Sunday, July 11, 2010

...fanatic...fantastic...

Tinggal esok sahaja hari persandingan mereka. Ain dah mengamuk2..macam orang hilang akal..jam menunjukkan pukul 3 pagi...Khairi masih dengan muka seposen dia. Dia relek jer, senyum tidak, marah tidak. Dia merasakan keputusan yang dibuatnya adalah betul. Dia yang nak kawen..dia yg beli, duit dia...lantak la orang lain nak kata apa!

Itu yg buat Ain bertambah naik angin dengan suaminya yang baru menikahinya tu...majlis dirumah Ain dah selesai, skrg di rumah Khairi pula pihak pompuan bertandang...mereka masih bertelagah diruang tamu...sanak saudara, ibu ayah, makcik pakcik yang ada, membiarkan pasangan itu bersendirian...mereka harus belajar menangani masalah rumah tangga dengan sendiri, tanpa bantuan, tanpa campur tangan dari sesapa...

"tukar la bang...tolong lah..." Ain mula merayu.

"naper nak tukar..cantik apa...ain pernah cakap dulu, ain tak kisah, ikut suka abg la nak macam mana pun..." Khairi menerangkan. Dia masih tak paham, kenapa pilihannya tu Ain tak suka...warnanya cantik, merah, terang, garang...coraknya pun sesuai...hisshh..Khairi geleng kepala...

"ala abg ni...buat malu orang jer nnti...abg ni pun...guna la utk hari lain..esok orang ramai datang... bilik pengantin mesti jadi tumpuan...tolong la bang...tolong la jangan buat Ain camni..." rayu gadis genit yang baru menjadi isteri...

"biarlah dorang tengok, apa nak dimalukan...cantik, berseri...kena dengan hiasan dalam bilik tu..tak la janggal ke aper ke..abg beli 1 set lengkap...bukan asing2..semua nya matching..." Khairi masih berkeras...bak kata ayahnya, "nak jadi suami, ketua keluarga, mesti tegas! biar isteri menangis sekarang, jangan kita menangis kelak.."

"uuwarrggghhhhhhhhh...sob sob sob....." Ain mula meraung...terngiang-ngiang nasihat ibunya, "Ain..dengan suami nanti, jangan selalu sangat guna airmata...gunakan bila penting dan jalan terakhir saja tau.." Bagi Ain...inilah perkara yang teramat penting dan airmata adalah jalan terakhir...

"dah lah Ain..abg dah buat keputusan...dah..pegi masuk bilik Ain, tido...rehat...esok kita sanding..." Khairi memberi kata penamat, tiada lagi rayuan. Dia merasa amat bangga dengan dirinya. Permulaan yang baik sebagai suami, sebagai ketua keluarga.

"arrgghhhhhhwwwwwaahhhhhhhaaahhuhuuuuuuuu..sob..sob..sobbbb...uwarrhhh...." Ain berteriak...mengenangkan set bilik tidor pengantin yang akan dilihat oleh orang ramai esok....

No comments: