Friday, May 8, 2015

MASIHKAH ADA ALIA - Part 4, Chapter 35

Aku cuba bangun tapi terhalang oleh kesakitan yang meledak dibelakang kepala aku. Aduhhh!! Aku kembali terbaring. Tangan aku pula terasa bagai dicucuk besi panas…arghh!!...jarum I.V. drip yang mengalirkan cecair ke dalam tubuhku tu amatlah halus tapi aku rasakan bagai sebesar paku yang telah diketuk menembusi lenganku.

Aku dapat merasakan tangan memegang bahuku dan dengan perlahan memujuk supaya aku kembali baring. Mata aku masih kabur lagi dan bila kekaburan itu berlalu, objek pertama yang aku nampak adalah muka si Yusuf. Laju otak aku memproses data tu dan memadankan muka tu dengan nama Yusuf dan SGE. Confirm otak aku tiada mengalami kerosakan yang kronik!

Aku senyum sebagai pengakuan yang aku mengenalinya. Aku melihat mulutnya kumat-kamit tengah berkata sesuatu dan dalam beberapa detik baru aku dapat tangkap dan fahami yang dia sedang melafazkan “Alhamdullillah” tidak henti-henti. Sudah sah sekarang yang otak aku dah mencapai efficiency mutlak.

Kemudian, dalam keadaan terbaring tu aku memalingkan muka ke arah pintu dan memerhatikan seorang doktor dan beberapa orang jururawat meluru masuk. Berdentam-dentum bunyi pintu, bunyi meja dan kerusi berlanggar bila doktor dan jururawat yang bertugas kelam-kabut berlari mendapatkan aku. Yusuf pula disuruh keluar.

“Alia mana, Suf…!!?? Alia mana…??” Aku berteriak sepenuh hati pada Yusuf. Aku rasa aku berteriak, menjerit dengan kuat tapi tak tahulah samada ada suara aku keluar atau tidak dari kerongkong aku.

Dalam kesibukkan para doktor dan jururawat membuat pemeriksaan pada diriku, kesemuanya kembali kepada aku. Segala memori dan segala kejadian yang berlaku ke atas diriku. Aku risaukan Alia. Alia pasti dalam kesusahan dan aku terlantar di sini tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantunya. Aku rasa begitu lemah, tak guna hidup, tak guna jadi lelaki macam ni kalau tak dapat membantu Alia.

Aku tercari-cari mana Yusuf yang seakan-akan telah hilang begitu saja. Aku perlu kehadirannya. Aku perlu pertolongan darinya. Doktor dan jururawat masih melakukan sesuatu pada badanku, belek sana belek sini. Aku rasa nak halau je mereka keluar tapi aku perlukan mereka, aku perlu pulih, aku perlu sihat dan kembali kuat kerana Alia perlukan aku.

Dari saat singgahnya penumbuk yang dihayunkan oleh penyanggak yang aku sangka tersalah bilik, sudah terdetik di dalam hatiku yang Alia dalam bahaya dan memerlukan aku. Mereka dah dapat Alia kerana Alia sahaja yang tahu di mana kami berada, hotel mana dan bilik mana. Tiada orang lain yang tahu.

Kini aku perlukan kekuatan, kesihatan dan kewarasan aku semula. Aku perlukan segala kemahiran yang ada, segala ilmu yang aku pelajari dan juga segala kepintaran dalam diriku.

Tapi, buat masa ni, biar orang lain tolong aku dulu, biar doktor dan jururawat, yang aku rasa menyibuk je, membetulkan apa yang tak betul dengan badan aku ni.

MASIHKAH ADA ALIA - Part 4, Chapter 34

Jauh sayup kedengaran bunyi tu pada ketika ia menjelma. Secara perlahan ia bermula kemudia menjadi ketara dan bertambah kuat, seolah-olah makin hampir kepadaku.

Malar sahaja iramanya, tidak laju, tidak perlahan tapi berterusan. Sekali imbas bunyinya kedengaran seperti bunyi titisan air yang jatuh setitis demi setitis ke dalam sebuah takungan. Semakin lama bunyi titisan tu semakin nyaring, semakin bergema, semakin mendebarkan dadaku.

Kemudian…aku dikejutkan oleh satu letupan yang kuat. Bergegar seluruh anggota aku dek kuatnya letupan tu dan selang seketika…gema letupan itu hilang sepantas ianya menjelma. Kesunyian yang aku alami amat membingitkan, terlalu memekakkan…sehingga bunyi titisan tu muncul kembali.

Tenang, tenteram dan berterusan.

Kemudian, kekosongan.

Aku terasa diriku bagaikan hanyut dalam sebuah perahu yang dilarikan oleh arus deras. Seperti melunsuri sungai  di dalam gua yang gelap. Aku dapat merasakan kehadiran semua anggota aku, cukup dan lengkap, cuma aku tak dapat menggerakkan mereka, walaupun kelopak mata aku. Entah apa yang sedang membelenggu tubuhku. Begitu ketat lilitannya, begitu kemas ikatannya sehingga aku tidak dapat bergerak. Dah kena kapan ke aku ni?

Aku kaku dan dalam keadaan kaku tu, aku bagai dihanyutkan, jauh, jauh dan terus jauh. Sesekali aku terasa arus tu berhenti dan bunyi titisan air tu akan muncul dan sesekali juga ledakan kuat akan menyentap aku, sebelum kekosongan dan kegelapan kembali menyelubungi aku.

Aku tidak mengetahui sudah berapa lama aku berkeadaan begini kerana tiada petanda yang menunjukkan peredaran masa. Tiada terang melambangkan siang atau kegelapan yang mengundang malam…yang ada hanya kelam dan kesunyian yang berterusan. Itu saja yang dapat aku rasakan…dan juga bunyi titisan yang datang sekali-sekala…sehingga arus yang membawa itu berhenti dari menghanyutkan aku dan aku mula terasa haus yang teramat sangat.

Kali pertama aku alami rasa haus sebegini. Kering dan perit tekak aku, macam kerongkong aku dibakar. Aku cuba telan air liur tapi air liur pun tak ada, kering. Pedihnya tak tertahan, aku perlu mendapatkan air untuk membasahkan tembolok ni yang seakan baru sahaja menelan lahar gunung berapi.

Aku cuba membuka mata…tapi aku hanya dapat menggerakkan kelopak mata aku sahaja. Satu pembaharuan, sebelum ini, kelopak mata aku pun tak daya aku menggerakkannya.

Dengan perlahan dan dengan sepenuh tenaga aku cuba membuka mata aku… aku kerahkan seluruh saki-baki kederat yang ada untuk meregangkan kelopak mata yang seakan bertaut rapi…aku rasai pergerakkan…mata aku berkedip-kedipan dan akhirnya tautan rapi tu terurai…aku rasa seperti usaha aku dah berjaya, mata aku dah terbuka, tapi aku tak nampak apa.

Hanya sinaran silau cahaya bewarna putih yang menerpa dan menyilaukan mata aku, putih saja macam layar wayang yang belum bermula ceritanya.

Mata aku berkelip-kelip dengan laju. Pedih melanda, bagai kertas pasir sedang ditenyeh ke mataku. Airmata aku mula bercucuran, melegakan sedikit kepedihan yang aku rasa.

Pendengaran aku mula kembali. Bunyi-bunyian yang aku dengar yang sebelum ini sayup-sayup tapi kini semakin jelas. Ada beberapa bunyi yang mengelirukan juga terutamanya bunyi seakan suara orang tapi aku tidak berapa pasti samada suara orang atau mungkin suara dalam diriku sendiri. Beberapa detik berlalu, setelah aku amati, barulah aku yakin yang aku mendengar memang suara orang bercakap-cakap. Asing bahasa yang dipertuturkan pada pendengaran aku. Ahhh! Sudah!! Munkar Nakir ker ni?

Secara perlahan aku mula sedar terhadap perubahan yang berlaku pada diriku. Paling ketara adalah perjalanan otak aku. Seakan ianya mula berdetik setelah entah berapa lama diam dan statik. Aku membayangkan gear-gear mula berputar, piston-piston mula bergerak, injap-injap mula berfungsi, tersedak-sedak pada mulanya. Seperti enjin kereta yang telah lama tak dihidupkan, otak aku pun mengambil masa yang lama untuk membuat analisa terhadap keadaan diri aku.

Aku cuba menggerakkan anggota-anggota badanku sepertimana yang diarahkan oleh otak aku. Payah juga. Satu-persatu sendi, otot-otot, jari-jemariku mula menggerenyet dan memberikan tindakbalas yang positif! Otak aku mula mengambil alih kembali kawalan terhadap fungsi dan pergerakkan seluruh tubuhku seperti yang sepatutnya.

Kemudian, ingatan aku pula mula beroperasi, macam televisyen yang baru dibuka…aku lihat cebisan-cebisan memori melintas laju di depan mata, bergerak secara rawak, tak tentu arah, melompat-lompat dari satu peristiwa ke peristiwa yang lain…kejap kisah masa aku kecil, kemudian aku di universiti, kemudian ketika aku di sekolah pula…kemudian ingatan pada SGE menjelma, kawan-kawan aku, keluarga aku…kemudian kisah dikampung pula menjelma…hish!…naik keliru juga aku! Dahlah dengan keadaan aku yang masih separuh sedar ni. Aku masih kebingungan, tidak mengetahui dimana aku sedang berada, hidup lagi ke aku ni atau…

Kisah perjalanan hidupku dan pengalaman yang aku alami seumur hidupku makin pantas tertera, macam video yang sedang di fast forward  pada 100 kali kelajuan.

Otak aku mula efisyen, mula aktif dan mula berfungsi dengan sempurna secara berperingkat...50%...75%...80%...macam sedang download dokumen dari Internet dan bila sampai pada tahap 100%, aku terdengar seperti bunyi siren yang kuat. Berdesing kepala otak aku!

“Ya Allah…!!” Aku berteriak.

Perkataan yang pertama yang aku ucap bila otak aku sedar sepenuhnya dan memori-memori aku tersusun dengan betul, mengikut turutan kejadian dan imbasan terakhir adalah pistol yang meledak di kepala aku.

Apa yang aku sangka mengambil masa berjam-jam lamanya, dari saat aku mula merasa haus hingga ke saat aku menjerit ni, sebenarnya, berlaku dalam jangkamasa tak lebih dari 1 minit.


Panjang lagi umurku rupanya!

Thursday, May 7, 2015

MASIHKAH ADA ALIA - Part 3, Chapter 33

Dan berdiri depan aku, seorang lelaki muka macam lanun.

Belum sempat aku memberitahu yang dia salah bilik, penumbuk dia dah sampai, aku tak sempat nak tepis atau mengelak. Aku alpa dan leka seketika kerana kerisauan pada Alia membuat aku tidak memberikan tumpuan kepada bahaya yang datang. Tersungkur juga aku di tepi meja. Mamat tu melangkah masuk.

Aku pantas bangun dan terlihat di belakang mamat tu ada dua orang lagi penyangak. Tiga lawan satu! Sukar tapi tidak mustahil. Mungkin payah sikit sebab bilik hotel ni agak kecil, pergerakkan aku terhad.

Ni pasti kerja Harith!

Ingatan aku terus kepada Alia. Apa yang mereka telah buat padanya. Alia seorang sahaja yang tahu dimana kami menginap di Kuala Lumpur. Nama yang digunakan untuk mendaftar juga bukan nama betul. Pasti Alia sudah ditangan mereka! Tiada cara lain untuk maklumat ni diketahui. Darah aku terus mendidih. Kenapalah Harith tidak ada sama mereka bertiga ni, sedap sikit aku nak belasah!

Mamat pertama tu cuba nak terajang aku, aku tepis, tangan aku mencapai sebuah tablelamp yang berada di situ dan aku hempuk mamat tu. Berderai lampu meja tu di kepala mamat tu.

Saat tu juga, salah seorang dari mereka menghentak aku dari belakang dengan kerusi.

Hentaman itu membuat aku terlanggar dinding. Aku terasa darah panas mengalir di bahagian belakang kepala aku. Aku gagahkan juga semangat dan aku tidak hiraukan kesakitan yang aku rasai.

Aku berpaling dan mamat ke tiga tu sudah mengeluarkan pistol dan mengacu ke arah aku. Aku kerah segala tenaga aku dan aku terkam kearahnya.

Aku genggam tangannya yang memegang pistol tu. Kuat dia melawan dan lagi kuat aku memulas tangannya itu.

Ada tangan pula sedang memegang dan menekan bahuku dari belakang. Aku biarkan, aku tahan kesakitan yang aku rasa. Perhatianku tertumpu pada tangan yang memegang pistol yang sekarang ini tepat diacukan di mukaku!

Tidak! Not like this!

Aku tak rela menemui ajal dalam keadaan begini…jauh dari Alia!

Tekanan di belakang aku makin kuat, aku makin terdesak. Tangan aku makin tidak berdaya memegang dan menghalang pergerakkan mamat yang memegang pistol tu. Hanya satu cara sahaja yang tinggal. Aku pusingkan badan dengan sekuat tenaga yang ada. Kedua-dua penyanggak yang menyerang aku pun turut beralih arah dan hilang imbangan.

Dalam kekalutan tu, belum sempat aku membuat tindakan selanjutnya, pistol tu meledak dengan desingan yang memekakkan telinga aku.

Kemudian, aku nampak diriku jatuh.

Aku nampak diriku longlai kelemahan dan jatuh tersembab di bucu katil.

Aku nampak titisan darahku yang menyembur keluar.


Akhirnya, aku tak nampak dan tak mendengar apa-apa lagi melainkan jeritan yang hanya bergema di dalam diriku melaungkan Allahuakbar... 

MASIHKAH ADA ALIA - Part 3, Chapter 32

Aku bersidai di atas kerusi malas di tepian kolam renang di hotel sambil menunggu Alia kembali. Kenyang perut aku melahap rojak mamak dan cendol pulut setelah kes Alia di Mahkamah Syariah selesai. Lama tak kena rojak bawah pokok.

Waktu baru jam 3.30 petang. Alia sempat menalipon aku selepas lepas keluar mahkamah dan mengatakan dia akan meluangkan sedikit masa dengan ahli keluarganya.

Aku relakan dengan berat hati juga namun aku suruh Alia usah tergesa-gesa dan menghubungi aku setiap 1 jam. Perjalan pulang melalui Singapura dah diatur keesokannya, jadi masa terluang agak banyak. Aku bersantai secukupnya.

Bila lagi nak lepak kat KL ni tanpa gangguan.



Dalam pukul lima petang aku dah selesai mandi dan dan bersiap-siap dalam bilik aku. Alia baru sahaja menalipon mengatakan dia akan mula bertolak untuk kembali ke hotel kami dalam setengah jam lagi.

Aku bergerak ke KLCC. Aku nak shopping sikit. Terutama, nak beli cincin lamaran aku untuk Alia. Aku nak surprise dia. Nanti bila balik Mauritius dah susah aku nak cari sebab aku dah survey kedai kat sana, stock tak sebanyak macam kat KL ni.

Lama juga aku merewang di KLCC, ronda-ronda tengok orang, tengok barang. Akhirnya, aku pilih cincin di Tiffany. Ringkas saja rekaannya, platinum dengan sebiji berlian. Harga jangan tanyalah.

Aku tengok jam dah dekat pukul enam petang. Alia pasti dah sampai ke bilik dia. Aku call Alia dan line dia engaged. Mungkin dia tengah call kawan-kawannya dia kat KL ni kut.
Aku dah penat round satu KLCC dan dah berjumpa apa yang aku cari. Aku masukkan cincin tu dalam wallet. Kotak dia aku buang, pecah la surprise aku kalu Alia nampak kotak biru tu.

Aku melangkah keluar dari KLCC dan phone aku bunyi, number Alia, tepat seperti dijanjikan. Belom sempat kata hello dah putus. Siut! Tak berubah network kat KL ni. Aku yakin Alia dah sampai ke bilik dia. Aku try call Alia, masih tak dapat. Network problem la ni. Cilakak!

Aku jalan balik, sampai ke hotel aku terus ketuk pintu Alia. Tiada jawapan. Mandi ker? Aku masuk bilik aku bersebelahan bilik Alia. Aku releks memerhati pemandangan, tengok air pancut beralun-alun.

Dalam lima minit, aku keluar dan ketuk lagi pintu Alia. Siut! Masih tak berjawab. Apahal nih!!

Aku hubungi reception dari bilik aku.

Mereka memberitahu yang kunci bilik Alia masih di bawah.

Ah…! Sudah! Aku dah tak sedap hati.

Mana pula dia pergi. Merayap lagi ker? Tapi kenapa tak call aku. Jam dah dekat enam setengah petang. Last call aku terima dari Alia pukul enam tadi. Otak aku dah fikir yang bukan-bukan. Tapi aku masih dapat bersabar kerana dia dengan keluarga dia, pasti tiada perkara yang tak diingini terjadi.

Aku nekad call rumah mak Alia. Berderau darah aku bila mereka memberitahu yang Alia dan pakciknya dah bertolak ke hotel sejak pukul 5 petang tadi lagi. Aku merasakan ada sesuatu yang tak kena. Debaran hatiku makin menjadi-jadi.

Aku kawal perasaanku agar tidak ketara dalam tutur bicara kerana tidak perlulah keluarga Alia pula risau tak menentu. Ini hanya gerak hatiku, bukan 100% betul lagi.

Mereka tahu esok kami akan bertolak ke luar negeri dan tak dapat dihubungi untuk seminggu dua sehingga kami menghubungi mereka kembali. Soal keselamatan Alia amat penting dan perancangan sebegini memang perlu diaturkan.

           Ketika itu, pintu bilik aku di ketuk. Aku lega, ni pasti Alia. Aku buka pintu dengan sengih dan senyuman panjang sejengkal. 

MASIHKAH ADA ALIA - Part 3, Chapter 31

Sepanjang perbahasan tidak satu pihak pun ingin mengalah dan saling tuduh menuduh. Tak kering gusi Hakim menasihati agar kedua-dua pihak untuk bertenang dan diam. Kalau hendak bercakap kenalah ikut giliran dan bukan main mencelah ikut suka.

Hampir dua jam juga perbicaraan dan akhirnya Alia juga mengalah dan bersetuju dengan beberapa syarat dari Harith, walaupun berat sebelah, agar kes ini dapat diselesaikan hari ini juga.

Alia dah nekad, Harith nak tuduh dia nusyus atau derhaka atau apa jua pun, dia dah tak ambil peduli kerana yang penting, dapat cerai hari tu juga. Harta sepencarian atau segala barangan dalam rumah yang mereka kongsi pun Alia dah tak hairan, dia tak nak kesemuanya, dia tak perlukan walau sehelai kain atau sepasang baju yang ada.

Pertanyaan Hakim tentang berapa duit tanggungan yang Alia ingin Harith bayar dibalas jeritan oleh Alia mengatakan satu sen pun dia tak ingin.

Brutal Alia aku ni tapi free jer Alia kena tempelak dengan Hakim yang menyuruhnya supaya jangan meninggikan suara di dalam kamar mahkamah dan bertenang.

Akhirnya, Harith lafaz juga talak depan Hakim. Talak kali ketiga, no turning back, sebab sebelum ni sudah 2 kali jatuh talak namun telah rujuk semula. Orang kaki mabuk ni, memang ikut cakap sedap mulut saja dan lupa bahawa urusan cerai rujuk semuanya direkodkan oeh Mahkamah.

Strategi Alia juga buat pengaduan jatuh talak pertama dan kedua di Mahkamah Syariah dan merujuk semula dengan saksi di Mahkamah juga.

Harith terperangkap, peguamnya tak dapat buat apa apa (mungkin Harith juga lupa dia dah 2 kali lafaz cerai kat Alia sebelum ni dan tak beritahu peguam dia – satu lagi penangan alkohol, sel otak mati beb!). Memang fakta itulah yang menjadi tonggak peguam Alia untuk memerangkap Harith.

Aku lega ya amat. Otak aku dah merancang cara aku nak propose kepada Alia untuk menjadi isteri aku yang sah bila tiba saat dan ketika nanti.

Alia akan jadik milik aku juga akhirnya! Yesss!! Yessss!!

Alhamdullillah. Nasib aku dapat kawal diri aku, kalau tidak mahu aku melompat di dalam kamar mahkamah tu.
Peguam sama peguam akan berbincang untuk documentation selanjutnya dan juga pengeluaran sijil cerai oleh Pejabat Kadi.

Rintangan terakhir aku dan Alia telah berakhir. Aku lihat Alia menitis airmata, berpelukan dengan emak ayah dia dan sanak saudara yang ada.

ITS NOT OVER YET, ALIA!!!!”

Harith menjerit dengan lantang dan sepenuh hati sehingga terdiam seluruh kamar mahkamah tu. Terhenti langkah Alia dan keluarganya yang sedang berjalan keluar untuk seketika. Hakim pun turut terkedu.

Go to hell, Harith!!...Its bloody over between you and me!!!”

Balas Alia. Sebijik kau kena dengan Alia. Dah berlawan jerit pulak dalam mahkamah tu.

Hakim mengetuk amender namanya tu tukul tu untuk mengawal keadaan. Kecoh sekejap keadaan.

Aku terpaku dengan kata-kata Harith tu yang merupakan satu ugutan dan aku tersenggeh mendengar keberanian Alia memaki hamun jantan jahanam tu sebegitu. Ambik kau!


Aku tahu, aku dan Alia perlu lebih berhati hati mulai saat ini. RM12 juta beb!, orang akan buat apa saja untuk mendapatkan duit tu semula!

MASIHKAH ADA ALIA - Part 3, Chapter 30

Hari Isnin tu Alia cuba melarang aku dari menemaninya ke Mahkamah Syariah.

Tapi, aku berdegil kerana aku risaukan keselamatannya dan tak sanggup kehilangan dirinya sekali lagi kalau apa apa terjadi. Akhirnya, Alia mengalah, terpaksa membenarkan aku berada di situ. Tapi aku berjanji, Harith dan keluarganya serta keluarga Alia tidak akan sedar kehadiran aku.

Aku cuma dapat berbicara dengan Alia melalui telefon sahaja kerana Alia telah bermalam sepanjang hujung minggu itu bersama keluarganya. Aku tak berapa risau kerana kawasan rumah ibubapa Alia tu ada pengawal dan aku telah berpesan kepada Alia supaya jangan  keluar dari rumah tanpa sebab dan tanpa berteman. Biarlah dia melepaskan rindu pada ibubapa dan adik-beradiknya.

Aku tiba dengan teksi yang berhenti diseberang jalan berdepan dengan pintu masuk ke mahkamah. Aku turun agak berjauhan untuk memberikan aku sedikit masa untuk membuat rancangan. Aku tahu Alia telah tiba lebih awal bersama kaum keluarga dan sanak-saudara yang datang untuk memberi sokongan moral. Aku perhatikan keadaan di sekitar mahkamah tu sebelum memulakan langkah.

Bangunan yang terseragam itu nampak menakutkan. Dekat dengan Muzium Negara dan juga Tasik Perdana. Lokasi strategic tu, kalau ada pasangan kena tangkap basah, boleh dibawa terus saja ke mahkamah tu.

Aku memakai serban dengan baju ala-ala baju Pakistan yang agak lusuh dan seluar jeans. Terpaksa menyamar untuk hari ni. Pasti orang tak sangka aku pakai serban. Mujurlah di KL ni banyak kedai-kedai yang menjual barangan terpakai dan kedai baju bundle. Senang nak cari costume sebegini.

Aku sediri pun tertawa dengan penyamaran aku. Cermin mata gelap yang aku pakai pun yang jenis frame bulat, so wajah aku yang kelihatan poyo saja. Aku lengkapkan penyamaran aku dengan mengepit fail yang berisi suratkabar lama. 2 batang pen aku sisip di poket. Saling tak tumpah aku macam budak kerja despatch.

Seperti yang dijangka, memang ramai orang. Tapi tidaklah seramai yang ada ni, siap reporter sekali. Aku hairan, apahal ni? Wartawan terhidu kes ni ke? Bagi aku, keluarga Alia dan Harith tak la terkenal sangat, selalu berita mengenai mereka keluar paper untuk kes cerai ni menjadi tarikkan kepada akhbar-akhbar tabloid.

Jalan masuk ke kamar mahkamah tu sesak. Aku berhenti seketika sebentar di tepi tangga untuk mengambil nafas dan memerhatikan keadaan. Aku perlu bergerak dengan teliti dan menggunakan orang ramai yang berpusu-pusu itu untuk kebaikkan aku. Lagi ramai orang, lagi bagus bagiku, lagi aku jadi tak ketara, hampir halimunan, namun aku tahu, Harith; dan mungkin, orang-orang dia pasti sedang memerhatikan kehadiran aku.

Aku berhati-hati. Jantung aku gedabak gedebuk. Aku tinjau sekeliling, aku cuba mencari muka-muka yang aku kenal. Aku lihat Alia dan mak dan ayah dia dan saudara mara lain di satu sudut di luar kamar mahkamah sedang berbicara.  Ada dua tiga peguam syariah yang mewakili Alia sedang sibuk berbincang dan sekali sekala memanggil Alia untuk merancang sesuatu.

Aku terselindung dibelakang orang yang bersesak sesak tu. Masing masing menunggu pintu kamar mahkamah itu terbuka.

Harith belum tiba. Aku masih tak nampak batang hidung dia lagi.

Pintuk kamar mahkamah dibuka, orang ramai yang berkerumun di situ mula berpusu-pusu masuk.

Aku membiarkan orang di depan ku berasak-asak. Biarlah mereka nak berebut masuk, tak kuasa aku nak berhimpit begitu dan aku tahu pasti ada ruang untuk aku nanti. Lagipun aku tak perlu terburu-buru.

Sekali lagi aku pelik. Kenapa orang ramai dan wartawan sibuk pasal kes Alia ni. Apakah keistimewaan kes ini. Mungkinkah ada orang yang mengaitkan kehilangan wang dari syarikat Encik Hashim dengan kes ini. Tak mungkin! Aku berdiri tidak berganjak di luar memerhatikan Alia masuk diikuti rombongan keluarganya.
Aku mula melangkah untuk turut masuk ke kamar mahkamah apabila kesemua ahli keluarga Alia terkap masuk dan mengambil tempat masing -masing. Belum pun sampai 5 langkah aku ambil, tu dia!, Harith dan rombongan pun tiba. Fuh! Macam gangster Harith jalan, mendada dan dengan muka bengis. Aku berundur sedikit untuk memerhati.

Orangramai yang menyelindungi aku makin berkurangan jadi aku terpaksa membongkokkan diri untuk berselindung dengan cermat. Aku nampak Encik Hashim juga ada dan isterinya. Mereka diiringi oleh beberapa orang lain yang pastinya ahli keluarga terdekat.

Perlahan aku mengensot menghampiri pintu mahkamah tu sambil mata aku liar memerhati. Aku baca notis kat papan kenyataan, saja buat buat sibuk dan macam ada kerja, kejap-kejap aku berdrama semak fail kosong aku tu.

He-he-he!, terpacul gelak kecil di bibir aku bila aku lihat senarai kes yang akan didengar pagi tu. Ada nama artis! Padanlah ramai orang dan reporter! Semuanya kaki kaypoh, nak melihat aib orang. Lantaklah korang, asal korang bahagia.

Aku mencelah masuk dengan pantas bila ada orang membuka pintu dan terus aku jatuhkan pen dan buat-buat cari pen tu. Aku jalan itik menuju ke bangku paling belakang dalam kamar tu dan bila aku rasa line clear, aku angkat muka dan mula memerhatikan umat yang hadir di situ.

Tidak berapa lama setelah kes pertama didengar, giliran kes Alia pula tiba. Aku menumpukan perhatian. Peguam dari kedua-dua memulakan hujah masing-masing.

MASIHKAH ADA ALIA - Part 3, Chapter 29

Aku dan Alia sampai ke Kuala Lumpur dalam pukul 4 petang, hari Sabtu, selang dua minggu setelah Alia mengumumkan tarikh perbicaraan telah ditetapkan.

Perjalanan kembali ke KL pun melalui Thailand, mendarat di Bangkok dari London dan kemudian turun ke Malaysia dengan kereta sewa melalui sempadan di Bukit Kayu Hitam. Aku masih berhati-hati seperti dahulu. Setiap pregerakkan aku dan Alia harus dirancang dengan teliti untuk memastikan perjalanan kami teratur, kemas dan tidak menarik perhatian mana-mana pihak.

Ada juga ketika yang aku rasa macam membazir juga belanja lebih untuk melencongkan perjalanan kami ke sana-sini. Tapi bila aku fikir semula, sebenarnya, agak mudah untuk menjejak perjalanan seseorang. Lebih-lebih lagi bila merentas sempadan antarabangsa antara negara terutamanya kalau melalui international gateway seperti KLIA atau Changi atau Bangkok.

Semua urusan passport dan imigresen sekarang sudah computerized, oleh itu, pada mereka yang pandai, agak mudah untuk menanda dan menjejak perjalan passport seseorang dari mana ke mana.

Harith pastinya tidaklah sebodoh yang aku ingin sangkakan. Pasti ada juga kaki kaki dan balachi-balachi dia yang boleh digunakan. Aku pasti juga yang dia ada duit untuk dibelanjakan bagi membeli dan mendapatkan maklumat dari sumber-sumber yang tertentu.

Kami terus check-in di sebuah hotel bertaraf lima bintang yang berdekatan dengan KLCC. Sengaja aku pilih lokasi tu kerana senang nak bersiar-siar dan juga membeli belah. Tarikh perbicaraan adalah pada hari Isnin, jadi ada masa untuk Alia bertemu keluarganya seketika.

Aku membuat keputusan untuk bertemu abang dan kakakku yang berada di sekitar KL, tak sempat rasanya untuk balik kampong bertemu emak. At least aku dapat sampaikan berita melalui mereka kepada emak yang aku sihat dan sejahtera, taklah dia risau sangat. Aku juga sempat memberitahu Yusuf yang aku telah telah kembali ke KL untuk sementara dan kalau ada masa, aku akan mencarinya.