Aku hanya sedar
yang aku telah sampai ke lokasi yang aku tuju bila diberitahu oleh drebar
teksi. Jauh betul renungan aku tadi. Selesai membuat bayaran aku terus ke
sarang penyangak yang telah diterangkan oleh Eddy. Memang kawasan ni tempat
klasik sarang penyangak.
Siapa yang biasa
dengan kawasan Brickfields tu akan tahulah keadaan lorong lorong gelap dan juga
rumah rumah separuh gelap di situ. Ramai kutu kutu jalanan, matpet-matpet,
gangster tali kasut dan juga mat-mat indon dan bangla berkeliaran.
Di
deretan rumah tumpangan murah tu, keluar masuk umat perlbagai ragam mencari
kupu-kupu malam dan tempat perlempiasan nafsu dan tak kurang juga tempat
tongang arak. Aku doa dalam hati agar matlamat aku tercapai malam ni juga, masa
tidak menyebelahi aku.
Destinasi
aku, sebuah kelab dangdut, tersorok di tingkat 2 deretan rumah kedai di situ.
Sepertimana yang Eddy gambarkan describe, kelab tu tak seberapa, lampu neon
yang merangkap papan tandanya pun malap jer tapi pengunjungnya ramai.
Kaki
lima menghala ke kelab tu agak sesak dengan orang kerana terdapat sebuah gerai
mamak di situ. Aku sedar ramai mata merenung aku, orang asing, muka baru pada
yang biasa mengunjungi tempat itu. Topi yang aku pinjam dari Zan memainkan
peranan dalam menghalang mata mata yang liar dari melihat muka aku dengan
jelas.
Sebelum
aku melangkah anak tangga untuk naik ke kelab tersebut, aku lihat deretan
kereta yang diletakkan di depan bangunan tu dan aku perhatikan seperti ada
sesuatu yang tak kena pada tempatnya.
Mata
aku tertumpu pada sebuah kereta – Nissan Fairlady z370, full body kit,
warna putih; diantara barisan Satria dan Wira yang dah bikin di situ. Hmm...ada orang kaya baru nampaknya.. Ingin
menunjuk kehebatan
Jarang
kereta sebegini menjadikan kawasan ini sebagai tempat permainan. Kalau datang
pun pasti sekejap, kawasan ni tak selamat. Kesimpulannya amat nyata, pasti yang
empunya ni orang baru dan belum mamahami atau mungkin, sengaja untuk menunjuk
nunjuk.
Betullah
kata Eddy, “orang baru” yang mengambil kontrak mengerat leher aku, masih mentah
dan masih amature.
Aku
meneruskan langkah menaiki anak tangga ke tingkat 2, melintasi beberapa mamat
yang lepak di tepi tangga tu. Cahaya malap membantu aku untuk tidak kelihatan
begitu menonjol dan terlalu ketara.
Aku
memasuki kelab tu, lagi gelap, cuma downlight suram dan lampu disko yang
berkelip kelip tu jer yang memberi sedikit sinaran untuk melihat jalan.
Kelab
tu penuh. Aku mencari tempat duduk di bar supaya senang aku memerhatikan
keadaan. Tempat duduk paling jauh dari dance floor dan juga pentas menjadi
pilihan aku.
Kumpulan
dangdut sedang mendendangkan lagu. Bingat telinga, bising ya amat. Berhadapan dance
floor adalah sofa-sofa yang disusun berkelompok kelompok dan semuanya ada penghuni.
Mata
aku ligat memerhati dan mengamati pengunjung yang hadir. Sukar juga dalam
keadaan kelam tu dan cahaya berkelip kelip.
Muncul
bartender bertanya apa minuman yang
aku mahu. Aku hanya memesan Coke dan bartender tu sengih seolah olah memerli,
aku buat tak tau dengan jelingan sinisnya, peduli
apa!, dah memang aku tak sentuh air neraka tu.
Coke yang aku pesan
sampai dan wajah bartender tu masih dengan lagak sombong. Aku keluarkan duit
untuk membayar dan ketika dia ingin mengambil wang tersebut, aku pegang
lengannya. Dia tersentak. Aku mengatakan bahawa aku hanya hendak bertanya
sesuatu lalu aku lepaskan tangannya semula.
“Rilek
brader, aku bukan apa yang kau sangka. Keep the change!”
aku jerit di telinganya sambil meletakkan duit 100 ringgit untuk membayar Coke
berharga 12 ringgit tu.
Mamat tu pun tunduk
ke arah aku.
“Siapa punya Nissan
Fairlady kaler putih kat bawah
tu?”
Aku nampak dia
seakan gugup seketika. Entahlah kenapa. Mungkin dalam tempat ni ada undang-undang
tak bertulis mengenai orang yang datang bertanyakan orang lain.
“Tak payah sebut
nama, tunjuk mana jer cukup”
“Meja 14, depan sekali,
belah kiri stage” ringkas mamat tu membalas dan dia terus belah mengambil order di sudut lain bar tu.
Aku perhati
bartender berlalu pergi untuk memberikan sedikit ruang sebelum aku mengalih
pandangan aku kat meja yang disebutkan, depan, sebelah kiri stage.
Tersirap darah aku.
Aku tak payah
tengok muka dia, tak nampak pun dalam gelap dan samar ketika itu, tapi memang
sahih, dari saiz badan dan bentuk rambut, aku kenal benar, dialah mamat yang
mula-mula masuk semasa percubaan membunuh aku tu. Cilakak, loaded kau, semua dari duit darah aku.
Memang bertuah aku
malam ni dan memang malanglah kau malam ni. Allah tu Maha Pemberi, aku
bersyukur kerana Allah menemukan aku dengan bangsat tu malam ni juga. Allah
menyebelahi pihak yang benar, doa orang yang teraniaya selalunya dimakbulkan,
aminnn!
Aku tak sentuh pun
Coke di depanku. Aku terus keluar dari kelab tersebut dan mengambil keputusan
untuk lepak di gerai mamak di bawah. Aku order teh tarik dengan nasi goreng
mamak satu.
Masa untuk
menunggu. Bak kata Pakcik Lamin, “jerat tak pernah lupa pelanduk, pelanduk jer
yang lupa kat jerat.”
Aku kena pasang jerat untuk pelanduk sekor ni!!, eh,
bukan pelanduk, babi hutan, lagi tepat!! Memang aku dah samakan
taraf dia dengan seekor khinzir, malah lebih redah dari tu, cuma aku tak tahu
apa jenis binatang lebih jijik dari khinzir.
No comments:
Post a Comment