Aku
cuba bangun tapi terhalang oleh kesakitan yang meledak dibelakang kepala aku. Aduhhh!! Aku kembali terbaring. Tangan
aku pula terasa bagai dicucuk besi panas…arghh!!...jarum
I.V. drip yang mengalirkan cecair ke dalam
tubuhku tu amatlah halus tapi aku rasakan bagai sebesar paku yang telah diketuk
menembusi lenganku.
Aku
dapat merasakan tangan memegang bahuku dan dengan perlahan memujuk supaya aku
kembali baring. Mata aku masih kabur lagi dan bila kekaburan itu berlalu, objek
pertama yang aku nampak adalah muka si Yusuf. Laju otak aku memproses data tu
dan memadankan muka tu dengan nama Yusuf dan SGE. Confirm otak aku tiada
mengalami kerosakan yang kronik!
Aku
senyum sebagai pengakuan yang aku mengenalinya. Aku melihat mulutnya kumat-kamit
tengah berkata sesuatu dan dalam beberapa detik baru aku dapat tangkap dan
fahami yang dia sedang melafazkan “Alhamdullillah” tidak henti-henti. Sudah sah
sekarang yang otak aku dah mencapai efficiency mutlak.
Kemudian,
dalam keadaan terbaring tu aku memalingkan muka ke arah pintu dan memerhatikan
seorang doktor dan beberapa orang jururawat meluru masuk. Berdentam-dentum bunyi pintu, bunyi meja dan kerusi berlanggar bila doktor dan jururawat yang
bertugas kelam-kabut berlari mendapatkan aku. Yusuf pula disuruh keluar.
“Alia
mana, Suf…!!?? Alia mana…??” Aku berteriak sepenuh hati pada Yusuf. Aku rasa
aku berteriak, menjerit dengan kuat tapi tak tahulah samada ada suara aku
keluar atau tidak dari kerongkong aku.
Dalam
kesibukkan para doktor dan jururawat membuat pemeriksaan pada diriku, kesemuanya
kembali kepada aku. Segala memori dan segala kejadian yang berlaku ke atas
diriku. Aku risaukan Alia. Alia pasti dalam kesusahan dan aku terlantar di sini
tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantunya. Aku rasa begitu lemah, tak guna
hidup, tak guna jadi lelaki macam ni kalau tak dapat membantu Alia.
Aku
tercari-cari mana Yusuf yang seakan-akan telah hilang begitu saja. Aku perlu
kehadirannya. Aku perlu pertolongan darinya. Doktor dan jururawat masih
melakukan sesuatu pada badanku, belek sana belek sini. Aku rasa nak halau je
mereka keluar tapi aku perlukan mereka, aku perlu pulih, aku perlu sihat dan
kembali kuat kerana Alia perlukan aku.
Dari
saat singgahnya penumbuk yang dihayunkan oleh penyanggak yang aku sangka tersalah
bilik, sudah terdetik di dalam hatiku yang Alia dalam bahaya dan memerlukan
aku. Mereka dah dapat Alia kerana Alia sahaja yang tahu di mana kami berada,
hotel mana dan bilik mana. Tiada orang lain yang tahu.
Kini
aku perlukan kekuatan, kesihatan dan kewarasan aku semula. Aku perlukan segala
kemahiran yang ada, segala ilmu yang aku pelajari dan juga segala kepintaran
dalam diriku.
Tapi, buat masa ni, biar orang lain tolong aku
dulu, biar doktor dan jururawat, yang aku rasa menyibuk je, membetulkan apa
yang tak betul dengan badan aku ni.
No comments:
Post a Comment