“Alia
belum dijumpai lagi!?” Berdesing soalan aku dalam kamar hospital tu.
Aku
rasa nak baling saja dulang di depan aku yang ada bekas berisi bubur nasi yang
tawar tu. Aku rasa aku dah buat pesanan makanan penuh protin untuk memberi aku
tenaga dan kekuatan tapi yang sampai lain pulak! Terus hilang selera aku dan ditambah
lagi dengan kehilangan Alia, lagilah bertambah kerunsingan aku, lagilah aku tak
lalu makan.
Masuk
dua hari aku berada di hospital termasuk duapuluh empat jam yang aku dalam
keadaan koma, tak sedar diri antara hidup atau mati. Sepanjang masa aku koma, Yusuf
dan Rizman dan kekadang Ina bergilir-gilir menemani aku. Tapi selalunya
Yusuflah, dia yang paling rapat dengan aku.
Dalam
sehari yang aku sedar ni, aku sempat luahkan pada Yusuf dari A sampai Z tentang apa yang terjadi. Yusuf tak
menunjukkan sebarang tanda dia terkejut dengan apa yang aku ceritakan.
“Aku dah agak dah!” Itulah apa yang dia
beritahu aku.
Macam
dia perli aku je. Bualan terakhir aku dengan dia semasa pulang dari makan
tengahari sebelum aku menghilangkan diri jelas bermain di ingatan, seolah-olah dia
tahu yang aku terlibat dengan apa yang berlaku pada waktu itu.
Yusuf
kemudiannya memberitahu aku apa terjadi selepas aku kena tembak tu. Dia dapat
korek cerita dari beberapa orang pegawai polis yang dikenalinya dan dan juga dari
apa yang diceritakan oleh Floor Manager
hotel tersebut.
Menurut
turutan kejadian yang Yusuf dapat tahu, ketika aku sedang bergelut dan
bertumbuk dalam bilik aku tu, ada bellboy
yang sedang membawa pelancong-pelancong ke bilik melintas di hadapan pintu
bilik itu.
Bunyi
barang-barang terhempas dan tembakan yang meledak mengejutkan pelancong-pelancong
dan bellboy tersebut lalu mereka panik
dan menjerit-jerit. Ketika itu ketiga-tiga penyanggak yang menyerang aku
dikatakan meluru keluar mungkin ketakutan atau terkejut dengan jeritan dari
luar. Mereka dilaporkan memapah rakan mereka yang aku cederakan.
Hmm…dapat gak aku rasa darah salah seorang!
Tapi
dah dua hari Alia hilang ni. Tak lojik kalau kehilangan Alia masih tidak dilaporkan
kepada polis dan polis mengambil masa yang lama untuk menyelesaikannya.
Aku
bingung sebentar…sehingga jawapannya merempuh benak aku seperti sebuah lori
terbabas dan melanggar tembok - tiada siapa yang tahu Alia hilang kecuali aku
dan mereka yang menculiknya. Keluarga Alia pasti ingat aku dan Alia dan terbang
ke luar negara dan dalam perjalan ke destinasi kami yang tidak diketahui oleh
sesiapa pun.
Aku mula
merasa sangsi. Aku tidak pasti samada, jika perkara ini diberitahu kepada
keluarga Alia, akan mendatangkan kebaikkan atau menambahkan masalah yang perlu
aku tanggung. Sekarang ini, aku hanya perlu memberikan tumpuan pada satu
perkara sahaja, iaitu, mendapatkan Alia semula.
Sekali
fikir, keluarga Alia patut diberitahu…tapi...kalau difikirkan semula, mungkin
tidak perlu lagi buat masa ini. Aku adalah sasaran mereka sekarang ni. Aku kena
pastikan tiada orang lain terlibat. Aku tak mahu ada pihak yang
memandai-mandai. Mungkin niat mereka hendak menolong tetapi mungkin juga mereka
akan merumitkan keadaan.
Aku lebih senang
bergerak berseorangan. Sasaran mereka adalah aku. Aku tak mahu ada orang lain campur
tangan dalam hal ini.
Aku kena tangani dilemma
ini berseorangan. Aku, bersama akal dan kederat aku sahaja.
Doktor Hussein
datang lagi pada sebelah malamnya. Sepanjang aku sedarkan diri, dialah yang
datang merawat dan membuat pemeriksaan. Ini dah masuk tiga kali dia buat
pemeriksaan. Bukan buat apa pun, belek sana belek sini, check tekanan darah, suluh mata aku, ketuk lutut aku dan duduk
berborak.
Aku dah bertambah
segar sekarang, otot-otot aku semuanya baik, tak ada sebarang cacat cela. Kepantasan
reaksi pantulan dan pergerakkan aku sudah mencapai tahap seperti dulu. Cuma
kepala aku ada rasa sedikit kesakitan yang datang dan pergi akibat bengkak di
belakang tengkuk aku.
Doktor Hussein agak
kagum dengan jangkamasa yang aku ambil untuk pulih. Singkat sangat! Selalunya,
dia mendapati pesakit-pesakit yang sedar dari koma akan berkeadaan lesu dan
keliru, tapi aku lain pula. Tahap keaktifan aku serta vital signs aku semuanya dalam keadaan normal dan tidak menunjukkan tanda-tanda seperti aku telah mengalami
trauma perubatan yang serious.
Penerangan yang
dapat aku berikan hanyalah tahap kesihatan dan kecerdasan aku yang agak tinggi
hasil dari senaman yang aku lakukan serta beberapa ubatan tradisional yang aku pernah
amalkan.
Doktor Hussein pun
mengaku yang darah aku kuat, tekanan darah aku stabil, degupan jantung pun normal, paru-paru aku masih lapang dan
tiada sekatan. Kemungkinan besar juga aku cepat pulih disebabkab usia aku yang
boleh dikatakan muda lagi. Masih at the
prime!
Di pipi kanan aku ada parut sepanjang 3
sentimeter dan agak dalam sebab daging pipi aku tu disagat keluar oleh peluru. Aku
terpaksa menjalani skin graft untuk
menggunakan kulit dari peha dan ditampal ke luka tersebut. Sempat
aku berjenaka dengan Doktor Hussein, bertanya kenapa dia tak ambik kulit dari
punggung aku, jadi sesiapa cium pipi aku samalah macam cium punggung aku. He-he-he!
“Kau boleh bernafas
lagi ni pun kira syukurlah.” Kata Doktor Hussein. “Kalau peluru tu menghala satu
sentimeter jer lagi ke kiri, tentu ianya
dah menjelajah ke dalam otak kau melalui belakang hidung dan mata kau tu...”
Mak ai! Berderau juga
darah aku bila dia cakap macam tu. Ngeri juga mengenangkan apa yang boleh
berlaku pada diriku. Aku bernasib baik peluru tu hanya mencium pipi aku
sahaja dan terus melintas betul-betul di cuping telinga aku yang juga berbekas
sedikit.
“…dah
pasti otak kau akan berada dalam balang dan disimpan di makmal untuk menjadi
bahan ujikaji.” Sambungnya. Aku anggap sebagai jenakalah, tapi dari nada
suaranya, macam dia serious jer.
Disebabkan
dia dah datang merawat dan memantau tahap kesihatan aku sepanjang hari, perbualan
aku dengan Doktor Hussein dah guna “aku-kau” jer, tak pakai encik-encik atau
tuan doktor, habis kuat aku akan memanggil dia “doc”, dia pun nampak
selesa, aku pun selamba sajalah.
Aku
berani bebual dengan cara ni pun kerana aku lihat Doktor Hussein macam muda
lagi orangnya. Macam baru graduate tapi bila aku selidik dan bertanya, rupanya
dah hampir 40 tahun juga umurnya. Awet muda tu! Entah apa vitamin dia makan.
Mula-mula dia masuk aku ingatkan pelatih dari mana datang. Nasib aku tak halau
dia keluar.
“Abis tu, kenapa aku koma lama sangat?
Bukan luka parah pun akibat tembakan tu.” Aku tanya Doktor Hussein.
“Memanglah,
kecederaan dari tembakan tu memang tak serious, kira macam luka kecil je…,”
Doktor Hussein mula menerangkan, “…perkara yang menyebabkan kau koma adalah kesan hentakkan di belakang
kepala kau tu…retak sedikit tempurung kepala kau dan otak kau bengkak Bila dah
bengkak, perjalanan darah terhalang dan otak kau pun switch off sekejap. Bila bengkak tu dah surut dah darah mula
berjalan betul, barulah otak kau berfungsi semula dan membuat kau sedar dari
koma.”
“Ooohh…”
“Kau
tahu ke benda apa yang menghentak kepala kau tu?”
“Kerusi!”
“Kepala
kau ni jenis kepala batu agaknya ni..ha-ha..”
Doktor Hussein ketawa kecil, “aku rasa kalau kepala orang biasa, mau dah
terbelah!”
“Banyaklah kau ni doc!!”
Selepas
Doktor Hussein selesai menjalankan tugasnya, aku pergi mandi untuk menyegarkan
diri. Sedap terasa satu badan bila dah kena air. Betullah kata Pakcik Lamin,
air ni bagai baja untuk badan kita, mesti kena mandi, kalau tak, lesu seluruh
badan. Bila otot-otat berasa segar, baru sedap nak tidur.
Aku
keluar jer dari bilik air, si Yusuf dah tercongok dalam bilik aku tu. Cantek!
Memang
aku nak mintak tolong dari dia pun. Dia memang dah janji nak datang malam ni
sebelum aku tidur dan aku pun suruh dia balik rumah tengok anak bini. Tak
pasal-pasal dia bercakaran pula dengan isterinya nanti kerana aku.
“Suf,
tak boleh jadi macam ni, kau kena usahakan supaya aku boleh keluar dari sini,
aku kena carik Alia, tulong Suf!” aku merayu kat Yusuf yang sedang duduk di
atas kerusi yang ada di sebelah katil aku.
“Kau dah gila atau
dah hilang akal, As!? Kau tu lemah lagi, apa kau boleh buat? Biarlah polis yang
handle benda ni, mereka lagi pakar dari kau.” Yusuf membalas.
Sengaja aku sorok
fakta dari Yusuf yang pihak polis tidak akan handle perkara ni sebab seorang pegawai polis dari Bukit Aman telah
datang lewat petang tadi untuk mengambil kenyataan dari aku dan bertanyakan
samada aku nak buat sebarang laporan atau pengaduan.
Aku cakap, “leave
it be la Tuan”, sebab aku
dah beransur pulih dan pihak hotel tu pun enggan buat lapuran polis. Bila aku
tanya bagaimana dia tahu aku dah sedar dari koma dan begitu cepat pihak polis
sampai, ASP tu memberitahu yang Doktor Hussein yang melaporkan bagi pihak
hospital kerana kes aku termasuk dalam kes jenayah.
ASP tu pun kata
memandangkan tiada laporan dan pengaduan, tiada kematian dan tiada kecurian,
kes terpaksa ditutup.
Lantaklah!!, nak tutup
atau nak buang, aku sendiri akan menyelesaikan perkara ini. Ini antara aku ngan
Harith.
“Aku dah sihat ni!
Kau jangan risau pasal aku sangat, aku tahu keadaan diri aku.” Aku tukar
strategi pula. Memang sukar untuk Yusuf menolong aku untuk keluar dari hospital
ni, aku sendiri kena uruskan.
“Aku tahu kau dah
sihat tapi, pada pandangan aku, biarlah perkara ni disiasat oleh pihak polis.”
Yusuf masih mempertahankan hujahnya supaya perkara ni diuruskan oleh pihak
polis.
Hmm….perlukah aku bagi tahu si Yusuf yang pihak polis
dah cuci tangan tentang perkara ni? Tak perlu kut! Aku dah banyak susahkan dia,
cukup sudah pertolongan yang dia berikan.
“Okeylah, camni…esok kau tolong cari apartment untuk aku. Aku akan minta discharge
samada doktor bagi atau tidak!”
“Kau
biar betul As!” Yusuf masih berkeras. Tidak mahu berganjak dengan keputusannya
supaya aku membiarkan perkara ini diuruskan oleh pihak polis.
“…dan Suf, thanks for not
telling this to my brothers and sisters.” Aku cuba
alih perhatian dia pula, kasi sejuk hatinya,
“No sweat la As, aku
kenal kau bukan sehari dua, aku taulah nak cover benda ni semua…mulanya
aku risau juga kalau-kalau kau tak bangun terus, tapi, doktor kata keadaan kau
stabil dan tak dalam bahaya, so aku decide to wait and see, dan
nampaknya kau dah semakin sembuh, Alhamdullillah.”
“Bukan apa Suf, aku cuma
risaukan mak aku kat kampung tu sahaja, kalaulah dia tahu apa terjadi, i don’t
think she can handle it, memandangkan usia dia tu. Terima kasih bebanyak
Suf”
“Aku faham, jangan risau As,
cuma satu aku minta dari kau, bila perkara ni dah settle, kau bawalah Alia
jumpa bakal mak mertua dia tu” ujar Yusuf dengan senyuman penuh erti.
“Aku janji Suf, aku janji!
Tapi, kau tolonglah aku. Soal keluar dari sini, biar aku uruskan, aku tahu apa
nak buat. Kau tolong cari apartment untuk
aku jer, okey!”
“Yerlah!...Yerlah!”
Akhirnya Yusuf termakan juga pujuk rayuku.
Yusuf tahu aku
dilanda rasa bersalah dalam situasi ni. Aku cuai dan kecuaian aku menyebabkan Alia
berada dalam kesusahan. Mungkin ini yang membuat Yusuf bersetuju menolong aku
dan menerima hakikat aku perlu keluar dari hospital dengan kadar segera.
Aku dan Yusuf
meneruskan perbualan sehingga lewat malam. Aku banyak bertanya tentang Encik
Hashim dan juga tentang Harith. Yusuf tahu bahawa Harith adalah orang yang
bertanggunjawab dalam kemelut ini. Memang tiada orang lain, namun tidak banyak
maklumat yang dapat diberikan kerana dia pun tidak mengenali Harith dengan
rapat.
Tak mengapa! Aku
sendiri akan mencari jalan untuk menyelesaikan perkara ni. Segala maklumat yang
aku perlukan ada diluar sana. Aku hanya perlu mencarinya. Aku yang
bertanggungjawab terhadap apa yang terjadi dan semestinya akulah yang harus
memperbetulkan keadaan.
Yusuf pulang
setelah malam bertambah lewat dan aku mendapati amat sukar untuk tidur di kamar
yang sunyi tu. Hatiku gusar, tidak tenteram namun akhirnya aku terlena juga
dengan penuh tekad dan azam mendapatkan Alia semula, dengan apa cara pun!
No comments:
Post a Comment