Thursday, June 24, 2010

Elina Shakila - Part 2

Semenjak dari itu, Lina dah macam anak emak aku juga dan aku rasa dia dudk rumah aku lagi banyak dari dia berada di rumahnya sendiri. Baguslah, mak aku pun memang nak anak perempuan sebab adik beradik aku, lima-lima jantan.

Aku perhatikan Lina dari jauh, aku kenali diri dia yang sebenar, dari percakapan dia, pergaulan dia dan jugak kadang-kadang, aku bertanya dengan Kochis. Tapi aku cover la, aku cakap Joie yang nak tahu.

Aku fahami karekter Lina, aku tahu dia banyak problem dengan famili dia, degil, keras kepala, bijak dan panjang akal minah ni. Dalam itu aku kagumi kecekalan dirinya. Dan jauh di dalam fikiran aku, aku dapat simpulkan yang Joie tidak akan dapat menjinakkan Lina sepenuhnya.

Fantasi aku mula bercorak dan memporak-perandakan landasan2 norma aku. Aku buntu kadang kala, aku tak dapat bentung perasaan ingin bersama Lina. Haru biru hidup aku.

Tapi, mujurlah, aku lost contact dengan Lina untuk beberapa tahun bila aku dinyahkan oleh bapak aku ke overseas untuk sambung belajar. Aku ni bukan la pandai manapun dalam pelajara, tapi ada la natural talent untuk kelentong sana ini, ok lah juga result aku. Tapi sengal juga dalam paper BM, aku tak dapat masuk Universiti mana-mana, maka aku sambung buat A Levels.

Result pun ok walau study main-main, maka ayahanda pun membuat keputusan suruh aku merantau cari ilmu, dengan kata lembut la, kalu cakap terus terang, memang dia suruh aku berambus pun, carilah makan dan hiduplah sendiri kat negara orang.

Masa malam nak hantar aku ke airport, Lina ada bersama Joie dan tak lekang dari sebelah mak aku. Malah, mak dia pun ada dan yang macam haram jadah, si kimak tu boleh tak datang. Nasib baiklah ramai lagi kawan-kawan seperjahatan yang hadir untuk tengok aku berlepas.

Salah seorang dari mereka bagi album mengumpul duit-duit syiling. Aku tanya buat apa? Kimak-kimak tu semua gelak. Mereka dah berpakat. Sialan! Dorang nak aku kumpul “bulu” setiap perempuan yang aku dapat tiduri masa aku kat sana nanti. Babi! Sehelai untuk setiap petak yang ada dalam album tu. Apa punya kawan-kawan lah aku ada, bukan doakan aku selamat, malah suruh aku buat maksiat pulak! Aku gelak sahaja la dengan dorang. Aku tahu, itu hanya gurauan. Or is it ? Ha-ha-ha… !

Exactly sebelum aku masuk boarding hall, setelah semua orang aku dah bye-bye, Lina sempat menarik tangan aku, dia salam dan terus mencium tangan aku. Aku Tanya Joie mana, dia kata pergi ambil kereta. Aku nampak bayangan kesedihan pada air mukanya dan tiba-tiba Lina merangkul aku dan mencium pipiku. Sepantas itu juga Lina berlalu pergi. Terkedu aku sekejap.

Dalam beberapa tahun aku di overseas, ada la juga aku pulang ke tanah air setahun tu sekali atau duakali. Setiap kali aku balik, aku perhatikan, Joie dan Lina masih setia dengan perhubungan mereka. Itu dari apa yang aku nampaklah. Tapi aku tahu, Lina ni very independent dan street smart. Intelligent dan juga akal panjang. Aku masih tak yakin Joie dapat menjinakkan Lina.

Dari tahun ke setahun, keseksian dan ketrampilan Lina makin terserlah. Dari a small little girl, dia dah blossomed to a very attractive young woman. Dan memang WOW! She grew up fine.

Fantasi menguasai diri aku. Makin bertambah. Walau aku jauh beribu batu dan bertemunya mungkin 2 atau 3 hari dalam setahun, namun, wajah Lina juga yang akan terpampang di ruang angan dan mimpiku.

Pada tahun yang akhir aku akan kembali ke Malaysia setelah pengajian aku akan tamat tahun itu, Joie dan Lina dinikahkan. Perkara yang seluruh family aku dah jangkakan, cuma tunggu masa sahaja.

Aku pulang untuk menghadiri majlis tersebut. Happy yang Joie dan Lina akan bersatu, dan pada masa yang sama, sugul, mengenangkan Joie memiliki Lina. Aku harus berusaha untuk melupakan Lina, aku harus hapuskan fantasi-fantasi aku kerana Lina kini dah menjadi adik ipar aku.

Dalam kegembiraan aku tu, ada kerisauan terhadap kekukuhan rumahtangga mereka. Yer lah, aku bukan tak kenal adik aku tu dan juga aku tahu perangai Lina. Joie masuk line entertainment, line orang-orang glamour. Kerja tak tentu masa, tak tentu cuti. Dia buka sebuah company yang dikongsi bersama Lina. Lina pula tak kurang hebatnya, walau berbekal diploma dalam business study, dia mahir dalam mentadbir urusan bisnes Joie, sepadan lah dorang ni, sorang front line sorang back office. 2 person show.

Boleh ke dorang ni? Soalan yang selalu bermain di otak aku. Tapi aku tengok, dari luar, ok jer perhubungan dorang, so, things must be going on smooth. Aku doakan yang terbaik jer utk dorang.

Aku pulang semula ke tanah air lewat 1 tahun dari yang sepatutnya. Sengaja aku sambung lagi setahun tinggal di luar sana setelah tamat pengajian. Aku kerja dulu. Aku cari pengalaman dan pada masa yang sama, mencari dimana kelemahan dan kekuatan diri aku ni. Well, sebenarnya, aku nak prepare diri aku dengan kehadiran Lina di rumah.

Masalah besar melanda aku, Lina makin bermain di dalam kepala otak aku. Aku keliru. Aku cuba lupakan. Padahal, masa di luar negara ni, berapa banyak perempuan aku dah kerjakan. Berbilang bangsa, berbagai rupa. Hampir penuh album syiling yang kawan-kawan setan aku berikan dulu. Namun bila aku sunyi, Lina juga yang akan muncul. Bila aku kesepian, Lina juga yang membuat aku tersenyum.

Selang setahun setelah aku kembali, aku pun kawin juga. Bukan aku tak sayang isteri aku ni, dan aku fikir bila aku dah kawin, ingatan ku pada Lina akan bilang dan lenyap. Namum, tekaan dan jangkaan aku meleset. Lebih-lebih lagi family kami memang rapat dan mak dan ayah aku selalulah buat makan-makan, nak tengok anak, menantu dan cucu-cucu mereka. Selalulah aku dan Lina bersua muka, bersapa, bergurau senda. And it didnt help that she looks hotter and hotter setiap kali bertemu. Damn!!!

No comments: