Aku
dan Alia sampai ke Kuala Lumpur dalam pukul 4 petang, hari Sabtu, selang dua
minggu setelah Alia mengumumkan tarikh perbicaraan telah ditetapkan.
Perjalanan
kembali ke KL pun melalui Thailand, mendarat di Bangkok dari London dan
kemudian turun ke Malaysia dengan kereta sewa melalui sempadan di Bukit Kayu
Hitam. Aku masih berhati-hati seperti dahulu. Setiap pregerakkan aku dan Alia
harus dirancang dengan teliti untuk memastikan perjalanan kami teratur, kemas
dan tidak menarik perhatian mana-mana pihak.
Ada
juga ketika yang aku rasa macam membazir juga belanja lebih untuk melencongkan
perjalanan kami ke sana-sini. Tapi bila aku fikir semula, sebenarnya, agak
mudah untuk menjejak perjalanan seseorang. Lebih-lebih lagi bila merentas
sempadan antarabangsa antara negara terutamanya kalau melalui international gateway seperti KLIA atau
Changi atau Bangkok.
Semua
urusan passport dan imigresen sekarang sudah computerized, oleh itu, pada mereka yang pandai, agak mudah untuk
menanda dan menjejak perjalan passport
seseorang dari mana ke mana.
Harith
pastinya tidaklah sebodoh yang aku ingin sangkakan. Pasti ada juga kaki kaki
dan balachi-balachi dia yang boleh
digunakan. Aku pasti juga yang dia ada duit untuk dibelanjakan bagi membeli dan
mendapatkan maklumat dari sumber-sumber yang tertentu.
Kami
terus check-in di sebuah hotel
bertaraf lima bintang yang berdekatan dengan KLCC. Sengaja aku pilih lokasi tu
kerana senang nak bersiar-siar dan juga membeli belah. Tarikh perbicaraan
adalah pada hari Isnin, jadi ada masa untuk Alia bertemu keluarganya seketika.
Aku
membuat keputusan untuk bertemu abang dan kakakku yang berada di sekitar KL,
tak sempat rasanya untuk balik kampong bertemu emak. At least aku dapat sampaikan berita melalui mereka kepada emak yang
aku sihat dan sejahtera, taklah dia risau sangat. Aku juga sempat memberitahu
Yusuf yang aku telah telah kembali ke KL untuk sementara dan kalau ada masa,
aku akan mencarinya.
No comments:
Post a Comment