Aku bersidai di atas kerusi
malas di tepian kolam renang di hotel sambil menunggu Alia kembali. Kenyang
perut aku melahap rojak mamak dan cendol pulut setelah kes Alia di Mahkamah
Syariah selesai. Lama tak kena rojak bawah pokok.
Waktu baru jam 3.30 petang. Alia
sempat menalipon aku selepas lepas keluar mahkamah dan mengatakan dia akan
meluangkan sedikit masa dengan ahli keluarganya.
Aku relakan dengan berat hati
juga namun aku suruh Alia usah tergesa-gesa dan menghubungi aku setiap 1 jam.
Perjalan pulang melalui Singapura dah diatur keesokannya, jadi masa terluang
agak banyak. Aku bersantai secukupnya.
Bila
lagi nak lepak kat KL ni tanpa gangguan.
Dalam
pukul lima petang aku dah selesai mandi dan dan bersiap-siap dalam bilik aku. Alia baru sahaja menalipon
mengatakan dia akan mula bertolak untuk kembali ke hotel kami dalam setengah
jam lagi.
Aku bergerak ke KLCC. Aku nak
shopping sikit. Terutama, nak beli
cincin lamaran aku untuk Alia. Aku nak surprise dia. Nanti bila balik
Mauritius dah susah aku nak cari sebab aku dah survey kedai kat sana, stock tak sebanyak macam kat KL ni.
Lama juga aku
merewang di KLCC, ronda-ronda tengok orang, tengok barang. Akhirnya, aku pilih
cincin di Tiffany. Ringkas saja rekaannya, platinum dengan sebiji berlian.
Harga jangan tanyalah.
Aku tengok jam dah
dekat pukul enam petang. Alia pasti dah sampai ke bilik dia. Aku call Alia dan line dia engaged. Mungkin
dia tengah call kawan-kawannya dia
kat KL ni kut.
Aku dah penat round satu KLCC dan dah berjumpa apa
yang aku cari. Aku masukkan cincin tu dalam wallet.
Kotak dia aku buang, pecah la surprise
aku kalu Alia nampak kotak biru tu.
Aku melangkah
keluar dari KLCC dan phone aku bunyi,
number Alia, tepat seperti
dijanjikan. Belom sempat kata hello
dah putus. Siut! Tak berubah network
kat KL ni. Aku yakin Alia dah sampai ke bilik dia. Aku try call Alia, masih tak dapat. Network
problem la ni. Cilakak!
Aku
jalan balik, sampai ke hotel aku terus ketuk pintu Alia. Tiada jawapan. Mandi
ker? Aku masuk bilik aku bersebelahan bilik Alia. Aku releks memerhati
pemandangan, tengok air pancut beralun-alun.
Dalam
lima minit, aku keluar dan ketuk lagi pintu Alia. Siut! Masih tak berjawab. Apahal nih!!
Aku hubungi reception dari bilik aku.
Mereka memberitahu
yang kunci bilik Alia masih di bawah.
Ah…! Sudah!
Aku dah tak sedap hati.
Mana pula dia pergi.
Merayap lagi ker? Tapi kenapa tak call
aku. Jam dah dekat enam setengah petang. Last
call aku terima dari Alia pukul enam tadi. Otak aku dah fikir yang bukan-bukan.
Tapi aku masih dapat bersabar kerana dia dengan keluarga dia, pasti tiada perkara
yang tak diingini terjadi.
Aku nekad call rumah mak Alia. Berderau darah aku
bila mereka memberitahu yang Alia dan pakciknya dah bertolak ke hotel sejak
pukul 5 petang tadi lagi. Aku merasakan ada sesuatu yang tak kena. Debaran
hatiku makin menjadi-jadi.
Aku kawal perasaanku agar
tidak ketara dalam tutur bicara kerana tidak perlulah keluarga Alia pula risau
tak menentu. Ini hanya gerak hatiku, bukan 100% betul lagi.
Mereka tahu esok kami akan
bertolak ke luar negeri dan tak dapat dihubungi untuk seminggu dua sehingga
kami menghubungi mereka kembali. Soal keselamatan Alia amat penting dan
perancangan sebegini memang perlu diaturkan.
Ketika itu, pintu bilik aku di ketuk. Aku lega, ni pasti Alia. Aku buka pintu dengan sengih
dan senyuman panjang sejengkal.
No comments:
Post a Comment