Hari
Isnin tu Alia cuba melarang aku dari menemaninya ke Mahkamah Syariah.
Tapi,
aku berdegil kerana aku risaukan keselamatannya dan tak sanggup kehilangan
dirinya sekali lagi kalau apa apa terjadi. Akhirnya, Alia mengalah, terpaksa
membenarkan aku berada di situ. Tapi aku berjanji, Harith dan keluarganya serta
keluarga Alia tidak akan sedar kehadiran aku.
Aku
cuma dapat berbicara dengan Alia melalui telefon sahaja kerana Alia telah
bermalam sepanjang hujung minggu itu bersama keluarganya. Aku tak berapa risau
kerana kawasan rumah ibubapa Alia tu ada pengawal dan aku telah berpesan kepada
Alia supaya jangan keluar dari rumah
tanpa sebab dan tanpa berteman. Biarlah dia melepaskan rindu pada ibubapa dan
adik-beradiknya.
Aku
tiba dengan teksi yang berhenti diseberang jalan berdepan dengan pintu masuk ke
mahkamah. Aku turun agak berjauhan untuk memberikan aku sedikit masa untuk
membuat rancangan. Aku tahu Alia telah tiba lebih awal bersama kaum keluarga
dan sanak-saudara yang datang untuk memberi sokongan moral. Aku perhatikan
keadaan di sekitar mahkamah tu sebelum memulakan langkah.
Bangunan
yang terseragam itu nampak menakutkan. Dekat dengan Muzium Negara dan juga
Tasik Perdana. Lokasi strategic tu,
kalau ada pasangan kena tangkap basah, boleh dibawa terus saja ke mahkamah tu.
Aku
memakai serban dengan baju ala-ala baju Pakistan yang agak lusuh dan seluar
jeans. Terpaksa menyamar untuk hari ni. Pasti orang tak sangka aku pakai
serban. Mujurlah di KL ni banyak kedai-kedai yang menjual barangan terpakai dan
kedai baju bundle. Senang nak
cari costume sebegini.
Aku sediri pun
tertawa dengan penyamaran aku. Cermin mata gelap yang aku pakai pun yang jenis frame bulat, so wajah aku yang kelihatan
poyo saja. Aku lengkapkan penyamaran aku dengan mengepit fail yang
berisi suratkabar lama. 2 batang pen aku sisip di poket. Saling tak tumpah aku
macam budak kerja despatch.
Seperti
yang dijangka, memang ramai orang. Tapi tidaklah seramai yang ada ni, siap reporter sekali. Aku hairan, apahal ni? Wartawan terhidu kes ni ke? Bagi
aku, keluarga Alia dan Harith tak la terkenal sangat, selalu berita mengenai
mereka keluar paper untuk kes cerai
ni menjadi tarikkan kepada akhbar-akhbar tabloid.
Jalan
masuk ke kamar mahkamah tu sesak. Aku berhenti seketika sebentar di tepi tangga
untuk mengambil nafas dan memerhatikan keadaan. Aku perlu bergerak dengan
teliti dan menggunakan orang ramai yang berpusu-pusu itu untuk kebaikkan aku.
Lagi ramai orang, lagi bagus bagiku, lagi aku jadi tak ketara, hampir halimunan,
namun aku tahu, Harith; dan mungkin, orang-orang dia pasti sedang memerhatikan
kehadiran aku.
Aku berhati-hati.
Jantung aku gedabak gedebuk. Aku tinjau sekeliling, aku cuba mencari muka-muka
yang aku kenal. Aku lihat Alia dan mak dan ayah dia dan saudara mara lain di
satu sudut di luar kamar mahkamah sedang berbicara. Ada dua tiga peguam syariah yang mewakili Alia
sedang sibuk berbincang dan sekali sekala memanggil Alia untuk merancang
sesuatu.
Aku
terselindung dibelakang orang yang bersesak sesak tu. Masing masing menunggu
pintu kamar mahkamah itu terbuka.
Harith
belum tiba. Aku masih tak nampak batang hidung dia lagi.
Pintuk
kamar mahkamah dibuka, orang ramai yang berkerumun di situ mula berpusu-pusu
masuk.
Aku
membiarkan orang di depan ku berasak-asak. Biarlah mereka nak berebut masuk,
tak kuasa aku nak berhimpit begitu dan aku tahu pasti ada ruang untuk aku
nanti. Lagipun aku tak perlu terburu-buru.
Sekali
lagi aku pelik. Kenapa orang ramai dan wartawan sibuk pasal kes Alia ni. Apakah
keistimewaan kes ini. Mungkinkah ada orang yang mengaitkan kehilangan wang dari
syarikat Encik Hashim dengan kes ini. Tak mungkin! Aku berdiri tidak berganjak
di luar memerhatikan Alia masuk diikuti rombongan keluarganya.
Aku
mula melangkah untuk turut masuk ke kamar mahkamah apabila kesemua ahli
keluarga Alia terkap masuk dan mengambil tempat masing -masing. Belum pun
sampai 5 langkah aku ambil, tu dia!, Harith
dan rombongan pun tiba. Fuh! Macam gangster Harith jalan, mendada dan
dengan muka bengis. Aku berundur sedikit untuk memerhati.
Orangramai
yang menyelindungi aku makin berkurangan jadi aku terpaksa membongkokkan diri
untuk berselindung dengan cermat. Aku nampak Encik Hashim juga ada dan
isterinya. Mereka diiringi oleh beberapa orang lain yang pastinya ahli keluarga
terdekat.
Perlahan
aku mengensot menghampiri pintu mahkamah tu sambil mata aku liar memerhati. Aku
baca notis kat papan kenyataan, saja buat buat sibuk dan macam ada kerja,
kejap-kejap aku berdrama semak fail
kosong aku tu.
He-he-he!, terpacul gelak
kecil di bibir aku bila aku lihat senarai kes yang akan didengar pagi tu. Ada
nama artis! Padanlah ramai orang dan reporter! Semuanya kaki kaypoh, nak melihat aib orang. Lantaklah
korang, asal korang bahagia.
Aku
mencelah masuk dengan pantas bila ada orang membuka pintu dan terus aku
jatuhkan pen dan buat-buat cari pen tu. Aku jalan itik menuju ke bangku paling
belakang dalam kamar tu dan bila aku rasa line clear, aku angkat muka
dan mula memerhatikan umat yang hadir di situ.
Tidak
berapa lama setelah kes pertama didengar, giliran kes Alia pula tiba. Aku menumpukan
perhatian. Peguam dari kedua-dua memulakan hujah masing-masing.
No comments:
Post a Comment