Dan berdiri depan
aku, seorang lelaki muka macam lanun.
Belum sempat aku memberitahu
yang dia salah bilik, penumbuk dia dah sampai, aku tak sempat nak tepis atau
mengelak. Aku alpa dan leka seketika kerana kerisauan pada Alia membuat aku
tidak memberikan tumpuan kepada bahaya yang datang. Tersungkur juga aku di tepi
meja. Mamat tu melangkah masuk.
Aku pantas bangun
dan terlihat di belakang mamat tu ada dua orang lagi penyangak. Tiga lawan
satu! Sukar tapi tidak mustahil. Mungkin payah sikit sebab bilik hotel ni agak
kecil, pergerakkan aku terhad.
Ni pasti kerja
Harith!
Ingatan aku terus
kepada Alia. Apa yang mereka telah buat padanya. Alia seorang
sahaja yang tahu dimana kami menginap di Kuala Lumpur. Nama yang digunakan
untuk mendaftar juga bukan nama betul. Pasti Alia sudah ditangan mereka! Tiada
cara lain untuk maklumat ni diketahui. Darah aku terus mendidih. Kenapalah
Harith tidak ada sama mereka bertiga ni, sedap sikit aku nak belasah!
Mamat
pertama tu cuba nak terajang aku, aku tepis, tangan aku mencapai sebuah tablelamp
yang berada di situ dan aku hempuk mamat tu. Berderai lampu meja tu di kepala
mamat tu.
Saat
tu juga, salah seorang dari mereka menghentak aku dari belakang dengan kerusi.
Hentaman
itu membuat aku terlanggar dinding. Aku terasa darah panas mengalir di bahagian
belakang kepala aku. Aku gagahkan juga semangat dan aku tidak hiraukan
kesakitan yang aku rasai.
Aku
berpaling dan mamat ke tiga tu sudah mengeluarkan pistol dan mengacu ke arah
aku. Aku kerah segala tenaga aku dan aku terkam kearahnya.
Aku
genggam tangannya yang memegang pistol tu. Kuat dia melawan dan lagi kuat aku
memulas tangannya itu.
Ada
tangan pula sedang memegang dan menekan bahuku dari belakang. Aku biarkan, aku
tahan kesakitan yang aku rasa. Perhatianku tertumpu pada tangan yang memegang
pistol yang sekarang ini tepat diacukan di mukaku!
Tidak! Not like this!
Aku
tak rela menemui ajal dalam keadaan begini…jauh dari Alia!
Tekanan
di belakang aku makin kuat, aku makin terdesak. Tangan aku makin tidak berdaya
memegang dan menghalang pergerakkan mamat yang memegang pistol tu. Hanya satu
cara sahaja yang tinggal. Aku pusingkan badan dengan sekuat tenaga yang ada. Kedua-dua penyanggak yang menyerang aku pun turut beralih arah dan hilang imbangan.
Dalam
kekalutan tu, belum sempat aku membuat tindakan selanjutnya, pistol tu meledak
dengan desingan yang memekakkan telinga aku.
Kemudian,
aku nampak diriku jatuh.
Aku
nampak diriku longlai kelemahan dan jatuh tersembab di bucu katil.
Aku
nampak titisan darahku yang menyembur keluar.
Akhirnya,
aku tak nampak dan tak mendengar apa-apa lagi melainkan jeritan yang hanya bergema
di dalam diriku melaungkan Allahuakbar...
No comments:
Post a Comment