Wednesday, June 23, 2010

Short Story - Elina Shakila

Elina Shakila

it has been rehashed from another story, certain scenes were edited due to cultural and censorship contraints..i've watered down the story to a level acceptable for public view, but in my opinion it can be rated at PG17..
i will try to upload 1 part per day...hope it is well received..comments, brickbats, critiques or whatever u have, want and need to say..just jot it down..

[|]waiemm[|]

Elina Shakila

Part 1

Bayu dari Selat Melaka bertiup kencang petang itu. Mentari kian memulakan perjalan untuk berlabuh di ufuk barat. Aku melihat Lina merenuh jauh. Balkoni di resort yang kami diami ini memang menghadap laut dan jika suasana cerah, kepulauan Sumatra dapat dilihat.

Lina berpeluk tubuh, nyata singlet nipis yang dipakainya tidak dapat menahan sejuk yang melanda. Rambutnya mengerbang, mengikut alunan bayu, melambai-lambai lembut dan menggamit kesyahduan.

Sesekali, rambut yang ikal itu menutupi wajah Lina yang ayu, wajah yang pada aku, amat memikat. Tidaklah lawa dan jelita bagai artis arau seorang model, tapi, entahlah, pada aku, natural dan exotic. Complexion kulit Lina yang membuat aku amat teruja dan boleh mendebarkan jantung. Halus dan licin, natural beauty. Ya, natural beauty, itu yang membuatkan aku hilang pertimbangan selalunya.

Aku pantas bangun dan menuju ke arah Lina. Ku rangkul kemas tubuhnya dari belakang. Lina membalas dengan memeluk tangan kiriku dan pipinya disandarkan ke lenganku itu. Manja, bersahaja, lembut. Aku rasa bahagia.

Kehangatan badan Lina terasa mengalir ke badanku. Aku sangkakan Lina akan kesejukkan disebabkan deseran angin. Namun tidak, dalam suasana sejuk itu, badannya tetap hangat. Ku belai dan ku cium rambt Lina. Jejari pula terus bermain-main pada reroma di lengan Lina. Sudah habit aku, kegemaran aku. Reroma yang agak lebat di lengan Lina adalah salah stau tarikan padaku. Fetish agaknya, namu, itulah yang selalu membuka seleraku. Lina sebenarnya kurang gemar aku berbuat demikian. Geli katanya. Tapi, kali ini, dia merelakan. Ku kuis perlahan, ku putar dan ku pintal, jejariku terus bermain dengan reroma itu.

Khayal. Leka. Aku bersama Lina dalam pelukan. Kami berdansa tanpa bergerak. Deruan bayu menjadi irama kami dan seluas pemandangan lautan di hadapan kami adalah lantai tarian. Dua tubuh yang tak ingin terlerai. Dua jiwa yang tak ingin petang itu berakhir.

Ku pusingkan Lina menghadapku. Kemas tanganku merangkul pinggang Lina dan dia pantas memelukku lalu membenamkan mukanya ke dadaku. Sejenak tubuhku dan Lina bertaut bagai menjadi satu. Aku biarkan, aku relakan diriku untuk lemas dalam rangkulan Lina.

Ku kucup dahinya dengan perlahan.Ku larikan ciuman ke pipinya, Jariku mengangkat dagu Lina dan bibir kami bertemu. Jiwaku menghirup setiap titis kemanisan dari bibir Lina. Lembut kucupan kami, liar pada ketikanya, berbicara dua pasang bibir tanpa kata-kata, mencari dan terus mencari tiada henti.

“do you know how much i love you, lina?” ucapku memecah kesunyian tika bibir kami berpisah.

“nope…” jawab Lina, ringkas, “tell me…” Lina menduga bersama senyuman yang tak perlu ku lihat, namun aku tahu, Lina tersenyum ketika itu.

“do I have to…?” aku pula menduga, “you don’t know or do you just don’t feel the same way I do…?”

Lina diam. Membisu dan menyembunyikan wajahnya jauh ke dadaku.

“Jimi, tell me…please tell me that tonight will never end…” suara Lina lemah bersama nada yang terhenti-henti menahan hiba di dalam dirinya.

Tangisannya amat hamper dan dapat aku rasakan, pada bila-bila masa sahaja, airmata Lina akan bercucuran. Aku eratkan lagi rangkulan. Aku tegaskan lagi diriku sentiasa akan dekat bersamanya.

“you know that I cant make that kind or promises, luv…” aku cuba menenangkan Lina…”with all that had happened lately, I cant, I just ca--…”

Tak sempat aku menghabiskan kata-kata, Lina meleraikan dakapan kami dan terus meluru masuk ke dalam dengan esakan dan linangan air mata.

“hmm…” bisikku dalam hati.

Lina seakan tahu aku akan break the bad news malam ni, malam terakhir aku akan bersamanya. Aku biarkan dia dengan tangisannya. Memang dia sudah selalu begitu. Aku tahu dia perlukan masa untuk bersendirian. Biasalah tu, biarlah dia pergu layan perasan sekejap, memujuk jiwa yang sedang kacau tu.

Aku terus berdiri dia balkoni, mengambil tempat di mana Lina berdiri tadi. Aku nyalakan Dunhill sebatan. Sejuk melanda. Tiada lagi kehangatan tubuh Lina, ditambah pula aku memang tak berbaju.

Mentari kian berlabuh. Suasana semakin damai, camar berterbangan pulang. Aku masih berdiri di balkoni, mengamati kaki langit yang akan bercantum dengan lautan tidak berapa lama lagi.

Kenangan menjelma. Permulaan hubungan aku dan Lina. Memang aku tak duga (oklah, aku tak duga, tapi aku mengharapkan, mungkin sebab tu terjadi sebegini) aku dan Lina akan menjadi serious. Memang betullah apa yang aku baca dan apa yang selalu dikatakan orang, office relationship, selalunya berakhir dengan extra-marital relationship.

Tapi, aku dan Lina lain-lain office. Ha-ha-ha, ketawa kecil aku dalam hati dengan statement itu, yang aku sendiri tak percaya dan hanya untuk menyedapkan hati sendiri. Tapi aku rasa, aku yang bersalah. Eh..takde rasa-rasa, memang aku yang bersalah!

Aku mengambil kesempatan pada keadaan. Aku mengikut hawa nafsu dan tidak berfikir panjang seperti yang sepatutnya aku buat. Fikir dengan kepala otak! bukan ikut nafsu dan perasaan.

Lina bukan aku kenal sehari-dua. Sejak dia sekolah lagi aku telah mengenalinya, bahkan lebih awal lagi. Namun pada saat dan ketika aku bertemu dengannya, bila Joie, adikku sendiri membawanya ke rumah untuk mengulangkaji pelajaran, dari saat itu, memang, aku telah jatuh hati, jatuh cinta dan Lina menjadi wanita fantasi aku.

Aku cuba bentung perasaanku terhadapnya. Aku simpan jauh-jauh dalam lubuk hatiku. Aku cuba buang dan kikis dari hatiku. Bertahun lamanya aku cuba dan mencuba, tapi tak terdaya. Ianya sentiasa dekat dan bermain-main dalam benakku, dalam otakku dan dalam hatiku. Tidak berjaya aku padamkan walhal Lina tu adalah girlfriend adik aku. Buah hati Joie.

Lina berusia 16 tahu ketika dia dan Joie mula mendekati sesama sendiri. Hampir tiap-tiap hari dia ada di rumahku. Dengan baju sekolah, dengan baju kurung, kadang-kadang dengan blouse, jeans dan ada juga memakai mini skirt saja.

Memang aku akui, Lina got the nicest ass. Bila dia pakai jeans ketat atau short skirt, aku juga ada terperasan yang Lina ni macam teasing aku, seakan flirting dengan aku. Atau adakah itu hanya aku yang syok sendiri?

Aku ada Tanya Joie masa dia mula bawa Lina pulang ke rumah, “joie, girlfriend kau tu, adik si Kochis kan? Nama dia siapa ya, aku dah lupa lak..”

“Elina Shakila…” sambut Joie

“Misteri Mimpi Shakila ke? Lagu WINGS tu? Ha-ha-ha...” aku saja menyakat adikku tu...“aku baru ingat la joie, Lina tu, masa kecik-kecik, kalau main kat garden depan umah dia, pakai seluar dalam jer tau...mak aii..dah besar dah sekarang...mengancam tu...!”

Baru la aku teringat, adik si Elzam rupanya, kawan-kawan aku gak kat situ, Kochis nama samarannya. Aku pun boleh terlupa dia ada adik perempuan, ialah, masa kita rang lepak zaman tengah naik, mana nak duduk rumah sangat, hari ke sehari, sampai bertahun, tempat kunjungan adalah port biasa, rumah Bob, dari pagi sampai senja sampai pagi semula.

“wooi!!..aparaa...” Joie menjawab, bengang agaknya dengan gurauan aku.

Selang beberapa hari, ketika Joie keluar untuk membeli makan tengahari, aku yang sedang duduk bersantai ngan gitar diruang tamu telah disergah oleh Lina, “abang jimi kata saya main kat garden dengan seluar dalam saja yer...” siap dengan mucung panjang sejengkal dia mencebik ketika berkata demikian kat aku.

“abang gurau jer la...tapi kan betul, kenyataan, kalau tak percaya, tanya Kochis, dia sure ingat...nasib la sekarang dah besar, tak buat macam tu lagi...ha-ha-ha...” SSSRaaaapppppppp!!! Melayang buku exercise sekolah atas kepala aku!

Adeess...brutal jugak budak ni. Nasib tak kena!

2 comments:

jamstrawberry said...

sowi..masuk tak diundang..

ayat yang santekk..

Wai Emm said...

hey my first comment ever..wow...tq..tq...u honor me..hari ini dalam sejarah..