Pagi-pagi lagi aku
dah bersiap. Dah masuk tiga hari aku di hospital ni, banyak masa dah terbuang.
Lagi lama aku berdiam diri, lagi bahaya keadaan Alia. Aku tahu, orang-orang
yang menculik Alia tidak akan menunggu sampai bila-bila. Habis kuat pun seminggu.
Lepas tu…ish…takut aku memikirkan apa
tindakan mereka selanjutnya.
Aku kemas aku apa
yang patut dan aku terus pergi ke pejabat pentadbiran hospital tu. Tepat jam
sembilan pagi aku berjumpa pentadbir hospital tersebut yang baru saja duduk di
kerusinya, tak sempat panas pun. Aku lihat name
tag yang terpapar di atas kocek kemejanya yang berwarna putih tu -
“MURUGAN”. Dia agak terpinga-pinga melihat aku. Terkejut agaknya aku berdiri
depannya sedangkan dua hari lalu aku terkujur atas katil.
Aku menyampaikan
hajat yang terbuku di hati pada Encik Murugan dengan tenang dan jelas. Aku nak
keluar. Dia geleng kepala. Macam susah sangat nak faham apa yang aku minta. Encik
Murugan kemudiannya menggunakan telefon yang terletak di atas meja. Pantas
jari-jarinya menekan butang. Aku perhatikan sahaja sambil memasang telinga.
Encik
Murugan meminta aku tunggu sebentar. Aku pun tunggu. Melangok depannya. Tak
sampai beberapa detik, seorang wanita dalam lingkungan usia empat puluhan melangkah
mendekati meja di mana aku dan Encik Murugan berada. Dari pakaian seragamnya
yang berwarna biru muda, aku dah agak, pasti Ketua Jururawat! Tu dia! Tergamam
juga aku sebentar melihatnya. Kembar Yusni Jaafar! Sasa sungguh susuk badannya.
Dia berjalan dengan teratur. Mukanya agak serious
sambil mengepit papan carta di bawah tangannya.
“Encik
Asmara…” Lembut suara yang terpacul. Macam bukan keluar dari mulut dia pula.
“Betul ke nak minta discharge hari ni
juga?” Dia meneruskan kata sambil berdiri di depanku. Sebelah tangan memegang
carta dan sebelah lagi mencekak pinggang. Comelnya cara dia berdiri.
“Betul
kak..eh..misi…eh..matron…” Aku konfius nak panggil dia ni
apa. Bukan apa, konsentrasi aku terganggu oleh tahi lalat yang terletak di pipi
kanannya, sebaris dengan hujung hidungnya. Besar pula tu.
“Tapi
encik baru sahaja sedar dari koma.” Tambah Ketua Jururawat tu sambil membelek carta
di tangannya yang merekodkan perkembangan aku sepanjang aku di sini.
“Bukankah
elok tinggal dalam sehari dua lagi, hingga dah betul-betul sembuh.” Pujuknya
lagi.
“Saya
dah sihat ni. Kecederaan saya pun tidaklah parah sangat. Saya rasa Doktor
Hussein boleh confirm yang saya dah
okey, dia yang datang rawat saya hari-hari.”
“Doktor
Hussein tak ada hari ni. Nanti saya panggil doktor yang bertugas. Kes
encik ni tak boleh main lepas macam ni saja. Nanti pihak hospital pula yang
akan bertanggung jawab jika berlaku apa-apa.”
Ketua
Jururawat tu berjalan meninggalkan aku dan Encik Murugan tanpa menoleh
kebelakang. Macam marah je cara dia cakap tu. Aku tak sempat nak tengok siapa
namanya.
Betul
ke hospital ni begitu mengambil perhatian atas kesihatan dan keadaan aku
ataupun mahu mengelak dari sebarang saman jika terjadi apa-apa padaku kalau aku
dibenarkan keluar. Satu lagi kemungkinan ialah, jika aku tinggal beberapa hari
lagi, pasti bayaran yang mereka akan dapat dariku juga bertambah.
Hampir
tengahari juga aku berjaya meloloskan diri. Macam nak keluar dari penjara pula.
Menunggu doktor yang bertugas pun hampir dua jam. Ketua Jururawat tu setiap
setengah jam datang meminta maaf kerana membuat aku menunggu lama. Tak
terbilang berapa kali dia dan Encik Murugan mempelawa aku untuk menunggu di
bilik tapi aku enggan. Bilik tu mengingatkan aku kepada kesakitan, untuk orang
sakit, aku dah sihat, aku tak sakit, jadi aku tak perlukan bilik tu.
Akhirnya
doktor bertugas datang juga. Seorang doktor wanita. Dia pun terus membelek
carta kesihatan aku. Aku lihat dia sekejap geleng kepala, sekejap angguk. Entah
apa agaknya yang dia faham dari carta tersebut. Aku malas nak tanya. Apa yang
aku perlukan adalah dia memberikan kebenaran untuk aku keluar.
Aku
tak pernah menandatangan begitu banyak borang sebelum ni. Inilah kali pertama
aku tandatangan pelbagai borang. Tak kisah, janji aku dapat bebaskan diri aku. Aku
bayar bil hospital yang hampir mencecah sepuluh ribu ringgit, nasib wallet aku tak hilang. Time-time macam inilah, kad kredit aku
rasa amat berguna sekali.
Aku tak risau kalau
duit kena kebas atau kad kredit aku hilang. Soal kecil bagiku, tapi cincin yang
aku beli untuk Alia tu yang lebih bermakna. Cincin itulah yang menjadi
penyambung semangat aku. Cincin itulah yang mula-mula aku cari bila wallet aku diserahkan padaku tempuh
hari.
Keluar sahaja aku
dari hospital, aku mengambil teksi ke SGE untuk menemui Yusuf. Dia telah
berjaya mendapatkan tempat aku menginap untuk sementara. Sebuah apartment yang dia dah sewa untuk aku,
terletak di belakang The Mall. Cantik juga, 1 bilik dan fully furnished.
Aku tak kisah sangat tentang perkakas atau peralatan rumah, sofa atau katil,
yang penting aku ada tempat berteduh, berehat dan berfikir. Bagi aku tidur atas
simen pun tak jadi masalah.
Yusuf menemani aku di
apartment tu sehingga dia lihat aku
dah settle down. Setelah Yusuf
meninggalkan aku berseorangan, aku mula mengkaji barang-barang aku dan Alia
dari hotel yang telah Yusuf bawa ke apartment
tu. Susah payah Yusuf mengemas dan membawa kesemuanya.
Banyak betul
jasanya kepada aku, tak tahu macam mana aku nak balas. Nantilah aku fikirkan,
buat masa ni, biar Allah sahaja yang membalasnya. Sekarang masa untuk aku
merangka strategi bagi mendapatkan Alia semula.
Aku yakin Alia
masih di dalam negeri lagi sebab passport
Alia dan aku serta berberapa barang berharga dan dokumen penting masih
tersimpan di dalam peti keselamatan di hotel tempat kami menginap. Aku sorang
sahaja yang ada kuasa untuk access peti tu.
Banyak persoalan
yang perlu aku fikirkan. Banyak benda yang aku perlu beli, terutamanya
berkaitan dengan keadaan tubuh aku. Aku terlihat bungkusan yang berisi
ubat-ubatan dari hospital.
Loya tekak aku.
Entah apa jenis kimia yang terkandung dalam setiap jenis ubat tu. Aku tak yakin
sangat dengan bahan kimia buatan manusia ni. Untuk demam-demam biasa tu
bolehlah telan panadol ke apa ke, tapi untuk tubuh aku, urat-urat aku dan darah
aku, aku lebih yakin dengan persedian herba. Natural ingredients! Asal dari tanah dan diproses oleh tumbuhan.
Semula jadi dan beratus kali lebih berkhasiat dari bahan-bahan kimia ciptaan
manusia.
Dengan perlahan aku
mengemas semula barangan Alia. Aku lipat baju-bajunya satu-persatu dan aku
simpan rapi. Setiap helai yang aku pegang mengingatkan aku saat-saat kami
bersama. Setiap helai menggamit memori yang berlainan, membawa cerita yang
dapat aku bayangkan seolah-olah aku berada pada saat dan ketika ianya berlaku.
Sebak dadaku. Aku rindu pada Alia!
Tak tahan rasanya
aku berjauhan dengan Alia sebegini, dengan aku tak tahu keadaan diri dia. Sihat
ke, luka ke, makan ke? Arrggh!!
Tersentap setiap urat dalam badanku memikirkan kut-kut ada tangan-tangan durjana menyentuh Alia. Memang aku
kerat-kerat tangan mereka tu kalau terdapat walau sehelai pun roma Alia yang
tercela.
Setelah selesai berkemas,
aku pun bersiap. Aku recharge bateri handphone aku yang dah lama mati. Aku
biarkan saja di apartment.
Hari sudah semakin
petang bila aku mula mengorak langkah. Ada beberapa benda yang perlu aku beli
untuk mempersiapkan diri aku. Destinasi pertama adalah kompleks The Mall yang
bersebelahan dengan apartment aku ni.
Harith! You want a war, you’ll get one hell of a war.
No comments:
Post a Comment