Tuesday, June 22, 2010

Pembuka Kata

buat semua..teman, kawan, rakan, sahabat, taulan...
pembuka kata
penyemai selera
semarak rasa
dian bahasa
sopan bicara
terimalah seadanya
kerana
kalian semua
bagi ku
adalah

ANUGERAH

pada mulanya di saat bersua
tiada terduga makna sebenar yang disebalik senyuman
dan tanpa ku sedar
hati mula rasa rindu
pada halus kata pekerti mulia
tertewas jiwa ku akhirnya

renungan mata mu
menyinari jiwa yang kelam
sentuhan mesra mu
bak fajar yang menyisih rindu
seraut wajah mu
terjawab kini bisikan bayu

tiada ku menyangka, daku kau terima
hadir mu bagaikan anugerah

seulas senyum mu
terurai kini batas belenggu
serangkap kata mu
terungkai sudah igauan kalbu

dalam bicara di antara kita
kini ku temui kasih sejati yang seindah pelangi
dan dengan kesyukuran
kan ku dakap nikmat cinta
dari kegelapan kau bawa cahaya
hadir mu bagaikan suria

renungan mata mu
menyinari jiwa yang kelam
sentuhan mesra mu
bak fajar yang menyisih rindu
seraut wajah mu
terjawab kini bisikan bayu
saksikan lafaz ku
setia hingga ke akhir masa
kekasih hadir mu
ku anggap bagai satu anugerah

No comments: