiba...aku hina.

“cakaplah Jim...adakah Lina yang kau nak...look at me in my eyes and tell me what your want!!” Joie meneruskan kata-kata yang menghiris diriku, “do you remember, how you always took what is mine…dari kita kecik lagi Jim…aku sentiasa mengalah…kau nak aku mengalah juga sekarang ni…dan lepaskan satu-satunya cahaya jiwa dan hidup aku Jim?? Aku tahu, aku bukan laki yang baik tapi Lina tu isteri aku Jim…apa kata dan perasaan kau kalau aku buat benda yang sama dengan kak Jun!!??”

Kata-kata Joie tu menampar aku…menikam aku…membunuh aku…terasa seolah-olah kulit aku disia-siat, buluh sembilu menghiris setiap inci badanku, cemati berladung besi melibas tubuhku…Ya Allah…apa yang telah aku lakukan!!?????

“Do you know that I got drunk that night and purposely pick a fight with those jokers? Aku berharap betul dorang tu bunuh aku! Aku rela mati masa tu, Jim…aku rasa tak guna aku hidup, lebih-lebih lagi abang aku sendiri merampas kebahagian aku…”

Kini darah Joie mengalir di tangan aku. Seperti aku sendiri yang menghayun besi atau kayu yang memecahkan tengoraknya. Joie, adik aku sendiri, darah dagingku sendiri dan aku hampir membunuhnya kerana cinta. Aku dikaburi oleh nafsu dan terlalu mengejar fantasi.

Hanya tangisan aku yand sayup-sayup kedengaran malam tu. Aku mengaku segalanya pada Joie. Aku pohon ampun, aku pohon kemaafan. Aku berlutut di kaki Joie. Aku merendahkan diri serendah-rendahnya dan berpadanlah dengan perbuatan aku, sehina-hina perbuatan seorang abang kepada adiknya.

Hingga ke pagi tangisan aku baru reda. Joie sudah dibuai lena. Doctor bertugas masuk ke dalam bilik dan bila melihatkan aku dengan bengkak mata dan bekas air mata yang di pipi, memanggil aku keluar untuk berbicara.

“There’s something important I have to tell you. It is important for you to know and let others know, although the bruises in his brain have subsided, theres always a possibility of internal bleeding recurring. The veins received tremendous injuries and would take time to recover. It’s nothing serious tho’ but as a precaution, make sure he is not troubled or overly stressed and no traumatic experiences that can aggravate the injury. I hope that you know what to do…”

Ya Allah, doctor ni macam bersubahat pula. Yes, I know what to do, doc! For Joie’s sake and for Lina’s too.

Elina Shakila - Part 7

Pagi Selasa, selepas pulang dari Langkawi, aku naik angin di office. Aku call Joie, bukan sekali, bukan 2 kali tapi berpuluh kali, dia tak jawab. Aku perlu kehadirannya untuk presentation project aku pula. Technical details, hanya dia sahaja yang tahu. Aku kalau nak goreng nak kelentong pasal bab-bab business dan financials, memang takde masalah. Tapi bab technical, aku tak reti sangat dan ini adalah bahagian yang paling critical.

Aku call Lina, bertanyakan dimana si Joie. Marah juga aku pada Joie, bini sendiri pun dia tak bagi tahu apa-apa. Padahal dah janji, weekend yang aku dan Lina berada di Langkawi, dia berada di Kuantan, dan hari Isnin dia akan berada di KL, hari Selasa meeting dengan aku dan hari Rabu presentation. Haramjadah betul la budak ni!!! Bagi tahu la kalau ada hal atau perlu ditangguh meeting dengan aku, jangan la senyap dan tak angkat phone! (aku terlupa kemesraan luar batasan aku dan Lina di Langkawi dan aku boleh marah pula suami dia, adik aku juga!).

Lina kata dia tak ada dengar apa-apa dari Joie...Lina jemput aku datang rumah, lunch kat rumah mak. Mungkin petang nanti Joie akan muncul atau membuat panggilan.

Tengahari tu aku pergi ke rumah mak...seperti biasa...makan tengahari, gurau-gurau dengan mak, layan dia dan ianya bermula, the begining of the end...

Sebuah kereta peronda berhenti di hadapan rumah. Aku telan airliur, mak rebah kat situ juga, sempat aku sambut. Abang polis menerangkan perkara yang terjadi. Joie accident, sekarang berada dalam ICU, Hospital Ipoh. Keadaan agak parah dan tenat serta berada dalam coma, namun vital signs stabil.

Aku pun set things in motion. Call bapak aku dan abang-abang aku. Aku suruh Lina siapkan mak, bawa mak punya keperluan dan ubat-ubat dia, kena segera ke Ipoh, nanti ahli keluarga yang lain akan menyusul kemudian, aku kena rush dulu ke sana, bersama mak dan Lina. Abah akan terus ke sana dari pejabatnya.

Abah boleh sampai dulu, driver dia lagi laju drive dari aku atau mungkin dia tahu shortcut. Aku check di mana Joie berada dan terus meluru ke wad ICU yang disebutkan. Aku arah mak dan Lina masuk ke lift, abah sudahpun berada di was ICU tu, Mak meluru kat abah. Tangisan mak dah macam orang hysteria, anak bongsu dia, anak emas, anak manja dia, terbaring pucat di atas katil, pelbagai alat, pelbagai wire dan saluran silang menyilang, di tambah balutan di kepala Joie, matanya bengkak, mukanya sembab dan tangannya bersimen.

Lina berjujuran airmata. Aku sebak di dada. Aku hampir Lina, aku pegang bahunya dengan niat menenangkannya, namun, Lina menjauhkan diri dari sentuhan aku. Aku berkecil hati dengan penolakkan dari Lina, menyakitkan tapi aku tersedar, dihadapannya, Joie, suami dia, adik aku, yang sedang menanggung kesakitan dan penderitaan berpuluh malah ribuan kali ganda hebat dan beratnya dari apa yang aku rasai!

Doctor bertugas datang menghampiri kami dan menerangkan Joie bukan mengalami kemalangan, tetapi menurut lapuran yang diterima, dia telah dipukul oleh samseng jalanan. Mungkin sebab kemalangan kecil. Sahlah ni, aku mengagak. Joie memang panas baran kalau bawa kereta, dia saja yang betul, orang lain semua bangang. Mungkin dia tersalah pilih lawan agaknya, dia pula kena hempuk.

Aku panggil driver abah, abang Yusof dan aku suruh dia pergi mencari kereta Joie. Tanya dulu di Balai Polis dan jika tiada, Majlis Perbandaran, mungkin dah ditarik. Kalau tiada juga, cari di mana tempat kejadian itu berlaku.

Aku buat beberapa panggilan, terutama pada Iza, secretary aku tu. Hampir 1 jam juga aku senaraikan pelbagai perkara yang dia perlu urusakan, meeting yang perlu di-reschedule, appointment yang perlu ditangguhkan dan macam-macam lagi.

Aku hargai keperhatinan si Iza ni dan juga cara dia handle pressure. Iza sempat ucapkan simpati. Aku terima seadanya walau seakan aku dapat detect nada yang agak sinis. Ahh...mungkin padan dengan muka aku kut!

Wife aku pun on the way dan aku suruh bawa pakaian persalinan sebab aku akan berada di sini beberapa hari, mungkin minggu, mungkin tahun sehingga Joie sembuh. Aku rasa bersalah.

Lewat petang abang Yusof call aku dan menyatakan BMW Joie dah dijumpai, di Impiana Casuarina (dulu Casuarina Parkroyal), Jalan Gopeng. Pelik! Apa sebab Joie ada di Ipoh, katanya dia di Kuantan dan mungkin Kuala Terengganu. Juga, beberapa insiden macam tak kena sahaja.

Polis yang datang ke rumah kata accident, doctor kata samseng jalanan tapi kereta Joie elok parking kat hotel. Misteri juga ni, makin mendalam. Mana satu versi yang boleh dipercayai, atau mungkin, versi yang sebenar belum pun diberitahu kepada family aku.

Aku tak boleh berdiam diri. Aku membuat beberapa panggilan, Ipoh ni taklah besar mana sangat. Mesti ada contact-contact aku yang tahu atau yang terdengar tentang kejadian menimpa Joie. Aku syak dia kena pukul di Casuarina sebab kereta dia ada disitu, jadi dia tidak kemana-mana. Seorang demi seorang mengatakan mereka tidak tahu menahu tentang perkara itu. Ada jugak yang akan menanyakan kawan-kawan mereka pula. Networking at its best! Someone must know and seen something!

Breakthrough pada pukul 10 malam. Kawan atas kawan bernama Toi (nama betul tak ingat) confirm dia nampak Joie dalam keadaan mabuk di Casuarina dan juga kekecohan yang terjadi selepas itu. Dia tak menyangka Joie yang terbabit. Itu sahaja yang dia tahu. Aku berterima kasih padanya. Jelas sekali, Joie mabuk dan bergaduh! Persoalannya, apa dia buat kat Ipoh bila dia sepatutnya berada di Pantai Timur!

Persoalan itu terjawab bila Sam, partner Joie mengatakan, Joie telah ke Penang...bila dia sebut Penang, aku rasa nak pitam! Penang ke Langkawi tak jauh! Joie ke sana untuk cover satu event yang sepatutnya Sam handle, tapi tak dapat nak pergi kerana hal kekeluargaan. Mungkin Joie singgah Ipoh untuk berehat on the way ke KL. Adussss...kecut perut aku, senak dan aku berpeluh dingin.


Ingatan aku terimbas ke Langkawi pada pagi Ahad sebelom flight kembali ke KL malam tu, aku dan Lina berpimpin tangan, berpeluk-pelukan, berjalan mesra di Pekan Kuah dan aku seakan perasan kelibat wajah seiras Joie. Sekilas sahaja dan ketika itu aku tak berapa pasti.

Aku tidak hiraukan perkara itu kerana aku tahu Joie berada dia Kuantan dan aku terus merangkul pinggang Lina. Joie ke??!! Could be?? It couldn’t...or could it?? Otak aku confuse, jiwa aku kacau, aku tak tahu apa yang aku fikirkan dan pada masa yang sama, terlalu banyak benda bermain difikiran. Damn!!!!!

Masuk hari ke-tiga aku di hospital. Joie telah keluar dari ICU dan keadaannya tidak lagi critical. Cuma aku seorang sahaja yang berada menanti Joie. Abah, mak, Lina, wife aku, abang-abang aku dan keluarga mereka telah balik sehari-dua yang lepas. The worse is over, kata doctor dan itu yang aku sampaikan kepada family aku. Kami sekeluarga berasa lega.

Hari ke-empat, aku arrange supaya Joie dipindahkan ke KL, destinasi, Gleneagles, Ampang, dekat sedikit dengan rumah mak. Doctor suruh aku tandatangan pelbagai borang perlepasan dan pada lewat malamnya, Joie dah sampai ke KL. Dekat dengan keluarga, jadi kami boleh berganti-ganti menunggu dia.

Hampir 2 minggu Joie coma dan dalam tempuh itu, beberapa kali pembedahan dilakukan terhadap kepala dia. Tengkoraknya yang hancur di kawasan yang terkena pukulan oleh benda keras tu perlu dikeluarkan sedikit demi sedikit, bagi mengelakkan terkena otaknya yang bengkak. Syukurlah tiada injury pada otaknya, kalau tidak, doctor cakap, Joie mungkin dah dikebumikan. Namun dari hari ke sehari, air muka Joie sudah berubah, vital signs dia kembali cergas sedikit demi sedikit.

Genap hari ke-22 dari tarikh dia coma, Joie mula menunjukkan tanda-tanda pulih dan sedar dari coma. Semasa kami beramai-ramai berkerumun di keliling katilnya, Joie membuka mata dan cuba berkata-kata...lemah dan perlahan...Lina memegang tangannya sambil teresak-esak menangis, lalu merapatkan telinga ke mulut Joie...

“dia nak Coke...” kata Lina terketar-ketar menahan tangis dan juga tawa.

Hampeh adik aku ni...dah separuh padam, the first thing dia mintak, Coke. Kimak!

Seluruh keluarga bersorak, berpelukkan, gembira, terharu dan lega yang amat sangat. Kesyukuran kelihatan pada wajah masing-masing, kecuali aku. Aku bersalah, wajah bersalah aku memang ketara kalau diamati, walau aku cuba sorok dibelakang senyum dan tawa. Lina memandang pada ku, sebentar sahaja renungannya, namum cukup menampakkan kekesalan, rasa bersalah, rasa berdosa. Mengalir air mata aku...what have I done!!?????

Aku lihat Joie memegang Lina dengan erat, melihat wajahnya dengan penuh kasih sayang, sesekali dia menoleh ke arahku...aku tak sanggup bertentang mata dengan Joie...tidak...aku berdosa...aku bersalah...my guilt is killing me...aku rasa nak terjun jer dari bilik tu.

Tangisan Lina lagi membuat aku sayu. Joie tak henti-henti memujuknya. Mengucapkan kata sayang, kasih, cinta dan rindu pada Lina. Raungan Lina bertambah kuat. Aku tahu, rasa bersalah Lina juga sedang bergelumang di dalam jiwanya. Biarlah mereka yang lain menyangkakan ianya tangisan gembira.

Abah dengan mak terus arrange kenduri kesyukuran. Abah suruh semuanya keluar dari bilik tu dan biarkan Joie dan Lina bersama. Semuanya dikerah balik untuk menguruskan kenduri. Semuanya keluar dan tahu akan tanggungjawab masing-masing.

Abah dan mak dah berlalu, abang-abang aku dengan wife dan keluarga masing-masing pun menurut. Aku masih termanggu-manggu. Wife aku ajak balik, aku suruh dia balik dulu, tolong mak dan ipar-ipar lain. Dia pun balik mengikut salah seorang abang aku. Aku lepak di corridor ruang menunggu. Aku tak tahu apa aku tunggu.

Bila keadaan lengang, aku lihat abang aku yang sulong, Along (of course la kan) berjalan ke arah aku. Aku berdiri menantikan dia hampir.

“nape Long…ada bend—..”

Tak sempat aku habiskan pertanyaan, penumbuk Along sampai kat muka aku. Sebijik aku kena. Aku tak melawan, aku tak tahan, tak halang pun pukulan ke-dua yang singgah. Begitu juga bila Along tampar muka aku. Aku diam.

“Lu kenapa Jim!!??” Along bersuara. Bila dia guna “lu” tu bermakna dia marah, tahap dah tak dapat tahan.

“Takda apa-apa Long…”

“Lu jangan ingat aku tak tahu. Aku buat diam sejak Joie kat ICU lagi, sekarang dia dah sedar, dia dah okay, aku tak boleh diamkan benda ni...lu jangan buat hal lagi dengan Lina...”

“...buat apa dengan Lina, Lo - ...”

Satu lagi penampar singgah kat muka aku! Aduss padankan muka aku. Aku bersalah, aku tak tahu apa yang Along tahu, tapi aku cuba nak tegakkan benang basah...

“..don’t fucking mess with me, Jim…Joie call aku the night before dia accident tu…dia nampak lu dengan Lina kat Langkawi dan sebelom ni…kak Sara ada report kat aku dia nampak lu dengan Lina, behaving in a way you are not supposed to behave!!!..aku buat diam hingga hari ni...aku tak nak dengar anymore of this bullshit from you!!!...no more warning, Jim...this end tonite!”

Along seorang saja yang boleh belasah aku macam tu. Along dan mungkin abah la. Boleh tahan gangster juga Along aku semasa dia muda-muda, so takat nak belasah aku, anytime dan tak mungkin aku melawan, especially aku bersalah. Aku tahu, amaran Along tak boleh diambil mudah, mungkin aku pula yang masuk ICU nanti. Joie, sebagai yang bongsu, memang selalu di bawah lindungan Along.

Barulah terasa kecilnya dunia ini. Macam manalah kak Sara, bini Along boleh nampak aku dan Lina. Bila, di mana, bagaimana, aku rasa aku cover line dah cukup cemerlang!

Elina Shakila - Part 6

“Lina…wakey wakey, dah sampai…”

“huh…” Lina membuka mata, agak keliru dan mamai.

“dah sampai dah ni…” aku menjelaskan. Sempat juga dia tidur walhal, flight ke Langkawi adalah sekitar 40 minit jer.

“Oh..” jawabnya ringkas. Lina menaikkan kerusi to the upright position dan terus mengeluarkan compact powder dan lipstick dari handbag.

Flight AirAsia ke Langkawi tak lama sangat dan tak la ramai orang sebab off-peak season. Lagipun weekdays ni. Dalam flight aku perhatikan strategy AirAsia ni. Siapa sangka, jual tiket puluhan ringgit sahaja, tapi boleh untung ratusan juta. Aku gelak kecil juga, sebab aku tahu, ratusan juta juga hutang yang tertangguh. Aku pun boleh berniaga kalau tak perlu bayar hutang sana sini. Well, none of my concern, pandai-pandai mereka la nak hidup.

Raymond dah memang menunggu kami di airport. The Datai Langkawi merupakan tempat presentation akan dilaksanakan. Giler dorang ni buat bisnes, satu apa tak bermula lagi, duit dah awal-awal ditabur sana-sini. Guna duit untuk pikat duit untuk buat duit.

Aku diberitahu bahawa yang bakal menghadiri “event” yang dianjurkan oleh Raymond ni bukan kecik anak. Kebanyakkan dari mereka memang dikenali, beberapa tycoon yang low profile.

Terdapat juga beberapa orang “proxies” atau muka hadapan bagi orang-orang tertentu yang tidak boleh dikaitkan dengan duit dan harta yang banyak. Raymond dan juga beberapa private venture capitalist yang lain-lain adalah individu dan syarikat-syarikat yang akan mengumpul dana untuk projek-projek persendirian untuk orang-orang persendirian tertentu. Projek sebegini adalah clean atau bersih dari campurtangan kerajaan. So, yang kaya tolong yang kaya untuk menjadi kaya dan mereke sesama mereka je jadi kaya. Orang-orang biasa macam aku ni, dapatlah serpihan dan sisa-sisa mereka.

Presentation yang direncanakan oleh Raymond malam nanti adalah untuk a very selected core people. Cream of the cream yang Raymond dah pilih. Everything is free untuk mereka ni. Transport, lodging, makan, golf, minum, karaoke dan benda yang mereka paling suka, perempuan. Orang-orang kayalah golongan yang paling gemarkan benda-benda free. Ianya membuatkan mereka rasa penting, besar dan disanjungi. Walau dorang mampu nak bayar apa sahaja, tapi kalau mereka dilayan seperti raja, tak perlu bayar satu sen pun, waduh, lagi kembang la hidung mereka. Inilah salah satu kepakaran Raymond dalam menggunakan ke-ego-an para pelabur yang dia pilih.

Selepas peristiwa di atas awan tu, aku dah Lina bertungkus lumus menyiapkan presentation yang dikehendakki oleh Raymond. Aku hold dulu ongoing project yang ada dan memberikan tumpuan kepada project yang satu ni…dan juga pada Lina.

Dia semakin manja dengan aku. Kehadiran aku diterima 100% dan sepenuh hatinya. Aku pula memang memanjakannya. Sentuhan makin mesra, gurau senda makin menjadi dan segala apa di tubuh badannya aku telah nikmati.

Aku pun mengakulah, aku sebenarnya telah jatuh hati padanya sejak kali pertama aku ternampa dia dengan baju sekolah di rumah aku semasa Joie bawa dia pulang. Sejak dari itu, aku mengaku, Lina telah menjadi fantasi aku, aku terus terang, aku tak boleh lupakan dia walau aku jauh di luar negara. Aku juga menyatakan keinginan aku untuk bersamanya, setiap detik, setiap saat.

Selepas kami check-in (dua bilik berasingan, tapi ada pintu adjoining, untuk cover linelah, tak la nampak sangat aku couple dengan Lina) aku mula buat preparation bersama Raymond untuk presentation malam nanti.

Lina menyatakan dia hendak keluar ke Pekan Kuah, nak shopping serba sedikit cenderahati, katanya. Aku biarkan dia pergi, aku banyak nak prepare.

Lewat petang, Lina pulang dengan tangan penuh beg plastik. Shopping sakan dia. Aku suruh dia siap cepat, dah hampir masanya untuk buat presentation.

Aku dan Lina siap, full official suit. Aku dengan navy blue Armani dan Lina dengan pants suit pastel orange Max Mara. Aku ingat lagi beli kat butik di Concorde KL.

“Lets kill ‘em, sweetie!” aku ujar sambil menghulur lenganku untuk dipaut of Lina.

“lead the way, handsome…”

Kami berjalan ke elevator dan turun ke lobby lalu terus disambut oleh Raymond. Melalui lobby dan menyusur ke conference room. Aku ingatkan ballroom utama akan digunakan, namun takkanlah guna tempat sebesar itu untuk 20-30 orang.

Raymond membawa kami ke conference room yang terletak di lain floor. Oh, sini rupanya. Private sedikit dari main ballroom tu.

Bila aku buka jer pintu conference room tu, aku dah terlopong. Lina pandang aku, aku pandang Lina. Ini nak meeting ke atau nak berpesta!!?? Dah tak rupa conference room. Ada music machine, dengan DJ console, big screen, karaoke set, lampu samar-samar, disco ball, lampu kelip-kelip, belon, alahai dah macam kelab dangdut. Aku dengan Lina tertawa, begitu juga Raymond. Hantamsajalah labu!!!

Presentation rupanya akan diadakan di adjoining room yang agak kecil sedikit. Bilik utama yang besar ni adalah untuk menggosok dan membodek para-para pelabur, supaya mereka pening-pening lalat, seronok, gembira dan tersenyum saja bila duit mereka keluar nanti. Tidak menjejaskan operasi Raymond berbelanja 100 ribu ke 200 ribu jika pulangan nanti dalam kiraan berjuta-juta.

Malam itu berjalan dengan baik, segala perancangan terurus lancer dan presentation aku adalah salah satu aktivit dalam beberapa agenda dirancang oleh Raymond yang berjaya mengikat kontrak pelaburan berjumlah RM15 juta kesemuanya. Bagi aku, duit kocek saja bagi mereka-mereka yang hadir malam tu, 30 orang kesemuanya, kalau dibahagi sama rata, hanya RM500 ribu seorang. Kacang putihlah!

Aku dan Lina lepak sebentar di bilik temasya tu, saja sebagai menghormati tetamu-tetamu Raymond, yang ada juga aku kenal beberapa orang.

Dalam pukul 11 malam, aku ajak Lina keluar dari tempat tu. Biarkanlah mereka-mereka nak berpesta. Bak kata Ahmad Nespu dalam cerita Tiga Abdul, “dancinglah sampai pagi, bapak tak marah...”

“so, what’s our plan tonite?” tanya Lina ketika kami melangkah meninggalkan temasya tersebut dan berjalan semula kea rah elevator untuk kembali ke bilik masing-masing.

“I dunno, tidor maybe, tengoklah camna, kita balik bilik dulu, nanti kita decide, okay..” aku memang tiada apa-apa plan pun untuk malam ini, rasa macam nak rest dan besok baru aku cadang nak keliling Langkawi, nak jadi tourist. Tapi esok la...

“ok...if you say so...” ujar Lina, dengan senyuman yang melirik panjang.

Aku antara perasan dan tidak senyuman itu. Senyuman nakal atau mungkin hanya perasaan aku sahaja. Aku biarkan ianya berlalu, malas nak pursue.

Sampai di bilik, aku masuk toilet terus aku sediakan air panas dalam bathtub. Aku nak berendam air panas malam ni. Ahh...aku dah rasa kesegarannya...cepat-cepat aku membuka pakaian, ambil rokok dan terus semula ke bilik air.

Aku berendam. Aduh bestnyalah...nikmat dan melegakan. Memang aku mengamati dan tengah enjoying myself. Khayal dan mengasyikkan, sambil aku hisap Dunhill, asap berkepul-kepul, fikiran melayang entah ke mana...dan –

”JIMMMMIIIIIIIIIIEEEEEEEEEEE!!!!!...”

Teriakkan Lina bergema. Kelam-kabut juga aku. Dalam syok aku berangan, terkejut aku! Seketika juga aku nak cari balik bearing dan kedudukan. Aku terus melompat dari tub dan aku capai towel.

”Lina...kenapa? Whats wrong??!!!” tergesa-gesa aku meluru ke bilik Lina melalui adjoining door.

Oh my Goshhhhh!!! Oh bloody hell…oh my fuckin gosh!!!! Itulah sumpah seranah yang terkeluar dari mulut aku bila melangkah masuk ke bilik Lina.

Bukan marah atau hilang pertimbangan, tetapi kerana terlampau terkejut dan terlalu teruja.

Lina berdiri di tepi dresser dengan pakaian seragam pinafore sekolah menengah, rambut pony tails, stokin putih…jantung aku macam nak luruh!

Lina yang berusia 16 tahun, Lina yang kali pertama aku temui berdiri dihadapan aku. Langsung aku tidak sangka Lina akan meng-surprise-kan aku sebegini.

Lina senyum.

Aku terkedu.

Lina menghampiri aku dengan perlahan.

“What’s this all about...” tersekat-sekat dan berketar-ketar juga suara aku. Aku bermimpi ke ni...atau fantasi aku akan menjadi realiti...atau realiti ini adalah fantasi...

“my way, of giving myself to you, Jimi...the first time you really saw me, right, as you told me...in my school uniform...now i’m yours…from that first moment…”

OHMYGOSH!

Pesta aku bersama Lina pada malam itu mungkin tak sehebat, tak sebingit, tak semeriah pesta orang-orang kaya yang berlangsung di dalam conference room itu, namum, tiada perkataan dapat membayangkan, menerangkan kenikmatan, keasyikkan dan kehangatannya.