First
yang aku beli di The Mall adalah handphone
baru dan juga talian baru.
Aku perlu nombor baru untuk
berhubungan dengan contact-contact
aku bagi membolehkan nombor biasa aku bebas, mana tahu Alia membuat panggilan
atau ada panggilan meminta tebusan atau apa-apa panggilan pun. Aku pasti
telefon yang aku gunakan sudah menerima puluhan miss call.
Kemudian aku ke kedai stationery,
aku beli letter opener, aku pilih yang berat dan tebal. Bermata tajam
dan runcing, sepanjang 6 inci dan diperbuat dari besi saduran. Pemegangnya solid,
sedap dalam gengaman aku. Imbangannya serata dan kalau dibaling pasti tepat ke
sasaran. Sekarang aku dah bersenjata.
Aku masukkan dalam sarung
kulit yang datang bersamanya. Jalan bawa pisau salah beb, polis boleh
tangkap lu, tapi bawa letter opener masih boleh dipertikaikan
lagi (ni bukan pakcik aku ajar, ni member-member
seperjahatan dulu yang kasi idea).
Dari situ, aku jalan ke Jalan
Tunku Abdul Rahman, menyelinap ke kawasan pasar Chow Kit. Dah lama aku tak menjengah
kawasan tu. Tapi aku masih ingat di situ ada sebuah kedai Sinseh.
Di tengah-tengah kemajuan di sekitar
kawasan tersebut, yang hampir mengabui mata aku, kedai tu tetap di situ dan
tetap berkeadaan lusuh sepertimana yang aku ingat. Dari jauh aku terhidu bau
yang aku kenal.
Aku berdiri di
hadapan kedai tu. Aku
perhatikan ukiran kayu yang bermotifkan tulisan Cina di atas ambang pintu kedai
tersebut. Masih seperti dulu juga. Aku melangkah masuk dan aku terpaku
seketika. Taukeh kedai tersebut adalah orang yang sama dalam imbasan memori aku
belasan tahun yang lalu dan dia sedang duduk di tempat yang sama juga
sepertimana yang aku ingat. Macam kembali ke zaman silam pula.
Taukeh
tu tak perasan kehadiran aku. Dia sedang tunduk membaca akhbar berbahasa Cina di
belakang kaunter. Rambutnya yang putih dan kawasan botak di tengah kepalanya tu
mengingatkan aku kepada gaya rambut ala Hulk Hogan. Aku memang cam sungguh gaya tu
sejak pertama kali Pakcik Lamin membawaku ke kedai ni.
“Taiko aaa...” Aku jerit ke arahnya untuk
menarik perhatiannya.
Taukeh
tu mengangkat muka untuk melihat aku.
“Taukeh,
kasi sama saya ini barang…” dan aku senaraikan beberapa ramuan dalam bahasa
Cina yang aku tahu.
Terkejut
taukeh tu tengok aku, atas bawah dia tenung. Macam tak percaya saja dengan apa
yang aku sebut. Aku pun kurang pasti apa benda yang aku minta tu, aku main
hafal saja apa yang Pakcik Lamin aku selalu sebut.
“Haiyaaa… lu ka tu Lamin?”
“Bukan laaa taukeh, itu wa punya pakcik la.”
Nama
pakcik aku pula yang dia sebut. Mungkin sebab pakcik aku seorang saja yang
selalu guna ramuan yang aku sebutkan tu dan mungkin mereka kawan lama agaknya.
“Iyaka? Loor…Mana dia sikalang, lama
wa tatak nampak?”
“Ada
kampung sana.” Aku temberang, Pakcik Lamin aku dah lama jadi arwah, malas aku
nak explain, nanti panjang pula cerita, aku nak pendekkan saja lawatan
aku ni.
“Eh! Lu
punya muka apa pasat?” Tanya apek tu sebaik sahaja renungan matanya yang
mengimbas wajahku menemui kesan kecederaan.
“Tarak apa pasat la taukeh, wa jatuh motor saja”
“Okeh, okeh lor…nanti sikit jam, itu balang lu mau lalam simpan, lu sini tunggu. Sulah lama olang tarak mintak ini balang…lu punya pakcik dulu satu olang saja sulalu mintak…haiya…tunggu haa!”
Taukeh
tu hilang dari pandangan aku menuju ke arah belakang kedai tu. Mungkin ke stor
simpanan bahan-bahan dan ubat-ubatan agaknya. Aku dah terbayang terdapatnya
pelbagai benda-benda ganjil dalam stor kedai tu…dinosaur pun ada kut, kambing bertanduk tiga, ular berbulu seperti
biri-biri dan banyak lagi binatang-binatang mitos yang muncul dalam ingatan
aku.
“Fai ti lai taukehhhh!!”aku jerit.
Dalam
lima minit lebih juga baru taukeh tu muncul bersama beberapa kotak yang agak
lusuh. Dia pun memulakan kerja, menimbang, menyukat, mencincang dan menumbuk
ramuan-ramuan yang diambil dari kotak-kotak yang dibawa tadi. Ada yang macam
kulit kayu, akar tumbuhan, rumpair laut, cendawan, bunga kering dan sesuatu
yang kelihatan seperti cengkerang kura-kura. Betul ke tak ramuan yang apek ni
bancuh! Jadi mutant pula aku nanti! Setelah
selesai, ramuan tu dijadikan 6 timbunan kecil.
Tetiba dia
berhenti dan aku tengok dahi dia berkerut kerut macam tengah memikirkan masalah
matematik yang complex.
“Soli, soli, wa lupa la, ini balang sulah
lama olang talak mintak...”
Lepas tu baru dia teruskan,
agaknya lepas teringat semula formula
yang perlu digunakan. Taukeh tu mengambil serbuk seakan tepung dan tiga jenis
minyak pelbagai warna dan digaulkan dengan timbunan tadi lalu membentuk butiran
butiran kecil sebesar buah ceri. Yang menariknya, kesemua 24 butiran kecil yang
terbentuk sama besar, tere apek ni. Memang kaki gentel ni! Butiran
tersebut kemudiannya dimasukkan ke dalam plastik kecil dan dibungkus dengan
kertas.
“Lu tau machiam mana mau pakai ini obat ka?”
Taukeh tu mengajukan pertanyaan padaku apabila menyerahkan bungkusan tersebut.
Seolah-olah tidak yakin yang aku tahu apa yang aku minta.
“Wa tau taukeh, pakcik wa sudah ajar.”
“Okeh, wa kasi ingat…Lu musti minum
air banyak kalu makan ini obat tau, jangan lupa …”
“Tarak lupa la taukeh! Musti ingat punya. Berapa?”
Taukeh tu pun
mengeluarkan sempoa dari laci dan mula membuat mengira. Kelatak-keletik bunyi sempoa tu. Laju betul jari-jarinya.
Empat ratus ringgit
terbang! Cehh! Entah apa yang mahal
sangat ramuan-ramuan yang ada dalam ubat tu! Ada air mata ikan duyung agaknya!
Dulu Pakcik Lamin
beli dalam seratus ringgit saja, tapi tu dululah, masa taukeh tu naik Vespa lagi, tapi sekarang taukeh tu
mungkin dah pakai BMW ke, Merz
ke, tentu belanja dia pun dah naik, jadi kena la naikkan harga barangan
jualannya.
Aku genggam erat
bungkusan yang aku terima dan terus keluar dari kedai sinseh tu.
No comments:
Post a Comment