Bingit
telinga aku.
Cilakak!!
Amender yang menggangu aku dari tidur ni, bertubi-tubi merejam kelenaan
aku. Beberapa detik berlalu barulah aku mengenali bunyi tu adalah dari handphone
aku.
Handphone
lama!
Alia!
Aku
melompat pantas mencapai phone tu yang sedang aku charge setelah
bateri dia kong kerana lama tak digunakan.
“Hello!..” cemas aku menjawab sambil menahan airmata aku dari berderai “Alia,
is that you??!!”
“Encik
Asmara?”
Ciss!!!!sora
jantan!
“Ya!,
bercakap. Kau siapa!!?”
“Hidup
lagi kau yer, aku ingatkan dah arwah, ha-ha-ha. Okey…okey
aku harap kau bertenang dan tak perlu tau aku siapa. Cuma dengar dengan teliti,
okey bro?!”
“Okey!”
Jawab ku ringkas. Aku kena mengalah. Keselamatan Alia lagi penting dan aku tak
mahu kemarahan aku membawa malapetaka pula pada Alia.
“Good, lets make
this simple and straight to the point. Kau ada apa yang aku nak dan aku ada
apa yang kau nak.”
“I am listening.”
“Don’t be a hero, ikut
saja cakap aku and everything will turn out fine, for you and also Alia.”
“Cut the bullshit! Alia
mana?!!”
“Relax, we’ll get to that, aku nak pastikan kau betul-betul faham risiko yang ada dan
yang bakal kau hadapi kalau kau tak ikut apa yang aku mahu!”
“Apa
yang kau nak sekarang ni?”
“12
juta..”
“Done!
Tapi bagi aku cakap dengan Alia dulu”
“12
juta dulu”
“Dengar
sini lakhanat! Kau bagi aku cakap ngan Alia dulu or you can kiss the money goodbye!”
Aku
pasti tuan empunya suara tu mengetahui bahawa tandatangan bersama aku dan Alia
diperlukan untuk sebarang pemindahan dana melebihi RM1 juta. Nasib aku tak
mati, kalau tak, satu sen pun sesiapa tak merasa duit tu. Sekarang, aku pulak
ada kelebihan!
“Hmm…okey,
hang on.”
Beberapa
saat berlalu. TAlian tu tu senyap. Berdebar-debar hati aku, Ya Allah,
kuatkan semangat aku dan Alia menempuh dugaan ni!
“As…”
muncul suara Alia lemah.
“Yeah, its me. Are you okey? Be strong,
I promise, I will get you out of this mess.
Trust me Alia!”
“As, I’m okey! Be
careful As. Just be ca - ”
“Satisfied?” Suara bangsat tu kembali pula.
“Baiklah, kau menang buat masa ni. Cuma aku nak bagi tahu, tempahlah
kain kapan kau dari sekarang dan bertaubatlah apa-apa yang patut kalau aku jumpa
walau satu calar pun kat badan Alia nanti…sampai ke lubang cacing aku cari kau.”
“Yerlah tu…suka hati kau lah…dengar sini…aku nak kau balik ke hotel penginapan kau dan Alia. Ada
sampul surat di atas nama kau kat reception dan dalam sampul tu ada borang transfer untuk kau penuhkan dan
tandatangan.”
“Kau ingat aku nak percaya kat kau bulat-bulat macam tu saja? Apa
alasan yang kau boleh bagi yang ini semua bukan perangkap?!”
“Terpulang kat kau
nak percaya aku kat aku atau tak. Yang aku tahu, esok aku nak duit tu ada dalam tangan kau dan kita buat pertukaran. Paham?!”
“Esok? Impossible!
Bagi aku tempoh 3 hari.”
“Kepala hotak kau tiga hari!
Aku bagi kau 48 jam!”
- klik -
Aku save
nombor yang membuat panggilan kepada aku tu, satu lagi link terbaik aku
ke Alia. Tak mungkin pemanggil tersebut sebegitu bodoh untuk menggunakan nombor
talian peribadinya tapi, who knows!
Aku solat Isyak
dulu, minta pertolongan dan panduan. Aku berdoa panjang untuk keselamatan Alia,
bakal isteri aku tu, jika diizinkan Allah.
Aku keluar dari apartment
tempat aku menginap sementara ni lebih kurang jam 9.30 malam. Aku menahan teksi
untuk menuju ke lobby hotel aku dan Alia menetap dan tempat kejadian aku
ditembak sepertimana yang diarahkan.
Aku tak sedap hati.
Pergerakkan aku sekarang ni di bawah arahan orang lain. Keadaan tidak dalam
kawalan aku. Ini membuat aku resah.
Semasa dalam perjalanan
keresahan aku makin memuncak. Mengapa aku harus serahkan tengkok untuk
mengambil borang tersebut? Terasa macam ayam ternakan yang sedang beratur untuk
disembelih dan dijadikan burger dan sausage.
Aku terhidu sebuah
perangkap dan jika aku pun berjaya ditawan oleh Harith, that’s it,
game over! Siapa lagi yang boleh menolong aku dan Alia?
Setibanya aku di
sana, aku minta pemandu teksi tu berhenti di agak jauh luar seketika. Aku tak
mahu turun. Aku cuma mahu memerhati keadaan sekeliling.
Aku perhatikan lobi
tu dari jauh. Dinding kaca yang digunakan memberikan aku pandangan yang jelas
tentang keadaan lobi tersebut. Lengang dan cuma beberapa orang sahaja di situ.
Perangkap!? Mungkin tidak. Aku tak berapa yakin. Selalunya dalam
keadaan begini naluri aku akan melaungkan semboyan amaran tapi kali ini tidak. Keadaan
50 : 50. Nak pergi atau tidak.
Aku berperang
dengan diri sendiri. Apalah sangat wang 12 juta berbanding dengan nyawa Alia.
Tapi, yang menjadi persoalan, adakah nyawa aku dan Alia terjamin setelah wang
sebanyak itu bertukar tangan, lebih-lebih lagi jika aku dan Alia sama-sama dalam
tahanan Harith.
Aku tak ingin
mengetahui jawapannya. Aku perlu usahakan sesuatu. Selagi aku bebas bergerak,
pasti ada jalan lain.
Aku diberi tempoh
48 jam. Ini bermakna, aku perlu menyelesaikan masalah ni dalam masa yang kurang
dari apa yang diberikan.
Aku menyuruh
pemandu teksi tu meneruskan perjalanan. Aku tak perlu mengikut arahan penyangak
tu pada masa ini. Aku masih ada masa untuk berfikir. Aku mintak pemandu teksi
tu membawa aku ke arah KLCC dan menuju ke Bukit Bintang. Aku perlu masa untuk
bertenang dan berfikir.
Sepanjang
perjalanan aku memikirkan bagaimana hendak mencari 3 orang dari sejumlah lebih
2 juta orang penduduk Kuala Lumpur ni.
Like looking for a needle in a haystack.
Tepat sungguh peribahasa
Inggeris tu. Namun, aku berfikir kembali. Aku imbas kembali amanat dan
pengalaman Pakcik Lamin aku.
Dia selalu berkata, kalau
menghadapi masalah yang rumit, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah – ketepikan perkara-perkara atau unsur yang
tidak berkaitan.
Jadinya, dalam 2 juta orang,
berapa ramai yang terlibat dengan jenayah? Kalau mengikut statistic, nisbah
purata di negara kita ni ianya adalah kurang dari 2 peratus atau bersamaan
40,000 orang dari 2 juta tu.
Dalam reramai tu,
berapa sangat yang terlibat dalam jenayah berat dan gangsterism dan sanggup
menerima upah untuk bunuh orang, mungkin 10% saja. Dah jadi 4,000 orang. Kalau dipecahkan lagi
mengikut bangsa, aku perlu fokus pada 20% yang berbangsa Melayu oleh kerana tiga
orang yang menyerang aku tu Melayu, dah tinggal 800 orang.
Katakanlah, 50%
dalam penjara atau lain-lain pusat tahanan, dah tinggal 400 orang. Ketepikan 40%
yang dibuang daerah, dalam persembunyian dan/atau berpindah ke luar pendalaman,
tinggal 240 orang dan yang betul aktif mungkin 10% dan kita akan sampai pada jumlah
yang agak kecil, iaitu 24 orang. Namun, fakta paling memberi aku semangat
adalah - orang yang kudung jari manis di
tangan kanan - 1 orang saja.
Dari 2 juta orang
aku telah mengecilkan jumlah tersebut kepada hanya 24 orang. Aku rasa tak susah
mencari satu manusia dari kalangan 24 orang. Aku hanya perlu mengetahu tempat
untuk mencarinya.
Aku terpikir juga,
elok aku cari si Harith, ekori dia dan pasti aku akan bertemu Alia. Tapi, masa
tidak menyebelahi aku dan aku perlu mengaitkan ketiga tiga penyangak yang
menyerang aku dengan Harith, baru aku ada bukti kukuh ini semua kerja Harith.
Aku tak mahu Harith
memunyai peluang untuk menutup langkahnya. Lagipun, memang aku nak belasah 3
orang tu cecukup dulu.
Buat sesuatu kerja tu perlulah mengikut aturan dan
berpandu pada kelojikkan, terngiang-ngiang nasihat Pakcik Lamin. Tak guna ikut perasaan.
Selesaikan masalah satu persatu - slow
and steady.
Inilah tujuan utama aku nak
berjumpa Eddy malam ni. Satu satunya mamat yang boleh tulong aku untuk dapat
maklumat tentang sarang dan port gangster-gangster yang hardcore ni. Aku cuma
nak tahu tempat tempatnya saja, aku boleh pergi cari dan reki sendiri dan aku
pasti, gerenti aku buleh jumpa salah
sorang atau ketiga-tiga lahanat tu.
Aku turun dari teksi, terus
masuk ke lobi dan aku menuju ke sudut belakang coffeehouse di Concorde tu. Ramai
mata memerhati aku, mungkin sebab parut kat muka aku ni. Aku buat derk jer, aku berjalan menuju meja di
hujung sekali, port Eddy selalunya
pada waktu waktu begini.
Si Eddy tiada di
situ. Cinabeng!!. Ada sekumpulan 4
orang yang sedang asyik di meja tu, pastinya perihal projek billion-billion,
biasa la, usahawan Melayu, cakap jer bedekah dekah, tapi bila dapat projek,
jual kat orang lain..
Aku jalan keluar
dan menuju ke lounge yang berada di
sebelah kanan lobi tu dan aku terus ke HRC
melalui pintu tepi. Pintu depan tu jangan cerita la, orang dah beratur macam
nak beli tiket bas ke Seremban di Puduraya.
“Weeyyy As..lama
tak nampak, bertapa ker...apahal muka
lu bai?” si Zan, bouncer kat situ tegur aku.
Memang aku nak cari
dia pun dan memang lama aku tak jumpa mamat ni. Nama samaran punyalah manja, Zan;
tapi orangya, ya rabbi, punya besar dengan kepala botak, tak sajak betul
dengan nama samaran tu.
“Yo Zan, biasa la
bang, carik ilmu skit...he-he...” aku
sambut tangan Zan yang dia hulur dan aku sengaja tak melayan persoalan dia
tentang muka aku. Chiss...huduh sangat ke muka aku ngan parut ni?
“Bai..masuk...minum ke dulu, jap lagi
kita citer panjang lepas aku settle keje
kat sini...ok?” Zan pelawa aku.
“Tak leh la bro..aku nak cepat, aku nak
carik Eddy...kau ada nampak dia?”
“Eddy kat ataslah bai...tempat biasa, tengah layan...baru
dalam setengah jam dia naik, aku rasa ada lagi situ”
Hmmm!!! Aku kena
decide, samada nak cari si Eddy di atas atau tunggu hingga Eddy datang sambil
melayan si Zan.
Aku malas nak lepak
sini, pengunjung semakin ramai dan aku pasti ada kutu-kutu lain yang kenal aku
akan datang menjengah dan dengan parut di muka aku ni, mesti mereka akan banyak
tanya. Aku takde mood nak melayan.
Aku buat keputusan
untuk naik ke atas, tempat istirehat eksklusif.
Aku keluar lift,
menempuhi koridor dilimpahi lampu suram dan terus menuju ke penghujung hingga
bertemu seorang bouncer menjaga pintu. Ada 3 atau 4 orang lain yang belegar kat
situ, mungkin tengah kira duit cukup atau tak cukup.
Aku melalui pintu
masuk yang dibuka oleh bouncer yang menjaga pintu tu setelah dia mendapat “kata
laluan” 50 ringgit dari aku. Terseragam meja reception, canggih dan dah
berwajah baru pulak, ikut peredaran zaman.
Dua tiga orang
pekerja kat situ berlari mendapatkan aku, tanya aku nak apa. Aku minta dorang beritahu aku Eddy berada di bilik
yang mana.
Dorang tak mau bagi
tau atau memang tak tau.
Di
KL ni dan kat tempat tempat macam ni, dua benda jer yang laku; duit dan pistol.
Kalau ada salah satu benda tu, memang mintak apa saja pasti dapat.
Aku ke kaunter
reception dan bertanyakan OKT atau kapten
yang bertugas. Seorang mamat berwatak jinjang
joe muncul mendapatkan aku. Tanpa banyak soal, aku letakkan 100 ringgit kat
tangan dia dan aku sebut yang aku nak jumpa Eddy.
Aku terus dibawa ke
sebuah bilik setelah dua tiga kali membelok kiri kanan melalui koridor yang
agak sempit dan suram tu.
Mamat tu belah, aku
ketuk pintu, aku pusing tombol pintu dan aku masuk.
Siutnye Eddy!!, relek jer dia duk atas katil bawah selimut
dan sedang menghisap rokok. Kat bilik air aku dengar bunyi shower terpasang.
Info dari Eddy cukup mantap dan berguna, aku bagi dia
300 ringgit, dia tak nak, info dia
bagi free jer, kawan-kawan punya hal;
tapi aku kata bukan nak bayar dia tapi aku belanja dia malam ni. Barulah dia
ambil.
Aku keluar dari Hotel
Concorde dah dekat tengah malam. Singgah dulu jumpa Zan, ambil nombor handphone dia dan aku berjanji akan
kembali dan kemungkinan besar memerlukan bantuan yang amat besar darinya.
Aku pinjam
topi baseball si Zan yang tersangkut di
pinggangnya untukku pakai agar dapat aku sorokkan sedikit sebanyak muka aku
yang berparut ni.
Aku mengambil teksi
terus menghala ke Brickfields, tempat yang terkenal sebagai sarang kumpulan
gangster-gangster pelbagai kaum.
Di dalam teksi, aku
kaji balik info dari Eddy. Memang dia dengar desas desus ada orang kaya tengah
carik hitman, bayaran dalam 350 ribu ringgit dan target dia orang Melayu.
Memang jarang Melayu cari hitman
untuk balun Melayu lain.
Selalunya kalau
Melayu tu, cari bomohlah untuk santau atau hantar hantu atau jin. Itu
sebabnya berita ni tersebar luas di kalangan rangkaian gangster-gangster. Eddy kata gangster
Cina ngan gangster India tak berani
menghampiri kontrak ni sebab mereka rasa seakan perangkap polis kerana terlalu
besar jumlahnya. Too good to be true.
Akhirnya, ada
kedengaran yang kontrak tersebut diambil oleh orang luar dan juga mereka ini
adalah “orang baru”.
Pihak polis telah
mengenal pasti beberapa orang yang disyaki terbabit dan telah pun membuka fail.
Namun tiada siasatan usulan dilakukan kerana tiada kes yang berbangkit, tiada
laporan pembunuhan atau sebarang aduan diterima.
Aku kaji timeline yang dinyatakan oleh Eddy.
Ianya bersesuaian dengan jangkasa masa aku dan Alia tiba di KL. Tidak hairan bagiku
kenapa pihak polis tak meneruskan siasatan untuk menjejak orang yang disyaki
mengambil kontrak tersebut kerana aku masih hidup lagi dan hotel penginapan aku
dan Alia pun pandai cover kejadian tepoh
hari tu.
Tak sesia aku belanja Eddy, memang maklumat
yang dia berikan amat mantap dan berguna. Berbaloi juga kenal anggota undercover macam Eddy ni.
Destinasi aku
seterusnya akan membawa aku ke kawasan yang dikenalpasti selalu dikunjungi oleh
orang orang yang disyaki. Terima kasih
bebanyaklah Eddy.
No comments:
Post a Comment