Monday, June 28, 2010

Elina Shakila - Part 7

Pagi Selasa, selepas pulang dari Langkawi, aku naik angin di office. Aku call Joie, bukan sekali, bukan 2 kali tapi berpuluh kali, dia tak jawab. Aku perlu kehadirannya untuk presentation project aku pula. Technical details, hanya dia sahaja yang tahu. Aku kalau nak goreng nak kelentong pasal bab-bab business dan financials, memang takde masalah. Tapi bab technical, aku tak reti sangat dan ini adalah bahagian yang paling critical.

Aku call Lina, bertanyakan dimana si Joie. Marah juga aku pada Joie, bini sendiri pun dia tak bagi tahu apa-apa. Padahal dah janji, weekend yang aku dan Lina berada di Langkawi, dia berada di Kuantan, dan hari Isnin dia akan berada di KL, hari Selasa meeting dengan aku dan hari Rabu presentation. Haramjadah betul la budak ni!!! Bagi tahu la kalau ada hal atau perlu ditangguh meeting dengan aku, jangan la senyap dan tak angkat phone! (aku terlupa kemesraan luar batasan aku dan Lina di Langkawi dan aku boleh marah pula suami dia, adik aku juga!).

Lina kata dia tak ada dengar apa-apa dari Joie...Lina jemput aku datang rumah, lunch kat rumah mak. Mungkin petang nanti Joie akan muncul atau membuat panggilan.

Tengahari tu aku pergi ke rumah mak...seperti biasa...makan tengahari, gurau-gurau dengan mak, layan dia dan ianya bermula, the begining of the end...

Sebuah kereta peronda berhenti di hadapan rumah. Aku telan airliur, mak rebah kat situ juga, sempat aku sambut. Abang polis menerangkan perkara yang terjadi. Joie accident, sekarang berada dalam ICU, Hospital Ipoh. Keadaan agak parah dan tenat serta berada dalam coma, namun vital signs stabil.

Aku pun set things in motion. Call bapak aku dan abang-abang aku. Aku suruh Lina siapkan mak, bawa mak punya keperluan dan ubat-ubat dia, kena segera ke Ipoh, nanti ahli keluarga yang lain akan menyusul kemudian, aku kena rush dulu ke sana, bersama mak dan Lina. Abah akan terus ke sana dari pejabatnya.

Abah boleh sampai dulu, driver dia lagi laju drive dari aku atau mungkin dia tahu shortcut. Aku check di mana Joie berada dan terus meluru ke wad ICU yang disebutkan. Aku arah mak dan Lina masuk ke lift, abah sudahpun berada di was ICU tu, Mak meluru kat abah. Tangisan mak dah macam orang hysteria, anak bongsu dia, anak emas, anak manja dia, terbaring pucat di atas katil, pelbagai alat, pelbagai wire dan saluran silang menyilang, di tambah balutan di kepala Joie, matanya bengkak, mukanya sembab dan tangannya bersimen.

Lina berjujuran airmata. Aku sebak di dada. Aku hampir Lina, aku pegang bahunya dengan niat menenangkannya, namun, Lina menjauhkan diri dari sentuhan aku. Aku berkecil hati dengan penolakkan dari Lina, menyakitkan tapi aku tersedar, dihadapannya, Joie, suami dia, adik aku, yang sedang menanggung kesakitan dan penderitaan berpuluh malah ribuan kali ganda hebat dan beratnya dari apa yang aku rasai!

Doctor bertugas datang menghampiri kami dan menerangkan Joie bukan mengalami kemalangan, tetapi menurut lapuran yang diterima, dia telah dipukul oleh samseng jalanan. Mungkin sebab kemalangan kecil. Sahlah ni, aku mengagak. Joie memang panas baran kalau bawa kereta, dia saja yang betul, orang lain semua bangang. Mungkin dia tersalah pilih lawan agaknya, dia pula kena hempuk.

Aku panggil driver abah, abang Yusof dan aku suruh dia pergi mencari kereta Joie. Tanya dulu di Balai Polis dan jika tiada, Majlis Perbandaran, mungkin dah ditarik. Kalau tiada juga, cari di mana tempat kejadian itu berlaku.

Aku buat beberapa panggilan, terutama pada Iza, secretary aku tu. Hampir 1 jam juga aku senaraikan pelbagai perkara yang dia perlu urusakan, meeting yang perlu di-reschedule, appointment yang perlu ditangguhkan dan macam-macam lagi.

Aku hargai keperhatinan si Iza ni dan juga cara dia handle pressure. Iza sempat ucapkan simpati. Aku terima seadanya walau seakan aku dapat detect nada yang agak sinis. Ahh...mungkin padan dengan muka aku kut!

Wife aku pun on the way dan aku suruh bawa pakaian persalinan sebab aku akan berada di sini beberapa hari, mungkin minggu, mungkin tahun sehingga Joie sembuh. Aku rasa bersalah.

Lewat petang abang Yusof call aku dan menyatakan BMW Joie dah dijumpai, di Impiana Casuarina (dulu Casuarina Parkroyal), Jalan Gopeng. Pelik! Apa sebab Joie ada di Ipoh, katanya dia di Kuantan dan mungkin Kuala Terengganu. Juga, beberapa insiden macam tak kena sahaja.

Polis yang datang ke rumah kata accident, doctor kata samseng jalanan tapi kereta Joie elok parking kat hotel. Misteri juga ni, makin mendalam. Mana satu versi yang boleh dipercayai, atau mungkin, versi yang sebenar belum pun diberitahu kepada family aku.

Aku tak boleh berdiam diri. Aku membuat beberapa panggilan, Ipoh ni taklah besar mana sangat. Mesti ada contact-contact aku yang tahu atau yang terdengar tentang kejadian menimpa Joie. Aku syak dia kena pukul di Casuarina sebab kereta dia ada disitu, jadi dia tidak kemana-mana. Seorang demi seorang mengatakan mereka tidak tahu menahu tentang perkara itu. Ada jugak yang akan menanyakan kawan-kawan mereka pula. Networking at its best! Someone must know and seen something!

Breakthrough pada pukul 10 malam. Kawan atas kawan bernama Toi (nama betul tak ingat) confirm dia nampak Joie dalam keadaan mabuk di Casuarina dan juga kekecohan yang terjadi selepas itu. Dia tak menyangka Joie yang terbabit. Itu sahaja yang dia tahu. Aku berterima kasih padanya. Jelas sekali, Joie mabuk dan bergaduh! Persoalannya, apa dia buat kat Ipoh bila dia sepatutnya berada di Pantai Timur!

Persoalan itu terjawab bila Sam, partner Joie mengatakan, Joie telah ke Penang...bila dia sebut Penang, aku rasa nak pitam! Penang ke Langkawi tak jauh! Joie ke sana untuk cover satu event yang sepatutnya Sam handle, tapi tak dapat nak pergi kerana hal kekeluargaan. Mungkin Joie singgah Ipoh untuk berehat on the way ke KL. Adussss...kecut perut aku, senak dan aku berpeluh dingin.


Ingatan aku terimbas ke Langkawi pada pagi Ahad sebelom flight kembali ke KL malam tu, aku dan Lina berpimpin tangan, berpeluk-pelukan, berjalan mesra di Pekan Kuah dan aku seakan perasan kelibat wajah seiras Joie. Sekilas sahaja dan ketika itu aku tak berapa pasti.

Aku tidak hiraukan perkara itu kerana aku tahu Joie berada dia Kuantan dan aku terus merangkul pinggang Lina. Joie ke??!! Could be?? It couldn’t...or could it?? Otak aku confuse, jiwa aku kacau, aku tak tahu apa yang aku fikirkan dan pada masa yang sama, terlalu banyak benda bermain difikiran. Damn!!!!!

Masuk hari ke-tiga aku di hospital. Joie telah keluar dari ICU dan keadaannya tidak lagi critical. Cuma aku seorang sahaja yang berada menanti Joie. Abah, mak, Lina, wife aku, abang-abang aku dan keluarga mereka telah balik sehari-dua yang lepas. The worse is over, kata doctor dan itu yang aku sampaikan kepada family aku. Kami sekeluarga berasa lega.

Hari ke-empat, aku arrange supaya Joie dipindahkan ke KL, destinasi, Gleneagles, Ampang, dekat sedikit dengan rumah mak. Doctor suruh aku tandatangan pelbagai borang perlepasan dan pada lewat malamnya, Joie dah sampai ke KL. Dekat dengan keluarga, jadi kami boleh berganti-ganti menunggu dia.

Hampir 2 minggu Joie coma dan dalam tempuh itu, beberapa kali pembedahan dilakukan terhadap kepala dia. Tengkoraknya yang hancur di kawasan yang terkena pukulan oleh benda keras tu perlu dikeluarkan sedikit demi sedikit, bagi mengelakkan terkena otaknya yang bengkak. Syukurlah tiada injury pada otaknya, kalau tidak, doctor cakap, Joie mungkin dah dikebumikan. Namun dari hari ke sehari, air muka Joie sudah berubah, vital signs dia kembali cergas sedikit demi sedikit.

Genap hari ke-22 dari tarikh dia coma, Joie mula menunjukkan tanda-tanda pulih dan sedar dari coma. Semasa kami beramai-ramai berkerumun di keliling katilnya, Joie membuka mata dan cuba berkata-kata...lemah dan perlahan...Lina memegang tangannya sambil teresak-esak menangis, lalu merapatkan telinga ke mulut Joie...

“dia nak Coke...” kata Lina terketar-ketar menahan tangis dan juga tawa.

Hampeh adik aku ni...dah separuh padam, the first thing dia mintak, Coke. Kimak!

Seluruh keluarga bersorak, berpelukkan, gembira, terharu dan lega yang amat sangat. Kesyukuran kelihatan pada wajah masing-masing, kecuali aku. Aku bersalah, wajah bersalah aku memang ketara kalau diamati, walau aku cuba sorok dibelakang senyum dan tawa. Lina memandang pada ku, sebentar sahaja renungannya, namum cukup menampakkan kekesalan, rasa bersalah, rasa berdosa. Mengalir air mata aku...what have I done!!?????

Aku lihat Joie memegang Lina dengan erat, melihat wajahnya dengan penuh kasih sayang, sesekali dia menoleh ke arahku...aku tak sanggup bertentang mata dengan Joie...tidak...aku berdosa...aku bersalah...my guilt is killing me...aku rasa nak terjun jer dari bilik tu.

Tangisan Lina lagi membuat aku sayu. Joie tak henti-henti memujuknya. Mengucapkan kata sayang, kasih, cinta dan rindu pada Lina. Raungan Lina bertambah kuat. Aku tahu, rasa bersalah Lina juga sedang bergelumang di dalam jiwanya. Biarlah mereka yang lain menyangkakan ianya tangisan gembira.

Abah dengan mak terus arrange kenduri kesyukuran. Abah suruh semuanya keluar dari bilik tu dan biarkan Joie dan Lina bersama. Semuanya dikerah balik untuk menguruskan kenduri. Semuanya keluar dan tahu akan tanggungjawab masing-masing.

Abah dan mak dah berlalu, abang-abang aku dengan wife dan keluarga masing-masing pun menurut. Aku masih termanggu-manggu. Wife aku ajak balik, aku suruh dia balik dulu, tolong mak dan ipar-ipar lain. Dia pun balik mengikut salah seorang abang aku. Aku lepak di corridor ruang menunggu. Aku tak tahu apa aku tunggu.

Bila keadaan lengang, aku lihat abang aku yang sulong, Along (of course la kan) berjalan ke arah aku. Aku berdiri menantikan dia hampir.

“nape Long…ada bend—..”

Tak sempat aku habiskan pertanyaan, penumbuk Along sampai kat muka aku. Sebijik aku kena. Aku tak melawan, aku tak tahan, tak halang pun pukulan ke-dua yang singgah. Begitu juga bila Along tampar muka aku. Aku diam.

“Lu kenapa Jim!!??” Along bersuara. Bila dia guna “lu” tu bermakna dia marah, tahap dah tak dapat tahan.

“Takda apa-apa Long…”

“Lu jangan ingat aku tak tahu. Aku buat diam sejak Joie kat ICU lagi, sekarang dia dah sedar, dia dah okay, aku tak boleh diamkan benda ni...lu jangan buat hal lagi dengan Lina...”

“...buat apa dengan Lina, Lo - ...”

Satu lagi penampar singgah kat muka aku! Aduss padankan muka aku. Aku bersalah, aku tak tahu apa yang Along tahu, tapi aku cuba nak tegakkan benang basah...

“..don’t fucking mess with me, Jim…Joie call aku the night before dia accident tu…dia nampak lu dengan Lina kat Langkawi dan sebelom ni…kak Sara ada report kat aku dia nampak lu dengan Lina, behaving in a way you are not supposed to behave!!!..aku buat diam hingga hari ni...aku tak nak dengar anymore of this bullshit from you!!!...no more warning, Jim...this end tonite!”

Along seorang saja yang boleh belasah aku macam tu. Along dan mungkin abah la. Boleh tahan gangster juga Along aku semasa dia muda-muda, so takat nak belasah aku, anytime dan tak mungkin aku melawan, especially aku bersalah. Aku tahu, amaran Along tak boleh diambil mudah, mungkin aku pula yang masuk ICU nanti. Joie, sebagai yang bongsu, memang selalu di bawah lindungan Along.

Barulah terasa kecilnya dunia ini. Macam manalah kak Sara, bini Along boleh nampak aku dan Lina. Bila, di mana, bagaimana, aku rasa aku cover line dah cukup cemerlang!

No comments: