Sahlah wajah yang aku lihat di Langkawi tu sebenarnya memang Joie. Aku dapat rasakan kesahihan fakta itu jauh di dalah hati walau aku cuba untuk berfikir sebaliknya, namun fakta itu tertera dengan terang bagai spotlight yang menyuluh Jalur Gemilang di Dataran Merdeka dan juga spotlight yang memandikan KLCC setiap malam.
Keadaan dan kesihatan Joie bertambah pulih dari hari ke sehari. Bilik Joie penuh dengan kecerian saban hari dan semua orang gembira. Semua orang kecuali aku. Aku tak sanggup tengok Joie. Aku tak sanggup bertentang mata dengan Joie. Tapi aku tak dapat lari.
Sudah berminggu-minggu aku dan Lina tida berbual, tidak bertegur sapa. Tiada lagi sentuhan mesra, yang ada, handa kedinginan dan kehambaran.Hancur hatiku bila terlihat wajah Lina yang ayu. Lebur perasaanku bila Lina selalu sahaja menjauhkan diri dariku bila ku menghampirinya untuk berbual atau bertanya kabar.
Beberapa hari sebelum Joie dibenarkan pulang, dunia yang aku kenali, yang sekarang porak peranda, terus hancur lebur. Malam itu aku tidak dapat lari dari giliran aku menemani Joie. Aku terpaksa juga untuk mengelakkan orang lain terhidu akan sesuatu telah terjadi.
Aku bersendirian bersama Joie. Lampu di bilik tu pun telah disamarkan apabila semua family aku pulang ke rumah masing-masing setelah waktu lawatan tamat.
“I know everything…” Joie mula bicara…perlahan…
Shit! Itu yang first muncul di benakku…perkataan tu dan juga sebuah tendangan invisible di perut aku. Senak. Susah aku bernafas!
“how could you…tergamak kau buat aku camtu Jimi…Lina tu adik kau tau…bini adik kau, bini aku Jim…”
Aku diam…mencari kata-kata… “jo…”
“Lemme finish!!!” Joie menyentap. First time dia tinggi suara dengan aku... “I saw the both of you in Langkawi…kau dah tahu tu, aku tahu Along pun dah berbicara dengan kau, lebam kat mata kau pun ada kesan lagi…dengan tangan kau memeluk Lina, aku nampak Jim…aku nampak keceriaan Lina…dia gembira dengan kau Jim, aku nampak…aku boleh rasa…I know I haven’t been a good husband to her…I can see it in her eyes, each time I came back, she won’t even touch me…do you know that!!?? Aku rela lepaskan Lina, untuk kau Jim…aku tahu, aku tak boleh menggembirakan dia cam kau…”
Aku rasa tangisan mengalir di pipiku. Tak tertahan pilu dan hiba di dalam hati. Adik aku dalam keadaan macam ni pun sanggup untuk berkorban untuk aku. Apa aku ni? Sanggup ke aku menerima pengorbanan Joie...bagaimana aku nak explain situasi pada famili aku, famili Lina, famili Jun, isteri aku? Aku tiada muka, tiada otak?? Barulah aku sedar betapa kecil dan kerdilnya diri aku ini. Aku malu...aku hiba...aku hina.
“cakaplah Jim...adakah Lina yang kau nak...look at me in my eyes and tell me what your want!!” Joie meneruskan kata-kata yang menghiris diriku, “do you remember, how you always took what is mine…dari kita kecik lagi Jim…aku sentiasa mengalah…kau nak aku mengalah juga sekarang ni…dan lepaskan satu-satunya cahaya jiwa dan hidup aku Jim?? Aku tahu, aku bukan laki yang baik tapi Lina tu isteri aku Jim…apa kata dan perasaan kau kalau aku buat benda yang sama dengan kak Jun!!??”
Kata-kata Joie tu menampar aku…menikam aku…membunuh aku…terasa seolah-olah kulit aku disia-siat, buluh sembilu menghiris setiap inci badanku, cemati berladung besi melibas tubuhku…Ya Allah…apa yang telah aku lakukan!!?????
“Do you know that I got drunk that night and purposely pick a fight with those jokers? Aku berharap betul dorang tu bunuh aku! Aku rela mati masa tu, Jim…aku rasa tak guna aku hidup, lebih-lebih lagi abang aku sendiri merampas kebahagian aku…”
Kini darah Joie mengalir di tangan aku. Seperti aku sendiri yang menghayun besi atau kayu yang memecahkan tengoraknya. Joie, adik aku sendiri, darah dagingku sendiri dan aku hampir membunuhnya kerana cinta. Aku dikaburi oleh nafsu dan terlalu mengejar fantasi.
Hanya tangisan aku yand sayup-sayup kedengaran malam tu. Aku mengaku segalanya pada Joie. Aku pohon ampun, aku pohon kemaafan. Aku berlutut di kaki Joie. Aku merendahkan diri serendah-rendahnya dan berpadanlah dengan perbuatan aku, sehina-hina perbuatan seorang abang kepada adiknya.
Hingga ke pagi tangisan aku baru reda. Joie sudah dibuai lena. Doctor bertugas masuk ke dalam bilik dan bila melihatkan aku dengan bengkak mata dan bekas air mata yang di pipi, memanggil aku keluar untuk berbicara.
“There’s something important I have to tell you. It is important for you to know and let others know, although the bruises in his brain have subsided, theres always a possibility of internal bleeding recurring. The veins received tremendous injuries and would take time to recover. It’s nothing serious tho’ but as a precaution, make sure he is not troubled or overly stressed and no traumatic experiences that can aggravate the injury. I hope that you know what to do…”
Ya Allah, doctor ni macam bersubahat pula. Yes, I know what to do, doc! For Joie’s sake and for Lina’s too.
No comments:
Post a Comment